Ahad, 15 Februari 2009

TAK SETUJU TINDAKAN NIZAR????


Seorang Mahasiswa (agaknya) berdialog denganku dalam YM. Beliau tidak berpuas hati dengan tindakan Ir Nizar yang pada pandangannya sebagai derhaka kepada sultan. Isi dialog kami adalah seperti berikut;

Rahus :
Assalamualaikum Ustaz !!!

G-ONE :
Waalaikumsalam…

Rahus :
sihat ???

G-ONE :
Alhamdulillah…

Rahus :
apa komen ustaz pasal perak???

G-ONE :
ana sokong Nizar….

Rahus :
tak derhaka dengan sultan ke ustaz???

G-ONE :
emmmmm

G-ONE :
apa yang anta faham pasal derhaka ??

Rahus :
yer la, sultan arahkan dia letak jawatan, tapi dia tak letak jawatan…. Derhaka la tu….

G-ONE :
apakah semua arahan itu wajib diberikan ketaatan????

Rahus :
emmm ?????

Rahus :
tak semua la ustaz....

G-ONE :
haaa... macam tu la kes perak...

Rahus :
Tapi ustaz, bukankah pemimpin bagi arahan wajib bagi wala’... Sultan bagi arahan, wajib wala’ je la... lagi pun, menentukan sapa jadi Menteri Besar ni, bukan perkara Qatii dalam nas pun...

G-ONE :
emmmmmm

G-ONE :
anta baca tak berita pasal Aziz M Osman difasakhkan perkahwinannya di mahkamah syariah.. berita tu ada dalam metro???

Rahus :
emmm ada.. kenapa ustaz ???

G-ONE :
anta tau tak, kes apa tu??

Rahus :
tahu.. tapi tak ingat la....

G-ONE :
tak pe.. ana cerita kat anta...

G-ONE :
perkahwinan itu diputuskan di mahkamah tidak sah, sebab kononnya Siti Radhiah, budak Kuala Terengganu tu dah bersuami. Masa dia kawin ngan Aziz M Osman, dia sudah diceraikan suaminya, tapi Iddah tak habis lagi..

Rahus :
emmmm

G-ONE :
dari sudut Syarak la.. sah tak perkahwinan Aziz M Osman dengan Siti Radhiah tu???

Rahus :
mana sah.. sebab dia kan dalam iddah dari suami yang pertama....

G-ONE :
kenapa tak sah pulak??

Rahus :
yer la... perempuan tu tak habis Iddah lagi.. mana boleh kawin lagi.. kena habis Iddah dulu la ustaz….

G-ONE :
maknanya, tindakan mahkamah Syariah Terengganu yang memfasakhkan perkahwinan Aziz M Osman ngan Siti Radiah tu betul lah kan ??

Rahus :
yapppppp

G-ONE :
kenapa anta kata betul pulak ???

Rahus :
sebab peruntukan undang-undang Mahkamah Syariah kata, perkahwinan itu tidak jadi..

G-ONE :
kalau kita buat andaian.. kononnya Siti Radiah tu masih lagi bersuami.. perkahwinan tu macam mana pulak??

Rahus :
kalau dalam iddah pun dah tak sah perkahwinan dia.. lagi la tak sah kalau dia masih lagi isteri orang...

G-ONE :
emmm.. kalau macam tu, sama la ngan isu perak kan??

Rahus :
emmm...maksudnya ????

G-ONE :
yer la... undang-undang negeri perak kata. MB tak tergugur jawatannya melainkan tiga perkara....

Rahus :
emmmmm... teruskan...

G-ONE :
1) MB tu letak jawatan suka rela. 2) undi tak percaya dalam sidang DUN. 3) bubar DUN, pilihanraya peringkat DUN.

G-ONE :
bermakna, Ir Nizar masih lagi sebagai MB.. tiba-tiba lantik MB baru.. bukankah itu bercanggah dengan undang-undang???

Rahus :
emmmm.. ye betul….

G-ONE :
oleh itu.. perlantikan MB baru tu, sah atau tidak???

