JANGAN TERMAKAN PROPAGANDA UMNO
Kerajaan perpaduan menjadi isu. Sudah senyap, dipanaskan kembali. Kerajaan perpaduan mengikut kacamata Presiden PAS adalah PR dan BN, bukannya PAS dengan BN atau PAS dengan UMNO.
Khir Toyo punya ulasan, PAS nak gabung dengan BN. Di sambung ulasan yang sama pula oleh Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO bahagian Cheras. Cuba kita baca balik berita utusan Malaysia pada 17 mac 2009.
Isu sebenarnya, Kerajaan Perpaduan antara BN dan PR. Atau istilah lain, kerajaan tanpa pembangkang. Setelah dipropagandakan, jadi salah faham, kononnya PAS nak gabung dengan BN.
Maknanya, Khir Toyo dan Syed Ali Albabshee sedang mempropagandakan isu ini. kita jangan termakan propaganda UMNO ini. Termakan propaganda ini, dibimbangi akan melahirkan perpecahan antara Parti-parti pakatan Rakyat.
Apabila kerajaan Pakatan Rakyat berpecah, maka jatuhlah kerajaan Selangor. Kerana, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, antara parti-parti saling kuat mengkuatkan. Khir Toyo tengah takut. Semua rahsia penyelewenganya mahu didedah oleh Tan Sri Khalid. Hanya tunggu masa dan ketika yang sesuai sahaja.
Propaganda agar berbalah antara parti ini, sama seperti yang Mahathir buat untuk beraikan Barisan Alternatif antara PAS dan DAP dahulu.
Juga sama seperti British nak buat Perlembagaan Persekutuan yang menggantikan Malayan Union pada tahun 1946 dahulu. British buka pendatang dari India dan Cina ke Tanah Melayu, lalu apabila nak buat perlembagaan, mereka mainkan isu bangsa cina dan india, kononnya ancaman kepada orang melayu. tujuan British buat macam itu, supaya rakyat Tanah melayu pada masa itu berbalah. Lalu, mereka kekal sebagai penjajah.
Berhati-hatilah dengan Propaganda UMNO ini. UMNO sudah terlalu terdesak sangat.
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 mac 2009 * 10:54 malam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan