Jumaat, 7 Januari 2011

KENAPA DI PUKUL? KENAPA DITANGKAP? KENAPA DISERET? KENAPA TIDAK JAWAB JE?

Hendak menenangkan hati pun dibenarkan bertanya. Inikan pula bertanya untuk menghilangkan keraguan. Apabila sebut hendak menenangkan hati, bermakna sudah ada keyakinan. Tetapi, bagi mendapat keyakinan yang mantap, lalu bertanya, maka itu dibenarkan.

Dalam keadaan begitu pun sudah dibenarkan, macam mana pula kalau hati berada dalam keadaan 50 – 50. Sudah pasti, bertanya itu adalah perkara yang cukup digalakkan.

Firman Allah;

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ قَالَ بَلَى وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا وَاعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu Bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk Yang mati?" Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon Yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu Dengan segera". dan ketahuilah Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

[Surah Al-Baqarah : 260]

Ayat ini, Nabi Ibrahim bertanya kepada Allah. Baginda bertanya, bukan kerana keraguannya terhadap kekuasaan Allah, tetapi mahu memantapkan lagi keyakinan yang ada dalam hati Nabi Allah itu.

Menariknya, persoalan Nabi Allah Ibrahim dijawab oleh Allah SWT dengan mendatangkan bukti yang meyakinkan. Ia merupakan lambang kebenaran terhadap kekuasaan dan kebijaksanaan Allah dalam menghidupkan orang yang mati.

Tapi berbalik dengan cerita Aduka taruna, ia agak lain sedikit. Soalan tidak dijawab, tetapi dia seperti [ulang : seperti] diperangkap [ulang: diperangkap] oleh sebilangan yang tidak bertanggungjawab [kerana sebelum itu, ada pihak yang bersedia bekerjasama, malahan batuapi@suhaimi embong bersedia berdebat dengan Aduka], lalu berlaku perkara yang tidak diingini, seperti dikepung, diseret, dan tidak ketinggalan dipukul?

Cuba kita baca tulisan aduka yang dicopy paste dari blognya;

Kronologi gua setakat sebelum gua ke balai polis.

Kepada pembaca, bacalah dengan semua sumber. Anda mempunyai hak untuk menilai sendiri. Gua tak pernah paksa. Sokong gua ikut tajuk supaya gua tidak musnah kemudian hari.

Ini adalah kronologi alternatif dari rakan yang turut serta : C++

Dan ini pula kronologi dari pihak gua.

Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Demi Allah, gua bersumpah, apa yang gua tulis ini adalah benar, dari pemahaman gua sebagai manusia. Jika gua tidak benar dari pemahaman gua sebagai manusia, moga Allah jatuhkan laknat buat diri gua.

Sedikit asas permulaan cerita gua di Kelantan. Gua berhadapan masalah dengan handycam. Gua merayu di internet supaya ada yang memberi pinjam gua handycam. Semuanya kerana Allah.

Gua dihubungi Pink Turtle. Dia ada handycam. Tapi chargernya ada pada kawan. Masa semakin suntuk. Gua serahkan semuanya kepada Allah. Hujan lebat. Nak ambil charger, nak jemput bini, nak jemput adik ipar sekolah. Seorang dermawan drive dalam hujan lebat dari Kuala Krai, bertemu di Masjid Taman Uda, memberi pinjam handycam. Gua lulit dengan mengatakan gua bertolak paling lewat Isyak. Tapi sebenarnya plan bertolak pagi esok. 9.30pg.

9.20 sms dari rakan yang mengatakan dia dan rakan tidak dapat hadir. Tapi beri gua kereta. Gua pasrah dan menyerahkan kepada Allah. Semua orang jahat dan baik mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya. Gua kol member lain. Sorang tak dapat, 2 lagi tak angkat. Jumaat. Tidur lagi mungkin. Kol sorang lagi. Angkat. Dan ajak dia ke Terengganu dengan bagitau serba sedikit. Member bukan jenis politik. Jadi gua faham keberanian dia adalah tahap biasa. Walaupun dia seronok akan dapat jumpa Tuan Guru Presiden PAS di Terengganu.

12.30 - Gua sampai. Gua jumpa C++ di Restoran Lempeng (seingat gua). Berdekatan dengan Masjid Rusila.

12.50 - Gua bersiap2 menunaikan solat Jumaat. Tukar selipar, etc. Dan masuk ke perkarangan masjid. Ambil wuduk dan terus ke saf beberapa di depan (tak ingat). Lepas solat sunat, gua sempat ambil gambar mimbar.

Tak ingat masa - Solat Jumaat habis. Gua solat sunat. Dan tunggu TGHA habis wirid dan solat sunat. Member gua (bukan C++) dah 'takut2' (pada tafsiran gua) dan berkata dia mahu ke tandas. Mungkin dia dapat agak situasi sebenar bukan seronok apabila bersembang sambil makan di Restoran Lempeng tadi (tafsiran gua). Pada hal dia ditugaskan sebagai kameraman 1, manakala C++ adalah kameraman lulit.

Tak ingat masa - TGHA beredar dari tempat solat menuju ke pintu keluar, bahagian depan, sebelah kanan jika kita mengadap kiblat. Terdapat ramai yang serbu berpusu-pusu bagi mencium tangan. Member gua tak tau mana. Gua turut bangun, bagi isyarat kepada C++, dan terus merapati TGHA. Gua telah berjanji, gua akan berbahasa dengan baik.

(Seingat gua, inilah dialog gua dengan TGHA)

"Assalamualaikum, Tuan Guru."

Melihatkan muka gua, muka TGHA terus berubah (tafsiran gua terhadap perubahan air muka).

"Saya AdukaTaruna dari Kelantan, ingin bertanya kepada Tuan Guru (selepas ini gua guna istilah TG), beberapa soalan."

"Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika ini gua risau jika tiada rakaman. Gua keluarkan handphone China, dan on videocam. Setiap manusia mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya (tafsiran gua).

Selesai on videocam, TGHA telah berada jauh sedikit. Gua terus mendapatkannya, tanpa memakai selipar. Seingat gua, inilah dialog gua :

"TG, saya mohon 5 minit sahaja untuk bertanya soalan."

Gua merayu sehingga berada di dalam dan di depan tangga rumah TGHA.

Seingat gua (tiada rakaman video pada gua), inilah dialog TG.

"Saya sibuk. Saya sibuk. Saya ada program lain."

Ketika inilah muncul Lelaki 1 dan merentap baju gua. Seingat gua, dia memarahi gua. Dan menggugut untuk mencederakan gua. Gua menjelaskan tujuan gua datang, untuk bertanya soalan. Dalam keadaan videocam masih ON.

Lelaki 1 minta rampas handphone gua. Dan muncul Lelaki 2 (budak kurus berkopiah) merampas handphone gua dengan bantuan Lelaki 1 dan beberapa lelaki yang gua tak sure berapa jumlahnya. Semua kejadian ini berlaku di hadapan THGA; dalam dan di hadapan rumah TGHA; malah seingat gua, gua dan lelaki 1 berada di atas simen rumah TGHA. Dianggarkan 50 lelaki berada di situ.

Mungkin isyarat TGHA (tafsiran gua), gua kemudiannya ditarik oleh beberapa lelaki, dibawa ke hadapan Masjid Rusila, kira2 semeter dari sempadan meletak selipar. Gua dikerumuni oleh lebih 100 orang. Mereka berkata inilah AdukaTaruna. Salah seorang dari mereka mengambil gambar gua, gua sempat buat aksi 'peace'. Mereka memaki, mengugut dan mencadangkan gua dicederakan.

Terdapat ramai dari mereka yang memiliki handycam dan kamera digital. Menandakan bahawa kehadiran gua sebenarnya memang diketahui. Mustahil datang solat Jumaat membawa handycam (tafsiran gua). Mereka merakamkan ucapan gua di situ, ketika gua pasrah kepada Allah kerana bimbang tiada rakaman bagi pihak gua. Setiap hamba mempunyai hubungan peribadi dengan Penciptanya.

Ketika gua bercakap hak-hak gua sebagai rakyat yang berada dalam kerangka demokrasi, gua dipukul sebanyak 2 kali, seingat gua. Semua ini, dirakam oleh jemaah Rusila. Gua tak sure sama ada mereka akan upload perkara itu demi Allah atau menyembunyikan perkara itu demi kasta ulama. Dan gua tak sure sama ada, ada rakaman video bagi pihak gua, atau tidak.

