Isnin, 1 Februari 2010

SIKAPKU TERHADAP ADUKATARUNA

SIKAPKU TERHADAP ADUKATARUNA

“nampaknya ramai orang tak setuju dengan sikap ustaz terhadap Aduka taruna?” seorang menegurku.

“sikap ana terhadap aduka?” pelikku.

”ye la.. bila Ustaz pergi puji Aduka. Padahal, dia kan hina isteri nabi” balas dia lagi.

Baru aku faham, maksud kawan tersebut menegurku tentang sikapku terhadap aduka.

“ana baru je kenal aduka. Lagi pun, ana tidak pernah tahu yang dia pernah hina isteri nabi tu. yang Ana boleh tahu, itupun masa orang dok bising pasal hina sultan.. tu jer” kataku.

”Kalau betul dia hina isteri nabi pun, ia bukan penghalang untuk ana berkawan dengan dia. Style ana, orang yang hina islam tu, lagi ana nak berkawan dengan dia. Ana nak tahu, kenapa dia hina Islam. kalau ana ada jawapan, ana nak tolong jawab” sambungku lagi.

”tapikan ustaz, bukankah dosa orang hina Islam?” dia mengerutkan dahi.

Aku tersenyum mendengar soalan itu.

”anta biasa dengar tak kisah, bagaimana Nabi SAW boleh dakwah Khalid Al-walid, sampai dia masuk Islam?” soalku.

“emmm.. tak berapa ingat la..”

Aku pun bercerita panjang tentang sejarah penerimaan Khalid Al-Walid terhadap agama Islam, waima beliau sebelum masuk islam adalah seorang yang cukup membenci Nabi SAW.

Kawan itu, mendengar ceritaku itu dengan menarik sekali.

“baru ana faham, kenapa ustaz ambil sikap sebegitu terhadap aduka” dia mengakhiri perbualan.

KISAH KHALID AL-WALID

Khalid bin Al-Walid seorang panglima perang yang hebat. Keislaman beliau, menambah kuatkan lagi pengaruh Islam, malah menggerunkan setiap musuh-musuh Allah, sama ada mereka bernama Musyrikin, ataupun munafiqin.

Nabi SAW pernah bersabda;

خالد بن الوليد سيف من سيوف الله سله الله على الكفار والمنافقين

Maksudnya;
“Khalid bin Al-Walid adalah pedang dari pedang-pedang Allah. Allah telah hunuskannya terhadap orang kafir dan munafiqin”

Nama penuh beliau adalah, Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Omar bin Makhzum bin Yaqazhah bin Kaab. Beliau merupakan anak saudara kepada Maimunah binti Al-Haris; salah seorang isteri nabi SAW.

Sebarang Peperangan yang dipanglimakan oleh beliau, ternyata memberikan kemenangan. Justeru, tidak hairan di zaman kufur, beliaulah orang yang bertanggungjawab mengalahkan tentera Islam dalam peperangan Uhud.

Kehebatan beliau itu, tidak sekadar di zaman kufur, malah setelah keislaman, beliau ternyata menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memenangkan Islam. Hal ini terbukti dengan banyak siri peperangan yang dihadiri beliau setelah beliau telah memeluk islam.

Di zaman kekufuran, beliau selalu dimomokkan bahawa Muhammad SAW adalah seorang yang terlalu jahat. Menyebabkan, kebencian beliau terhadap nabi SAW agak susah hendak dibendung. Pun begitu, adiknya yang bernama Al-Walid bin Al-Walid telah lama memeluk islam.

Selepas berlaku perjanjian Al-Hudaibiyyah, Nabi SAW dan para sahabat sudah berjaya memasuki Makkah untuk menunaikan haji. Kehadiran nabi SAW ke Makkah untuk menunaikan haji, menyebabkan hatinya terlalu kemarahan.

“Di situ muhammad berada, pasti aku tidak akan berada di situ” sumpah Khalid bin Al-Walid lantaran kebencian terhadap Nabi Muhammad SAW.

Pun begitu, kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Makkah, bukan berseorang, tetapi bersama ratusan sahabat dari Madinah. Antara yang hadir bersama dengan Nabi adalah, adik beliau sendiri, Al-Walid bin Al-Walid.

Kehadiran Al-Walid ke Makkah, bukan sekadar untuk menunaikan haji, tetapi berniat untuk berjumpa dengan abang tersayang. Menyedihkan, disebabkan kebencian abang terhadap nabi, menyebabkan Khalid tinggalkan Makkah, seterusnya Al-Walid tidak dapat berjumpa dengan abangnya.

Sebelum meninggalkan Makkah, Al-Walid telah menulis surat untuk ditinggalkan kepada abang. Al-Walid bertanya kepada Rasulullah, apakah baginda mahu meninggalkan sebarang pesanan kepada abangnya itu.

Nabi mengarahkan Al-Walid agar menulis dalam surat itu bahawa baginda kirim salam kepada Khalid. Begitujuga, Nabi SAW menyuruh Al-Walid menulis bahawa khalid adalah seorang yang bijak. Sedangkan orang yang bijak, sekali-kali tidak akan meninggalkan Islam.

Al-walid menulis seperti yang diarahkan oleh nabi SAW. dikepilkan sama kain serban nabi SAW sebagai hadiah untuk dihadiah kepada Khalid bin Al-Walid.

Setelah Nabi dan para sahabat bertolak kembali ke Madinah, maka Khalid pun kembali ke Makkah. sesampai di Makkah, beliau membaca kandungan surat yang ditinggalkan oleh adiknya, beserta menerima hadiah sehelai kain serban Nabi SAW.

Membaca kandungan surat tersebut, dia mula berfikir momokkan orang-orang makkah terhadap nabi SAW.

“Mereka mengatakan bahawa Muhammad adalah orang jahat, tetapi bagaimana dia boleh kirim salam kepadaku?” hati Khalid tertanya-tanya.

“mereka mengatakan muhammad orang jahat, sedangkan Muhammad boleh memberi hadiah kepadaku?”

Persoalan demi persoalan terpancar dalam pemikiran Khalid, menyebabkan hatinya mula terbuka untuk menerima Islam sebagai agama pegangan hidupnya.

Dia berjumpa dengan Osman bin Talhah, mengajak beliau ke Madinah untuk berjumpa dengan Rasulullah dan menyatakan keislaman. Ternyata, Osman juga sudah lama menaruh harapan untuk memeluk islam, tetapi tidak kesampaian kerana tidak mempunyai teman untuk bersama-sama memeluk agama tauhid.

Dalam perjalanan, mereka berjumpa pula dengan Amru bin Al-As. Mereka bertanya kepada Amru, kemanakah yang mahu beliau mahu pergi?

“aku mahu berjumpa dengan Muhammad” jawab Amru ringkas.

Khalid bin Al-Walid dan Osman bin talhah melihat sesame mereka.

“untuk apa kamu hendak berjumpa dengan Muhammad?” Osman bertanya.

“aku ingin masuk Islam” jawab Amru ringkas tetapi memberikan seribu kegembiraan dalam hati Khalid bin Al-Walid dan Osman bin talhah.

Ketiga-tiga mereka berjumpa dengan nabi SAW di Madinah, menyatakan keislaman masing-masing. Kehadiran tiga orang tokoh besar ini bersedia memeluk islam, ia memberikan kegembiraan kepada Nabi SAW, juga para sahabat.

“sesungguhnya aku telah mengetahui bahawa kalian semua mempunyai kebijaksanaan. Aku pasti kebijaksanaan akan menuntun kalian kepada jalan kebenaran” tegas Nabi SAW.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Febuari 2010 * 3:10 petang






5 ulasan:

Manjungmari berkata...

Salam Ustaz,
Sama-sama kita kempen membantu Aduka menghadapi kes mahkamahnya nanti, sila ambik banner di blog ana...
Wassalam.

al berkata...

Woi bodoh...LU kata....

”Kalau betul dia hina isteri nabi pun, ia bukan penghalang untuk ana berkawan dengan dia. Style ana, orang yang hina islam tu, lagi ana nak berkawan dengan dia. Ana nak tahu, kenapa dia hina Islam. kalau ana ada jawapan, ana nak tolong jawab” sambungku lagi.

Hang pi la berkawan ngan orang UMNO yang selalu hina Islam tu...Hang tak mau tolong depa ka? memang dasar ko ni bodoh lah Wan ji. Dengar cerita banyak surau dah blacklist ko dari bagi kuliah. Boleh lah kau selalu pergi lepak kat tepi jalan bersama mat rempit melalak sampai pagi.

-Mari kita leburkan kumpulan Pas Reform-

Srikandi berkata...

Ustaz memang berfikiran terbuka. Ustaz sanggup berkawan dgn budak2 rock dengan niat mendakwahkan mereka. Tahniah ustaz kerana tidak menjadi seperti tipikal PAS yang lain. Begitu selesa dengan jemaah syurga mereka sehingga melupakan tanggungjawab berdakwah.

Bahasa kesat saudara al di atas lebih biadap dari bahasa Aduka Taruna.

keyman berkata...

Assalamualaikum sheih....

Boleh tak ana keluar PAS untuk bersama jamaah tabligh? Rasanya lagi aman ikut tabligh dari ikut PAS. Dalam tabligh tak ada yang gilakan kuasa. Tak payah nak gadoh2 macam dalam PAS.

Jom sama2 kita joint jamaah tabligh...

wan berkata...

baru la ana tau anta ni begitu mulia..syukur2..astaghfirullah..

tolong jangan putar belit..kuat sangat berpolitik sampai tak boleh beza mana dosa dan pahala..

Khalid al walid pada waktu itu bukan Islam jadi tindakannya boleh difahami..aduka ini orang Islam..

kamu kenal salman rushdie?? dia juga diiktiraf sebagai orang yang kononnya bijak..tapi yang yang iktiraf dia bukan Islam..orang Islam sejati akan marah pada dia..

manusia macam mana yang sanggup melindungi lelaki yang telah menghina isteri Rasullah s.a.w, menghina Imam Syafie..