UMNO PARTI ISLAM : NAJIB BUAT LAWAK ANTARABANGSA
Gelak sampai rasa nak terpecah perut bila baca berita yang melaporkan kenyataan Najib bahawa UMNO adalah parti islam (Sila klik). Taktik baru Najib nak pengaruhi, atau menjatuhkan PAS semakin hari semakin kelihatan.
Zaman Tun Dr Mahathir dulu, UMNO nak jatuhkan PAS dengan mendakwa bahawa kononnya Malaysia adalah sebuah negara islam. tetapi kini, Najib nak guna kaedah yang sama untuk jatuhkan PAS.
Kalau dasar masih kebangsaan, tidak perlu mendakwa UMNO parti Islam. takkan kita nak kata, kereta sorong itu kereta BMW, semata-mata kita bubuh lambang BMW kat kereta sorong itu?
Takkan kita nak kata orang hindu beragama Islam, semata-mata dia pakai baju melayu dan kopiah?
Ini semua kerja gila meroyan. Orang meroyan pun tak gila macam ni.
Sebagai ahli PAS, aku sedang menaruh harapan nak iktiraf UMNO sebagai parti Islam, tapi dengan syarat, UMNO wajib tukar dasar; dari kebangsaan kepada Islam.
Buang dasar kebangsaan, ambil dasar Islam. Islam diutamakan, kemanusian didahulukan. Islam diutamakan, keadilan diketengahkan. Islam diutamakan, Al-Quran dan As-Sunnah dijadikan panduan.
Jika tidak, mengiktiraf UMNO parti islam adalah kerja orang-orang gila sahaja.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani

- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 september 2009 * 4:07 petang
2 ulasan:
Btul tu ustaz..
memetik kata TGNA dulu2, klu betul la UMNO ni memperjuangkan ISLAM, PAS ni dah lama xda..
Keberadaan PAS dalam politik ni disebabkan dasar Assobiah UMNO tu ja..
p/s: klu UMNO ubah dasar drpd melayu ke islam, kne tukar nama la parti UMNO (united malay national org).. tukar gi UIO (united islam org).. hehe
hmmm...nampaknya ustaz dah 'faham' dan membenarkan ustaz Din tantawi.
Lainkali jangan gopoh ustaz...kerana tergopoh gapah itu dari syaitan.
nampaknya 'suasana' dah kembali selamat. saya undur diri dulu. Semoga ukhwah kita semua Allah jaga.
saya titipkan firman Allah yang ustaz tepek kat blog ustaz ini...ia sungguh memberi keinsafan dan penuh dgn pimpinan.
maksudnya;
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
(Surah Al-Baqarah : 283)
Catat Ulasan