Ahad, 31 Januari 2010

WALA' SYAIKH !!!

Daripada Ali bin Abi Talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka)
[1]


[1] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama ke menerima keputusan masuk ke dalam api dengan menerima keputusan jk disiplin tuan ibrahim . Riwayat itu pun bukti kefahaman sahabat apa tidak yang boleh ditaati secara sepakat. Adakah keputusan jk disiplin tuan ibrahim termasuk perkara yang tidak boleh dipatuhi secara sepakat. Ada dalil yang sahih dah sarih macam larangan masuk ke dalam api ke dalam maslah ini ? Wan Ji ?!

Tanpa Nama berkata...

tiada harus membebankan nas apa yang tidak terbebannya .. فقه النصوص قبل فقه النوازل

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah,engaku hapuskanlah manusia zalim,munafiq dan musuh agamamu Ya Allah...

Tanpa Nama berkata...

ye la..betullah tu ust wan ji..Ustaz kan pandai orang lain semua bodo....