Jumaat, 10 April 2009

PEJUANG DALAM DELEMA : ANTARA MELAYU ATAU ISLAM??

Melayu dan islam adalah dua unsur yang disinonimkan dalam perlembagaan. Peliknya, itulah yang diterima oleh seluruh rakyat. Benar atau tidak, itu tidak mahu dibahas. Ini kerana, membahaskannya seakan-akan membahaskan larangan yang ditetapkan undang-undang Negara.

Ramai yang lupa, Islam bersifat universal. Islam kepunyaan seluruh manusia. cina, India, mahupun melayu, bisa menerima Islam. memagarkan islam dikalangan melayu, bermakna mensekularkan islam. Bukankah itu adalah satu kesesatan ??

Islam yang bersifat universal telah dipercayai. Pun begitu, masih ramai yang tidak mengerti. Buktinya, lihatlah pada tindakan mereka sendiri.

Mereka tetap perjuangkan melayu, walaupun mereka sudah berada dalam parti islam. Mengapa begitu susah untuk buang semangat assobiyyah melayu ini ???

Nah.. setelah di siasat. Rupa-rupanya "dia" adalah bekas pemuda parti melayu diperingkat Bahagian, tiba-tiba melompat parti kerana benci terhadap parti melayu tersebut, maka keluarlah "dia" dari parti Assobiyyah. Masuk Parti islam, bukan kerana mahukan Islam, tetapi meluat dengan parti melayu kerana Parti melayu itu parti pengkhianat bangsa. Itulah dakwaannya.

Orang masuk parti islam, kerana mahukan Islam. Perjuangan bangsa, perjuangan rugi. Justeru, parti melayu tidak mahu diperjuangkan, bahkan jijik dan kotor terasa, dikala parti melayu mendakwa melayu adalah perjuangan mereka.

Ada manusia yang tinggalkan parti melayu dengan masuk Parti islam, bukan kerana Islam perjuangannya, tetapi Parti islam dilihat parti melayu, walaupun Parti islam tidak begitu, malah perjuangannya adalah Islam yang universal.

Apabila pemikiran sebegini membeku, mereka menanam benci terhadap bangsa selain melayu. Cina dan india adalah haprak disisi mereka, walaupun Cina dan India itu beragama Islam, ataupun ada harapan menerima Islam sebagai agama hidup mereka.

Justeru, apabila bergabung dengan parti-parti yang melibatkan bangsa cina dan India, maka berbagai-bagai khayalan jahat tergambar dalam pemikiran.

Apabila khayalan jahat itu bermain dalam fikiran, maka kedengaranlah parti melayu lebih baik dari parti satu bangsa dan Parti keadilan sejagat. Isu orang islam dalam parti melayu mula kedengaran, walaupun sebelum ini melawan parti melayu ini dikira sebagai jihad.

Sebelum pilihanraya, parti melayu adalah lawan. Tapi pelik selepas pilihanraya, kerana parti melayu itu dilihat sebagai kawan. Itulah statement yang terpancul dari mulutnya. Alasannya amat senang, jika dahulu kita pernah berkawan dengan parti melayu, why not sekarang kita bertindak sama ??

Orang balas hujjahnya yang tidak realistik itu. Ini kerja gila. Apakah kamu mahukan Parti Islam kembali ke 20 tahun, malah 50 tahun yang lalu. Apakah kita tidak sedar. Pada hari ini, parti islam sudah diterima oleh semua bangsa. Cina dan India sudah berani terang-terang menyokong Pasti Islam. Mereka sudah tidak takut dan bimbang bawa bendera tertulis kalimah tauhid. Mereka tidak segan silu membaca Al-Quran. Walaupun sebelum ini dimomokkan Islam sebagai agama potong tangan.

Kalau kita nak berkawan dengan parti melayu, bermakna kita bataskan Islam kita kepada orang melayu. bila Islam dibataskan kepada melayu, dimanakah maksudnya Islam for All???

Nampaknya, step pertama ternyata gagal. Maka hendaklah digunakan step kedua. Apakah step kedua itu??

