Rabu, 8 April 2009

APA AKAN JADI LEPAS NI??

APA AKAN JADI LEPAS NI??

Pakatan Rakyat menang di dua buah bukit; bukit Gantang dan Bukit Selembau. Pun begitu, Kalah di Batang Ai, serawak.

Menang di dua bukit ini adalah perkara yang sudah dijangka pun. Tapi, di saat-saat akhir dirasakan bimbang sedikit apabila mendapat maklumat dari pihak risikan yang agak kurang menarik.

Kalau orang bertanya, mengapa kita boleh menang. Jawapanku, Allah memberikan kemenangan kepada kita.

Jangan dinafikan kuasa Allah. Pun begitu, tidak dinafikan juga ”otak-otak” dan ”tenaga-tenaga” manusia yang dihadiahkan kepandaian oleh Allah untuk berusaha dalam mencapai kemenangan.

Padaku, kita sudah menang, tetapi mungkin kita agak kurang berfikir apa akan berlaku selepas dari menang. Ini kerana, Kita sekarang mempunyai seorang Perdana Menteri yang mempunyai skandal yang terlalu banyak. Isu altantuya yang tidak selesai; yang ditempelkan kepada Perdana Menteri, menyebabkan banyak perkara yang seharusnya difikirkan.

Apakah dengan kekalahan BN dalam pilihanraya di bukit Gantang dan bukit Selembau, menyebabkan ”Barua Naga” ini akan duduk diam??? Ini kerana, kekalahan BN ini sedikit sebanyak memberikan tamparan hebat terhadap kepimpinan mereka.

Dari sudut psikology, apabila seseorang sudah kalah, beberapa keadaan akan dilakukan, sama ada mereka akan bertindak lebih zalim, iaitu dengan menutup ”mulut-mulut” mereka yang berjaya membangkitkan rakyat, atau bertindak meletakkan jawatan kerana tidak sanggup menghadapi malu, ataupun mereka akan melaksanakan strategi yang lebih berkesan bagi menghadapi keadaan yang mendatang.

jika dilihat kepada UMNO/BN kini, tidak diketahui, apakah masa depan mereka itu mempunyai peluang yang cerah lagi atau tidak?? Dari segi rakyat, dilihat majoriti agak tidak menyukai lagi kepada mereka, lebih-lebih lagi dikalangan anak-anak muda.

Disiasat lagi, antara sebab rakyat sudah mula membenci UMNO/BN, apabila kehadiran beberapa tokoh politik yang dilihat agak agrasif, disamping suara mereka agak didengari dalam mengulas isu-isu UMNO/BN sehingga berjaya melahirkan kebencian rakyat terhadap mereka.

Justeru, jika pimpinan UMNO/BN mahu meletakkan jawatan, maka itu adalah perkara yang agak mustahil. Mahu menggunakan strategi berkesan, mungkin strategi mereka itu akan melibatkan tindakan yang berunsur kezaliman.

Dianggarkan UMNO/BN akan bertindak; tidak akan duduk diam dalam membiarkan ”aura” tokoh-tokoh politik yang mampu memberikan kebencian rakyat terhadap UMNO/BN. Membiarkan mereka, bermakna redha terkuburnya UMNO/BN di Malaysia.

Apabila terkuburnya UMNO/BN, maka terkuburlah masa depan politik pimpinan UMNO/BN. Apabila terkubur masa depan politik mereka, menandakan masalah peribadi mereka pasti tidak akan selesai. Ini kerana, kes rasuah, pemberian projek secara kroni, penjualan harta rakyat kepada pihak-pihak tertentu pasti akan menjadi igauan mimpi ngeri.

Jika keadaan inilah yang berlaku, meletakkan jawatan bukanlah pilihan mereka. Juga, terus-menerus melawan dengan gaya demokrasi yang sehat, tidak akan memberikan keberuntungan kepada mereka.

Oleh itu, kemungkinan mainan politik jahat akan digunakan oleh UMNO/BN. Dengan itu, akan kedengaranlah isu Saiful Bukhari yang kononnya diliwat. Kemerosotan kehakiman akan berlaku. Pihak berkuasa akan digunakan sewenang-wenangnya. Blogger-bloggers akan ditangkap dan banyak lagi mimpi-mimpi ngeri yang bakal dilakukan oleh UMNO/BN.

Oleh itu, apa yang perlu kita fikirkan kini adalah, apakah strategi yang paling berkesan bagi menghadapi keadaan ini. jika kita tidak melakukan sebarang strategi, dibimbangi sejarah 2004 akan berulang kembali.

Sekian

p/s : Ada orang tanya; ”takkan kot UMNO/BN sanggup lakukan tindakan sedemikian??”. Jawapanku; ”sedangkan Allah, UMNO/BN sanggup lawan, inikan pula PR yang merupakan makhluk Allah”.

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 april 2009 * 10:20 pagi







Tiada ulasan: