Khamis, 19 Februari 2009

MUFTI PERLU ADAKAH PERTEMUAN ILMUAN

Pertemuan Pak Syaikh Anwar Ibrahim dengan Dr Yusuf Al-Qaradhawi di Doha baru-baru ini
MUFTI PERLU ADAKAH PERTEMUAN ILMUAN

Institusi mufti merupakan satu institusi keagaaman yang boleh dianggap penting dalam Negara kita. Dilihat, apabila wujud kenyataan dari sebilangan mufti yang tidak berasaskan kepada ilmu dan kajian yang tepat, memungkinkan institusi ini akan dapat penghinaan dari semua pihak, sama ada dari muslim sendiri, lebih-lebih lagi dari non Muslim.

Jika penghinaan ini berlaku, ianya tidak boleh disalahkan kepada rakyat, tetapi wajar disalahkan kepada pihak individu-individu mufti yang mengeluarkan fatwa yang tidak berasaskan kepada ilmu dan kajian.

Dengan itu, dilihat para mufti dalan Negara kini bukanlah bertindak sebagai mempertahankan hukum mengikut jalannya yang sebenar. Mengemukakan ilmu tidak dengan amanah, bahkan seakan-akan ada unsur untuk mengampu golongan tertentu, mahupun menjaga hati-hati orang-orang tertentu.

Bahkan, wujud juga keadaan sebilangan mufti berhadapan dengan pihak yang tidak sehaluan dengan mereka, maka dicadangkan agar pihak mufti mengadakan pertemuan secara terbuka untuk diadakan perbincangan secara ilmiyyah dalam menghadapi isu-isu yang yang dilihat agak merumitkan itu.

Jika ini tidak dilakukan, dibimbangi institusi mufti akan “diludah” oleh rakyat di Negara ini; yang “meludahnya” itu, sama ada dari umat Islam sendiri, lebih-lebih lagi dari non Muslim.


Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 Febuari 2009 * 3:30 petang.

Tiada ulasan: