Isnin, 6 April 2009

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

Apabila mendengar petikan ceramah YB DAP yang mengutip surah An-Nahl ayat 90, aku tidak merasakan tindakan YB tersebut sebagai salah. Ini kerana, beliau membaca ayat Al-Quran tersebut dengan lahjah cinanya. Lahjah yang agak sukar untuk sama seperti orang arab membaca Al-Quran.

Jika kita berjalan ke mesir, sebilangan badwi di sana membaca Al-Quran dengan menyebut huruf ”jim” dengan hurum ”Ga”, sedangkan dalam bahasa arab, tidak wujud langsung huruf ”ga”. Jika mereka membaca ”iza JA a nas rullah”, mereka membacanya dengan ”iza GA a nas rullah”

Lahjah arab mesir ini, tidak sekadar dikalangan orang badwinya sahaja, bahkan ada sebilangan profesor yang mengajar di Universiti Al-Azhar pun membacanya sedemikian. Persoalannya, apakah membaca dengan lahjah tersebut adalah tindakan mempersendakan Islam??? lebih-lebih lagi, jika dibacanya itu disebabkan memang agak sukar lidah menyebut dengan sebutan yang betul.

Apabila aku mendengar YB DAP tersebut menyebut surah An-Nahl Ayat 90, aku agak kagum. Ini kerana, aku sendiri pun tidak ingat ayat yang sering dibacakan dalam khutbah jumaat itu adalah surah an-nahl ayat 90. dan aku yakin, kalau tanya sebilangan Orang islam beragama UMNO pun, masakan mereka tahu itu adalah surah an-nahl ayat 90, bahkan membaca ayat itu pun pasti mereka tidak mampu.

Cumanya, dalam mengulas isu ini, datang mufti Harussani yang mangkuk hayun ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

”orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran sebagai alasan dalam kempen mereka. pada saya, kalau orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran dalam kempen, seolah-olah orang melayu, orang islam sudah terlalu bodoh. Sehingga dia sendiri tidak tahu lagi tentang kitab suci Al-Quran. Apakah kita boleh percaya terhadap tafsiran yang dibuat oleh orang kafir. Jadi saya harap mudah-mudahan, perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Merupakan satu penghinaan kepada ugama kita. Maka dengan itu, harus dihentikan. Satu lagi hal, orang-orang kafir selalunya menyelewenkan benda-benda yang telah wujud dalam kitab, kerana mereka tidak percaya dengan yang wujud dalam kitab itu”

Membaca kenyataan Mufti perak ini. ingin dinyatakan seperti berikut;

(a) sekarang memang ada orang melayu lebih bodoh dari orang bukan Islam tentang Al-Quran. Orang melayu itu adalah, orang UMNO. sama ada mereka itu agamawan, mahupun tidak. Termasuk yang berjawatan mufti.


(b) Jika wujud unsur penyelewenan Al-Quran yang dilakukan oleh YB DAP itu. dimanakah unsur penyelewengan itu??? takkan semata-mata baca sudah cukup untuk dikatakan sebagai menyelewengkan Al-Quran.????

(c) Sejak bila si YB ini menafsirkan Al-Quran. Dia hanya sekadar mengungkapkan sesuatu yang benar berdasarkan kepada ayat Al-Quran yang menyuruh melakukan keadilan dan melakukan kebaikan. Apakah menyelewengkan kandungan Al-Quran, jika beliau menyeru kepada keadilan dan kebaikan seperti seruan surah An-Nahl ayat 90???

Nampaknya, di Malaysia, kita mempunyai seorang lagi tokoh mangkuk hayun berjawatan mufti.

Sekian

P/s : (1) UMNO lawan islam. mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti lawan islam. (2) UMNO parti perkauman, mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti sokong perkauman. (3) UMNO adalah assobiyyah, Assobiyyah adalah haram, mufti sokong UMNO. Maknanya, Mufti buat kerja haram.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Http://g-82.blogspot.com

Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 april 2009 * 8:19 pagi




6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sudah2lah.
taksub sangat ayat tu...
jangan nak mengelar orang lain sesuka hati, tengok diri sendiri....

Melayu Sejati berkata...

UMNO BUKAN BODOH...TAPI HARAM JADAH

UMNO BUKAN BODOH...TAPI GILA BABI

UMNO BUKAN BODOH...TAPI IBLIS BERTOPENGKAN MANUSIA

naked gun berkata...

bagus tu,hentam ameno sampai koma,aku setuju betul,ni la jadinya bl agama sanggup digadai kerana harta dan jawatan. TG Nik Aziz cakap blh,lg bagus kalau org bukan islam nak blajar, org islam ameno semua dah pandai2,tak perlu blajar lg,diorang ada menteri agama yg hebat nak mampus!!!

Tanpa Nama berkata...

ala ustat..

harusani ni dulu bekas SB special branch..tu la perangai umno

akhu_hurairah berkata...

salam.

berkaitan isu yb dap yang memetik dan mmbaca ayat quran tu sy rs takda masalah. sbb mmg dah jelas si kafir itu akan ambil sebahagian dlm quran dan meninggal sebahagian yg lain.

cth dlm kes ini, yb dap itu ambil petikan ayat yg menganjur soal keadilan.. dia mempercayai dan meyakini ayat tersebut.
tapi dlm soal ayat quran yg menyatakan kebenaran islam, dia tidak mempercayai dan beriman.

salahkah dia mempercayai ayat allah berkaitan keadilan?

tp yg terlebih salahnya kalau org islam sndiri yg pecaya separuh2 alquran.. ambil sikit buang sikit.
cth perundangan islam..
maka apakah hukum jika kita hanya percaya sebahagian ajaran alquran?

DS Mufti perak patut tau siapa yg lebih patut ditegur.

Tanpa Nama berkata...

Telah dikisahkan kepada kita, Saidina Umar Al Khattab sebelum memeluk Islam, beliau membaca Al Quran (kitab yang pada mulanya dirampas dari adiknya). Alangkah bagusnya kalau YB DAP tu mengikut jejak langkah Saidina Umar Al Khattab memeluk Islam. Tetapi malangnya, orang di Malaysia (termasuk yang bergelar Ustaz) seperti terlupa kisah-kisah zaman silam seperti ini, dalam menghubung kaitkan dengan apa yang terjadi di zaman ini. Wallahualam...