Berkali-kali gua menyatakan hak gua untuk beredar ke balai polis bagi membuat report rampasan handphone, tetapi tidak dibenarkan Lelaki 3. Gua cam lelaki 3 sampai sekarang. Insyallah. Ketika gua dikepung oleh lebih 100 orang, tiada satu pun pihak yang tampil memperkenalkan sebagai Batu Api atau Songkok Putih.

Kemudian, Lelaki 3 dan beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya, menarik tangan dan baju gua ke tingkat 1. Gua merentap kembali tangan gua dan membuat bahasa tubuh supaya jangan 'seret' gua. Gua boleh jalan sendiri. Tak lari dan bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, sedikit pun gua tidak takut.

Gua ditahan dalam sebuah bilik di Tingkat 1. Pintu ditutup. Ada kira2 15 lelaki di dalam. Siap membuat rakaman video lagi. Di luar bilik terdapat ramai lagi lelaki dan anak-anak lelaki. Mereka meinjau2 dicelah2 tingkap. Gua diberikan hak buang air dan disuruh duduk.

Berkali-kali gua menjelaskan hak gua untuk beredar dan membuat laporan polis, tetapi ditahan. Seorang lelaki Melayu tua dipercayai bernama Wahab berkutbah kepada gua, TGHA adalah ulama yang diiktiraf antarabangsa. Melawan masuk neraka. Kita semua mati, etc. Kejadian dirakamkan oleh pihak mereka.

Sepanjang gua ditahan secara salah itu, tiada siapa pun memperkenalkan diri sebagai Batu Api atau Songkok Putih. Gua menjelaskan bahawa, gua difahamkan oleh Terengganukite, di bawah Lajnah IT PAS Dungun (seingat gua), dan laman blog Batu Api yang dipercayai di bawah Suhaimi Embong (seingat gua), telah memaklumkan kehadiran gua; dan pihak Rusila tahu kehadiran gua. Lelaki separuh tua yang gua percayai sebagai pengerusi Masjid Ruslia menafikan. Sehinggalah gua menjelaskan bahawa penahanan mereka ke atas saya adalah salah, dan boleh dianggap satu penculikan, barulah mereka 'cuak' (tafsiran gua).

Lelaki yang gua percaya sebagai Pengerusi Masjid Rusila mendakwa, dia boleh lepaskan gua. tetapi jika berlaku apa-apa, mereka tidak bertanggungjawab. Lelaki 3 membantah. Gua setuju dan bangun. Terus bersalaman dengan semua, termasuk lelaki yang merakamkan dengan handycam. Tiada rakaman bagi pihak gua. Kalaulah EdyesDotCom ada (tafsiran gua).

Gua keluar dan bersalam dengan ramai lelaki yang berada di luar pintu. Termasuk beberapa kanak-kanak. Gua turun tangga dengan diringi oleh beberapa lelaki yang gua tak sure jumlahnya. Gua menuju ke pintu besar. Kereta gua parking di depan HPA. Setengah sampai ke pintu besar, gua dikejar dan dipanggil oleh lelaki yang gua percaya bernama Wahab. Dia meminta kad pengenalan gua.

Gua menjelaskan pakcik tiada hak meminta kad pengenalan gua. Tapi gua sedia berikan butiran diri gua. Gua berikan kertas (sejenis kad). Dia tulis, tapi tak boleh sebab tangan dia gua lihat menggigil (tafsiran gua). Pakcik Wahab suruh gua tulis, on the way nak tulis, gua ambil keputusan, lu nak gua, bukan gua nak lu. Ini berkaitan dengan tindakan bodoh UG Selangor dulu. UMNO nak bagi tawaran, UMNO kena datang, bukan PAS yang datang. So, gua suruh kanak-kanak yang mengekori gua tu tulis. Diambil pakcik Wahab dan dia tulis butiran gua. Nama penuh, no KP, dan alamat Kelantan dalam keadaan tangan gigil.

Selesai dari tu, gua didatangi oleh lelaki yang memperkenalkan diri sebagai cybershot. Dia menjelaskan dia sedih dengan apa yang berlaku. Dia meminta gua menjelaskan dakwaan gua terdapat kenyataan Songkok Putih di bawah Bicara Webmaster. Gua mengajak dia minum di seberang jalan. Tapi tak boleh lama, kerana gua perlu membuat laporan polis. Gua bertanya dia jam supaya kelak gua boleh ingat (jam gua takda). cybershot menjawab sekarang pukul 2.45.

