GENJATAN SENJATA DALAM PEPERANGAN??
Dalam peperangan, apabila wujud pihak yang hampir kalah, selalunya pihak tersebut akan angkat bendera “surrender”. Cara surrender tersebut, selalunya diminta adakan genjatan senjata.
Sejarah membuktikan, peperangan antara Ali dan Muawiyyah, dilihat Muawiyyah yang angkat bendera putih sebagai permohonan diadakan genjatan senjata. Dalam genjatan tersebut, diminta untuk diadakan “majlis Tahkim”.
Pihak ‘Ali yang dilihat hampir menang, menerima genjatan Senjata itu. Alasan Ali cukup senang, kita adalah bersaudara. Apa gunanya kita bergaduh. Oleh itu, lebih baik kita berbincang dalam majlis tahkim tersebut demi mencari kesefahaman.
Abu Musa Al-As’ari yang mewakili Ali merupakan seorang yang bijak, tetapi tidak petah berkata-kata seperti Amru bin Al-As. Dalam majlis tahkim tersebut, keputusan dibuat. Dilihat, Muawiyyah lebih mendapat keuntungan berbanding Ali.
Ali akur, sebab Ali berjiwa pemaaf. Tambah-tambah lagi, merebut jawatan bukan perangai Ali. Tapi sedih, sebilangan pengikut Ali memberontak. Golongan memberontak disebut sebagai Khawarij.
Ali melakukan kesilapan bukan kerana hatinya yang kotor, tetapi disebabkan hatinya yang terlalu bersih, sehingga memaafkan sesiapa sahaja, walaupun ada orang yang mahu menjatuhkannya.
Jika dilihat pada cerita ini. Kita akan dapat buat keputusan. Genjatan senjata tidak akan berlaku dari pihak yang sedang hampir kepada menang, tetapi akan berlaku dari pihak yang hampir kepada kalah.
Tetapi, jika cadangan genjatan senjata itu datang dari pihak yang hampir kepada menang, maka itu adalah sesuatu yang pelik.
Apabila pihak yang hampir menang memberi cadangan untuk di adakan genjatan senjata, pasti pihak yang hampir kalah akan menerima. Ini kerana, apabila menerima genjatan senjata itu, inilah masanya mereka mahu membaiki balik segala kerosakan dan kelemahan yang mereka sedang alami.
Tetapi, jika pihak yang hampir kalah itu cerdik, mereka akan melihat terlebih dahulu bentuk genjatan yang mahu dilakukan. Apakah genjatan itu merupakan provokasi untuk menjahanamkan kesatuan mereka, ataupun genjatan itu sememangnya ikhlas.
Yang paling penting sekarang adalah, agar pihak yang hampir menang tidak menjadikan genjatan senjata itu sebagai cara untuk musuh mengkuatkan kesatuan mereka, kerana apabila kesatuan mereka menjadi kuat kembali, dibimbangi mereka akan menyerang kita tanpa belas kasihan, seperti serangan yang mereka telah lakukan sejak sekian lama.
Sebab itulah, kita kena ingat pepatah orang-orang tua yang ada mengatakan agar kita berhati-hati dengan anjing yang tersepit, kerana dibimbangi apabila anjing itu terlepas, orang yang melepaskan itu akan digigit oleh anjing tersebut.
Pun begitu, jika kita melepaskan anjing rongak, maka itu dilihat agak relevan. Ini kerana, jika ia mahu gigit kita balik pun, gigitannya tidak akan memberikan kesan buruk kepada kita, bahkan kadang-kadang kita boleh tertawakan balik pada anjing itu.
Persoalannya, apakah UMNO kini adalah anjing rongak???..... jom kita pakat-pakat fikir sepadu-padunya.....
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 mac 2009 * 1:51 pagi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan