Selasa, 17 Februari 2009

MENJAWAB SIS DALAM ISU "MUSAWAH" : SIRI 4

DUA SAKSI PEREMPUAN MENYAMAI SEORANG SAKSI LELAKI??

Ada pihak yang membangkitkan tentang kesamaan hak antara lelaki dan perempuan sehinggakan mereka menimbulkan kesangsian yang kononnya Islam merendahkan darjat perempuan dengan menyamakan kesaksian mereka dua orang dengan seorang lelaki.

Sebelum perbincangan ini diulas panjang, perlu diingatkan, bahawa bukan semua perkara melibatkan dua orang saksi perempuan itu menyamai seorang saksi lelaki, bahkan disana akan wujud kesaksian yang dikhususkan kepada lelaki sahaja, dan disana wujud juga kesaksian yang melibatkan kepada perempuan sahaja, bahkan disana wujud juga kesaksian secara bersama.

KESAKSIAN LELAKI SAHAJA

Dalam kes yang melibatkan hudud, kesaksian yang dibenarkan hanya dari orang lelaki sahaja.

Hal ini merujuk kepada hadis riwayat Az-Zuhri yang berkata;

عن الزهري قال : مضت السنة من رسول الله صلى الله عليه وسلم والخليفتين من بعده ألا تجوز شهادة النساء في الحدود

Maksudnya;
”Daripada Az-zuhri berkata; telah berjalan Sunnah daripada Rasulullah SAW dan dua orang Khalifah selepasnya bahawa tidak harus penyaksian perempuan dalam perkara hudud
[1]

Apabila menyebut hudud, pasti akan melibatkan jenayah. Dalam perkara jenayah, perempuan dilarang terlibat sama. Ini disebabkan bagi mengelakkan mereka menjadi tumpuan ramai; tempat yang melibatkan pergaulan lelaki dan perempuan secara meluas dan zon jenayah.

Perempuan yang amat sinonim dengan perasaan malu, emosi, gementar dan sebagainya akan mengakitbatkan ketidak selesaan dalam urusan mahkamah, sedangkan dalam perkara yang melibatkan jenayah, ianya perlu teliti sehingga tidak melahirkan syubhat dalam menjatuhkan hukuman.

Pun begitu, ada ulama membenarkan kesaksian perempuan dalam urusan jenayah yang melibatkan perempuan sahaja, seperti jenayah yang berlaku dalam tandas wanita atau kawasan-kawasan khas bagi wanita.

KESAKSIAN PEREMPUAN SAHAJA

Kesaksian perempuan sahaja adalah dalam kes-kes yang melibatkan perempuan, seperti melahirkan anak, kedatangan haid, dara, janda dan sebagainya.

Az-Zuhri ada berkata;

مضت السنة أن تجوز شهادة النساء فيما لا يطلع عليه غيرهن من ولادات النساء وعيوبهن

Maksudnya;
”Telah berjalan Sunnah bahawa harus kesaksian perempuan pada perkara yang tidak boleh dilihat melainkan perempuan, daripada melahirkan anak dan kecacatan kaum perempuan (keaiban perempuan dalam kainnya)
[2]

KESAKSIAN BERSAMA ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Terdapat beberapa ayat Al-Quran yang menyebut berkenaan dengan kesaksian, tanpa disebut tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan, bahkan ianya menggambarkan kesamaan dalam kesaksian, iaitu seperti berikut;

a) berkaitan dengan wasiat;

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آَخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ

Maksudnya;
”Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian”

(Surah Al-Maidah : 106)

b) berkaitan dengan kes cerai;

firman Allah;

فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ

Maksudnya;
”lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah”

(Surah At-Talaq : 2)

Dalam hal talaq, ulama berbeza pendapat dalam menentukan, apakah ianya boleh dilibatkan kepada perempuan atau tidak. Pun begitu, sebilangan ulama menyatakan, orang perempuan juga boleh menjadi saksi dalam perkara yang melibatkan talaq.

KESAKSIAN DUA PEREMPUAN DENGAN SATU LELAKI

Dalam kes ini pula, jika dilihat didapati hanya melibatkan kepada urusan kewangan sahaja.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ وَلَا يَأْبَ كَاتِبٌ أَنْ يَكْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللَّهُ فَلْيَكْتُبْ وَلْيُمْلِلِ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ وَلَا يَبْخَسْ مِنْهُ شَيْئًا فَإِنْ كَانَ الَّذِي عَلَيْهِ الْحَقُّ سَفِيهًا أَوْ ضَعِيفًا أَوْ لَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يُمِلَّ هُوَ فَلْيُمْلِلْ وَلِيُّهُ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُوا شَهِيدَيْنِ مِنْ رِجَالِكُمْ فَإِنْ لَمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَامْرَأَتَانِ مِمَّنْ تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاءِ أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الْأُخْرَى

Maksudnya;
”Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya”

(Surah Al-Baqarah : 282)


Kesaksian dua orang perempuan menyamai seorang saksi lelaki adalah dilihat dari sudut lumrah bagi lelaki dan perempuan. Ini kerana, islam memandangkan lelaki sebagai pencari nafkah keluarga; yang demikian tanggungjawab kewangan dipikul lelaki. Dalam keadaan itu, pastilah lelaki lebih mengetahui dalam urusan kewangan berbanding perempuan.

Adapun perempuan, biasanya tidak banyak terlibat dalam urusan kewangan. Mereka lebih banyak menumpukan perhatian dalam urusan rumahtangga dan anak-anak sebagai isteri dan ibu. Jika wujud juga dikalangan mereka yang terlibat dengan urusan kewangan, ia tidak menafikan lumrah kebiasaan ini.

Memandangkan kesibukan perempuan dalam urusan rumah tangga, menyebabkan akan lahirnya kurang teliti dan kurang daya ingatan berkenaan dengan urusan kewangan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang sekali terlibat dalam urusan tersebut.

Memahami inilah, kita terpaksa mengakui dalam urusan kewangan, perempuan yang menjadi saksi tidak memadai seorang, tetapi hendaklah dua orang, kerana dengan dua orang, jika ada berlaku kesilapan dari satu pihak, pasti satu pihak lagi akan membaiki kesilapan tersebut, seperti yang tersebut dalam Surah Al-Baqarah ayat 282.


Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Febuari 2009 * 1:33 petang.


[1] Ibnu Abi Syaibah : 6/544.
[2] Ibnu Abi Syaibah : 5/82.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

weyh albakisetannnnnn!!!!

toksahler ko nak ulas benda² ni..
ko patut ulas pasal Dato'Hassan ALi..
ala musuh ketat ko tu!
tak femes la kalau ulas bab ni... wey..
arini ko ade hantar beras tak?
berapa gantang ko hantar?
atau ko pakai cupak?
mane ler nak tau..kot² kau guna cupak..
style filem ali baba..
sebab ko kan ker nak jadi kassim baba..buat bayik sket, pastu riuh satu dunia..
aku tgk ko ni dah macam kartun..
canang merata yang ko ni buat bayik..
dah la... toksah nak angkat diri sendiri!!
woi bai pakistan!!
ko kena ingat...ko duduk kt Malaysia. Sini bukan mcm Pakistan, boley main hentam sesuka ati ko.. aku nak ajar ko yang kat Malaysia ni ada sistem! bukan style karachi! ape kau nak mempakistankan malaysia? Patut la kau tak berubah..btol la kata Si Ust Din Tontowi..skang dah 3G..
tapi ko tu gampang! bengong, otak ko standard taik lembu!
otak masuk taik..tak leh beza orang yang lagi atas pada ko!

dahla ko..

selamat menulis si tokei beras!

-Sunan

Tanpa Nama berkata...

Wow,

Ada lagi pedendam ni! Ini sudah kes berat.... silap-silap, api marah yang tak terkawal boleh menaikkan darjat anda kepada 'batu api'.... atau 'batu loncatan'. Nak ambil hati pimpinan ke ? Skrg masa untuk ketepikan dulu perbezaan. Skrg masa untuk kita pertahankan kerajaan PR. Setuju tuan/puan ?

Hulu Kelang

Tanpa Nama berkata...

woi budak ulu..
ape ko tau pasal si bakisetannnn ni?
aku tak dendam dgn dia ni..ape kes broooo... ko knal sangat ke ngan si bakisetannn ni? tak pyah nak jadi shield pada bai pakistan ni!
balut sunat ko pon tak bukak lagi nak defen dia.. tok sah buat perangai khadam.. dia bukan peduli org mcm ko ni..
ko kena pikir budak ulu..
bukan aku sorang je yang marah..berjota-jota lagi orang dok marah kat dia.. tah-tah mak bapak dia pon marah kat dia! tapi takut nak tegur sebab khuatir anak dia jadi setan.. maki orang ikut dan..
dahla ko jaga la ulu klang..
toksah dok sebuk pasal si bakisetan bai pakistan ni..
dia kan nak jaga kerajaan pr Selangor ni.. sebab tu aku suh dia songket lagi pasal Hassan Ali, senang la kerajaan ni jatuh, mcm ape yang bakisetan nak
aku bukan nakkan pangkat..
tak peduli dengan pangkat..
mane tau kalo si bakisetan ni dapat jadi mursyidul am..
ko leh la jadik khadam dia takpon dia nyer timbalan..
dahla..
baik ko balaja lagi la..
toksah nak defence orag tak guna lgsg dlm perjuangan cam kera sekor ni!
untuk bakisetan..
aku syor ko blaja balik kat PASTI..
sebab ko ni sebenarnye belom pasti!
Dapatkan kePASTIan sebelom ramai lagi org mcm aku ni dizahirkan depan muka ko. dan lastly ko terdampar kat spital sebab muka kena penerajang!

-Sunan

Ahmadkmz berkata...

moleknya perangai kita....

Ibnu Abas berkata...

Guna nick Sunan... Tak boleh blah.. Tapi perangai dia lebih serupa setan wlupun kerja dia menyetankan orang. Nak kritik pun biarlah atas dasar ilmiah. Suruh orang belajar kt PASTI tapi cara penulisan lebih teruk drpd budak tadika KEMAS. Suruh encik Hulu jaga kawasan sendri, hang buat ape? Kerja maki + perlekeh kerja orang?! Gaya macam pejuang tapi lebih serupa setan yang kerja hasut orang 24 jam