LUPUTKAN UMNO, DAKWAH DAP
Orang UMNO marah bila PAS berkeras tidak mahu berkawan dengan UMNO. Pada mereka, berkawan dengan UMNO bermakna mempertahanakan islam dan melayu.
Teori bangsat bangat ini kedengaran dikala UMNO nak lingkup. Kalau UMNO kuat, sampai kiamat pun ucapan sebegini tidak akan terkeluar. Malah, kita akan dapat melihat UMNO yang sering membangsatkan Islam.
Apakah UMNO sudah lupa, pimpinan mereka adalah orang yang paling kuat mencela Islam. Lupakah orang UMNO kenyatan yang berbunyi ”nak makan sup tangan pergi ke kelantan sebab laksanakan hudud”, ”nabi SAW berjanggut sebab tak ada pisau cukur”, ”kalau hudud dilaksanakan, nanti tak ada batu nak buat jalan raya” dan banyak lagi.
Non Muslim ketika itu, tidak mengambil tahu sangat tentang islam dan orang islam. Pun begitu, mereka sentiasa mendengar kutukan terhadap Islam yang dilancarkan oleh orang yang mendakwa beragama Islam dari parti UMNO – laknatullah alaihim ajmain - .
Kalau kita orang Islam mendengar kutukan terhadap kristian yang dilakukan oleh orang krisitian, tidak hairanlah selepas ini kita sendiri akan kutuk Kristian secara terbuka. Keadaan yang sama juga berlaku terhadap orang bukan Islam terhadap Islam.
Lebih-lebih lagi, orang bukan Islam sering diberi gambaran buruk tentang islam oleh UMNO. UMNO sering menggambarkan Islam adalah agama ”potong”. Kalau masuk islam, banyak perkara yang kena potong. Itulah gambaran Islam yang sering UMNO berikan.
Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairanlah non Muslim semakin hari semakin lari dari Islam; semakin hari semakin menjauhkan diri dari Islam.
Lebih parah lagi, apabila Islam itu disulamkan dengan semangat kebangsaan melayu yang mengarut. Di Malaysia, melayu disinonimkan dengan Islam, India disinonimkan dengan hindu dan Cina disinonimkan dengan Budha. Walhal, pensinoniman tersebut bercanggah dengan konsep Islam yang merupakan agama ’rahmatan li al-alamin’ – memberi kerahmatan sekelian alam.
Apabila Islam dikaitkan dengan melayu sahaja, menyebabkan ada sebilangan melayu akan menanam doktrin kepada anak-anak mereka, bahawa cina dan india perlu dihaprakkan. Pendoktrinan cara ini merupakan satu penyelewengan terhadap Islam itu sendiri - ajaran sesat -
Islam cara Nabi SAW, tidak dibataskan kepada bangsa arab sahaja, malah menjangkaui sehingga kepada ’ajam. Bilal bin rabah, Suhail Ar-Rumi, Salman Al-Farisi dan banyak lagi sahabat-sahabat nabi SAW yang hebat menjangkaui sahabat-sahabat nabi SAW yang berbangsa arab yang lain, waimma mereka bukan dari bangsa arab.
Bermakna, pendokrinan Islam yang diajar oleh Nabi, islam adalah hak semua kaum, bangsa dan kabilah. Justeru, pendoktrian Islam hak melayu sahaja merupakan pemikiran sial yang wajib diserang habis-habisan.
Inilah pemikiran melayu UMNO, dan sebilangan pemikiran ahli-ahli PAS yang jumud. Islam yang mereka nampak, tidak lagi universal, malah dijumudkan oleh mereka dengan batasan bangsa.
Justeru, tidak hairan mereka akan menyerang sebarang tindakan yang melibatkan kaum selain melayu dengan alasan jaga Islam dan melayu. walhal, terang-terangan kita dapat melihat orang melayu yang beragama islam menyerang Islam, sepertimana yang dilakukan oleh UMNO – laknatillah alaihim ajmain-.
NON MUSLIM
Perjuangan kita adalah Islam. kita mahu jadikan islam agama memerintah. kita menyatakan, Islam memerintah akan membawa keamanan dan keselamatan.
Sedihnya, Islam yang dianut oleh orang Islam ini sekadar menjadi anutan mereka, tanpa difikirkan untuk didedahkan kepada mereka yang tidak beragama Islam.
