Isnin, 1 Februari 2010

SOKONG TEGURAN DR ASRI

SOKONG TEGURAN DR ASRI

Sebilangan pembaca meminta aku memberi pandangan terhadap teguran yang dilakukan oleh Dr Asri terhadap Aduka taruna dalam isu "penghinaan terhadap isteri nabi". (sila klik)

Padaku, cara teguran Dr Asri dengan mencadangkan aduka membaca buku-buku yang dicadangan merupakan satu tindakan yang bijak. Alangkah baik lagi, jika segala kandungan buku yang dicadangkan oleh Dr Asri itu die-mailkan kepada Aduka.

Aku berpendapat, Aduka seorang anak muda yang cukup cerdik. Mindanya mempunyai pengaruh filosofi yang mengkagumkan. Aku tidak pendapat, aduka akan terima bulat-bulat kandungan buku yang dicadangkan oleh Dr Asri, melainkan jika wujud wacana secara tulisan menerusi e-mail.

Walaubagaimanapun, cara Dr Asri yang menegur dengan mendatangkan bahan-bahan bacaan amat dipuji, tidak sepertimana tindakan pemuda PAS Wilayah dan Johor yang melakukan laporan polis terhadap kenyataan Aduka itu. Justeru, tidak hairan ada yang menggelarkan mereka seperti "anjing polis".

Aku sokong tindakan Dr Asri seratus peratus. Aku yakin, Aduka menerimanya dengan hati terbuka, sebab dia budak cerdik.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Danau kota
2 Febuari 2010 * 1:19 pagi








2 ulasan:

wan mohd ghani berkata...

wahai pemilik blog,

aduka taruna tu orang yang jahil agama tapi berlagak pandai,tapi kamu ni masih nak puji-puji dia..

kalau dia tu blogger umno mesti dah lama kena hentam teruk oleh kamu..Dunia akhir zaman orang jahil macam aduka taruna di puji-puji..

nak nasihat lebih-lebih melenting..semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..

al-bakulstani berkata...

WEI..

Kalau AT tu cerdik, dia tak hina Saidatina Aishah r.a.

kalau dia tidak bangang, dia tak hina imam empat mazhab..

WEI BAKISTANI...

Dimana kamu masa AT hina mereka? Sedang nyanyi Karaoke lagu P RAmlee...Jeritan Batin? Dengar cerita kau suka Karaoke? Mungkin kawan-kawan sesama belajar di Pakistan boleh beri pencerahan....

Atau zainulfakar@Zai No Zakar boleh cerita sikit masa hangpa bersidang di Restoran Takwa...aku nak dengar jugak

(p.s. check bawah meja hangpa bersidang..mana tahu ada wireless microphone....dipasang oleh ajen Dr hassan Ali)

-AL-BAKULSTANI-