Khamis, 19 Mac 2009

MENGKARYAKAN PIMPINAN PAS

MENGKARYAKAN PIMPINAN PAS

Melihat kepada sebilangan ucapan pimpinan PAS, didapati ada yang mempunyai nilai yang cukup berharga. Amat sedih, ucapan yang bernilai itu tidak dikaryakan sehingga menjadi bahan bacaan untuk generasi di masa akan datang.

Diumpamakan seperti ucapan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa mengadakan majlis dialog dengan non Muslim di Kedah semasa PAS menguasai Terengganu dahulu. Dialog terbuka antara Tuan Haji Khalid Samad dengan seorang lelaki berkelulusan dalam agama kristian berkenaan dengan Piagam Madinah. Kenyataan-kenyataan Ir Nizar dalam menghadapi arus politik di Perak baru-baru ini. Ucapan Dr Harun Din dalam mengulas isu Negara Islam dalam tahun-tahun yang lepas dan banyak lagi.

Sebagai Editor Syariah, aku telah berbincang dengan sebilangan pihak, khususnya Syarikat anbakri publika, untuk memajukan pemikiran-pemikiran yang bernilai ini dengan dijadikan bahan bacaan, dan kami mendapat satu keputusan yang positif.

Dan kini, kami sedang berusaha untuk mengkaryakan pemikiran Dr Harun Din dari sudut politik. Juga, sedang berusaha mengumpul dan membukukan hasil debat terbuka antara Tuan Haji Khalid Samad dengan seorang lelaki berkelulusan Kristian.

Mudah-mudahan usaha kami ini mendapat keberkatan di sisi Allah SWT.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 mac 2009 * 6:25 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, moga berjaya

moderator pasnationalunity.blogspot.com

Ibnu_Ismail berkata...

Semoga berjaya Ustaz.

By the way, ana baru dapat call dr N9 tadi. Ustaz Khairul Azhar, ex-Mesir baru meninggal. Tak pasti ustaz kenal beliau tak. Saja maklumkan sahaja, kot2 ustaz kenal.

Al-Bakistani berkata...

mintaa Maaf ana tidak kenal.. mudah-mudahan rohnya di rahmati ALlah. di catitkan oleh Malaikat sebagai manusia syahid di jalan Allah....

amin Ya rab Al-Alamin