Isnin, 1 Februari 2010

BAKAL KETUA PEMUDA PAS PUSAT BERSEDIA JUMPA S/U AGUNG

Ketua pemuda PAS mesti berani. kalau penakut, itu ketua pemuda Parti Zimbabwe

EXCO Pemuda Pas Abdullah Abdul Karim petang tadi menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Setiausaha Agong Pas Datuk Mustafa berhubung dakwaaannya kelmarin, bahawa Lembaga Disiplin PAS melalui Mustafa bertanggungjawab mengetepikan beberapa aduan yang dibuatnya berkaitan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Pesuruhjaya Pas Datuk Dr. Mohd Hassan Ali.

Abdullah berkata sedemikian sebagai respon balas pada kesediaan Mustafa sebelum itu menjelaskan beberapa prosedur biasa parti seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS kepadanya.

“Kalau beliau kata nak panggil saya untuk menjelaskan apa yang saya dakwa, saya alu-alukanlah,” jelasnya ketika dihubungi wartawan.

Abdullah yang juga Naib Ketua Pemuda Pas Pahang menjelaskan bahawa aduan-aduan yang dihantar kepada Lembaga Disiplin PAS itu dilakukannya sejak lebih kurang dua bulan yang lalu.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Mustafa bahawa aduan-aduan tersebut baru dihantar kepada pihak berwajib beberapa hari lalu.

“Tapi sebenarnya saya dah hantar kepada Jawatankuasa tatatertib (Disiplin) lebih kurang dua bulan yang lalu lagi,” jelasnya lagi.

Untuk membuktikan penjelasannya itu, beliau meminta pihak berwajib menyemak dokumen aduan-aduan tersebut daripada Setiausaha bagi Jawatankuasa Disiplin PAS sendiri.

“Boleh tanya dengan Setiausaha (bagi) Jawatankuasa Tatatertib bila sebenarnya saya hantar (dan) kenapa tidak diberi kepada beliau (Mustafa) untuk dibaca (dinilai),” jelasnya.

Petang semalam,Mustafa berkata, “Saya masih belum membaca kenyataan Dolah (Abdullah), sebenarnya apa dia kata (dakwa kepada saya).”

Jelas Mustafa lagi, “Baru lagi Dolah (Abdullah) beritahu saya itu, saya masih tengah tengok (menyemak)…[ketawa] baru beberapa hari (beliau beri) bukannya lama (beliau serahkan kepada saya),” ketika ditanya oleh Wartawan di Pejabat Agong PAS, ibunegara.

Beliau turut menjelaskan, “Jawatankuasa disiplin ini dilantik oleh (kepimpinan) Pas Pusat, jadi semua mesti menghormatinya (musyawarah tersebut) sama ada kita (kepimpinan Pas) buat pengubahsuaian atau tidak (sekali pun) atau apa-apa, kita mesti tengok (menghormati) keputusan itu.”

Ujar Mustafa lagi, walaupun Khalid digantung semua jawatan dalam parti semalam enam bulan, Ahli Parlimen yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam itu boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin terbabit.

Beliau turut memuji pendirian Khalid dan seorang lagi yang didakwa, Dr. Mohd Hassan Ali kerana berlapang dada dengan ketetapan yang Lembaga Disiplin PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, Lembaga Disiplin PAS tersebut ditubuhkan sebagai selektif pada saranan yang asal daripada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, supaya Pas mengadakan Muktamar Agong Luar Biasa (EGM).

Saranan tersebut sebagaimana ditulis pada blog Tok Guru itu ekoran beberapa pemimpin tertinggi PAS dilihat seolah-olah cuba menjadi dalang di sebalik beberapa cabaran yang menimpa Pakatan Rakyat sebelum ini.

“Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG,” dipetik dari blog rasmi Nik Aziz, http://www.blogtokguru.com

“Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni? Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita.”

“Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan.”

Pun begitu, melalui Jawatankuasa Disiplin yang ditubuhkan kemudiannya, Khalid Samad akhirnya didakwa membocorkan rahsia parti sedangkan Dr. Hassan pula didakwa mengkritik SELCAT Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengikut prosedur yang sewajarnya. -END

sumber : ZainulFaqar

5 ulasan:

hussin berkata...

$topa,

mu bersumpah mu tak terima apa2 $aguhati dari pihak yang mengaturkan pertmuan mu, presiden dan nasya dgn umno, berani? selagi mu bertiga tak bersumpah, sampai bila aku tak percaya kat hangpa, ada faham?

jangan ingat tiada yang tahu dan Allah Maha Mengetahui! sejak dari awal puak2 mu berbohong. dah akan terus berbohong. sikap lembu kenyang yang hangpa dok tunjuk tu memang diajar begitu supaya usah dilayan kritikan/tuduhan yang dengan sendirinya perkara itu akan berlalu dan habis steam.

selagi hangpa tak bersumpah selagi itulah kejelekan itu terlekat di badan hangpa. Allah Maha Mengetahui beb...

al-bakulstani berkata...

hussin, ko sumpah dulu la.... ko sumpah ko nampak Stopa terima "saguhati" tu...

Setakat ko sorang tak percaya Stopa... tak de hal nya....

Benar..Allah maha mengetahui...Akhirat nanti kita tahulah siapa yang berbohong..siapa yang bawak fitnah...

Aku ulang ayat ko.....

"selagi ko tak bersumpah selagi itulah kejelekan itu terlekat di badan ko. Allah Maha Mengetahui beb...

-Al Bakulstani-

hussin berkata...

terima kasih al-bakulstani,

harap dapat ke link di bawah:

http://ijoks2009.blogspot.com/2009/07/tok-kadhi-dangdut.html

kisah kadhi dangdut oleh ust tn ibrahim tn man. beri perhatian dari minit 1:23... "selalu hisap rokok...lepas tu dengar cerita...". ustz tn ibrahim tak rengok pun, cuma dengar cerita je. amacam?

ko mintak aku bersumpah dulu, betul ke haedahnya ni? aku ni kurang bab2 macam ni. insya' Allah, apabila sampai masa dan ketikanya serta di panjangkan umur permintaan ko akan ditunaikan. di hadapan ko depan dua orang saksi ko dan dua orang saksi aku, setuju? kita lantik seorang hakim menjadikan jumlah semua 7 orang mengambil sempena jumlah ayat "Ummul Kitab".

ketenu lagi pada masa dan ketikanya bagi menetapkan tarikh, masa dan tempatnya. bersabarlah ya.

al-bakulstani berkata...

Spin Hussin spin.... sekejap cerita Stopa Ali...sekejap cerita Tn Ibrahim...lepas ni cerita siapa pulak...Macam budak Tadika lah otak kau ni...pergilah main sumpah sumpah ngan Ezam Kotak atau lagi baik ngan Saifool Liwat..silap silap dia ajak kau FCUK sekali....Saifool kan suka main sumpah sumpah dan liwat liwat...kau pun spesis suka sumpah sumpah...jangan jangan kau spesis liwat cam saifool...

Hussin....hussin....

-Say No To PAS Reform.....
p.s. Nak Reform apa ek? Macam UMNO Reform ajer bunyinya...adik beradik ke?

hussin berkata...

terima kasih sdra al-bakulstani, sungguh manis kata2mu. ahli pas kah kamu?

aku rujuk kamu ke link kadhi dangdut oleh tn ibrahim, bukan untuk spinning. di sebalik clip tersebut, ada mesej yang ingin aku sampaikan kepada kamu. ko tengok betul2, mula2 dia memang ikut kadhi tu, sama2 duk dlm dewan... tegur kadhi hisap rokok, tu semua fakta, benar, tn ibrahim lihat sendiri, lalui sendiri. apabila "dengar ceritanya" kebenaran yang awal tidak membenarkan yang selepas "dengar ceritanya", sebab ia bukan yang ti lihat sendiri, lalui sendiri. kebanyakan orang, mungkin termasuk kamu, akan terima bulat2 cerita selepas "dengar ceritanya" kerana ia lebih sensasi dari yang awal.

sekali lagi aku jemput ko ke link di bawah, sudilah walaupun ko tak setuju dan berat hati.

http://baganutama.blogspot.com/2010/02/mata-titm-berkaca-mengapa.html

ini bukan soal spin, ini soal terbalikkan ejaan spin - nips, nips in the bud.

sekali lagi terima kasih di atas nasihat serta tanggapan ko terhadap aku, kepada Allah aku berserah untuk menilai itu semua.