Jumaat, 10 April 2009

CADANGAN PERKONGSIAN KUASA : BN TERDESAK

CADANGAN PERKONGSIAN KUASA : BN TERDESAK

Tun Dr Lim Keng Yaik mencadangkan kepada Najib untuk melakukan perubahan Radikal untuk memastikan BN menjadi relevan. Beliau merujuk kepada bapa Najib, iaitu Tun Abdur Razak yang merombak Perikatan menjadi Barisan Nasional pada 1973, sehingga popular di kalangan pengundi.

Bentuk perubahan radikal yang dimaksudkan adalah;

“Konsep perkongsian kuasa yang diperkenalkan oleh Razak menjadi BN kukuh sehinggalah pilihanraya umum 2008 di mana gabungan itu kalah teruk kepada pembangkang
[1]

Dengan kenyataan ini, dilihat bagaimana BN sudah terdesak. Konsep perkongsian kuasa yang dicadangkan itu, bukanlah untuk kesejahteraaan rakyat, tetapi demi mempertahankan politik BN yang tidak pernah puas dan tamak.

Jika dahulu, antara yang terlibat dengan Perikatan adalah PAS. Pun begitu, PAS tertendang keluar dengan begitu hina. Semuanya hasil dari perkongsian kuasa dikala UMNO lemah, tetapi PAS di”anjing”kan dikala UMNO kuat.

Justeru, kenyataan ini sudah cukup membuktikan BN sudah terdesak, sehingga mahu melakukan perkongsian kuasa. Perlu diingatkan, jika wujud seruan kepada perkongsian kuasa. Amat nyata, itu bukanlah bertujuan menjaga rakyat atau mahukan kestabilan politik, tetapi mereka sedang berusaha hendak mempertahankan kekuasaan mereka.

Sekian

P/s : ”orang mukmin yang baik, tidak akan terpatuk ular dari satu lubang yang sama sebanyak dua kali”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

Ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 april 2009 * 5:34 petang




[1] http://www.malaysiakini.com/news/102113

Tiada ulasan: