Jumaat, 11 September 2009

ZUL NORDIN KENA BACA LAGI BUKU TENTANG KEADILAN ISLAM

ZUL NORDIN KENA BACA LAGI BUKU TENTANG KEADILAN ISLAM

Peguam Zulkifli Nordin, merangkap ahli Parlimen PKR Kulim menulis dalam blog beliau seperti berikut;

“Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam. Tetapi kita disuruh hanya berlaku 'adil dalam hal menjaga kebajikan mereka. Dalam soal ketuhanan, tidak timbul soal ke'adilan. Ini soal aqidah, bukan lagi soal wadah. Kita memelihara tempat 'ibadah mereka, bukan mengujudkan yang baru dicelah kediaman kita. Sultan Salahuddin Al Ayubi memelihara kesucian synagogue dan gereja yang sedia ada semasa membuka Kota Baitul Maqdis, bukan dengan membina kuil, tokong, gereja atau synagogue yang baru bersebelahan Masjidil Aqsa” (sila
klik)

KOMEN:

Jika dibaca sekali imbas perenggan ini, mungkin tidak dirasakan apa-apa, tetapi jika berulang kali membaca, maka terpancarlah kejahilan YB Zul terhadap keadilan yang diperjuangkan oleh Islam.

Konsep keadilan islam, tidak sekadar terhadap orang islam sahaja, malah terhadap orang bukan Islam; tidak sekadar kepada melayu sahaja, malah kepada seluruh manusia.

Keadilan yang Islam berikan kepada non Muslim, bukan sekadar pada sudut kebajikan sahaja, malah semua sudut kehidupan mereka, waimma terhadap peribadatan mereka.

Hak peribadatan agama lain, wajib diberikan oleh sesebuah kerajaan Islam. Memberikan hak rumah ibadat kepada mereka, merupakan konsep keadilan yang diperjuangkan oleh islam, bukan bermakna kita mengiktiraf agama mereka.

Jika dengan memberikan hak rumah ibadat kepada non Muslim sudah dianggap mengiktiraf agama lain, mengapa kita tidak mengatakan memberi keamanan kepada non Muslim beribadat juga sebagai mengiktiraf agama lain??

Jika ini pemahaman kita, bermakna salahlah tindakan Omar bin Al-Khattab yang menulis surat kepada Ahl Al-Quds yang kandungan surat itu menyebut;

اعطاهم أمانا لأنقسهم و أموالهم و كنائسهم

Maksudnya;
“Berikan kepada mereka keamanan pada diri mereka, harta-harta mereka dan gereja-gereja mereka
[1]

RUMAH IBADAT

Antara hak keadilan yang diberikan oleh islam adalah, hak rakyat dari kalangan non Muslim beribadat. bermaksud, apabila non Muslim memohon untuk membina rumah ibadat mereka, sebagai kerajaan islam, permohonan mereka perlu dilayan.

(ulasan lanjut, sila baca artikle ”
rumah ibadat non Muslim dalam penempatan Muslim”)

Cadangan kepada YB Zul dari PKR, agar mempelajari lagi islam dalam bentuk yang sebenar. Jangan merujuk Islam dari sentimen kemelayuan yang penuh dengan seribu satu kejahilan dan kejumudan.

Jangan disebababkan kejahilan kita dalam mengulas Islam, menyebabkan islam dilihat sebagai agama yang jumud, seterusnya dijadikan sebagai agama yang dibenci. Jika ini berlaku, Islam yang mahu dilaksanakan sampai kiamat tidak akan berjaya dilaksanakan.

