Ahad, 31 Januari 2010

TINDAKAN DISIPLIN : KULI ATAU HASAN ALI?

TINDAKAN DISIPLIN : KULI ATAU HASAN ALI?

Kuli sampaikan ceramah atas pentas Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Royalti minyak. Puak-puak UMNO mula berbisik sesama mereka; marah dengan tindakan Kuli tersebut.

Desakan agar Kuli dikenakan tindakan disiplin semakin kedengaran. Justeru, apakah benar-benar Kuli dikenakan tindakan disiplin atau tidak, kita sedang menunggu dan melihat.

Pada UMNO, PAS adalah musuh. Sebarang tindakan Kuli yang boleh menguntungkan PAS, pasti UMNO akan bertindak. Mungkin kaedah ini tidak sama dalam PAS, waima tindakan Dr Hasan Ali lakukan pertemuan dengan UMNO itu menampakkan keuntungan kepada UMNO sekalipun.

Apa boleh buat, ada orang kata, UMNO pun orang Islam juga.

Yang peliknya, sebelum 8 mac 2008, kita diajar lawan UMNO habis-habisan. Selepas 8 mac 2008, kita diingatkan bahawa UMNO itu islam.

Sebelum 8 Mac, Malaysia bukan Negara Islam, waima majority ahli parlimen adalah orang islam (bermazhab UMNO). Selepas 8 Mac, syarat kerajaan islam mesti orang islam majority; iaitu dengan cara gabung dengan UMNO.

Pelik punya fatwa… Qaul Qadim dengan Qaul Jadid.

baca sama:
Tengku Razaleigh ada agenda politik tersendiri

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Febuari 2010 * 4:07 pagi

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jagan menampakkan sangat kedangkalan dan ketidak matangan kita menafsir isu politik. Budak mentah bercakap apasal orang tua .. kurang ajar sungguh.

Tanpa Nama berkata...

gabung dengan UMNO tu cerdik keeeeeeeee?????

Tanpa Nama berkata...

hidup dalam bayang2 rekaan sendiri.Dari mana timbul perkara gabung2 ? PAS mana yang nak bergabung dgn UMNO , UMNO mana yang nak bergabung dengan PAS ??

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.”


Ustaz Ahmad Awang

Tanpa Nama berkata...

biasalah ada cadangan begitu dan begini sebelum ada ketetapan. setelah ada ketetapan hilanglah cadangan 2 tu.apa lah besar sangat masalahnya

Tanpa Nama berkata...

Biasa la..Tanpa Nama yg menyokong UG ni dapat upah dari hassan ali. Kalau UG tak menjadi, tak ada la bonus nanti..

Dasar pelacur politik... biar dalam UMNO atau PKR malah PAS, sama saja. Tapi dalam PAS pelacur politik ni lagi teruk sebab melacurkan prinsip dan ugama !!

-Aku Tanpa Nama yg bukan pelacur...

Tanpa Nama berkata...

kenapa ustaz ahmad awang masih nak bising-bising ada pimpinan tertinggi yang cadang nak gabung dengan UMNO.Majlis Suyra yang tetapkan.bukan Majlis Tertinggi yang tetapkan.Apa ingat Majlis Syura dah lemah?
Sekarang dah diputuskan,PAs tak akan bergabung dengan UMNO.apa perlu dibangkitkan?cadanag pimpinan telah ditolak mentah-mentah oleh Presiden dan MUrsyidul Am.Kenapa perlu takut?Apa dia kuat sangat nak lawan keputusan TGNA dan TGHH?
Kalaulah Mursyidul Am yang cadang dengan UMNO lailah..tapi ni dahlah xde jawatan dalam MAjlis Syura, buakn status ulama pulak,ape perlu diperbesarkan?