Selasa, 8 September 2009

APA TUJUAN NAJIB AJAK PAS BERGABUNG?


APA TUJUAN NAJIB AJAK PAS BERGABUNG?

Utusan hari ini melaporkan berita bahawa Najib sekali lagi mengeluarkan kenyataan untuk mempelawa PAS untuk bergabung atas alasan bangsa dan agama. Tidak diketahui, apa motif dan tujuan disebalik pelawaan tersebut.

Dikala orang sudah diam dan hampir lupa dengan sejarah hitam “kerajaan perpaduan” yang melahirkan pertembungan dalaman PAS sehingga menyebabkan pilihanraya kecil Manik urai melahirkan keputusan yang menyedihkan, tiba-tiba utusan Malaysia hari ini melaporkan berita dari Najib yang masih lagi berbicara tentang pelawaan terhadap PAS untuk bergabung dengan UMNO.

Justeru, “paluan gendang” pelawaan ini bukanlah sesuatu kosong, malah mempunyai seribu satu muslihat. Antara muslihat-muslihatnya, berkemungkinan seperti berikut;

Pertama: UMNO sudah terlalu terdesak, sehingga tidak terdaya lagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat, melainkan terpaksa mencari pengaruh tambahan dari kalangan pengundi Melayu, iaitu dari PAS.

Apabila PAS bersedia bersama dengan UMNO, ketika itu UMNO akan membina kekuatannya balik, seterusnya Najib akan ditabalkan sebagai seorang tokoh politik UMNO yang hebat, kerana berjaya mengukuhkan balik kekuatan UMNO ketika berada dalam keadaan yang terlalu lemah.

Kedua: UMNO dapat lihat perbedaan ketara pada keputusan dua pilihanraya kecil yang melibatkan PAS; iaitu di Manik Urai dan di Permatang pasir.

Dalam pilihanraya kecil Manik Urai, PAS menang dengan majority yang terlalu kecil, walhal Manik Urai boleh dikatakan sebagai lubuk PAS di Kelantan. Adapun di Permatang Pasir, PAS berjaya menarik pengaruh yang besar untuk mencapai kemenangan dengan mendapat majority yang agak tinggi.

Berdasarkan pengamatan rawang-rawangan, disimpulkan kemenangan dengan majority yang terlalu kecil di Manik urai adalah bersebabkan krisis dalaman PAS ketika itu, iaitu dikala berbicara tentang kerajaan perpaduan.

Ia juga ada kaitan rapat dengan strategi Najib, iaitu beliau terang-terangan menyebut mahu berjumpa dengan PAS, lalu disambut oleh salah seorang pimpinan tertinggi PAS, kemudiannya pimpinan PAS tersebut dihentam keras oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Pertembungan ini berlanjutan sehingga berlaku PRU kecil di Manik Urai, dan seterusnya PAS menang, tetapi dengan majority yang amat menyedihkan.

Justeru, kemungkinan kenyataan Najib yang termaktub dalam Utusan Malaysia pada hari ini, mempunyai ”udang di sebalik baru”, terutama ketika sedang berhadapan dengan Pilihanraya kecil di Bagan Pinang.

Tidak dinafikan, memang UMNO/BN mendapat majority yang agak tinggi di DUN Bagan Pinang dalam pilihanraya umum, tetapi memandangkan aura Pakatan Rakyat yang lebih kehadapan berbanding UMNO/BN, mereka sedang kebimbangan jika PAS berjaya merampas kerusi tersebut.

Kejayaan PAS merampas kerusi tersebut menandakan bahawa UMNO semakin hari semakin ditolak oleh rakyat, terutama di negeri yang boleh dikatakan agak kuat ke-UMNO-annya. Apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ia merupakan satu tamparan dan pelempangan yang paling hebat tersambar ke muka Najib.

Justeru, bagi mengalahkan PAS, strategi pecah belahkan kesatuan PAS dengan menggunakan teori “ajak bergabung” diguna pakai, sepertimana kejayaan UMNO mengurangkan bilangan majority kemenangan PAS di Manik Urai.

Makanya, janganlah sekali-kali dari kalangan Pimpinan PAS termakan umpanan Najib yang mahu menggunakan seribu satu strategi bagi mengalahkan PAS dalam Pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), sg Buloh
8 september 2009 * 5:13 petang







Tiada ulasan: