KERAJAAN RAKYAT ATAU KERAJAAN ISLAM??
Orang mahu berbicara pasal kerajaan islam. Ada pula pihak mahu kerajaan rakyat. Mana satu yang betul, apakah kerajaan islam atau kerajaan rakyat???
Kerajaan islam adalah kerajaan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Kerajaan rakyat pula adalah kerajaan sokongan rakyat, kerajaan pilihan rakyat.
Al-Quran dan As-Sunnah adalah asas kepada kerajaan Islam. Al-Quran dan As-Sunnah itu sendiri bersifat fitrah kemanusiaan. Apabila manusia faham Al-Quran dan As-Sunnah, bermakna manusia sudah faham fitrah mereka. Bermaksud; apabila mereka tidak faham Al-Quran dan As-Sunnah, bermakna mereka tidak faham fitrah mereka.
Al-Quran dan As-Sunnah jaga fitrah, tak seperti akal dan hawa nafsu manusia menjaga fitrah. Akal dan hawa nafsu fikir ”kepuasan diri”, tetapi Al-Quran dan As-Sunnah memikirkan ”kepuasan setiap diri”.
”Kepuasan diri” mahukan sedap hidup, tidak kira merosakan atau tidak. Sebab itu, mereka minum arak, berzina di mana-mana dan seterusnya. “Kepuasan setiap diri” pula, tidak cukup diri kamu sahaja “sedap hidup”, bahkan orang lain pun mahukan “sedap hidup” juga.
Apabila kamu “sedap hidup” dengan menimbulkan “tidak sedap hidup” pada orang lain, maka itu adalah “sedap hidup” yang tidak hakiki, bahkan merosakan.
Misalnya, apabila kamu berzina, memang kamu sudah mendapat “kesedapan hidup”, tetapi kamu telah menafikan kesedapan hidup perempuan yang dizina, ibu bapa perempuan yang dizina, anak zina yang dilahirkan dan seterusnya. Mana tidaknya, jika perempuan itu bersalin, bukankah anak zina itu akan tertekan sebab dia lahir dengan tanpa bapa.
Lebih-lebih lagi, kalau perempuan yang berzina itu tidak berzina dengan seorang lelaki sahaja, bahkan ramai. Pasti kelahiran anak zina itu lebih menjadikan dirinya tertekan. Ini kerana, tidak dipastikan bahawa dirinya dari bapa yang mana satu....
Inilah yang dimaksudkan, mendapat “kepuasan diri” dengan menafikan “kepuasan setiap diri”.
Al-Quran dan As-Sunnah datang untuk memberikan “kepuasan setiap diri”, bukan sekadar kepada “kepuasan diri” sahaja. Prinsip ini menyalahi akal dan nafsu manusia, tetapi amat sesuai dengan fitrah manusia.
Kerajaan Islam adalah kerajaan “Kepuasan setiap diri”, bukan ”kepuasan diri”, iaitu kerajaan yang memandu manusia sesuai dengan fitrah. Pun begitu, di sana wujud satu kerajaan lain, disebut kerajaan rakyat.
Rakyat sahaja dapat menentukan kerajaan itu. apakah rakyat menilai itu dengan akal dan nafsu mereka, ataupun rakyat menilai itu dengan fitrah mereka.
Jika rakyat jahil tentang Al-Quran dan As-Sunnah, pasti mereka menilai akal dan nafsu itu adalah fitrah, dan fitrah itu adalah akal dan nafsu mereka. Tetapi, jika rakyat sudah faham Al-Quran dan As-Sunnah, pasti mereka akan mengetahui, bahawa Al-Quran dan As-Sunnah itu adalah asas penjagaan terhadap fitrah mereka.
Di Malaysia, kita tidak mengamalkan sistem khalifah. Perlantikan ketua negara tidak berasaskan kepada Ahl Al-Hilli wa Al-Aqdi, tetapi berasaskan kepada demokrasi.
Apabila sebut demokrasi, pasti suara rakyat menjadi suara keramat. Tanpa rakyat, apa yang ada pada demokrasi.
Persoalannya, apakah suara rakyat itu adalah suara Al-Quran dan As-Sunnah atau tidak??
Jika rakyat tidak faham Al-Quran dan As-Sunnah, maka suara rakyat itu bukanlah suara Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi ia adalah suara ”akal dan nafsu”.
Oleh yang demikian, bagi membina suara Al-Quran dan As-Sunnah, maka sewajibnya diberikan kefahaman kepada rakyat tentang Al-Quran dan As-Sunnah. Jika ini tidak berjaya, kita akan gagal membina kerajaan Islam yang diidam-idamkan.
Apa boleh buat, kita berdakwah dalam demokrasi. Kini kita tidak dapat menafikan demokrasi, kerana menafikan demokrasi di Malaysia kini merupakan tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar, sedangkan perkara ini dilarang sama sekali dalam Islam.
Oleh itu, kita jadikan demokrasi sebagai alat untuk berdakwah. Menggunakannya sebagai alat untuk membina suara rakyat yang memahami Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila rakyat sudah faham Al-Quran dan As-Sunnah, pasti kita akan berjaya membina suara Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila kita berjaya bina suara Al-Quran dan As-Sunnah, ketika itulah kerajaan Islam akan terbina...
Apakah kita bersedia????
Renung-renungkanlah.....
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 mac 2009 * 10:42 malam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan