Khamis, 19 Februari 2009

MUFTI WILAYAH BUAT HADIS PALSU ???

MUFTI WILAYAH BUAT HADIS PALSU ???

Menurut akhbar mStar
[1];

KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

KOMEN:

Wahai Datuk Mufti!!!

Nak tanya sikit. Ayat Al-Quran dan Hadis mana yang mengatakan menderhaka kepada pemerintah adalah dosa besar?

Wahai Datuk Mufti !!!

Jika wujud Ayat Al-Quran dan Sunnah, apakah tepat tafsiran nas-nas itu dengan keadaan di perak????

Wahai Datuk Mufti !!!

Kalau hadis itu wujud, tolong datangkan perawi hadis, dan dari sumber mana???

Wahai Datuk Mufti !!!

Tahukah kamu tentang dosa memalsukan hadis nabi SAW????

Tak tahu?? tak mengapa, disini di nukilkan Sabda Nabi SAW;

وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan dusta terhadap aku, maka dia telah menempah satu tempat dalam neraka Allah”

(Sahih Al-Bukhari : 107)

Kamu kena ingat wahai Datuk Mufti !!!

Meriwayatkan hadis Doif tanpa menyatakan tentang kedoifan hadis pun sudah dikira sebagai dosa, inikan pula memalsukan hadis nabi.

Yang pastinya, memalsukan hadis Nabi SAW adalah dosa besar.

Wahai Datuk Mufti !!

Kalau benar hadis yang kamu katakan itu adalah hadis, apakah kamu perhatikan matan hadis yang kamu nukilkan itu.

Bukankah ia menyebut, berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya??? Bermakna, Kalau rakyat berarak ke arah sultan dengan tujuan membetulkan kesilapan Sultan, apakah itu bermaksud merendahkan Sultan juga????

Mungkin Datuk Mufti ingin menyebut hadis ini barangkala;

السلطان ظل الله في الأرض فمن أكرمه أكرمه الله و من أهانه أهانه الله

Maksudnya;
”Sultan adalah bayang-bayang Allah di bumi, barangsiapa yang memuliakannya, nescaya Allah muliakannya. Barangsiapa yang menghinanya, nescaya Allah menghinanya
[2]

Cuba kita banding dengan hadis Datuk Mufti pula;

"Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Rasanya, tak sama antara kedua-dua hadis ini. kerana, hadis yang sebenarnya tidak disebut satu pun kalimah ”berarak ke arah sultan”, juga tidak disebut ”mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat”

Kalau Datuk Mufti ingin mengatakan ada kalimah ”hari akhirat”, mungkin Datuk Mufti merujuk kepada hadis berikut;

من أكرم سلطان الله تبارك وتعالى في الدنيا أكرمه الله يوم القيامة ومن أهان سلطان الله عزوجل في الدنيا أهانه الله يوم القيامة

Maksudnya;
”Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia, pasti Allah muliakannya pada hari kiamat. Barangsiapa yang hina SULTAN ALLAH di dunia, pasti Allah akan menghinanya pada hari Kiamat
[3]

Persoalannya, hadis ini menyebut ”Pada hari kiamat”, bukannya ”sebelum hari kiamat”. Datuk Mufti boleh beza tak, antara sebelum kiamat dan semasa kiamat. Rasanya, dua keadaan dan masa yang berbeza.

Mungkin Datuk Mufti maksudnya hadis ini pula;

من أهان سلطان الله في الأرض أهانه الله في الأرض

Maksudnya;
”Barangsiapa yang menghina SULTAN ALLAH di dunia, pasti Allah akan hinanya di bumi”

Yang pastinya, hadis ini memaksudkan menghina sultan, bukan menyebut tentang berarak ke arah sultan.

Kalau menghina dijadikan hujjah, tidak semestinya dengan berarak sudah dikira sebagai menghina, bahkan kadangkala berarak ke arah sultan itu dikira sebagai kemuliaan bagi sultan.

Misalnya, jika semasa rakyat berarak membantah tindakan Sultan perak menabalkan Menteri Besar Haram di perak, lalu sultan perak terus mengakui kesilapannya sendiri, pasti pada masa itu, Sultan perak akan dipuji oleh rakyat, dan pasti jasanya akan dikenang sampai bila-bila. Bukankah ini sudah dikira sebagai kemuliaan bagi sultan???

Diminta Datuk Mufti jawab soalan-soalan ini. Kalau ini tidak boleh dijawab oleh Datuk Mufti, dicadangkan Datuk Mufti letak jawatan. sebab, kehadiran kamu dengan jawatan mufti sebenarnya menyesatkan orang ramai.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 Febuari 2009 * 8:53 pagi


[1] http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/2/19/mstar_berita/20090219193754&sec=mstar_berita

[2] Sahih Wa Doif Al-Jami’ As-Soghir : 7093.
[3] Majma’ Az-Zawaid : 5/215.

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh sahkan khabar yang Ustz dapat tu?. Sumbernya dari mana ?. Ustz dengar sendiri kah atau sebagainya.

Al-Bakistani berkata...

ana baru bubuh footnote sebagai rujukan. kenyataan ini tersebar dalam akhbar mStar dan Bernama. jika hadis itu tidak disebut oleh Datuk Mufti, wajib Datuk mufti buat kenyataan Khusus bahawa beliau tidak menukilkan hadis tersebut. itupun, kalau benar itu bukan hadis.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...

Memang betul dan saya setuju dengan Ust Wanji. Kenapa la Sohibus Samahah Mufti WP tidaka meletakkan hadis dan hujjah yang kemas sikit.

Tapi yang hairannya lagi, kenapa la Ust Wanji macam memaki Mufti melalui Blog saja. Pergi la ke Pejabat Mufti tanya dulu pada dia apa hujjah dia. takut-takut hanya media yang tak masukkan hadis tu. Mungkin dia baca hadis.

Mungkin Ust Wanji pakar takhrij hadis, tapi apa kurangnya Mufti WP. Biar kita beradab dalam memperbetulkan orang lain. Dia Mufti , Ust Wanji hanya peti.

Diingatkan kepada Ut Wanji , janganla jadi Anak Ketam nak Ajar Ayahnya berjalan betul. Sebab banyak juga kenyataan Ust Wanji berdasarkan cerita yang Dhoif, terus buat hukum, terus kutuk..

So... Sama ja Ust Wanji ngan Mufti WP. Artikel di atas macam Ust Wanji kata kat diri sendiri. 2x5 = 5x2. Sama ja

Tanpa Nama berkata...

terima kasih atas teguran.

tapi, kita kena ingat. dalam pengajian ilmu Usul Fiqh, sesuatu hadis doif tidak boleh menjadi hujjah sekiranya dengan menyandarkan kepada satu hadis doif sahaja.

adapun sekiranya hadis doif itu digunakan dalam mengkuatkan hujjah pada hukum yang sudah sandaran hadis yang sohih, maka itu dibenarkan.

contohnya, seperti kita menggunakan hadis yang bermaksud;

"kebijaksanaan adalah barang keciciran orang mukmin... sampai habis hadis...."

hadis ini adalah hadis doif. hadis ini dijadikan hujjah oleh Tok Guru Haji Abdul Hadi dalam menggunakan demokrasi dan pilihanraya dalam buku beliau, "Islam dan demokrasi". pun begitu, ianya tidak salah digunakan, kerana ianya hanya untuk mengkuatkan hujjah yang sudah wujud sahaja.. iaitu, hadis ini tidak dijadikan hujjah induk dalam menegakkan sesuatu hukum..

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Rasanya Ustz kena pasti betul-betul. Mana boleh suratkhabar @ pemberita digunakan sebagai asas. Kena dapatkan maklumat dari sumber dia. Entah-entah dia pun guna hadis tu sebagai penguat. Manalah Ustz tahu. Dah jadi macam lain pulak.

Al-Bakistani berkata...

berita tersebut telah disebarkan dalam media massa. pihak mufti mesti sudah mengetahuinya.

sebagai mufti, wajib dia mengeluarkan kenyataan penuh beliau, bukannya membiarkan dengan apa yang termaktub dalam akhbar berkenaan.

kaedah fiqh menyebut;

"senyap sebagai tanda redha".

