Rabu, 8 April 2009

PEREMPUAN HAID DUDUK DALAM MASJID??

PEREMPUAN HAID DUDUK DALAM MASJID??

Perempuan berhaid duduk dalam masjid adalah perkara khilaf di kalangan ulama. Ada ulama kata haram, dan ada ulama kata harus.

Ulama yang kata haram berdalilkan kepada hadis;

فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ

Maksudnya;
“Aku tidak halalkan perempuan berhaid dan berjunub berada dalam masjid
[1]

Adapun ulama yang kata harus pula, mereka mengatakan hadis ini adalah hadis yang doif. Apabila hadis ini doif, maka hendaklah dikembalikan kepada kaedah fiqh yang berbunyi;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya;
“Asal pada sesuatu itu adalah harus”

Ini dikuatkan lagi dengan hadis yang menyebut;

إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang islam itu tidak bernajis”

Dengan demikian, dari segala hujjah yang dikemukakan. Hukum berkenaan dengan perempuan berhaid berada dalam masjid adalah perkara yang dikhilafkan oleh ulama.

Secara peribadi, aku berpendapat, adalah terlebih baik perempuan yang berhaid tidak duduk dalam masjid. Keadaan ini beralasan dengan kaedah fiqh;

الخروج عن الإختلاف مستحب

Maksudnya;
“Keluar dari khilaf adalah digalakan”

Pun begitu, jika ada sesuatu program yang melibatkan kepada perempuan, lalu didapati menjadi sebarang masalah ekoran ada sebilangan perempuan yang berhaid, maka tidak ada salahnya perempuan yang berhaid itu berada dalam masjid.

Keadaan ini tidak menyalahi syariah, bahkan bersesuaian dengan maqasid syariah yang mahukan kepada kemudahan umat.

Firman Allah;

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Maksudnya;
”Allah mahu kamu senang, dan tidak mahu kamu susah”

(Surah Al-Baqarah : 185)

Sekian

P/s : “Islam adalah agama yang mudah. Jika kita rasa payah, itu bukan kesalahan pada agama Islam, tetapi salah kepada nafsu kita yang membuatkan kita rasa Islam itu payah”

Wallahu ’Alam



Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 april 2009 * 12:21 pagi





[1] Sunan Abi Daud : 201.

Tiada ulasan: