Khamis, 19 Mac 2009

PELIK LAGI AJAIB


TANGISAN KEKECEWAAN... Isteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Datin Seri Asmah Abd Rahman mengesat air mata selepas menghadiri sidang akbar suaminya di Melaka semalam. Katanya, beliau terkejut dengan tindakan Lembaga Disiplin menggantung suaminya daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 28 Mac ini. Foto The Star Oleh A.MALEX YAHYA[1]

KOMEN:

Pelik betul. Menangis kerana suami tidak dapat bertanding jawatan Timbalan presiden. Sedih kerana tak dapat pikul amanah.

Orang zaman para sahabat dahulu, kalau tidak diberikan amanah, mereka agak gembira, bahkan menangis jika diberikan amanah.

Pada mereka, amanah kepimpinan adalah satu perkara yang berat. semuanya itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Disebabkan itulah, kita akan dengar kisah para salaf terdahulu, sanggup berlakon menjadi seperti orang gila, semata-mata tidak mahu memegang sesuatu jawatan dalam kerajaan.

Jawatan untuk menjaga maslahat orang islam, yang sudah pasti akan mendapat pahala jika berlaku adil pun, para salaf terdahulu menolak sekeras-kerasnya apabila diberi, kerana bimbang mengkhianati. Tiba-tiba, tidak dapat bertanding jawatan dalam parti yang semenjak dahulu hingga sekarang mengkhianati manusia, dia boleh menangis..

Ini adalah perkara pelik lagi ajaib….

Jangan disebabkan tangisan kamu di dunia, menyebabkan tangisan kamu akan berlanjutan sehingga kamu mengadap Allah yang maha berkuasa nanti.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 mac 2009 * 3:44 petang


[1]http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/19/mstar_berita/20090319103927&sec=mstar_berita

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam... sokong ustaz.. ana pun pelik jgk. org punya nak tolak, manusia la ni punya nak minta... hm... moga ALLAH pelihara hati umat Islam yg nak kpd Islam dpd penyakit hubbu ar-riasah... (bekas penuntut Ma'ahad Darul Hadis Alor Star)

Tanpa Nama berkata...

tpkan syeikh wan gi, orang sekarang ni, sibuk demo nk runtuhkan kerajaan kan??

Al-Bakistani berkata...

sebab, kerajaan yang ada sekarang bukan kerajaan Khalifah Allah, tetapi khalifah Syaitan...

sama ke, khalifah Allah dan khalifah syaitan????

sang kelembai junior berkata...

Betul tu Al-Bakistani. Takkan sama kerajaan kufur dan kerajaan adil. Meruntuhkan kerajaan kufur adalah wajib manakala meruntuhkan kerajaan adil, amanah dan berkebajikan adalah haram. Itu tak susah nak difahami.