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

jENUH KALAU GITU. KALAU DIA TAK BACA SURATKHABAR CAM NE ? Kalau surat kabar negeri cina cam ne ? Mufti nak kene tahu gak ?Letih ni...

bukan ke orang yang nak menghukum tu kena jelas dulu baru menghykum ?

Al-Bakistani berkata...

anta tau tak, mufti ni dia ada setiuasaha, dia ada pegawai-pegawainya sendiri.

berita tentang kenyataan Mufti Wilayah ni dah bising tau. bising satu Malaysia.

ana tulis ini, membetulkan balik persepsi rakyat terhadap hadis yang dibawa oleh Mufti. kalau dia sedar, dan didapati dia memang bersalah, wajib dia tarik balik.

tapi, kalau dia rasa dia betul. dan disertai dengan bukti-bukti yang kukuh, tidak ada salahnya dia mempertahnkan hadis itu. tapi, dengan buktilah. bukan sekadar dakwaan sahaja.

sebab itu, jika anta baca balik artikle ana. ana kemukakan soalan. soalan itu, perlu difikirkan oleh rakyat. kalau rakyat fikir soalan tu, mesti rakyat akan bertanya kepada mufti. masa tu, mufti kena jawab, benarkah hadis yang dibawa itu benar-benar hadis, atau purbasangka dia sahaja.

apakah anta redha kalau rakyat beramal dengan hadis palsu???

cuba anta fikir balik, kalau ana tak tulis macam ni, lalu rakyat terus pakai bulat-bulat yang kononnya hadis itu, lalu rakyat berhujjah dengan yang konon hadis ini. apa akan jadi pada hadis??? bukankah pemalsuan hadis akan tersebar???

apakah antara redha, hadis nabi dipalsukan???

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Rasenye elok kalau Ustz nasihat rakyat supaya berhati-hati jangan dengar kabar palsu, beri tazkirah tentang dosa buat fitnah, gitu-gitu supaya rakyat jangan duduk fitnah-memfitnah

what say you ?

Tanpa Nama berkata...

ana fikir, nasihat ini tidak akan berjaya selagi bapa segala fitnah atas muka bumi ini tidak terhapus dulu, iaitu UMNO laknatullah.

nasihat-nasihat juga, tapi nasihat itu tidak akan berjaya kalau UMNO masih wujud lagi. oleh itu, hapuskan UMNO dari muka bumi Allah ini terlebih dahulu...

tok guru pernah kata;

"kita ni tak selesai sekadar mengajar jer, bahkan mesti memerintah. kalau kita mengajar, orang lain yang memerintah, tak larat nak ajar la kita nii...."

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

fitnah yang paling besar adalah, mengadakan hadis palsu terhadap nabi. itu merupakan fitnah terhadap Nabi..

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

tak payah banyak cerita la...lawati
www.zahidyusof.blogspot.com di bawah tajuk mufti wilayah di minta ikhlas

huzaifah berkata...

Ustaz,
Saya setuju dgn ustaz tapi lain kali jangan mudah menuduh orang lain palsukan hadis... sekarang kan dah terbukti bukan palsu..

Kena lebih berhati2 sikit... itu je..
Wsm.

Al-Bakistani berkata...

cuba anta baca balik tulisan ana lepas, ana tidak menuduh, tapi ana bertanya apakah hadis yang dinukilkan itu wujud atau tidak???..

nampaknya sudah wujud, tetapi perlu diperhatikan juga, sebab ada berlaku sedikit percanggahan dalam perdebatan hadis tersbut.. lihat ulasan ana dalam artikle yang baru ana posting...

sekian

al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Cuba kita banding dengan hadis Datuk Mufti pula;

"Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Rasanya, tak sama antara kedua-dua hadis ini. kerana, hadis yang sebenarnya tidak disebut satu pun kalimah ”berarak ke arah sultan”, juga tidak disebut ”mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat”

Tanpa Nama berkata...

tulisan ini sekadar persoalan... dicadangkan baca tulisan ana yang bertajuk "jawapan mufti wilayah adalah ilmiyyah tapi...."

http://g-82.blogspot.com/2009/02/jawapan-mufti-wilayah-adalah-ilmiyyah.html

sekian

Al-Bakistani