Ahad, 25 Oktober 2009

BIJAK BERPOLITIK UNTUK MENANG (3)


BIJAK BERPOLITIK UNTUK MENANG (3)

Dalam politik demokrasi berpilihanraya, memaut hati rakyat merupakan satu kemenangan. Apabila menjadi golongan majority, petanda memerintah akan tercapai.

Jika berpuas hati atau reda dengan kekalahan dalam sesuatu pilihanraya dengan dakwaan asal Islam menang, makanya tidak perlu masuk Pilihanraya. Tidak perlu habiskan duit beribu-ribu ringgit, untuk garap petugas dalam sesuatu pilihanraya. Bahkan, lebih baik jadi jemaah tabligh yang hanya berdakwah di masjid dan surau sahaja.

Di Malaysia, PAS dan UMNO merupakan dua parti yang bermusuh turun temurun. PAS akan berusaha hendak mengalahkan UMNO, dan UMNO mahu mengalahkan PAS.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah, PAS berjaya memerintah Malaysia, sebaliknya UMNO, sejak merdeka sehingga kini, mereka memerintah dengan segala kezaliman dan kediktatoran.

Pilihanraya ke – 12, PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membina kerajaan di negeri yang tidak disangka mencapai Kemenangan. Selangor dan perak, antara negeri yang tidak pernah terfikir oleh PAS pun, untuk menjadi salah sebuah parti yang memerintah bersama-sama parti yang lain.

Kebersamaan PAS dalam pakatan rakyat, memberikan kekuatan kepada PAS, seterusnya mencapai kemenangan dalam beberapa pilihanraya, sama ada pilihanraya kecil, atau besar.

Pun begitu, tindakan sebilangan pihak dari kalangan pimpinan PAS amat memalukan; iaitu melahirkan keraguan dikalangan rakyat terhadap keberadaan PAS dalam Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini, wujud tindakan yang meragukan, kemudian ditutup balik setelah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tetapi tindakan secara saraf kelihatan sedang berlaku.

Tindakan sebegitu, melahirkan persepsi buruk terhadap PAS, seterusnya rata-rata rakyat melihat bahawa PAS tidak perform dan tidak komited dengan Pakatan Rakyat.

Apabila persepsi ini wujud, sewajarnya dihapuskan segera persepsi ini. Bukannya berdiam diri, biarkan persepsi sebegini berlanjutan di hati-hati rakyat, terutama dari kalangan sahabat-sahabat dari pakatan rakyat.

Jika ia berterusan, pasti akan dijadikan modal musuh-musuh PAS dalam mengalahkan PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

KEKUATAN

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh” satu pepatah melayu yang sering kedengaran dikala berbicara tentang kekuatan dan kelemahan. Buat masa sekarang, PAS tidak dapat merampas Malaysia dengan cara PAS bersendirian, sebaliknya kebersamaan dengan pakatan rakyat, PAS boleh menjatuhkan musuhnya, UMNO.

Jika PAS berpecah dari pakatan Rakyat, agak mustahil cita-cita hendak melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia berjaya PAS lakukan. Tetapi, dengan kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah mempunyai ruang untuk memberi tunjuk ajar kepada kawan-kawan dengan islam, seterusnya mereka memahami dan akan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan di masa akan datang.

PAS tidak perlu gopoh untuk laksanakan islam. tetapi, PAS perlu gopoh untuk memahamkan rakyat dengan islam. PAS perlu gopoh, untuk mencari ruang dakwah, demi melihat kefahaman Islam wujud di kalangan rakyat bawahan.

Pun begitu, ada sebilangan ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin PAS yang gopoh hendak melaksanakan islam, walhal ketika ini rakyat masih lagi tidak memahami Islam. Ekoran itu, banyak isu-isu yang tercetus, boleh dikatakan semuanya dimulakan oleh PAS. semua ini terjadi, kerana tidak wujud kebijaksanaan dalam melaksanakan islam.

Tanpa kebijaksanaan, PAS akan bertembung dengan PKR dan DAP. Tetapi, dengan kebijaksanaan, Islam akan berjaya dilaksanakan dengan cermat dan baik, disamping mendapat sokongan, malahan dokongan dari kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.

Apabila lahir pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP, ia merupakan satu ruang utama untuk UMNO mengambil balik tampok pemerintahan di negeri-negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Teori strategi perang sudah menyatakan, “hendak mengalahkan musuh, hendaklah diserang terlebih dahulu sumber kekuatannya”. Sumber kekuatan PAS adalah penyatuan dengan Pakatan rakyat. Justeru, PAS tidak boleh melahirkan tindakan yang boleh terlahir pertembungan dengan Pakatan Rakyat.

SUMBER KEKUATAN

Membaca buku sejarah Hitler, kita akan dapati bagaimana Hitler bertindak dengan tindakan yang bijak dalam mengalahkan Rusia. Hitler mengetahui, bahawa di rusia terdapat 8 pakar strategi perang; yang merupakan sumber kekuatan Rusia; yang kalau hendak diserang rusia begitu sahaja, sudah pasti kemenangan tidak akan tercapai.

Makanya, Hitler telah menghantar seorang wartawan upahan ke rusia, untuk memerhatikan keadaan di sana. Maklumat yang perlu diambil, cukup sekadar kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal dan kedudukan Bandar rusia sahaja.

Setelah dilaporkan oleh wartawan tersebut, makanya Hitler telah menulis surat untuk dihantar kepada pemerintah rusia dengan disertakan dalam surat tersebut maklumat kedudukan kem askar, kedudukan kereta kebal di dalam Bandar rusia dan sebagainya. Dinyatakan juga di dalam surat tersebut, bahawa segala maklumat yang Hitler dapat, adalah bersumberkan maklumat yang diberikan oleh sebilangan besar dari 8 orang pakar Strategi perang Rusia.

Apabila surat ini sampai ke tangan pemerintah Rusia, sudah pasti akan menyebabkan Pemeritah Rusia ragu terhadap 8 orang Pakar Strategi mereka. menyebabkan, kelapan-lapan Pakar Stretegi itu ditangkap dan ditawan. Apabila sampai kepada Hitler tentang berita tangkapan terhadap 8 orang pakar strategi Rusia itu, menyebabkan Hitler faham bahawa Rusia sudah hilang sumber kekuatannya. Apabila ini berlaku, adalah wajar serangan dimulakan. Apabila serangan dilakukan, dengan mudah tentera Jerman dapat mengalahkan Rusia.

Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa sumber kekuatan adalah perkara yang penting untuk dijaga. Tanpa dijaga sumber kekuatan, pada bila-bila masa sahaja, sesuatu pergerakan akan dikalahkan.

Keadaan ini yang perlu diambil peringatan oleh PAS. apa yang dapat dilihat, sumber kekuatan PAS dalam mencapai kemenangan dalam pilihanraya adalah kebersamaan dengan Pakatan Rakyat. Tanpa kebersamaan, ketika itu PAS sudah hilang sumber kekuatan. Apabila ini berlaku, tidak mustahil PAS akan kalah dalam pilihanraya pada bila-bila masa sahaja. Perkara ini sudah terbukti, dalam pilihanraya kecil di DUN bagan Pinang dan kekurangan undi PAS di DUN Manik urai.

PERSEPSI BURUK

Dengan banyak tindakan Dr Hasan Ali, tanpa mendapat teguran dari pimpinan tertinggi PAS, menyebabkan PAS sudah mendapat satu persepsi buruk dari rakyat, terutama kawan-kawan dari pakatan rakyat.

Jika persepsi ini berlarutan, ia akan melahirkan kekalahan PAS dalam piliahraya akan datang. Apabila ini sudah berlaku, tidak dapat tidak, tindakan yang berkesan perlu dilakukan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah melakukan satu tindakan yang berani dengan mengeluarkan kenyataan menerusi blog beliau. Desakan agar diadakan EGM, sedikit sebanyak akan menghapuskan persepsi buruk ini terhadap PAS.

Tidak dinafikan, memang tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz ini akan melahirkan mudharat, tetapi jika hendak dibandingkan dengan mudharat yang lebih besar; yang akan menimpa PAS dalam PRU ke 13, maka tindakan Tuan Guru itu merupakan mudharat yang kecil.

Tindakan Tuan Guru ini, bersesuaian dengan kaedah fiqh yang menyebut, ”lakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlakunya mudharat yang lebih besar, dan lebih berpanjangan”

PRU ke-13 agak lambat lagi untuk berlaku, justeru dengan lontaran idea untuk adakan EGM ini, sudah pasti sempat menyelesaikan masalah persepsi rakyat terhadap PAS.

Memang kelihatan seperti akan melahirkan masalah, lebih-lebih lagi bila tok guru Nik Abdul Aziz menyebut, ”Nak pecah, pecah gi la”. Tetapi, jika kita hendak lihat lebih dalam lagi, ia seumpama kita berlawan, biar kita terpaksa berundur diperingkat awal, tetapi demi untuk mencapai kemenangan diperingkat akhir; biar kita nampak macam kalah diperingkat awal, tetapi sebenarnya kita berjaya mencapai kemenangan di saat akhir perlawanan.

Bak kata orang-orang tua dulu, ”kalau nak jadi hero, kena jadi macam hero hindustan/tamil”. Peliknya, orang tua-tua dulu tak pernah sebut, ”kena jadi macam hero arab saudi”

Mungkin bersambung lagi kot....

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
26 oktober 2009 * 1:20 petang

11 ulasan:

Nizam Mahmud berkata...

Dari pemerhatian saya, Islam dan yang tak Islam, PAS dan bukan PAS., kawan PAS dan lawan PAS semua kecoh bila Tok Guru keluarkan kenyataan mencadangkan EGM.

Menunjukkan pengaruh Tok Guru melampaui mana.

Mengenai hero Arab Saudi, walau kasih kita pada tanah itu, mintak-mintak dijauhkan sangat kalau ada hero yang macam ini.

Fakta Negara Islam Wahabi yang didirikan dengan dokongan ramai ulama wahabi.

1. Sistem mulk dan bukannya sistem khilafah pun (orang HT jangan marah yer)

2. Hasil mahsul yang begitu banyak digunakan untuk menyokong industri Amerika Syarikat (minyak dan pelaburan besar betrilliun-trilliun)

3. Negara dibenarkan untuk jadi pengkalan tentera Amerika Syarikat. Pengkalan ini lah yang digunakan untuk membunuh jutaan umat Islam di Iraq dan untuk menyokong rejim Zionis.

4. Negara dilimpahi dengan kemewahan tetapi hampir tidak mempunyai industri lain selain dari industri petroleum. Industri pembuatan (manufacturing) bagi barangan bukan berasaskan petroleum cuma kurang 10% dari keseluruhan KDNK (GDP).

Ada tak mereka keluarkan kereta sendiri? TV sendiri? Pendek kata semua import semata-mata.

5. Umat Islam wahabi adalah penyokong barangan Amerika yang tegar. Import mereka lebih kurang USD 107 billion dan sudah semestinya paling besar import adalah dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.

Tak payah cakap banyak, siapa nak pergi Haji sila la tengok orang wahabi di Arab Saudi banyak pakai kereta apa di jalan raya mereka?

6. Sebagai sekutu rapat Amerika yang memberikan begitu banyak faedah pada Amerika, patutnya media-media Amerika begitu sayang pada Arab Saudi bukan? Seperti mana sayangnya media Amerika pada Israel.

Jawab nya tidak. Seperti dikatakan, banyak tindakan, fatwa dan kaedah yang digunakan oleh Wahabi dijadikan modal untuk media Amerika memburukkan Islam.

Jadi kesimpulannya:

1. Berhati-hati dengan ulama-ulama Wahabi dan mereka yang berguru dengan Wahabi sebab mereka ini nampak sangat "kurang cerdik", lagi-lagi dalam soal politik.

2. Kalau nak belajar tentang siasah, boleh belajar dari Sunni dan juga Syiah. Setakat ini dari segi siasah negara, Syiah mendapat markah cemerlang. Nak tuduh Syiah sesat sila kan, saya bukannya Syiah pun tapi saya sendiri kena akui bahawa amat sukar mencari kesalahan besar Republik Islam Iran. Mungkin juga kemahiran berpolitik Syiah di dapati dari ratusan tahun lamanya mereka berpolitik di tengah-tengah majoriti Sunni.


Sekian. Wassalam.

p/s. Jangan tuduh saya Syiah pula. Faizal Tehrani pun cakap saya macam-macam. Saya cuma menyatakan apa yang saya lihat, dengar, fikir dan kaji.

Unknown berkata...

salam,,sebenarnya saya sudah lama mencari ustaz,baru jumpa blog ustaz,,saya mintak ustaz tarik balik artikel mengapa aku meninggalkan tabligh,sebab tulisan ustaz penuh dengan fitnah dan merosakkan pemikiran org yang membaca,tolongla ustaz pandang la positif mengenai tabligh,fikirla la betapa banyak jasa jemaaah pada umat islam hari ini,,,npe ustaz x tanya ulama2 tabligh seperti maulana Jamsheed yang di gelar deobandi yang kedua..yang wakafkan dirinya untuk markaz tabligh reiwind pakistan,,tu ulama besar deoband tu...pun join tabligh....

Tanpa Nama berkata...

Betul kata Nizam Mahmud.Saya respect Iran dan sebenarnya macam tu lah sepatutnya Islam.Imej kena jaga.Baru org kafir takut.nabi perang dulu pun,sape yg rambut putih macam dah tua kena tukar imej.Iran bagus,bab ketenteraan,bab politik sentiasa progress.ini kita duk sambut maal hijrah,sampai ke hujung tahun zulhijjah tak berhijrah2.gitu je lah Islam kita.nampak kuno,slow,lembap dan tak disegani lawan yg berteknologi tinggi.teknologi2 ni ilmu Allah juga.patut org Islam kena ada.bagi support.ini tidak.sekadar ngaji pondok (maaf ye).

Dari segi tauhid,Saya pernah berbual dgn org tauhid yg ilmunya pada saya tinggila.dia boleh 'melihat' zikir seseorg pada Allah 'hidup' atau tidak.dia kata nak cari org yg tauhidnya betul tak ramai dah skrg.kat msia mmg tak ramai.tapi paling ramai dia kata di Iran.

Tanpa Nama berkata...

Buat kali pertama posting anta 3 episod ini ana baca dengan penuh keghairahan. SYABAS....

Sebelum ini ana baca entry anta dengan sedikit perasaan 'tak percaya' sepenuhnya kepada anta...

Wal hasil, ana akan cuba memahami anta dan perjuanagn anta...

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kepada anak pendang..hang takpayahla mintak mangkuk ni tarik balik ape yang dia tulis sbabnye kalau dia tarik balik maka gaji dia pon kene tarik jugakla..dia menulis untuk duit..dah buta hati sebabkan RM 2000 sebulan beb.. tak taula lani dah naik ka blom sebab tulisan dia ni agak cemerlang ramai yang dah tersesat...sket lagi blhla ganti ayah pin@kahar ahmad takpun salman rushdie...nauzubillah..

Tanpa Nama berkata...

salam. jgn tarik balik. antara penyebab Islam tak dpt terlaksana adalah kerana puak-puak tabligh sebahagian besarnya tidak menyokong perjuangan Islam yg didokong oleh PAS. mrk hanya keluar 3 hari dlm sebulan, 40 hari dlm setahun & 4 bulan seumur hidup sekali yg tak tau di mana asanya. bila suruh undi PAS dia kata zaman nabi mana ada undi ? Politik ni kotor dan sebagainya. biar hati terluka di dunia bole cari jln balik. jgn hati terluka di akhirat sbb menyesal tak berjuang bersama PAS kat muka bumi ini.

abu nafis berkata...

Nama pun sebahagian.... oleh sebab sebahagian ko nak kata org tu sesat org nie sesat. tak terbabit org tu sesat gak. lain baca artikel ust wan ji abih-abih. ramai je ulama deobandi ni tak berpolitik xde plak ust wan ji kata diorang tu sesat. nak cakap ilmu kena ada, fikiran kena terbuka kalau pecahlah pekung didada...

Nizam Mahmud berkata...

"Baru org kafir takut."
-----

Komen saya:

Kata kagum kat Iran tapi komen berbau Wahabi.

Saya bagi beberapa poin:

1. Nabi adakan perjanjian dengan ahli Kitab untuk mempertahankan Madinah di dalam Piagam Madinah. Maknanya, bukan saja orang Islam kena pertahankan Madinah tapi orang bukan Islam juga.

2. Tentera Salahudin Al-Ayubi bukannnya terdiri dari orang Islam saja, malah ada pasukan-pasukan Kristian yang menyertai beliau menentang tentera Salib sendiri.

Antara sebab yang saya baca mengapa pasukan tentera Kristian ini menyertai Salahudin adalah atas kezaliman tentera salib itu sendiri.

Tapi ini jarang disebutkan bukan?

Kejayaan Salahudin Al-Ayubi: menentang tentera gabungan pelbagai negara yang kuat dan menang di pengakhiran nya. Namanya harum bukan setakat di kalangan orang Islam malah bukan Islam sekalipun.

Bercakap mengenai Iran, mereka selama puluhan tahun lamanya:

1. Mengadakan hubungan erat dengan negara-negara seperti China dan juga Russia.

2. Menawarkan hubungan yang menguntungkan dua pihak dengan beberapa negara Eropah.

3. Menerima dan mengadakan hubungan dengan pelbagai pertubuhan anti zionis seperti Neturei Kerta dan sebagainya. Presiden Iran pernah menerima kunjungan dari pemimpin mereka.

Hasilnya, sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat tidak berjaya.

Hasilnya, apabila Amerika Syarikat nak tekan sangat Iran, banyak negara dan pertubuhan yang semacam liat nak sambut seruan itu.

Hasilnya, Iran dapat mempertingkatkan teknologi. Dapat buat jet sendiri (aviation technology tue!) dan dapat membangunkan teknologi nuklear. Arab Saudi dapat buat apa? Jarum pun tak leh buat.

Hasilnya, Iran tidak perlu menggandaikan perinsip. Presiden Mahmud pernah kata nak hapuskan dari Israel dari peta dunia dan mendapat kemarahan dari Amerika Syarikat tapi Amerika sampai kini tidak dapat berbuat apa-apa.

Boleh bandingkan dengan Arab Saudi yang tak 'usik' langsung Israel. Ataupun boleh bandingkan dengan Sadam Husin yang konon nya usik Israel lalu kalah sebab tak ada kawan dan akhirnya digantung oleh Amerika Syarikat.

Kesimpulannya, Tok Guru Nik Aziz walaupun bukan Syiah tapi juga menggunakan taktik sebegini. Taktik mengumpulkan kawan tak kira Islam atau tidak, dan telah terbukti berjaya menentang kezaliman.

Kesimpulannya, saya menyokong pendirian bahawa kita mempunyai banyak untuk dipelajari dari orang Syiah sebenarnya. Saya sokong pendirian yang berkata bahawa sudah sampai masa kita menutup perbezaan dengan Syiah dan bersikap terbuka dengan mereka.

Ini pendapat dari FT yang saya setuju cuma saya amatlah tidak menyukai sifat ego beliau itu.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Nizam mahmud,

saya bukan wahabi,bukan shiah,bukan hizbut tahrir,bukan ahli Pas,bukan UMNO,langsung tak terikut golongan mana2.kalau boleh mazhab2 ni pun saya cuba nak keluar.biar Islam sebenar yg kita cari.Agama fitrah utk manusia sejak nabi adam sampai nabi muhammad.biar ikhlas mencari Allah baru iblis dan sekutunya tak dapat kacau."Akan aku sesatkan anak cucu adam sampai hari kiamat kecuali hambanya yg ikhlas"

Tanpa Nama berkata...

orang yg tak ikut mana2 lagi sesat. kita kena tetapkan pendirian kita. dua sahaja yg kita ada. tiada pilihan selain itu. sama ada nak ikut Allah atau syaitan ? nak sokong Rasulullah atau Abu Lahab ? nak ikut Islam atau Kafir ? nak masuk Syurga atau Neraka ? nak pahala atau dosa ? dalam kontek politik di Msia pula nak bersama PAS & PR atau UMNO & BN ? itu jer tiada pilihan lain. org yg memilih selain itu tersesat jalan. sbb tidak memahami Islam yg sebenar. Allah suruh kita pilih & sokong salah satu. mana bole tak sokong mana2.

Tanpa Nama berkata...

paham betul2 saudara.saya tulis bukan ahli pas.saya sokong pas.saya ni rakyat biasa.