Rahus :
Tak sah…..

Lama terdiam…. Aku menegur..

G-ONE :
Syaikh… ada lagi ke tu??

Rahus :
ada ustaz…

G-ONE :
amacam??

Rahul :
pasal hujjah ustaz tadi, ana boleh terima.. tapi saya tak setuju la pasal dorang demonstrasi...

G-ONE :
kenapa tak setuju pula???

Rahus :
ye la.. bukan ke, nabi kata, kalau nak tegur, one by One..

G-ONE :
kalau tegur One by One tak jadi..apa agaknya yang perlu kita buat??? Ada cadangan??

Rahus :
emmmmmm… apa yer??? :)

G-ONE :
ok tak per… dulu zaman Khalifah.. lantik khalifah, bukan pakai tangkap muat. Kena cukup syarat jadi khalifah...

G-ONE :
bermakna, kalau Khalifah sudah hilang syaratnya, masa tu, kena gugurkan je la jawatannya. Lantik orang lain pula.. yang kena bincang ni. Ahl Al-Hilli wa Al-Aqdi.

Rahus :
emmmmm

G-ONE :
sekarang ni, sistem raja..sistem keturunan.. sistem monarki... dalam islam, ada ke sistem Monarki ni??

Rahus :
tak tahu pulak...

G-ONE :
anta beza ambil tau tak pasal Syiah??

Rahus :
ada la juga…

G-ONE :
anta tau tak dikalangan sahabat. Pemerintahan Monarki berlaku zaman Muawiyyah... puak-puak syiah pun guna sistem monarki juga...

Rahus :
emmmm lagi...

G-ONE :
sistem monarki atau tidak.. itu bukan isunya. Tapi, walaupun masih gunakan sistem monarki, bukan bermakna raja itu kebal sekebal-kebalnya, sehingga tidak boleh dikritik... betul tak???

Rahus :
emmm yap...

G-ONE :
bermakna, kalau raja buat silap, raja pun wajar dikritik.. betul tak??

Rahus :
tapi kan ustaz... kenapa secara terang-terangan, kenapa tak secara sulit...

G-ONE :
Syaikh!!! Inilah kejahatan UMNO... lagi pun, kita kan pakai sistem demokrasi berperlembagaan...

G-ONE :
maksudnya, kalau dulu disuruh tegur secara senyap-senyap, sebab masa tu, yang boleh tukang bagi nasihat kepada Khalifah adalah Ahl Al-Hilli wa Al-Aqdi.. orang yang taqwanya tinggi. Alim. Firasatnya tinggi dan macam2lah... tapi sekarang, yang bagi nasihat kepada sultan adalah UMNO.. kalau tak UMNO pun, kepala otak macam UMNO...

G-ONE :
kalau masa tu, memang ketetapannya. Nak tegur kena senyap-senyap.. tapi dalam sistem demokrasi, ketetapannya, boleh tegur dengan demonstrasi. Sebab itu perinsip demokrasi...

Rahus :
maknanya, tak salah la????

G-ONE :
yap... ketetapan dahulu sesuai dengan cara dahulu. Ketetapan sekarang sebab sesuai dengan zaman sekarang.... maksudnya, undang-undang dulu tidak membenarkan teguran terang-terangan, sebab dah ada Ahl Al-Hilli wa Al-Aqdi. Tapi undang-undang di Malaysia pula, membenarkan teguran terang-terang. Sebab itu adalah perinsip demokrasi....

G-ONE :
inilah orang panggil, memahami nas dari sudut maqasid Syariah....

Rahus :
emmm.. boleh diterima....

G-ONE :
satu lagi kena ingat. Larangan teguran secara terang-terangan dalam hadis tu, sebab bimbang terjebak mudharat lagi besar..

G-ONE :
adapun keadaan perak sekarang... kalau tidak dilakukan teguran secara terang-terangan, dengan demonstrasi, nanti akan timbul mudharat yang lebih besar...

Rahus :
mudharat?? Mudharat apa yang boleh berlaku???

G-ONE :
mudharat kezaliman dari orang atas terhadap orang bawahan.. sebab, kita sudah tidak ada kedaulatan undang-undang... bila tidak ada kedaulatan undang-undang, pasti akan berlaku penyelewengan terhadap undang-undang. Bila berlaku penyelewengan, di masa akan datang, Malaysia akan bertambah rosak... inilah orang panggil, mudharat jangka masa yang lama...

G-ONE :
sebab itu, kalau demo sekarang, memang ada mudharat, tapi itu mudharat sementara waktu sahaja. Tujuannya adalah, untuk menyelamatkan dari berlaku mudharat jangka masa yang lama nanti.

Rahus :
ooooo....faham.. faham....

G-ONE :
emmm anta dah faham dah tu.. kira ok la… ana pun nak blah dulu… ana cadangkan anta, anta baca buku Fiqh Awlawiyyah ngan siyasah Syariiyyah karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi.. mungkin anta akan faham konsep mudharat ni….

Rahus :
ada tak dalam bahasa melayu???

G-ONE :
ada kot.. cuba anta cari di Pustaka Indonesia di Wisma Yakin.. Jalan masjid India...

Rahus :
ok Ustaz... terima kasih...

G-ONE :
sama-sama.. Assalamualaikum...

Rahus :
waalaikumsalam..

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


p/s : sudah diedit dari sudut ejaan.. sebab ada taip error.





7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Us,

Hulu Kelang saran anta jangan layan dan ambil hati ulasan-ulasan tiada qualiti dari individu yang iri hati dengan blog anta. Ini jenis budak kita yang seratus tahun lagi pun dia takkan berubah. Tulisan pun tak ada tambah nilai sebab pemikiran tertutup. Tulis lagi us. Siiru 'ala barakatillah

Tanpa Nama berkata...

kau Sunan, apa kes bro????

apa ust ni dah buat silap ngan kau bro???

kau ingat pemimpin kau tu bagus sangat ker????

ust ni tulis kau fikir je la... kalau betul kau terima je la.. kalau salah kau tak yah layan la.... yang kau gelabah beruk tu apasal????

kau ni yang macam UMNO zaman mahader.. semua mahader cakap. semua betul.. las2, UMNO lingkup.... kau nak PAS lingkup sama ke bro?????

jgn layan sangat ustaz puak-puak jumud ni... kita kena berjiwa besar...

betul kata Hulu Kelang tu....

PemudaKota

Tanpa Nama berkata...

apa kes kau orang kg al-bakistani...???

aku ikuti blog Bakistani ni lama dah brooo... aku selalu lepak ngan dia kat Kota Damansara.. aku tau dia buat apa... bagus apa yang dia buat????

yang kau tu buat apa la brooo???

aku ada tanya gak kat dia pasal provoke kau dalam blog dia... apa kes kau???

dia cakap, sekolah tu dah ada ustaz ngajar..,, dia berenti ngajar sekolah tu lepas selangor menang.. dia tak sempat nak ngajar sekolah tu sebab banyak kerja dia kena buat brooo....

dia cakap, kalau ikut hati dia. dia nak tutup sekolah tu la broooo.. tapi ustaz tu nak ngajar juga...... dia nak buat macam mana????

kau tak pegi jalan pulau melaka ke bro??? kau tak pegi jalan Rusila ke bro?? kau tengok la budak sana macam mana pulakkkk????

ada budak isap rokok kat sana. kenapa kau tak kata nik aziz salah??? kenapa kau tak kata haji hadi salah???

ooo. nik aziz buat tak per kot.. haji hadi buat tak pe kott.... kolot nyee cara kau fikir bro????

fikir pakai kepala la broo???? bukan kepala lutut???

masa aku dok lepak ngan dia, ada orang telefon dia minta beras.. dia cakap, orang kampung dia minta... kau buat apa duduk sekampung ngan dia... kalau kau duduk sekampung ngan dieeee.. kau tolong la dia bantu orang minta beras tu... apa kes bro????

ke kau tak dapat beras.. sebab tu kau serang dia dalam blog???? apa broo???

kalau kau nak beras... kau tulis je dalam blog ni.. aku rasa dia bagi punya kat kau sama bro?????

apa susah kau dia balik malam-malam buta.. dia bukan pergi lain. g jumpa budak2.. termasuklah aku la bro...

aku ni jahil bro.. arak pun aku minum.. lepas kawan ngan dia.. aku berenti minum arak la broo.. aku syukur ada ustaz macam dia broo.. bukan macam kau...

aku dulu tak sembahyang... lepas kawan ngan dia. baru tahu nak sembahyang....

kalau harap kat kau, sampai kiamat aku tak sembahyang la bro????

apa kes kau broo???????

yang kau dengki sangat dengan dia ni apasal la bro???

kau marah dia maki kat ceramah dia.. yang dia maki tu UMNO la broo.... ke kau ni orang UMNO... kau sayang sangat ke kat UMNO tu....

apa kes lu bro....

PemudaKota

Al-Bakistani berkata...

tak sangka pula, ada serangan terhadap peribadi ana. tak per.. ana manusia yang maha lemah. tak ada manusia yang sempurna. terima kasih kepada mereka yang pertahankan ana.


tapi sebenarnya, ana rasa pelik, sebab orang yang serang peribadi ana tu mendakwa dia sekampung dengan ana. kalau benar dia sekampung dengan ana. maka kita senasib. sebab kampung kita tak ada geran.

tapi ana pelik, kenapa orang kampung asyik tanya ana dan eddieputra pasal geran tanah. kenapa tak tanya anta.

mungkin anta tak rasa susah kot; tak rasa tertekan kot. boleh bagi no telefon anta tak. lepas ni, kalau ada orang kg tanya ana pasal geran tanah kat kampung kita ni. ana bagi no tel anta je la. sebab, ana dah tak tahu nak jawab macam mana dah...

sekian

Al-Bakistani.

akhu_hurairah berkata...

ust wanji..jgn layan org2 mcm tu..
biar mereka dgn urusan mereka, kita dgn urusan kita..

sy selalu bc tulisan ust..ust teruskan tulis..jgn henti terutamanya isu semasa..

ust, sy ada buat assignment utk subjek sy..adala masuk skit bab Perak ni.. sbbkan dah masuk dlm tajuk sy, so sy pun terpaksalah rajin2 buat research.

asalnya mmg konkrit sy sokong tindakan ir.nizar berhujahkan perlembagaan. tapi bila jumpa satu web ni rupanya masih ada kontra berdasarkan kes2 terdahulu...

maknanya peluang utk menang bukan 100% tp 50-50. sbb tu Sultan Azlan berani buat keputusan ni sbb Sultan tu pun x-ketua hakim kn?

ni alamat dia..ust try baca..
tu bukan bidang sy, sy pun tak phm sgt..hehe

http://www.docstoc.com/docs/4318730/perbincangan-tentang-kes-mb-perak

Cik Lee berkata...

Ustaz : Kita memang perlukan pandangan alternatif yang macam Ustaz bagi supaya kita tidak berada dalam zon selesa. Tegur wajib untuk kebaikan.

Pasal orang cakap, memang orang cakap tak berhenti. Sampailah mulut dan mata dia dah berhenti, masa tu lah baru dia tak bercakap. Keep up good work ustaz.

akhu_hurairah berkata...

sunan ni islam kan?
mcm ni lah sunan..sunan berbeza pandangan dgn ust wanji..

islam dgn jelas mengajar kita kalau ada perbezaan pandangan maka kembali kpd quran sunnnah..
bila sunan tak setuju dgn pandangan ust wanji, apakah sunan ada hujah tersendiri bersandarkan quran sunnah?

boleh sunan kemukakan? teringin juga sy nak lihat..
kalau berfakta dan mantap hujahnya pasti sja sy sokong..

terpulang pd sunan jika anda benar2 dlm golongan mencari keredhaan Allah..

moga Allah jaukan kita dari muflis last minit dlm kehidupan ini..amin