Isnin, 16 Mac 2009

HINA DI DUNIA DAN AKHIRAT

HINA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Memang manusia tidak suka di hina. Walaupun mereka bertindak dengan tindakan yang layak mereka menerima penghinaan.

Apabila orang tidak suka dihina, maka janganlah menghina. Tetapi, jika mereka tidak kisah dihina, terpulanglah kepadanya, apakah mahu menghina atau tidak.

Begitujuga, jika mereka tidak suka dihina, maka janganlah melakukan tindakan yang menyebabkan orang mahu menghinanya. Tetapi, jika mereka tak kisah dihina, maka lakukan apa sahaja, agar manusia tidak segan silu mahu menghinanya.

Persoalannya, apakah menghina itu salah atau tidak???

Hina adalah satu sifat yang melekat kepada seseorang. Adapun menghina, adalah perbuatan manusia yang dilakukan secara ikhtiyari.

Menghina ada kalanya dapat dosa, tetapi tidak boleh dinafikan, menghina juga dapat pahala.

Menghina sesuatu yang tidak hak, itu adalah kesalahan. Tetapi, menghina dalam perkara yang hak, maka itu dibenarkan.

Lihatlah Allah menghina Abu Lahab kerana jahatnya. Tindakan Abu Lahab yang melampau, dengan membaling batu kepada Nabi yang menyampaikan yang hak, menyampaikan kebenaran yang merupakan undang-undang Allah yang tidak boleh dilawan.

Nabi SAW juga pernah menyebut;

بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ وَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ

Maksudnya;
”sejahat-jahat adik beradik, dan sejahat-jahat keturunan”

Kalimah penghinaan yang diungkapkan nabi ini, ditujukan kepada sejahat-jahat manusia, yang disifatkan oleh nabi SAW dengan sabda baginda;

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ شَرِّهِ


Maksudnya;
”Sesungguhnya sejahat-jahat manusia disisi Allah pada hari kiamat nanti adalah mereka yang tidak dilayan manusia kerana takut kepadanya ekoran kejahatannya
[1]

Hadis ini menjadi bukti, nabi juga menghina orang jahat. Kejahatan sehingga sampai satu tahap, manusia lain takut kepadanya. Orang sebegini memang layak dihina.

Bahkan, jika menghina juga manusa sebegini, menghasilkan pahala. Jika tidak dapat pahala, masakan dilakukan oleh Nabi SAW???

Juga, ulama-ulama hadis terdahulu banyak menghina kepada perawi-perawi hadis yang sengaja merekacipta hadis. Lihatlah kalimah ”Ad-Dajjal” yang sering diungkapkan oleh Imam Al-’Iraqi, Imam Az-Zahabi, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani kepada perekacipta hadis. Semuanya kerana, mereka layak dihina kerana kejahatan mereka menyelewengkan hadis.

Kalau orang yang merekacipta hadis juga layak dihina, bagaimana pula orang yang merekecipta Islam yang Allah turunkan. Islam sudah indah, lalu mereka edit islam mengikut hawa nafsu mereka. Apakah mereka ini tidak layak dihina????

Justeru, jangan salah anggap. Bukan semua perbuatan menghina itu adalah salah, bahkan dalam keadaan tertentu, ia adalah keizinan yang diberikan pahala.

Kepada pihak yang tidak suka dihina, jangan sekali-kali bertindak dengan tindakan yang menyebabkan orang rasa mahu menghina. Jika bertindak juga, jangan dimarah kepada orang yang menghina, kerana itu bukan kesalahan penghina, tetapi kesalahan pihak yang dihina.

Bimbangnya. Jika kamu menyalahkan kepada pihak yang menghina dalam keadaan kamu bertindak dengan tindakan yang layak dihina, dibimbangi kamu akan digelar sebagai firaun di suatu masa nanti.

Ini kerana, sejarah telah membuktikan kejahatan firaun yang layak dihina itu menyebabkan Musa yang menghina Firaun dimarahi. Bukan sekadar itu, bagi menutup mulut Musa, Firaun bertindak mahu membunuh Musa.

Natijah akhirnya, di masa musa hidup, hanya musa dan pengikutnya sahaja menghina firaun, tetapi selepas kematian musa sehingga kini, seluruh dunia menghina firaun. semuanya adalah kesalahan Firuan, bukan kesalahan musa.

Adapun jika kamu tidak melakukan perkara yang layak dihina, tetapi tetap diberikan kehinaan. Bersyukurlah, kamu akan diberikan pahala besar di akhirat nanti ekoran kamu dihina dalam perkara yang tidak hak.

Renung-renungkanlah ......

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 mac 2009 * 3:36 petang


[1] Sahih Al-Bukhari : 5572.

Tiada ulasan: