Sabtu, 21 Februari 2009

SIAPA SULTAN ALLAH ????

SIAPA SULTAN ALLAH ????

Semakin hangat perbicaraan tentang ketaatan terhadap sultan. Lebih-lebih lagi, apabila dibicarakan oleh pihak mufti dengan mendatangkan hujjah-hujjah dari perspektif mereka.

Mufti wilayah sebagai contoh mendatangkan sebuah hadis yang berbunyi;

عن حذيفة رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « ما من قوم مشوا إلى سلطان الله ليذلوه إلا أذلهم الله قبل يوم القيامة

Maksudnya;
“Daripada Huzaifah R.A, daripada Nabi SAW bersabda : mana-mana kaum yang berarak kearah sultan Allah dengan tujuan untuk menghinanya melainkan Allah akan merendah-rendahkan mereka sebelum hari kiamat
[1]

Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Imam Al-Bazzar, daripada seorang sahabat nabi SAW yang bernama huzaifah bin Al-Yaman.

Selepas menyebut hadis ini, Imam Al-Bazzar menyatakan;

وهذا الكلام لا نعلمه يروى عن النبي صلى الله عليه وسلم بهذا اللفظ إلا من حديث حذيفة عنه بهذا الإسناد

Maksudnya;
“Kalam ini tidak kamu ketahuinya diriwayatkan daripada Nabi SAW dengan ini lafaz melainkan daripada Hadis Huzifah dengan isnad ini”

Dengan demikian, apabila melihat kepada kenyataan dari Imam Al-Bazzar, menunjukkan hadis ini adalah hadis Gharib. Yang mana, definisi bagi hadis Gharib adalah;

ما يتفرد بروايته شخص واحد في أي موضع وقع التفرد من المسند . و التفرد قد يكون في بعض حلقات السند و قد يكون في جميعها . و إنما سمي ب"الغريب" لتفرد في سنده

Maksudnya;
“Gharib adalah riwayatnya menyendiri dengan seseorang pada mana-mana tempat yang berlaku tunggal daripada musnad. Dan menyendiri itu kadangkala berlaku pada sesetengah halaqat sanad, dan kadangkala berlaku pada semua halaqat sanad. Dinamakannya sebagai Al-Gharib” kerana menyedirinya pada sanadnya
[2]

Sesuatu hadis Gharib, tidak semestinya diterima. Bahkan, sekiranya kewujudan hadis ini bercanggah dengan hadis-hadis yang kuat lain dari sudut lafaznya atau maksudnya, maka hadis tersebut adalah hadis yang tertolak. adapun jika tidak berlaku bercanggahan, maka hadis ini boleh diterima pakai.

Pun begitu, jika diteliti pada hadis ini, pasti kita akan terbaca kalimah “Sultanullah” atau “sultan Allah”. Apabila menyebut kalimah ”Sultan Allah”, pasti disana wujud ”sultan selain Allah”.

Persoalannya, siapakah sultan Allah itu??

Bagi menjawab persoalan itu, sewajarnya kita merujuk kepada asas dan tujuan penciptaan Adam A.S.

Firman Allah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
”Dan ketika berkata Tuhan kamu kepada malaikat, sesungguhnya aku jadikan di bumi Khalifah”

(Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah didefinisikan oleh ulama Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah sebagai;

إقامة الدين و سياسة الدنيا به

Maksudnya;
“Melaksanakan agama dan mentadbir bumi berdasarkan agama
[3]

­Dengan ini difahami, tujuan disebalik penciptaan Adam adalah perlaksanaan Islam di atas muka bumi, yang pastinya tidak akan tercapat melainkan dengan kepimpinan Islam dengan melaksanakan agama Islam berdasarkan kehendak Allah.

As-Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman Ad-Damiji menyatakan, tujuan kepimpinan Islam adalah seperti berikut;

1) melaksanakan suruhan Allah di bumi atas wajah yang telah disyariatkan;
2) melaksanakan tugasan amar makruf dan nahi Mungkar;
3) menyebarkan kebaikan dan mengangkat kebaikan itu setinggi-tingginya;
4) melarang dari berlakunya kefasadan dalam hukuman;
5) Menjaga keselamatan dan keamanan rakyat pada semua sudut; dari sudut agama mereka, nyawa mereka, akal mereka, maruah mereka dan harta benda mereka.;
[4]
6) Menghapuskan segala unsur-unsur kesesatan, kebatilan, bidaah dan sebagainya;

Memahami dari huraian inilah, jelas kepada kita bahawa yang dimaksudkan dengan “Sultan Allah” adalah kepimpinan yang berasaskan kepada Islam, disamping mencukupi syarat-syarat yang dinyatakan ini.

Apabila semua ciri-ciri Sultan Allah ini wujud, maka barulah Islam melarang diadakan tindakan yang boleh merendah-rendahkan sultan tersebut. Pun begitu, bukan bermaksud, mereka kebal dari dikritik, ini kerana, sirah telah membuktikan bagaimana Omar bin Al-Khattab yang merupakan seorang Khalifah islam yang adil pun dikritik oleh rakyatnya.

Adapun kepimpinan yang tidak berasaskan kepada Islam, maka kepimpinan itu tidak boleh disebut sebagai “Sultan Allah”. apabila kepimpinan itu bukan “Sultan Allah”, maka memberi ketaatan kepada kepimpinan tersebut adalah terbatas kepada perkara-perkara yang tidak menimbulkan maksiat, disamping tidak melahirkan mudharat di masa hadapan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
22 Febuari 2009 * 12:49 pagi.


[1] musnad Al-Bazzar : 2475
[2] ‘Ulum Al-Hadis : Asiluha wa Muasiruha : 126.
[3] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 80
[4] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 79.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya bukan pakar hadis, tetapi saya meminati dan membaca buku dan ilmu mustalah hadis.

Saudara berkata:- "Sesuatu hadis Gharib, tidak semestinya diterima. Bahkan, sekiranya kewujudan hadis ini bercanggah dengan hadis-hadis yang kuat lain dari sudut lafaznya atau maksudnya, maka hadis tersebut adalah hadis yang tertolak. adapun jika tidak berlaku bercanggahan, maka hadis ini boleh diterima pakai."

Saudara terjemah dari nukilan Imam Bazzar.

Saya lihat tulisan asal Imam Bazzar adalah "yanfaridu". Atau 'berseorangan'.Bukan "yatagharrabu" (ganjil).

Saya berpendapat ada beza antara hadis gharib dan hadis ifrad (ahad).

Jika saudara buka Sahih Muslim dan Sahih Bukhari banyak hadis dari kategori Hadis Ahad (Ifrad).

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kerana menegur.

tetapi sefahaman ana, hadis Ahad terbahagi kepada 3 sudut,

1)pada sudut bilangan periwayat.
2) pada sudut "Al-Qail"
3) pada sudut kuat atau lemah

dari sudut bilangan Periwayat, hadis ahad terbahagi kepada 3 pula, iaitu;

1) hadis Gharib,
2) hadis Aziz dan
3) Hadis Masyhur.

memang hadis ini adalah hadis ahad, tetapi apakah ianya hadis ahad berbentuk Gharib ke, hadis ahad berbentuk Aziz ke atau hadis ahad berbentuk masyhur. sila lihat kitab 'Ulum Al-Hadis karangan Syaikh Abu Lais, m.s 162.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

salam
saya di fahamkan saudarapernah beljar di pakistan, saya nak tanya boleh kah saudara berbahas urdu sekarang ni?
wasalam

Tanpa Nama berkata...

memang benar ana dahulu belajar di Pakistan. selama 4 tahun. insya Allah ana boleh berbahasa urdu, tapi tidak sefasih dahulu. sebab sudah hampir 10 tahun ana meninggalkan bumi Pakistan..

byk kalimah yang telah lupa. kadang2 kena rujuk kamus juga...

tapi, dalam ilmu tafsir, ana masih lagi merujuk kitab berbahasa Urdu, seperti kitab Maarif Al-Quran, karangan Mufti Syafe', ayah kepada mufti Taqi Usmani, dan kitab Tafhim Al-Quran karangan Abu 'Ala Maududi..

sekian

Al-Bakistani