Lelaki yang mendakwa Cybershot menawarkan khidmat menghantar di mana-mana sahaja gua nak pergi. Gua menolak dengan baik, dan gua nak ke balai polis dengan kereta gua (yang dipinjam dari Man). Cybershot membantu dengan menunjukkan arah ke Balai Polis Marang.

Gua menuju ke Balai Polis Marang dalam keadaan semua nombor telefon yang gua boleh hubungi tiada. Gua tak ingat nombor, sebab gua berpandukan nama phonebook. Kalaulah gua mahir kaedah Mokhdar..

Sekian dulu, gua akan sambung lagi. Gua bersumpah atas hubungan peribadi setiap hamba dengan Penciptanya, gua akan datang untuk bertanya soalan kepada Presiden PAS sekali lagi. Mungkin selepas tarikh bicara gua. 15 Mac. Insyaallah. Dan wallahualam.

sumber : adukataruna

ada dua sms agak lawak dalam kes ini yang ingin berkongsi bersama;

SMS pertama :

"Bernama : National Union of Journalist [NUJ] memberi amaran agar semua wartawan/blogger yang menemuduga presiden PAS mesti memakai helmet & full body armour untuk keselamatan. kalau ada kemahiran silat, karate, teakwando dsbnya adalah satu persiapan yang baik"

sms kedua:

"Alo broo.. Ko berani ke debat dengan Zaharuddin menantu hadi. Aku takut ko kena belasah macam Aduka jerrr"

dua SMS ini aku tidak balas. aku tersenyum bila baca sms ini.

sekian

31 ulasan:

Manjungmari berkata...

Ustaz...

Ana selaku ahli PAS berasa cukup malu dan sedih apa yang berlaku ke atas diri Aduka...

Sepatutnya adik-adik seperti Aduka perlu kita rapatkan perhubungan antara kita sesama mereka, bukan dipukul atau diseret,,,

Memang benar Aduka ada melakukan beberapa kesalahan yang lampau... tak bolehkah kita memberi peluang kepada Aduka untuk membetulkan kesalahannya..

Semua orang ada melakukan kesilapan, tak kira Tok Guru atau sesiapa melainkan Nabi...

Tanpa Nama berkata...

ko tu wan ji suka ambil berita dr org fasiq, tak siasat pun lg dah keluarkan hukuman

SearchForHeaven berkata...

weh manjungmari..
lu tanya adukataruna..
kenapa dalam article dalam blog dia..
label TGHA ulama PUKIMAK??

lu kata.. lu ahli PAS..
lu sanggup adukataruna memukimakkan presiden PAS..

wa cakap.. lu bleh blahhhhhhhh.. berambus jadi ahli PAS..
memang patut kalau PAS tak menang.. kalau punya AHLI macam Lu..

patutlah PERAK dengan senang.. UMNO boleh rampas.. rampas plak dengan cara yang hina sekali.. bukan dengan cara pilihanraya.. ahlinya tak bersatu dari segi fikrah...

wa tanya wan ji..

lu nak bela adukataruna..
lu timbang serangan daripada blog dengan cara bodoh menerjah TGHA ketika orang sedang menunggu untuk bersalaman dengan TGHA..

lu cerita... ada orang terjah TGNA macam tu tak??

dan ustaz wan ji..

kalau lu takut kena belasah..
ustaz zaharuddin dah cakap.. buat kat aera lu... sape yang berani luku ustaz???

Unknown berkata...

Tahap Azazil juga membesarkan Allah. Memuliakan Allah, juga bersumpah dengan kebesaran Allah,

Tapi tetap hairan dan takjub dengan diri, Juga membesarkan diri, memuliakan diri, juga bersumpah atas kebesaran diri.

Tahap di Rusila sama je

Tahap .........?/><@##$

Tanpa Nama berkata...

1.kira nasib baik la tu!!sepatutnya diterajang separuh nyawa!!
2.jahil agama!kurang ajaq!
3.Hang pun sepatutnya dipenampak dua tiga kali!!

soleh berkata...

Kan lebih elok klu Hadi suruh pengikutnya bertenang sbgaimana nabi x benarkan malaikat hempap batu ke atas kaum yg melontarnya dgn batu sehingga berdarah kaki nabi.

CEO sebagai mutawif berkata...

Salam,
komen sinis , ustaz ambil kira satu pihok jah ...
sumber aduka teruna...

tapi ambo tunggu jugok ulasan dari set rusila...
tak dok pong?
hok ado tukang komen jah ..tuduh AT kurang ajar lah ,tak dok budi bahasao nok kecek dgn Tg aka presiden parti islam terbesar ...

payoh weh beraso nak nanyo ulama kalu setro tu...nok keno buat appoinment dgn SUA dulu baru layan..

jangan dok agah gak....

Nabil berkata...

lebih elok juga klu Hadi Awang tenangkan pengikutnya sbagaimana dia tenangkan rakyat Ganu dgn menerima kekalahan pilihanraya 2004 lalu.

KLmari berkata...

Apa nak buat wahai Manjungmari, masuk kampung orang berlagak samseng genster kena la buku dengan ruas. Lain kali suruh budak AT tu belajar menghormati orang kampung.

Manjungmari ada baca ka artikel dpd albanjari. CANTIK sungguh lukisan si AT tu????????

Patut la pun kena hentak.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau UMNo kena berbaik mereka hormat TG. Tapi kalau orang macam Aduka tu wajar kena pukul sebab tak hormat TG.

Tanpa Nama berkata...

Masih cerita sebelah pihak sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Pelik juga ye. TGNA jempt blogger sebab nak berdailog. Yang sorang lagi, pengikut pukul blogger sebab tak nak jawab soalan.

Tanpa Nama berkata...

very sad .... n very weak ...
sepatutnya haji hadi tak boleh gitu , dia kena macho , kalau haji hadi rasa aduka budak pinggiran mana2 apa perlu dia takut , kurang2 takkan haji hadi tak pandai nak 'temberang' aduka , ya ... hanya nabi kita saw saja yang kuat dgn sampoi benda sekecil itu mudah dihadapi , yang konon tok guru besar maqam tinggi tak leh control benda tu kenapa nak jadi mcm umno juge belasah orang , ya hanya nabi saw saja yg power tapi masalah yg tak power ni perasan power mcm rasul saw , aku teringat satu cerita di uia dulu ketika abu hamid sulaiman jadi rektor , ada seorang student nak jumpa tapi kerani dia kelentong kate tak de , terus dia memekik 'aku tau dia ada dalam pejabat ... nabi muhammad pun layan umat ' bila terdengar saja terus abu hamid sulaiman ' ko jgn ckp cam tu jgn samakan aku dgn nabi' dan kemdian terus melayan budak tersebut apa mahunya , aduhai mungkin aku boleh kata TUAN GURU HADI AWANG YANG HILANG bila aku teringat kembali haji hadi di era 80an dulu , ingat , YDP PAS arwah the legend Dato Asri pernah dimarakbarkan , kalau tak nak layan aduka pun jgn jadi mcm umno belasah dia nanti mengesahkan - oh patutla nak berkahwin dgn UMNO ... very sad ...

Tanpa Nama berkata...

Ustaz;
Satu perkara yang saya tak berkenan adalah hujah taksub iaitu TGHH diiktiraf dunia. Cukup le pada saya kalau TGHH diiktiraf oleh rakyat Terengganu samada PAS, PKR atau UMNO atau Atas pagar atau cini india semuanya seperti TGNA diiktraf oleh rakyat Kelantan. Sekarang pengiktirafan TGNA sudah ke peringkat nasional. Kalau umur masih muda, saya TGNA adalah calon PM yang diterima semua pihak termasuk UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Jauh nya islam itu dari pas...mcm mana nak rule malaysia kalau sesama sendiri berpuak puak mcm puak jahiliah....well...i wont votes pas forever....sebab pas sucks!!

Tanpa Nama berkata...

camna ni? khalid brahim dikata lembab? anwar auta ? nik aziz pembelit? haji hadi gangster? dap pun ceramuk? bukan saja pkr masalah? dan pas kemaruk umno? aduh!!!! tolonglah pemimpin2 PR - jangan begini , rakyat mengharap besar sekali !! jadilah harapan rakyat yang sebenar , jangan bagi BN makan free !!!

tok mung berkata...

kpala hotok kau.dh kalu men berkaki ayam,sekat Tghh tgh hujan sampai dlm pagar umah, apa benda tu.igtkan si gila mana ke ape ke,tu yang kne tibai.org yg tibai pun sbb pkir si gila yang nk buat hal bkn sbb dia AT.org x knal la AT bro,bkn famous pon.len la husam musa.

Tanpa Nama berkata...

Persoalan aku pada ko Wan Ji ... Kenapa Fitnah??? Kenapa tak siasat ??? kenapa tidak cerita yg sebenar ??? harap kau boleh hayati...

Tanpa Nama berkata...

ambo bkn nk mengata,,,tp pd pndapat ambo inilah ulama yg bukan ahli tasawwuf...

loafer's pulse berkata...

Salam Ustaz,

Saya harap berita terbaru ini diselidiki sebetulnya dulu. Saya sentiasa mengikuti blog Ustaz, oleh itu harap Ustaz tidak turut serta dalam usaha untuk memburukkan lagi imej parti sebelum sahih cerita itu.

Walaupun saya telah lama melayari blog-blog utk bacaan, saya tak mungkin akan kenal Aduka Taruna sekiranya dia berdiri didepan saya sekarang. Oleh itu, keselamatan TGHH juga perlu diutamakan.

Sekian, harap selidik lebih lanjut dgn saksi mata pada kejadian itu.

Zulhimi Attakiri berkata...

bagusnya..guna Al-Quran dan Sirah untuk menegakkan fitnah

hajiMatSUK berkata...

al-bakistani mu tu budak, aku nak royat ....,
Aduka adalah sama dengan kickdefella, walaupun berlainan watak..
Jangan banyak bertanya, terbongkar semua, lebih baik siasat sendiri.

mond sham berkata...

macam perangai org UMNO la, nak lari dari soalan. sampai tangkap org, kurung org..
fikir balik, hadi ni memang tak layak jadi presiden. sekolahkan jer la aduka tu kalo kita ulama hebat.
apa nak gerunkan aduka, pemuda hingusan jer tu., tu pun kalo mentaliti hadi ni hebat la.. tapi mendukacitakan kita...

loafer's pulse berkata...

Salam Ustaz,

Harap Ustaz boleh siasat lebih terperinci dulu. Sekarang banyak blog memburukkan TGHH serta kariah Masjid Rusila. Oleh itu, fikirkanlah juga siapa yang untung dan siapa yang rugi dlm permasaalahan ini.

Satu lagi, Ustaz dah mula mengikut emosi seperti memaparkan gambar pondan dlm blog, harap fikir 2 kali, sebab saya tak berapa setuju dgn blog yg menulis dgn gaya bahasa kurang sopan serta lucah.

Harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam ni level orang PAS terengganu, saya tak pelik mereka senang makan provokasi. Tu le timbul cerita kena tembak polis masa ceramah. Walaupun polis to sengkek, kat tempat lain tak boleh nak provok.

cucu mamak kutty berkata...

aku tabik kat aduka,dia betul betul anak jantan....batuapi tu penakut...aku rasa dia mungkin ada dalam kumpulan org org yg membelasah si aduka tu....betul2 si batuapi tu munafik.....pondan maknyah...bacul....kenapa tak perkenalkan diri dia...takut ke....barua punya manusia

JOHN LABU berkata...

salam Ustaz .

1. Hj Hadi kena pukul ke ustaz macam Nabi kena pukul ke penduduk TAIF sampai darah ke buku lali ?

2.Ada orang kata UMNO ada ISA ,PAS ada RUSILA ? sama kan ustaz ?

3.Apa pun perangai Aduka kutuk HADI dll perlu ke kita pukul? PAS RUSiLA ajar macam tuu ke ustaz ?

4.Hj Hadi maksum ke ustaz ?

Saya muaallaf baru, boleh tolong ustaz jawab atau sahabat kita yg lain tolong jawab ?

Tanpa Nama berkata...

Bila ekornya attakiri ke, albrangi ke, almaniri ke. Mentalitinya mesti sama.

Tanpa Nama berkata...

polis (umno) suka serbu ceramah pembangkang. polis suka kasari ceramah pembangkang. sekarang saya tak nampak beza antara polis dan samseng-samseng dari geng hadi awang di rusila.

umno = polis = samseng hadi awang di rusila

Tanpa Nama berkata...

Nampak kekurangan dan kelemahannya.....x berapa layak memimpin. Baru kecik punya hal...

Tanpa Nama berkata...

lagu ni kato nok menegak islam,tak dok bezo puok2 pas dgn UMNO..supo ketu' dgn tahi...duo2 bau busuk..