Justeru, tidak hairanlah kita akan mendengar ayat-ayat permusuhan yang dilancarkan terhadap bangsa lain, malah terhadap mereka yang tidak beragama Islam.
Walhal, Islam yang dipegang ini sekali-kali tidak boleh dijumudkan menjadi hak melayu sahaja, atau hak orang PAS sahaja, malah islam itu hendaklah dijadikan sebagai pegangan hidup sesiapa sahaja, samaada mereka itu bernama DAP, UMNO, PKR, atau apa-apa jenis organisasi atau bangsa pun.
Bagi menjadikan mereka sebagai islam, perlu ada dakwah yang berkesan untuk menjadikan mereka sebagai Islam. kita wajib berfikir, untuk mengislamkan DAP; mengislamkan UMNO; mengislamkan PKR, mengislamkan MIC, MCA dan seterusnya.
Cumanya, cara mengislamkan mereka memerlukan kebijaksanaan. Ekoran itu, perlu difikirkan kaedah dakwah yang berkesan; yang melahirkan maslahat yang lebih besar terhadap islam, disamping membuang mudharat.
Tindakan mahu bergabung dengan UMNO, akan melahirkan mudharat dakwah yang amat besar. Ini kerana, kebencian rakyat terhadap UMNO semakin hari semakin nyata. Orang cina dan orang India, sudah sepakat menyatakan penolakan mereka terhadap UMNO. Makanya, apabila PAS mengambil sikap mahu berbincang, atau bergabung dan apa-apa tindakan yang melibatkan UMNO, akan melahirkan kesangsian pihak non Muslim terhadap Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Apabila keadaan ini berlaku, usaha membina negara Islam yang berbilang kaum agak mustahil akan berlaku.
Bermakna, sebarang tindakan yang melahirkan kesangsian non Muslim terhadap PAS perlu dijaga. Perkara yang berkaitan dengan UMNO, PAS jangan mudah menyambut, tetapi bertindak tangkas menghilangkan keraguan non Muslim terhadap PAS.
UMNO memang berfikir untuk melahirkan keraguan non Muslim terhadap PAS. Pada mereka, apabila non Muslim, cina dan india sudah menerima PAS, bermakna itu merupakan bermulanya sejarah hitam bagi UMNO.
DAKWAH ORANG UMNO
Kita tidak sewajarnya berfikir untuk mengislamkan DAP sahaja, malah berfikir mengIslamkan UMNO juga wajib difikirkan. Pun begitu, pendekatan terhadap UMNO, tidak boleh disamakan dengan pendekatan dengan DAP.
DAP adalah orang bukan Islam yang jahil tentang Islam. apabila mereka jahil, tindakan yang paling berkesan adalah berdialog; memberi kefahaman kepada mereka tentang Islam.
Jika mereka faham islam, tidak mustahil mereka akan menerima Islam, ataupun mereka akan menjadikan Islam sebagai agama pegangan hidup mereka.
Adapun UMNO, mereka adalah parti orang melayu yang mendakwa beragama islam. malah, mereka mempunyai ulama-ulama yang memakai serban dan jubah, juga boleh membaca kitab-kitab arab yang muktabar.
Justeru, berhadapan dengan UMNO, tidak boleh sekadar berdialog, tetapi hendaklah difikirkan cara untuk meluputkan fahaman melayu yang diperjuangkan oleh UMNO.
Kewujudan UMNO dalam keadaan wujudnya ulama-ulama mereka, sudah 60 tahun lebih. Pun begitu, mereka tetap kekal dengan pemikiran asobiyyah mereka. Jika ini berlaku, kita akan faham, UMNO menolak islam bukan kerana kejahilan mereka, tetapi kedegilan mereka.
DAP tolak Islam kerana KEJAHILAN mereka terhadap Islam. adapun UMNO menolak Islam kerana KEDEGILAN mereka.
Orang yang jahil, perlu diberi kefahaman. Adapun orang yang degil, tidak cukup memberi kefahaman, tetapi hendaklah diberi seksaan terhadap mereka.
Justeru, pendekatan yang paling baik adalah, perlu berusaha untuk meluputkan parti UMNO. adapun ahli-ahli UMNO, perlu diajak dan diseru agar tukar parti, daripada parti Kebangsaan kepada parti islam.
Jika itu juga agak susah hendak dilakukan, mendesak agar UMNO tukar dasar merupakan tindakan yang penting. Apabila UMNO sudah tukar dasar mereka dari kebangsaan kepada Islam, ketika itu pertembungan UMNO-PAS tidak relevan berlaku lagi.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan dari kandungan artikle ini adalah;
Pertama : Tidak perlu meletakkan sayang kita kepada bangsa, seperti sayangkan melayu. tetapi yang paling penting, letak sayang kita kepada Islam.
Kedua : Jangan difikirkan Islam itu hanya milik kita sahaja, malah ia adalah milik semua, hatta terhadap DAP sekalipun.
Ketiga : perkara yang berkait dengan UMNO, perlu berhati-hati. Kerana ia boleh melahirkan kerugian dakwah Islamiyyah. Iaitu, akan melahirkan kesangsian cina dan India terhadap PAS yang berbetulan perjuangkan islam.
Keempat : UMNO perlu diusahakan agar terluput. Jika tidak mampu, sudah dikira berjaya jika kita menjadikan UMNO tukar dasar, daripada kebangsaan kepada Islam.
Kelima : Ahli UMNO perlu diajak kepada Islam. seru mereka tinggalkan semangat nasionalis asobiyyah jahiliyyah, dan mengajak mereka kepada Islam yang syumul. Jika mereka terima Islam, sudah pasti mereka akan masuk PAS, meninggalkan UMNO.
Keenam : Dengan DAP, perlu ada pendekatan yang lebih berkesan dalam memahamkan mereka dengan Islam. tidak semestinya suruh mereka masuk Islam, malah sudah cukup berjaya jika mereka mengatakan islam adalah agama yang adil.
Mudah-mudahan kita berjaya melihat Islam terlaksana di Malaysia sebelum kita memejamkan mata buat kali terakhir di dunia yang fana’ ini.
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 september 2009 * 5:01 petang
3 ulasan:
Laknat punya penyokong PAS. Tak ubah macam pengikut2 ayah pin juga. Bila ketua nya mengutuk bangsa nya sendiri semua menyahut dengan laungan takbeeer!!!
Bila kafir laknat DAP baca ayat koran, semua pengikut PAS yang macam pengikut ayah pin ber takbeer sekuat hati. Bodo punya pengikut PAS, mempersenda agama dan bangsa sendiri.
Belajr teknik berhujah memang suatu keperluan masa kini.. Di saat org ramai non muslim sedang tertanya2 apa itu Islam... Di samping itu jemaah2 yang pelik2 pun wujud.. Ana baru2 ni bersembang dengan ahli hizbut tahrir.. Teknik berhujah memang kena ada demi kepentingan dakwah Islam dan demi mencari yang terbaik...
salam,
tulisan ustaz ni benar tapi ustaz sudah ada penyakit hati...banyakkan sujud pada Allah memohon pimpinan.Atas fahaman inikah maka ustaz menyerang ustaz Din tantawi dgn biadab sekali....dalam hal UMNO dgn pas ini saya rasa ustaz Din lebih memahami permainan UMNO berbanding ustaz yg gagal mententeramkan emosi sendiri...ustaz seperti sudah sombong dgn 'kebolehan menulis' anugerah Allah ini....dan terlupa tentang 'perbuatan menulis' yg juga akan disoal oleh allah nanti. Saya berdoa Allah memimpin ustaz kembali.
'bila ustaz tantawi kata boleh Pas sedia berbincang dgn syarat UMNO terima Islam.
Bukankah sangat dalam maksudnya ini dan sangat hebat maknanya. Saya memandang kata-kata itu 'mengikat' UMNO dan menunjukkan pas tak mungkin ada kerjasama kerana UMNO memang tolak Islam... cuma kita 'berharap' dan berdoa Allah berikan Hidayah agar UMNO juga inginkan Islam seperti kita.
ustaz jangan tamak apalagi takbur...Islam tak boleh dijadikan ekslusif milik pas sahaja , begitu juga tidak boleh kita pilih utk diekslusifkan kepada kumnpulan tertentu yg nampak pro kat kita saja...
"ISLAM FOR ALL....PAS FOR ALL"
salam kemaafan dari saya
Catat Ulasan