Ingatlah, ini adalah Malaysia, bukan Afghanistan. Afghanistan yang terkenal dengan rakyatnya yang kasar pun, rakyatnya menolak taliban, inikan pula pemikiran taliban mahu diterjemah di Malaysia.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 september 2009 * 3:29 petang





[1] Tarikh Ar-Rasul wa Al-Muluk : 2/308.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam wanji,
aku baca blog zul dan aku 100% tak setuju dgn dia kes ni,,, tapi aku 500% tak setuju dgn hang yg berlagak dan angkuh dlm menegur pemimpin kita (pas n pr) x de cara lain ke selain dr aib kan org, cara hang ni blh buat kan aku rasa nk bertumbuk pun ada dgn hang, pasai apa, hang aibkan jugak pas dan islam. aku cukup pantang kalu ada yg bangang2 dlm pas ni. hilang respect aku kat hang sbg ustaz yg selalu ceramah kat surau umah aku.

wassalam
wan

Tanpa Nama berkata...

kah kah.. memang ulama-ulama PAs macam tu...

hang tak tengok ka.. Harun din tuduh orang ada rasuah tak ada bukti... sama juga dengan mat iraq.

hang tak tengok ka. harun taib tuduh hasan adli mati dalam UMNO.

hang tak tengok ka. hadi awang cakap DAP setuju UG. padahal DAP tak tau pun...

ulama PAS memang macam tu...

hang respek lagi ka ngan ulama-ulama PAS ni. aku lama dah hilang respek kat depa tu...

matbaling.

Tanpa Nama berkata...

hang bangang laa mat baling, aku tetap sokong ulama pas kah kah kah, ko silap org mat baling, aku baling kaaang

wassalam
wan

Tanpa Nama berkata...

hang pa memang lagu tu...

jangan maki pimpinan PAS dan PR. sebab depa semua maksum.

maki pimpinan PAS. hangpa nampak macam maki Islam....

kalau depa buat apa2 pun. semua tu Islam belaka. kalau dorang tipu orang. itu tipu islam. kalau dorang tuduh orang tak ada bukti. itu tuduh cara Islam.

semua pimpinan PAS @ PR buat. semua halai...

baguis la lagu tu.. bila PAS mampuis.. ngan Islam-islam sekali mampuis...

hoi... Islam ni Allah buat tau. PAS ni orang ja buat. kalau PAS mampuish. pegi mampuis la ngan PAS. jangan islam mampuis sudah la..

bodo punya orang PAS. yang tu hangpa tak leh pikiq ka???

matbaling.

Tanpa Nama berkata...

hoi wanji..

kalau hang nak puji pimpinan PAS. hang puji ja dalam blog hang ni... hang puji depa dapat pahala tau..

tp kalau hang nak maki pimpinan PAS.. hang jangan maki dalam blog... nanti ada orang PAS kata hang kapiaq..

matbalingkenabaling

Tanpa Nama berkata...

aku rasa mat baling ja dok kata ulama PAS maksum..

ulama-ulama dalam PAS pn x kata depa maksum.. hahaha

terer btoi mat baling nih, leh tau org ni maksum ka dak..

caya la mat baling. Anda ni ada kasyaf mengalahkan wali..

Ibnu Abas berkata...

Yang mengutuk ust Wan Ji beria-ia kat sini aku tengok lagi buruk akhlak. Ada hati nak mengata orang. Kelakar...

keyman berkata...

Ana harap sheikh dapat menjadi penegur yang baik..... Tegurlah sekiranya pimpinan kita ada melakukan kesilapan dengan penuh hikmah dan bijaksana serta ikhlas....

Tanpa Nama berkata...

Yb Zul sedang memulakan mukadimah supaya beliau dipecat daripada PKR. Kesimpulanya PKR dianggap bersalah.
Satu ketika dahulu beliau aktif dalam PAS. Tetapi tindakan2 beliau amat dicurigai.
3 atau 4 tahun sudah.. orang banyak suspect dia ini sebagai agen.....
Ceramah beliau berapi-api tetapi 'selamat' dan semasa Anwar di Sungai Buluh dulu beliau mudah keluar masuk penjara, so.... Kes mahkamah pasal pilihanraya di Kedah cukup 'unik' penyelesaiannya'.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Selangor bukan sekadar benarkan rumah ibadat kafir yang lebih dari keperluan tapi juga memberikan bantuan kewangan pula pada ruamah ibadat tersebut. Jadi apa hukumnya?

Mungkin Khalid Samad pun boleh bagi fatwa

Tokngah