Selasa, 17 Februari 2009

KEHEBATAN SABDA YANG KURANG DIKAJI

KEHEBATAN SABDA YANG KURANG DIKAJI

Baru-baru ini, aku berjumpa dengan sebilangan kawan-kawan yang mempunyai kepandaian dalam bidang kedoktoran. Dalam sembang-sembang itu, kami berbual soal ilmu kedoktoran sehinggakan ada dari kalangan mereka berbincara tentang virus.

Dia menyatakan, Virus HIV adalah virus yang tidak sama ketika berada dalam diri individu-individu tertentu. Apabila virus itu ada dalam diri si A, ianya tidak sama seperti virus HIV yang wujud dalam diri si B.

Bermaksud, jika sesuatu virus itu berada dalam tubuh si A, lalu terkena pula pada si B, pasti anti virus yang wujud dalam si A itu tidak boleh digunakan bagi mematikan virus yang wujud pada si B, walaupun sama-sama terkena virus HIV. Ini kerana, virus HIV yang wujud dalam si A dan si B memang adalah virus HIV, iaitu virus yang sama, tetapi ”grednya” sudah berbeza, memerlukan berbezanya anti virus lain bagi mematikan virus tersebut.

Ekoran dari itulah, virus HIV ini susah untuk diselesaikan dalam dunia kajian kedoktoran sekarang. Ini kerana, jika dikaji dari si A, mungkin akan ketemu anti virus untuk si A, tetapi belum tentu anti virus yang sama boleh digunakan kepada si B.

Didapati, virus ini mudah merebak dan terlalu susah untuk dikawal sekiranya pencegahan merebak virus ini tidak dilakukan. Punca utama tersebarnya virus HIV ini adalah dari hubungan seks.

Mendengar ulasan ini, aku amat kagum. Ini kerana, ulasan ini sebenarnya telah membenarkan sabda Nabi SAW yang berbunyi;

لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا

Maksudnya;
”tidak akan tersebar sesuatu fahsya’ melainkan akan tersebar penyakit wabak dan virus yang boleh mematikan, yang ianya belum pernah berlaku sebelum mereka yang telah lalu
[1]

Dalam mensyarahkan hadis ini, As-Sindi menyebut dalam kitab Hasyiah As-Sindi bahawa maksud dengan ”Fahsya’” dalam hadis ini adalah zina
[2].

Jelas dari hadis ini, menunjukkan walaupun di zaman Nabi SAW tidak terdapat sebarang alat dan kepakaran dalam kajian kedoktoran, tetapi nabi SAW sudah mampu berbicara tentang ilmu yang berkaitan dengan kedoktoran. Menunjukkan, sememangnya apa yang disabdakan oleh Nabi Saw merupakan wahyu dari tuhan yang mencipta alam ini.

Sekian

Wallahu’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Febuari 2009 * 3:15 petang.




[1] Ibni Majah : 4009.
[2] Hasyiyah As-Sindi : 7/386.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woit tokei beras cap ayam!
mane cerita hassan ali ni?
dah 3/4 artikel ko tak touch lgsg pasal hassan ali ni..
aramak bai pakistan..bowink la camnigh... tak ceria la idup aku..
aku ske baca hinaan dan cacian ko pada hassan ali!
Ape kes broooo... dah taknak jadik pembantai hassan ali ke? ko nak jadi doktor plak? cerita virus hiv plak...
lepas ni tukar la blog nih jadik blog menjaga kesihatan.. pastu bley orang panggil ko doktor bai pakistan albkisetannnnnn...
ko ngan virus hiv ni lebeyh kuang sama jer..
takda beza..jenih menyusahkan orang..
mane pergi semua binatang ternakan ko yang lain?
ape khabar pemuda kota?
dimana kah si budak ulu?

aku nak merayu pada kau...
tolonggggggglahhhh maki hassan ali lagi!
tolonggggggglahhhhh agih beras untuk orang kampung... dah habih mengagih kau post dalam blog kalo boley bagi gamba skali..
baru orang tau ko jenih buat kerja..baru orang puji ko..
ko takkan tak suke orang len puji ko..tambah² binatang ternakan ko yang 2 ekor tu, seekor pemudakota ngan seekor ulu klang mesti puji sampai blog ko nih boleh hit..

seyes aku cakap..
ko kena maki hassan ali..
Inilah RAYUANKU untuk MU!!

-Sunan

Tanpa Nama berkata...

saudara sunan;

banyak gak yang ana nak tulis pasal Dr Hasan Ali ni..

kalau ezam kata dia ada 6 kotak. ana ada hampir2 tu gak la...

ana ada gak jumpa budak-budak jabatan agama islam yang pro kita. ana kenal dorang sebelum kita menang lagi. dorang byk gak bagi duit kat kita masa PRU baru-baru ni.. dorang dah cerita banyak kat ana..

politik hari ini tidak mengizinkan.. nanti kalau dah reda, ana tulislah...


anta tunggu je la... ana tulis je nanti.. jgn bimbang..

anta tolong redakan politik hari ini. bukan ke, anta baik ngan najib, pak lah dll.

maklumlah, kan anta trooper...

Sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

ko ni bakisetannnn
macamla kenal ngan aku..
ko kena redakan dulu perangai ko tu..
jangan celupar sangat..

macamla aku tak tau pasal ko..
hihihi.. berkajang² jugak la..
kotak ko baru ada lebih cam ezam..
aku ada lebih pada tu..
nak aku bagi sket ke?
biar anak² usrah ko tau sapa dia
anak setan ni? jangan dok ingat ko
ni takde se dosa pon..

aku anggap ko ni budak lagi..
sekali aku pijak perut ko..
kuar segala aksesori dalam perut ko nanti..

aku nak umumkan untuk sasapa yang rasa si bakisetannnn ni sebagai pemecah kpd jamaah khusus di Subang, korang boleh lempang dia 2 kali, ludah kat dahi dia smpai pecah spek mata dia..pastu amik coli pompuan memana, letak kat muka ganti spek dia buat macam google utk cover malu ngan orang lain..

-Sunan

Tanpa Nama berkata...

hari ini baru ana tahu, rupanya ana ni orang hebat. mana taknya, tak sangka pula maklumat pasal ana yang hendak didedahkan tu lebih 6 kotak...mengalahkan Tun Dr Mahathir.. mengalahkan Najib Altantuya.... mengalahkan Tun daim zainuddin...

bangga..bangga...

sekian

Al-bakistani