Jumaat, 20 Mac 2009

EKONOMI ISLAM MODAL DAKWAH??

EKONOMI ISLAM MODAL DAKWAH??

Dikala ekonomi baik dan stabil, sebilangan besar korporat hidup bagaikan keparat. Mereka lupa Allah, lupa orang miskin, mereka hanya ingat perut. Musim ekonomi merudum ketika Mahathir jadi PM dahulu, ramai korparat telah meng”keparat”kan diri mereka kepada Allah.

Ketika itu, segala tuan-tuan guru menjadi kunjungan harian mereka. Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah juga menjadi sasaran untuk dijadikan kawan. Mereka bertanya, bagaimana hendak menyelesaikan masalah. Tok guru berpesan, rapatkan diri kepada Allah. Dalam sujud, sebutlah masalah kepada Allah, dan minta diselesaikan segala masalah.

Disebabkan kurang mengerti hukum solat, maka kedengaranlah doa-doa dalam bahasa melayu ketika sedang sujud, padahal sedang menunaikan solat. Pelik sungguh sang Dato’ korporat ini. apakah dia tidak tahu, membaca doa dalam bahasa melayu ketika sedang solat, boleh menyebabkan solat jadi batal.

Berfikir lama. Baru faham. Dia baru bertaubat. Maklumlah ekonomi jatuh, business dia pun sudah lingkup. Itu pasal kita dapati ada doa dalam bahasa melayu ketika solat sedang ditunaikan.

Diharapkan taubatnya itu adalah taubat nasuha. Kalau di musim ekonomi bermasalah, para tuan guru menjadi kawan. Diharapkan selepas ekonomi stabil pun, para tok guru masih menjadi kawan. Ternyata hampa… dasar manusia ingat Allah dan kekasih-Nya di kala susah. Di kala senang, masakan kekasih Allah, Allah pun dilupai mereka.

Pun begitu, secara asasnya manusia dikala susah, mereka sanggup membuang ego mereka. Mereka akan sanggup letak dahi mereka di tikar sembahyang dikala susah. Sedangkan, di kala senang, masakan dahi di tikar sembahyang, otak yang berhampiran dengan dahi pun tidak pernah berfikir pasal Allah.

Keadaan yang sama berlaku kini. Ekonomi kapitalis yang menjadi asas ekonomi dunia telah dimonopoli sebilangan pihak, menyebabkan dunia semakin menuju kepada kehancuran.

Ketika ini, musuh kapitalis iaitu sosiali mendabik dada. Mereka benci kapitalis. Ekoran kejatuhan ini, mereka mula menunjuk negara-negara mereka yang berjaya mengawal ekonomi.

Sedihnya, umat Islam tidak seagrasif sosialis dalam menyerang kapitalis. Mereka masih lagi tidur, tidak dijagakan dengan kesedaran islam.

Mungkin kerana tiada negara contoh yang mahu ditunjukkan seperti sosialis. Al-Maklumlah, dunia ini satu pertiga adalah milik umat Islam, tetapi kepala otak mereka adalah karpitalis ala diktator.

Pun begitu, sekurang-kurangnya kita perlu ada ”paper work” yang boleh dikemukakan kepada rakyat di dunia. Agar mereka dapat membuat perbandingan antara kebaikan dalam islam, daripada keburukan dalam selain islam.

Puak-puak kapitalis takut dengan sosialis. Sebab, mereka tidak mempunyai hak yang setimpal dari hasil titik peluh mereka. Walaupun mereka yang terbaik dalam bertindak, tetapi hak mereka di sama tarafkan dengan mereka yang tidak terbaik.

Islam pula, memberikan hak yang saksama, disamping melarang kezaliman antara manusia. Kalau kamu mampu bekerja kuat, kamu boleh mendapat lebih, tapi, tidak boleh ”sapu” hak orang.

Inilah yang kurang didedahkan kini. Jika diperhebatkan dalam pendedahan, pasti dunia akan melihat Islam. sedihnya, dunia masih tidak melihat Islam sebagai penyelesaian. Kenapa??? Sebab, ekonomi Islam hanya wujud dalam kitab-kitab, tetapi kurang agrasif untuk diterjemahkan ke dalam masyarakat.

Pernahkah kita fikir, Nabi SAW berjaya menjatuhkan ekonomi yahudi di Madinah kerana pengamalan ekonomi kapitalis dikalangan yahudi itu berjaya dilupakan oleh rakyat Madinah kerana ekonomi islam yang didokong oleh Abdur Rahman bin Auf telah menjadi model yang terbaik.

Nabi tidak menghalang yahudi berniaga secara kapitalis di Madinah, tetapi dalam masa yang sama, Nabi datangkan tauladan ekonomi. Cara nabi dilihat baik dan adil, maka ekonomi islam mendapat tempat di hati-hati rakyat Madinah.

Oleh itu, jadikan kelemahan ekonomi kapitalis ini sebagai ruang untuk mendapatkan pengaruh dalam memperkenalkan islam. Apabila rakyat dunia melihat Islam, sudah pasti Islam mendapat tempat dalam hati mereka.

Apabila Islam mendapat tempat di hati-hati rakyat dunia, pasti Islam akan menang. Ketika itu, masakan kita berjaya selesaikan isu palestine, negara haram israel pun kita akan berjaya luputkan dari atas muka bumi Allah SWT.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 mac 2009 * 4:54 petang



1 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Kena perbanyakkan seminar Dinar/Dirham supaya lebih ramai yg faham.

Sekarang ni, tak ramai yg tau punca segala masalah ialah wang kertas.

Tabiaat meletakkan nilai pada kertas tak bernilai, telah dikembangkan lagi dengan meletakkan nilai pada fail hutang yang tak bernilai.