Ahad, 15 Februari 2009

GAMBAR BOGEL EXCO : APA PULA NAK JADI NI???

GAMBAR BOGEL EXCO : APA PULA NAK JADI NI???

Malaysiakini hari ini melaporkan;

“Seorang exco kerajaan Selangor telah membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur
[1]

KOMEN:

Mula-mula aku membaca blog Iskandar Samad, exco kerajaan negeri Selangor. Dalam blog, beliau menulis article yang bertajuk “kuatkan parti, apa sahaja boleh berlaku”. Membaca article tersebut, terfikir juga, apa yang tersirat disebalik yang tersurat ini.

Selalunya, kita agak boleh memahami situasi dan keadaan penulis dikala kita membaca artiklenya. Kalau dalam pengajian ilmu Mantiq, ilmu ini dipelajari secara mendalam dalam tajuk “Al-Mafhum wa Al-Masadaq”.

Membaca article Iskandar Samad ini, dua tiga andaian dapat diberi. Lebih-lebih lagi rentetan kehadiran berita “sedih” dari perak.

Pula tu, aku secara peribadi telah bertemu dengan sebilangan pimpinan PAS di peringkat cawangan yang bekerja di Hotel Sharaton, beliau mengkhabarkan sesuatu yang agak tidak menarik tentang perkembangan sebilangan “orang-orang besar” kita yang sering ke hotel tersebut.

Semua ini aku andaikan secara peribadi; difikirkan dari sudut positif dan negatif, natijah yang dapat adalah, negatif lagi besar berbanding positifnya.

Bimbang...

Memang aku bimbang dengan perkembangan hari ini. Bimbang dakwah kita akan tertutup kembali, dalam keadaan kita belum lakukan gerakan dakwah ini secara serius dalam jangka menang PR yang hampir setahun ini.

Dalam jangka yang singkat, kita masih gagal mengemukakan alternatif Islam kepada rakyat. Kita tidak sempat, bukan kerana kita tidak mahu sempatkan, tetapi kita tidak sempat, kerana lebih suka berbicara soal kemenangan, kenduri kemenangan, gembira kemenangan, dalam keadaan kita belum berjaya menggubal dasar lama, diberikan dasar baru yang menjadi alternatif kepada rakyat, khususnya dalam memberikan Islam sebagai alternatif rakyat.

Orang PAS mengatakan PAS lebih baik, orang PKR pun sama juga. Akhirnya, antara parti semakin bertembung. Kita berjaya habiskan masa dengan pertembungan, tetapi tidak berjaya menyelesaikan masalah rakyat seperti yang kita janjikan dalam pilihanraya umum yang lepas.

Bimbang….

Memang aku bimbang. Bimbang tidak tahu macam mana nak menjawab depan rakyat dalam pilihanraya akan datang. Apa jawapan harus kita beri dihadapan rakyat miskin yang kita janjikan pembelaan terhadap mereka. Apa jawapan harus kita beri dihadapan rakyat yang tinggal dalam Khemah hasil kezaliman UMNO ; yang kita janjikan pembelaan terhadap mereka.

Masakan pembelaan, kunjung ziarah pun tidak kedengaran. Tahu-tahu, GLC menjadi hasil perbincangan. Bincang sana- bincang sini, Kedengaran GLC.

Salah ke bincang pasal GLC ni ?? Ya, memang tidak salah, tapi kenapa itu dijadikan agenda utama ??? kenapa dakwah tidak dijadikan agenda utama ???? kenapa masalah orang miskin tidak dijadikan agenda utama ???

Apa sudah jadi dengan dakwah pula ??? apa sudah jadi dengan orang miskin ??? apa sudah jadi dengan orang duduk dalam Khemah ?? apa sudah jadi dengan tanah yang tidak bergeran ????

Syaikh !!! kita berpolitik kerana nak sampaikan mesej Islam. kita berpolitik nak bantu orang miskin. Kita berpolitik nak memberi kemudahan kepada rakyat.

Apabila rakyat sudah faham Islam, kita sebenarnya telah berjaya dalam berpolitik…..

Masjid kan sudah mudah berceramah ???..

apakah kita ingat pengundi-pengundi kita itu hanya di masjid ??? apakah kita ingat Islam ini hanya difahami oleh orang dalam masjid sahaja ???

Syaikh !!! di masjid, kita sedang berceramah didepan orang yang sudah mahu kepada Islam. Tetapi, yang tak mahu islam adalah orang-orang yang berada diluar masjid.

Yang dalam masjid itu, baguslah. Wajib diteruskan. Tapi, jangan dilupa kepada orang yang berada diluar masjid. Mereka inilah yang akan menolak Islam dikala kita bercakap soal negara Islam. Mereka inilah yang akan menolak Islam dikala kita bercakap soal hudud, qisas, ta’zir dan apa jua Islam yang mahu diperkatakan.

Ya !! memang kita sudah buka ruang masjid, tapi bagaimana dakwah kita dari sudut hiburan?? Sukan???? Kekeluargaan??? Perniagaan???

Alternatif Islam??? Mana alterhatif Islam???

Kita sering berkata, perlembagaan persekutuan tidak Islam.. mereka bertanya, apa bentuk perlembagaan islam???

Kita sering berkata, hiburan anjuran kerajaan BN adalah haram... mereka bertanya, apa bentuk hiburan Islam yang dicadangkan???

Kita sering berkata, sukan anjuran kerajaan haram... mereka bertanya, apa bentuk sukan anjuran Islam pula???

Mereka terus letak satu persepsi, kalau Islam memerintah, mereka tidak boleh berhibur lagi; mereka tidak boleh bersukan lagi. Itu persepsi mereka. Semuanya kerana, Islam bawakan kita berlegar di masjid dan surau sahaja. Kalau diluar masjid pun, ceramah.. ceramah.. ceramah...

Salah ke ceramah??? Ceramah tidak salah, tapi dakwah tidak cukup sekadar ceramah. Kita kena buktikan bahawa islam mampu memerintah. islam boleh bagi mereka hiburan. Islam boleh bagi mereka sukan dan sebagainya....

Dengan adanya kerajaan, inilah ruang yang paling sesuai berikan alternatif.. kita buktikan kepada orang-orang non Muslim bahawa Islam mampu memberikan kehidupan kepada mereka. Tetapi, sedihnya, islam memamg mampu, tapi tidak dimampukan oleh kita... :-(

Bimbang ….

Lebih membimbangkan. Bila kedengaran berita malang tentang exco Selangor yang dikategorikan sebagai « bujang » ini. Apakah ini serangan BN terhadap kita sudah semakin serius ??? ya.. memang mereka sering serius menyerang kita. Tapi kita tidak serius hendak mengkuatkan antara kita untuk menghadapi serangan mereka. Kita hanya mengkuatkan parti kita, tetapi kita tidak fikir untuk mengkuatkan barisan kita bersama.

Ekoran itulah, kedengaran berita ”lompat parti”, ”jual dokumen kerajaan kepada musuh” dan macam-macam lagi yang tak seronok nak ulas dalam ruangan ini.

Apakah selepas ini kita akan ”dikhinzirkan” oleh UMNO???

Itu tidak mustahil, kerana UMNO adalah penderhaka kepada Allah dalam keadaan mereka buat tuduhan songsang terhadap kita sebagai penderhaka Sultan...

Kalau Allah pun mereka boleh derhaka, kepada rakyat lagi senang mereka mahu derhaka. Kepada pembangkang, lagi mudah mereka mahu derhaka.

Entahlah... nak marah... marah la... tapi harapannya jangan salah anggap, lebih baik kita berhati-hati sekarang, sebelum kita mahu berhati-hati selepas kalah.. lebih baik kita serius membantu rakyat sekarang, berbanding kita serius membantu rakyat selepas kalah. Lebih baik kita berstrategi dakwah sekarang, sebelum ruangan dakwah telah tertutup oleh UMNO laknat.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogpot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 Febuari 2009 * 1:06 petang.







[1] http://www.malaysiakini.com/news/98352

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wey albakisetannnnn

aku nasihatkan ko..tok sah la nak menyibuk nak mngulas hal si Exco ni... Lagi bayik ko sibukkan dengan hal beras ko tu.. lagi afdhol!
untung² boleh jadik toke kilang beras!

bukan ker antara cita², harapan, dan impian hidup kau selama ini untuk menjatuh dan menjahanamkan Kerajaan PR Selangor...

Takkan dah lopa kut segalagala penulisan ko tu semua tindakan kerajaan selangor terutama hassan ali tak betol!

kau patut bersyukur dengan kes si exco ni.. pastu tambah ko nyongket lagi hal exco-exco PAS yang lain.. hassan ALi, Dr halimah, iskandar..
tayang kat blog ..lama lama hilangla kerajaan pr kat selangor ni..bukan susah mana kan?
albaksetan boleh buat!

ko kan ke suka pr selangor jatuh..
so lepas ni semua exco tak merasa dah nak pakai Camry..kan hajat ko hampir tercapai.. ala..takkan dah lupa sajak kau pasal camry tu..

ko kena ingat.segala tindakan ko tu bagi malu pada PAS je..

semua orang PAS, dari Pusat, negeri, kawasan sampai la ke cawangan dah meluat ngan menyampah gila babi dengan tingkah laku kau

hahahaha


ok la albakisetan ulamak hebat!

Sunan

Tanpa Nama berkata...

Hai,

Ada lagi pedendam ni! Kamu ni sudah pasti kes dendam peribadi dengan us Wan Ji atau nak cari nama musim pemilihan ni.

Jangan over sheikh. Cuba perbaiki kelemahan kerajaan kita sementara masih ada masa sebelum PRU ke 13. Ada kebaikan dari saranan us Wan Ji walaupun kadangkala pedas. Maklumlah pejuang muda.

Us Wan pulak,

Tak semua orang PAS Pusat, negeri, kawasan dan cawangan meluat dan menyampah dengan us. Yang jenis tak mahu perbaiki diri ni, tak boleh nak tolong. Ini soal kematangan. Tulis lagi us, khusus bab dakwah bawa kefahaman dan menghasilkan sokongan

Hulu Kelang

Tanpa Nama berkata...

kerajaan hitler jatuh sebab orang kelilingnya sentiasa puji kerajaan pimpinannya.

akhirnya, apabila masalah terlalu berat, hitler baru tahu, dan dia yang hebat pun tak boleh buat apa lagi dah masa tu.. maka jatuhlah kerajaan hitler yang megah itu...

sekian

hidup beras cap ayam !!!

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

masya Allah.. baru ana tahu. rupa2nya sekampung dengan ana ni ada orang yang ada hubungan rapat dengan pimpinan PAS negeri dan pusat. bagus la tu.ana nak minta tolong sikit.

tolong maklumkan kepada orang kat pusat, kampung kita ni tak bergeran.

wak jono, abang jamal, mat peluh, abang mi dan lebih 2 tahun duduk dalam khemah.

bagitau sama kat dorang, tanah kat selangor ni banyak yang berstatus lisedhold, ada 66 tahun, ada 99 tahun.

habis tarikh, tanah tu jadi setinggan. penempatan haram. tak percaya, baca la qanun tanah negara. ana dah kaji dah.

kerajaan negeri ada kuasa dalam menentukan status tanah ni.

sekadar kajian ana. Subang perdana dan ada satu perumahan berhampiran surau wildan tu pun tak sampai 40 tahun lagi tempoh tanah tu nak habis.

bila habis tempoh tanah, kita jadi setingan. kita sama-sama duduk dalam Khemah, macam wak jono, abang mi, abang jamal dll.

best kan duduk dalam khemah. tapi anta tak pe kot. maklumlah gaji sebulan RM 5 ribu. susah apa. telefon pun free. majikan bayar kan. tul tak?? nak beli rumah baru tak susah kan.

ana ni sapa. hidup pun menumpang. duduklah kita dalam khemah.

sekian

Al-Bakistani.