Mereka menanam doktrin, kononnya Parti islam diketepikan dalam negeri tahaluf Siyasi. Kononnya Parti islam tidak diberikan hak suara. Ucapan ini terpancul dihadapan pimpinan diperingkat atasan. Maka lahirlah kejutan besar dikalangan pimpinan atasan. Tidak tersangka, air yang tenang itu, terdapat buaya yang sedang mengerang kelaparan.

Persoalannya, apakah benar dalam air itu wujud buaya kelaparan seperti didakwa, atau itu sekadar dakwaan tipu dari orang yang tamak setahap buaya yang sedang kelaparan???

Ternyata, pimpinan atasan amat bijak mencari jalan penyelesaian. Maka siasatan demi siasatan dilakukan, dapatlah satu keputusan. Bukannya wujud buaya lapar dalam air yang tenang, tetapi sebenarnya ada buaya yang sedang kelaparan yang mahu jadi ketua kerajaan.

Nampaknya, sekali lagi mereka tidak berjaya. Mereka tidak terdaya untuk mencapai kejayaan. Semuanya berpunca, ada pihak yang tidak sehaluan dengan mereka dalam ahli mesyuarat mereka. Justeru, ahli mesyuarat yang tidak sehaluan itu, hendaklah dipancung dengan pedang samurai secara bertalu-talu. Agar, segala plan-plan mendatang berjaya menghasilkan natijah yang berbelah pihak kepada mereka.

Maka dipancunglah pihak-pihak yang tidak sebulu. Lebih-lebih lagi, pihak yang lantang membangkang pandangan mereka yang menyebabkan mereka ”berbulu”. Bukan sekadar dipancung pihak yang tidak sebulu, malahan yang menyokong suara yang tidak sebulu juga akan dipancung juga bertalu-talu.

Alasan mereka amat senang. Ini adalah kepimpinan baru. Biarkan si ahli parlimen fokus pada parlimennya. Juga boleh fokus seratus peratus kepada parti kawasannya. Jawapannya, samalah jawapan ahli politik UMNO ketika tidak melantik Khairy di mana-mana jawatan menteri atau timbalan menteri.

Nampaknya, kejayaan mereka memancung tokoh-tokoh yang tidak sebulu dengan mereka sudah terbukti. Kini, usaha berkawan dengan parti melayu semakin kuat di lamun mimpi.

Apa yang perlu dilakukan dalam serangan pada plan kali ini??? tidak lain dan tidak bukan, gunakan pihak bebas untuk memburukan ketua negeri Tahaluf Siyasi. Apabila ketua negeri itu sudah buruk, pasti orang akan mencari pengganti ketua negeri yang baru. Dilihat, semua tidak ada kelayakan, melainkan dirinya. Maka kerja jahat ini harus dilakukan dengan berkesan.

Pihak bebas yang mendedahkannya adalah perlu. Jika ”dia” sendiri yang dedah, nanti bobrok kejahatannya akan terserlah.

Makanya fail-fail sulit di selongkarkan secara rahsia. Diberikan kepada musuh secara fakta, untuk memburukkan reputasi kawan tahaluf. Tidak cukup itu, ”anggota dalaman” tertentu yang mempunyai kaitan rapat dengan ”Orang No 1” dilakukan pertemuan tanpa pengetahuan ramai. Tujuannya adalah untuk memburukkan pihak kawan Tahaluf dengan apa yang telah didedahkan oleh pihak bebas.

Harapan mereka, jika ini termakan oleh orang no 1, pasti harapan menjadi ketua kerajaan akan berjaya.

Nampaknya, semua tindakan jahat mereka telah terhidu. Mereka kesempitan. Tidak tahu apa lagi yang mahu dilakukan lagi. Walaubagaimanapun, didapati kerja dalam gelap itu masih ”on track”.

Inilah kerja politik sang pengkhianat. Berfikrah melayu ortodok didalam Parti Islam. Justeru, di manakah kita harus letak orang yang mempunyai pemikiran sebegini????

Campaklah dia ke tempat yang sepatutnya.....

Sekian

p/s : artikle ini tidak ada kaitan dengan mereka yang sudah mati. Bagaimana pula mereka yang bakal mati??? Lu fikirlah sendiri.....

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 april 2009 * 4:41

1 ulasan:

Lot 250 berkata...

http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/4/11/mstar_hiburan/20090411160521&sec=mstar_hiburan