Selasa, 10 Mac 2009

JANGAN TERPEDAYA…

JANGAN TERPEDAYA…

Kebelakangan ini, UMNO/BN sudah dilihat semakin hari semakin tenat. Bateri jantungnya sudah semakin kehabisan kuasa. Mereka memerlukan kuasa tambahan dalam meng”agrasif”kan jantung mereka.

Segala gendang-gendang mainan UMNO/BN sudah semakin tidak dilayan oleh PR. Yang menariknya, gendang mainan PR pula menjadikan UMNO/BN menari.

Isu ketuanan melayu, isu raja melayu, isu Islam, isu perkauman dan semua isu-isu ini dimainkan, tetapi nampaknya seakan-akan tidak berjaya.

UMNO/BN semakin terdesak. Kuasa RTM dan TV3 semakin tidak dipercayai rakyat. Internet menjadi medan info maklumat yang berguna. Mereka amat takut dengan internet disebabkan mereka kekurangan tenaga media yang berkesan untuk mengaktifkan media internet.

Jika wujud pun blog atau lamanweb yang pro mereka, itu juga tidak dilayan sangat. Lebih-lebih lagi di cemuh. Mana tidaknya, semua puji kerajaan. tidak ada yang tidak baik, melainkan semuanya baik-baik belaka.

Sikap itu menjadikan pengendali-pengendali blog dan lamanweb UMNO/BN kehabisan idea dalam melawan pemikiran pembaca internet. Jika mereka berwajah UMNO/BN, pasti berita mereka akan dinilai sebagai sampah.

Nampaknya, UMNO/BN sudah mengunakan kaedah baru. Mereka melihat perbezaan idealogi antara parti PAS, PKR dan DAP. Mereka menjadikan perbezaan Idealogi ini sebagai asas untuk meng”gaduh”kan antara ketiga-tiga parti ini.

Mereka berjaya meng”gaduh”kan PAS dan DAP dalam Barisan Alternatif terdahulu. Meragukan orang cina DAP terhadap PAS, meragukan orang PAS dengan DAP sehinggakan PAS dan DAP berpecah dan DAP terpaksa keluar dari Barisan Alternatif.

Dan kini, mereka mahu meng"gaduh"kan lagi antara parti-parti ini. Bagi meng”gaduh”kan antara parti-parti ini, mereka menggunakan berbagai-bagai cara. Antaranya, wujud penulis-penulis mereka yang berlakon sebagai penyokong tegar parti-parti tertentu, lalu menghentam satu parti lain dari Pakatan Rakyat. Jika tidak menghentam pun, mereka bertindak mewujudkan keraguan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Maka dengan itu, wujudlah penulis yang tidak dikenali identiti diri mereka, mengaku sebagai ahli PAS tegar, mendakwa berkeahlian PAS, menulis dengan beberapa artikle untuk meragu-ragukan ahli-ahli PAS terhadap Anwar Ibrahim, juga terhadap pemimpin PKR.

Bahkan wujud juga, penulis-penulis yang tidak dikenali identiti dirinya, mengaku sebagai ahli PKR menulis beberapa artikle untuk meragu-ragukan ahli PKR terhadap PAS. Begitujuga berlaku terhadap DAP.

Oleh itu, berhati-hatilah wahai pelayar-pelayar internet sekelian. Kaedah propaganda bodoh ini, sudah pernah berlaku dalam sejarah usaha israel untuk menguasai semenanjung Sinai di Mesir pada tahun 1979 hingga tahun 1982.

Walaupun Israel tidak berjaya mengambil Semenanjung Sinai kepunyaan mesir, tetapi mereka sebenarnya telah berjaya menjadikan semenanjung Sinai sebagai Wilayah untuk mendirikan tapak pertahanan udara mereka. Ianya berlaku pada april 1982.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 mac 2009 * 11:40 malam

3 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

mushkil

URL blog sudah berubah?

Tanpa Nama berkata...

orang nak minum air, tapi tak leh minum gak, sebab dok berbalah dalam menentu gelas mana yang nak digunakan...gelas warna merah ke, warna hitam ke, warna kuning ke...

apa peduli gelas warna apa. yang penting, air tu boleh minum...

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

apa nak buat, selalu kena spamm... ana tak mahir nak baiki.. kurang kemahiran dalam internet.. yang pandai pun, buat blog baru....

sekian

Al-Bakistani