Rabu, 8 April 2009

BOLEH PERCAYA KER???

Utusan Meroyan melaporkan;

“KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu”

KOMEN;

Betulkan hukuman bunuh itu akan dikenakan kepada Sirul dan Azilah??

Selama hari ini, kita tidak pernah nampak muka Azilah dan Sirul. Bila tak nampak, timbul keraguan. Apakah status diri Azilah dan Sirul akan dibuang, dan diberikan ganti yang baru??

Mungkinkah yang dibunuh itu adalah Sirul tiruan dan Azilah tiruan???

Jika keadaan itu berlaku, bermakna Sirul dan Azilah yang original akan bertukar status diri. Mungkin nama mereka sudah lain, kad pengenalan mereka juga sudah lain. Malahan, kemungkinan kedua-dua ”kambing hitam” ini sudah tidak berada di malaysia lagi???

Jika tidak berada di Malaysia, di mana mereka berdua berada?? Jika benar mereka berada di luar negara, siapa yang membiayai mereka??? Jika ada yang membiayai mereka, berapa banyak yang dibiayai?? Jika banyak yang dibiayai, dengan duit siapa yang digunakan untuk membiayai???

Ataupun, selepas ini mereka akan “dilemparkan” ke luar negara???

Persoalan yang lebih menarik, mengapa hukuman bunuh itu diputuskan oleh Mahkamah ketika Pak Lah sudah tidak jadi Perdana Menteri????

Jika kita tengok laporan Malaysiakini pula;

”Menurutnya (karpal), satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain”

Ini satu lagi persoalan yang tidak berjaya di jawab. Justeru, di sini membuktikan bahawa Sirul dan Azilah sengaja di kambing hitamkan demi menyelamatkan ”orang tertentu”. Persoalannya, mengapa tidak dibuktikan tindakan kedua-dua orang ini, apakah mereka melakukannya dengan kehendak sendiri atau diarahkan oleh pihak tertentu??? Apakah pihak mahkamah juga ditekan??

Dan lagi laporan Malaysiakini;

” Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu”

Mana mungkin berpuas hati. Sedangkan, persoalan Karpal tadi masih lagi tidak terjawab, disamping kedudukan C4 yang hanya boleh dikeluarkan dengan kelulusan Menteri Pertahanan masih lagi menjadi tanda tanya.

Justeru, hukuman yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah adalah tersangat meragukan. Dan keputusan hukuman bunuh terhadap sirul dan Azilah adalah terlalu tidak bertepatan.

Jika merujuk kepada Islam, sebarang keraguan dalam sebarang tuduhan menyebabkan hukuman tidak boleh dilaksanakan.

Sabda Nabi SAW;

ادْفَعُوا الْحُدُودَ مَا وَجَدْتُمْ لَهُ مَدْفَعًا

Maksudnya;
”Hindarkan hudud (baca : hukuman) jika didapati perkara yang boleh menghindarkan dari terlaksana hukuman”

Sekian

p/s : ”keputusan yang diputuskan oleh mahkamah pada hari ini, menunjukkan pembunuh sebenar akan tidak lama lagi akan terbukti. Ini kerana, seni peperangan Cina ada menyebut, “Orang yang gelabah, mudah disangka bersalah, walaupun dia tidak bersalah”. Jika orang tidak bersalah pun mudah disangka bersalah disebabkan gelabah, maka orang yang bersalah apabila dia gelabah, menyebabkan lagi mudah untuk diketahui dia sememangnya bersalah”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
9 april 2009 * 1:36 petang






Tiada ulasan: