JAWAPAN MUFTI WILAYAH ADALAH ILMIYYAH, TAPI……
Alhamdulillah, segala persoalan yang aku kemukakan dalam article yang lepas telah dijawab oleh Mufti Wilayah dalam satu tulisan beliau dalam Berita Harian. Beliau juga menukilkan hadis yang aku persoalkan kewujudannya. Padaku, jawapan yang diberikan oleh beliau adalah ilmiyyah, tapi mungkin perlu ada sedikit komentar.
Sebelum itu, kita baca dahulu nas tulisan beliau adalah seperti berikut;
Ummah wajib mentaati pemerintah
Bersama Wan Zahidi Wan Teh
IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy, seorang ulama syafi'e terkemuka menyebut dalam kitabnya Al-Zawajir 'An Iqtiraf Al-Kabaair bahawa menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar.
Beliau menyebut beberapa dalil, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
"Tiga golongan Allah tidak berkata-kata dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersihkan dosa mereka dan mereka akan menerima azab yang pedih."
Diriwayatkan lagi yang bermaksud:
"Seorang yang mengaku setia kepada seorang pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan; jika diberi, ia tunaikan kesetiaannya, tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka."
Imam Ibnu Hajar juga memetik perkataan Saidina Ali yang bermaksud:
"Dosa besar itu ialah mensyirikkan Allah, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada dua ibu bapa dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah.".
Perhatikan bagaimana menderhaka kepada pemerintah diletakkan sama dengan dosa besar yang utama seperti syirik, membunuh, derhaka kepada ibu bapa, makan riba dan seterusnya. Apa yang disebut Ibnu Hajar ini adalah pendapat yang ijmak di kalangan ulama, seperti dinyatakan Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari:
"Sesungguhnya fuqaha sudah sependapat mengatakan wajib taat kepada sultan yang memerintah dan berjihad bersamany”
Ijmak ulama itu bersandarkan dalil al-Quran dan sunnah seperti berikut:
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59)
Imam al-Mawardi sewaktu mengulas ayat ini menyatakan, melalui ayat ini Allah mewajibkan kita taat kepada ulil amri, iaitu pemimpin negara yang memerintah kita. (Al-Ahkam al-Sultaniyah).
Selain daripada itu ada hadis yang banyak menjelaskan kewajipan ini. Antaranya, hadis sahih riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Thabarani yang meletakkan ketaatan kepada pemerintah setara dengan rukun Islam. Ketika berkhutbah pada Haji Wida',
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Demi sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada Ramadan, keluarkan zakat harta dengan suci hatimu, dan taatilah pemerintah kamu; maka dengan itu kamu akan memasuki syurga Tuhanmu.".
Perhatikan bagaimana kemasukan ke syurga diikat juga dengan mentaati pemerintah di samping menunaikan rukun Islam. Berpandukan nas yang ada dalam al-Quran dan sunnah, Imam Abu Bakar Al-Turtusyi dalam kitabnya Siraj Al-Muluk merumuskan:
"Orang yang keluar daripada garis ketaatan akan terputus perlindungan Allah, terlepas daripada jaminan-Nya, serta menukar nikmat dengan kufur (nikmat). Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agama-Nya yang lurus, perisai-Nya yang melindungi dan pemeliharaan-Nya yang tinggi."
Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud:
"Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat.".
Dengan demikian, adalah jelas bahawa kenyataan dibuat oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan mentaati titah Sultan Perak adalah benar dan mengikut hukum syarak seperti yang disepakati ulama berasaskan dalil daripada al-Quran dan sunnah.
KOMEN:
Untuk memberi komentar terhadap ulasan Datuk Mufti Wilayah ini, di nyatakan beberapa perkara, iaitu;
PERTAMA:
Ulasan Datuk mufti lebih bersifat berat sebelah, iaitu dengan hanya menukilkan kewajipan memberi taat kepada pemerintah, tetapi dalam masa yang sama tidak menukilkan kewajipan yang wajib ditunaikan oleh pemerintah terhadap rakyat.
Ini dimisalkan seperti perbicaraaan hukum kewajipan isteri mentaati suami. Apakah dengan sebab isteri wajib memberikan ketaatan kepada suami, menyebabkan suami boleh melakukan sesuka hatinya sahaja terhadap isterinya???
Sudah pasti jawapannya adalah tidak. Mana mungkin suami sesuka hati melakukan apa sahaja terhadap isterinya, sedangkan dalam islam, walaupun isteri wajib memberikan ketaatan kepada suaminya, bukan bermakna suami itu sesuka hatinya dapat melakukan apa sahaja terhadap isterinya, bahkan wajib bagi suami memberikan hak terhadap isterinya.
Apabila suami tidak memberikan hak terhadap isterinya, maka jika isteri mahu ”demonstrasi” dengan melaporkan hal itu terhadap pihak mahkamah, maka islam memberikan hak tersebut.
Hal ini disandarkan kepada hadis daripada Abu Hurairah R.A, Sabda nabi SAW;
فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا
Maksudnya;
“Maka sesungguhnya bagi orang yang ada hak itu bersuara[1]”
Begitujuga halnya memberi ketaatan kepada pemerintah, iaitu bukan sekadar perlu di ulas dari sudut kewajipan rakyat mentaati terhadap pemerintah, tetapi dalam masa yang sama, pemerintah pun wajib menunaikan kewajipan yang wajib mereka lakukan terhadap rakyat.
Perlu diingat, bahawa rakyat juga mempunyai hak. Dan Islam memberikan hak kepada rakyat untuk menyatakan hak mereka sendiri.
Bahkan, sebagai pemerintah yang baik, sepatutnya perlu mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Omar bin Al-Khattab ketika berlaku pertemuan dengan kaum muslimat ekoran cadangan Omar kepada muslimat supaya memurahkan mas kahwin. Cadangan omar itu telah dibangkang oleh seorang perempuan dengan dibacakan firman Allah;
وآتيتم إحداهن قنطارا
Maksudnya;
“kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak”
(Surah An-Nisa’ : 20)
Mendengar kritikan dari perempuan tersebut, Omar menyatakan;
امرأة أصابت ورجل أخطأ
Maksudnya;
“Perempuan telah betul, dan lelaki telah silap[2]”
KEDUA:
Dalam hal ini, adalah satu tindakan yang salah apabila kita menganggap semua tindakan pemerintah adalah betul. Bahkan, sebagai pemerintah yang merupakan manusia biasa, pasti mereka juga akan melakukan kesalahan.
Apabila pemerintah melakukan sesuatu kesalahan, wajib dari pihak rakyat menegur pemerintah. Teguran yang hendak dilakukan tersebut, hendaklah dalam keadaan berhikmat. Sekiranya dengan nasihat secara sir boleh dilakukan, maka wajib dilakukan teguran itu secara sir.
Adapun jika teguran itu tidak berjaya dilakukan dengan secara sir, maka teguran secara ”jahar” juga wajar digunakan.
Sabda Nabi SAW;
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya;
”Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ditukar dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu, maka dengan hatinya. Itu adalah selemah-lemah iman[3]”
Dalam mensyarah hadis ini, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dengan katanya;
هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا
Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan[4]”
Dalam syarah hadis muslim yang dinukilkan dari kata-kata Qadhi Iyyad ini, menunjukkan bahawa, tindakan yang perlu dilakukan dalam mengubah kesalahan manusia itu hendaklah sehabis-habis cara yang wujud. Bermakna, jika demonstrasi merupakan caranya, maka tidak ada salahnya dengan cara demonstrasi.
KETIGA:
Tindakan membiarkan kesalahan yang dilakukan oleh Sultan adalah perkara yang salah, lebih-lebih lagi melibatkan dengan melalaikan undang-undang yang diluluskan oleh pihak sultan sendiri.
Apabila undang-undang yang diluluskan oleh sultan, lalu diabaikan oleh sultan sendiri, maka tindakan sedemikian adalah memberi kesan bahaya kepada sesebuah Negara.
Ini kerana, apabila undang-undang diabaikan oleh sultan, seakan-akan sultan mengajar rakyat bawahan mengabaikan undang-undang. Apabila keadaan ini berlaku, pasti kedaulatan undang-undang akan terhapus. Ekoran dari itulah, tidak mustahil dimasa akan datang, negara kita akan diperintah secara mafia, dan tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti negara cowboy.
Memang tidak dinafikan, demonstrasi rakyat terhadap sultan dilihat seperti mafsadah (baca : mudharat), tetapi bagi mengelak berlakunya mafsadah yang lebih umum, yang akan menimpa kerajaan di masa akan datang, maka dibenarkan berdemonstrasi, iaitu melakukan mafsadah yang khusus demi membendung mafsadah yang umum.
Hal ini diasaskan kepada keadah Fiqh;
ارْتِكَابِ أَخَفِّ الْمَفْسَدَتَيْنِ
Maksudnya;
”melakukan seringan-ringan dari dua mafsadah”
IGAUAN DAN JAWAPAN:
Mufti mendatangkan hadis riwayat Al-Bazzar yang menyatakan bahawa, daripada Khuzaifah bin Al-Yaman, bahawa Nabi SAW bersabda :
ما من قوم مشوا إلى سلطان الله ليذلوه إلا أذلهم الله قبل يوم القيامة
Maksudnya;
“Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat[5]”
Dari hadis ini, secara nyata nabi SAW menyebut larangan berarak kepada sultan dengan tujuan untuk merendahkannya. Oleh itu, nabi secara nyata melarang melakukan demonstrasi terhadap sultan.
JAWAPAN:
Jawapan yang diberikan adalah seperti berikut;
a) jika kita teliti balik, selepas Al-Bazzar mendatangkan hadis ini, beliau ada menyebut pula;
وهذا الكلام لا نعلمه يروى عن النبي صلى الله عليه وسلم بهذا اللفظ إلا من حديث حذيفة عنه بهذا الإسناد
Maksudnya;
“Kalam ini kami tidak ketahuinya diriwayatkan daripada Nabi SAW dengan ini lafaz melainkan daripada hadis huzaifah dengan isnad ini”
Apabila hadis ini adalah satu sanad sahaja, menunjukkan ianya adalah hadis yang gharib. Sesuatu hadis gharib tidak semestinya diterima, melainkan sekiranya ianya tidak menyanggahi dengan hadis-hadis yang kuat yang lain. Adapun jika menyaggahi, maka hendaklah hadis tersebut ditolak.
b) Jika diterima juga hadis ini, difahami dari sudut matannya, ia menyebut;
ما من قوم مشوا إلى سلطان الله ليذلوه
Maksudnya;
“mana-mana kaum yang berarak kepada sultan Allah dengan TUJUAN MERENDAH-RENDAHkannya”
Jika kita perhatikan kepada matan hadis ini, difahami bahawa ianya mengandungi “illat” atau sebab dan tujuan. Bermakna, larangan dari berarak itu tertakluk kepada tujuan mahu merendah-rendahkan sultan.
Bermakna, bukan kerana berarak itu yang menjadi larangan, tetapi larangan itu datang bersebabkan “merendah-rendah”. Atau dalam erti kata lain, jika berarak bukan tujuan mahu merendah-rendahkan sultan, maka itu adalah dibenarkan.
Hal ini dikuatkan lagi dengan hadis berikut;
السلطان ظل الله في الأرض فمن أكرمه أكرمه الله و من أهانه أهانه الله
Maksudnya;
”Sultan adalah bayang-bayang Allah di bumi, barangsiapa yang memuliakannya, nescaya Allah muliakannya. Barangsiapa yang menghinanya, nescaya Allah menghinanya[6]”
Hadis ini jelas menyatakan bahawa, larangan tersebut apabila wujud unsur mahu merendah-rendahkan sultan. Adapun tidak dengan tujuan merendah-rendahkan sultan, maka itu dibenarkan, seperti menegur tindakan sultan dan sebagainya.
Dalam hal perak, beraraknya (baca : demonstrasi) yang dilakukan oleh rakyat, bukanlah dengan tujuan mahu merendah-rendahkan sultan, tetapi dengan tujuan mahu membaiki kesilapan sultan yang bertindak luar dari peruntukan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh Sultan.
Justeru itu, dengan berhujjah dengan hadis ini untuk menyatakan larangan rakyat yang berdemonstrasi di Masjid Ubudiyyah baru-baru ini adalah tersasar dari maksud hadis yang sebenar.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 Febuari 2009 * 3:07 petang.
[1] Sahih Al-Bukhari : 2226.
[2] Ibnu Kathir : 2/244 : hadis ini, Albani menyatakan bahwa sanadnya lemah. Pun begitu, Abu Ya’la mengatakan sanad hadis ini baik dan kuat
[3] Sahih Muslim : 70.
[4] syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim: 1/131
[5] Al-Bahr Al-Zakhar (musnad Al-Bazzar) : 2475
[6] Sahih Wa Doif Al-Jami’ As-Soghir : 7093.

6 ulasan:
Assalamualaikum.. syukran ustaz.. Ulasan yang cantik.. Boleh ana jadikan bahan usrah?
ana tidak memaksa antum menerima bulat2 hujjah-hujjah ana itu.. jadikannya bahan perbincangan secara ilmiyyah, lebih-lebih lagi dalam usrah...
ana tidak melarang untuk ambil artikle ini dengan tujuan dakwah dan usrah..
sekian
Al-Bakistani
Nampak jelas Ustz sebenarnya tidak mendalami apa yang dinyatakan Mufti. Mufti bukan menjawab kepada Ustz pun. Dia keluar tarikh yang sama dengan entri Ustz.
Kadang-kadang saya perasan Ustz ni macam dikawal oleh sesuatu. Ini melalui analisis dari tindakan-tindakan Ustz yang nampak macam ada gopoh sikit dan bermotif.
Hati-hati Ustz sebab ada hadis pasal orang yang pandangan Agama dia tak melampaui halqum dia. Agama ni bukan boleh main rojak-rojak je..
Jaga kredibiliti Ustz, nanti orang tak nak dengar pandangan. Rugi...
AntiFitnah
bila ana sebut mufti menjawab artikle ana. yang ana sebut, persoalan ana ini telah dijawab oleh mufti. mungkin orang lain yang tanya. cuba anta balik muqaddimah artikle ana..
ana tidak paksa anta menerima artikle ana. jika benar, silakan terima. jika tidak benar, silakan campak ke dinding...
jika anta menyatakan ana bermotif, terpulang kepada anta. sebab perinsip ana menulis adalah;
"kita tidak perlu memaksa orang lain menerima pandangan kita. Begitujuga orang lain tidak boleh memaksa kita menerima pandangan mereka. Pun begitu, kita diberikan akal yang sehat. Oleh itu, nilailah dengan hati yang dingin, tanpa sentimen dan kejumudan"
perinsip ana ini ada termaktub disebelah kanan blog ana..
sekian
Al-Bakistani
Ustaz. Tahniah atas ulasan Ustaz. Tetapi saya masih melihat "tiada orang" yang mampu "merebahkan dengan sesungguhnya" pandangan Mufti Wilayah berkenaan. Saya tidak mempunyai latar belakang ilmu Islam yang baik, walaupun Dato' Mufti Wilayah itu adalah pensyarah saya pada tahun 1982/83.
Cuma, saya seperti bingung dengan nas-nas yang dikemukakan. Yang membingungkan saya berkisar pada dua ungkapan utama: "sultan" dan "pemimpin di kalangan kamu". Adakah "sultan" di Malaysia boleh dianggap sebagai "sultan" dalam hadis dan ayat Al-Quran (yang disiratkan)? Atau adakah yang dikatakan "sultan" di Malaysia itu lebih berbentuk "raja"? Kedua, adakah ungkapan "pemimpin di kalangan kamu" itu boleh terus dirujuk sebagai dan / atau kepada "sultan" di Malaysia? Adakah maksud "di kalangan kamu" itu merujuk kepada "sultan yang dipilih oleh rakyat" atau kepada sesiapa sahaja yang bergelar "sultan" tanpa mengira bagaimana "beliau" dilantik? Adakah "sultan" pada masa ini sama saja dengan "sultan" yang dimaksudkan dalam hadis? Jika seseorang merampas kuasa sesebuah negeri atau negara secara yang salah bolehkah juga dianggap sebagai "sultan"?
Hmmm. Saya tercari-cari seseorang yang berilmu untuk berbincang mengenai isu ini secara mendalam berasaskan latar semasa. Sebagai seorang "orang kampung biasa" saya seperti tegar dengan pandangan bahawa istilah "sultan" dalam hadis-hadis yang tersebut bukan begitu mudah disandarkan kepada mana-mana penguasa. Saya mungkin silap!
md rodzi harun [penatar.com].
Assalamu'alaikum,
Firstly, we apologize for this comment in English.
Is not lying down on the road obstructing the car of Raja Dr Nazrin an insult? Is this the way to do a demonstration? What is the difference between this act and the Western demonstration?
This kind of demonstration is not like the way people express their views/advises/protests during the time of Caliph Umar Al-Khattab r.a.
We advise that you do not use Islam to be bias towards interested parties. As long as you are impartial in propagating Islam, that is alright.
Wassalam.........
Catat Ulasan