Ahad, 25 Oktober 2009

BIJAK POLITIK UNTUK MENANG (2)


BIJAK POLITIK UNTUK MENANG (2)

Cara ulama deobandi mengajar tafsir amat berbeda dengan cara ulama lain mengajar tafsir. Kupasannya tidak seluas lautan, tetapi sedalam telaga. Mereka tidak pentingkan sangat, pendapat ulama itu dan ini, tetapi mementingkan maksud ayat dari sudut maksud sebenar, sama ada menerusi bahasa arab dan falsafah yang wujud didalam sesuatu ayat.

Kalimah ’kiya wajah se’ yang bermaksud ’kenapa’ sering kedengaran ketika mereka mengupas sesuatu ayat al-Quran.

”is me ayat tha, Allah bataya ke ‘Misaq’ hai. Kiya wajah se, misaq bataya? Kiyoo dusra kalimah isti’mal nehi karee ?
[1] macam tulah lebih kurang kedengaran ketika mereka mengupas firman Allah dari surah al-Baqarah, ayat 83;

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ

Maksudnya;
“Ketika kami mengambil perjanjian dengan Bani Israel”

Sesuatu tafsiran ayat, sering ditimbulkan falsafah disebalik penurunan ayat. Inilah menariknya ilmu tafsir dari ulama-ulama aliran deobandi, berbanding ulama-ulama aliran salafi dari Jamiah Abu bakar As-Siddiq.

Dalam kehebatan ulama deobandi dari sudut keilmuan, tidak semua ulama deobandi di Pakistan yang hebat dan bijak berpolitik. Malahan agak ramai dari kalangan ulama deobandi yang tidak terlibat dengan politik.

Jamaat Islami yang merupakan parti islam di Pakistan, amat berkurangan ulama-ulama deobandi terlibat. Lebih jauh lagi terlibat dengan politik oleh ulama-ulama yang beraliran salafi, kerana rata-rata mereka mendakwa politik kepartian adalah bidaah.

Setahu dan sekenal aku, ulama deobandi di pakistan yang terlibat dengan politik, hanya dua orang sahaja; Maulana Abdul Malik dan Maulana Fadhlurrahman. Maulana Fadhlurrahman dengan partinya sendiri, dan Maulana Abdul malik merupakan salah seorang ’ahli majlis Syura’ jemaah islami, dan pernah menjadi senator dalam parlimen pakistan.

Semasa di Mansurah, Lahore. Setiap selepas solat maghrib, pasti Maulana Abdul malik akan bangun dari saf, dan akan duduk di salah sebuah kerusi yang disediakan bersebelahan dengan kedudukan imam dalam masjid Mansurah. Dalam masa hampir setengah Jam, pasti kedengaran beliau mengupas hadis beserta syarahnya, tanpa membuka sebarang kitab pun.

Kupasan dalam bahasa hindi itu, amat menarik didengar, malahan mempunyai banyak kandungan ilmiyyah, tidak seperti kandungan ceramah dan kuliah rata-rata ustaz di sekitar masjid dan surau di malaysia, yang kadangkala lebih mempunyai kandungan ‘goreng’ berbanding mesej ilmu yang hendak disampaikan.

Waima hampir setengah jam sahaja kuliah hadis itu disampaikan, tetapi kita pulang dengan berpuas hati, kerana buku nota kita banyak tercatit point-point menarik yang telah dilontarkan oleh Maulana Abdul Malik dalam kuliah hadis beliau tadi.

PILIH PAKISTAN?

“kenapa anta pilih Pakistan berbanding Negara arab untuk menuntut ilmu?” salah seorang kawan yang sama belajar di Pondok Lubuh Tapah melontarkan soalan.

Aku tersenyum mendengar soalan itu. Aku menjawab, ”Ana menarik dengan cara Tuan Guru NiK Abdul Aziz punya ulasan ilmu. Dan beliau belajar dari Universiti Deoband. Sebab itu, ana pilih pengajian Deobandi berbanding lainnya”

Aku mula minat dengan kuliah agama, sejak umurku 9 tahun. Imam di surau kampungku, Imam Hamzah seringkali ke mana-mana kuliah agama, pasti akan dibawaku bersama.

Ustaz Ghazali Hasbullah, Ustaz Dahlan, Ustaz Ahmad Basri, Ustaz Ahmad Awang dan banyak lagi ustaz-ustaz di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menjadi habuanku mendengar kuliah. Dalam ramai-ramai mereka, aku lebih tertarik dengan cara ulasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mengupas tafsir al-Quran.

Semasa di Pondok, kuliah tafsir di Dewan Zulkifli, Kota Bharu sering aku hadirkan diri. Faktor kupasan menarik dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz, penyebab aku tidak merasa penat untuk berulang setiap pagi jumaat untuk mendengar kuliah tafsir beliau.

Cara kupasan Tuan Guru amat menarik, apabila disulam dengan kiasan, juga ’ayat-ayat kilas’. Kupasan Tuan Guru, memperlihatkan kebenaran kenyataan ulama bahawa al-Quran amat sesuai dengan fitrah manusia. Al-Quran kupasan Tuan guru, mampu digambarkan bahawa Al-Quran merupakan sesuatu yang hidup.

Kupasan kalimah ”zalika” yang bermaksud ’itu’ ketika mengupas maksud firman Allah dari Surah al-Baqarah ayat ke-2, benar-benar meyakinkan, dan menyeronokkan ketika kita membaca ayat tersebut.

Kupasan Tuan Guru itu, boleh disifatkan sebagai tidak mementingkan tafsiran-tafsiran ulama itu, dan tafsiran-tafsiran ulama ini, sebaliknya amat menekankan jika difahami body ayat sedia wujud, disamping dibandingkan dengan kejadian yang sedang berlaku.

Melihat cara ulasan ilmu tafsir cara Tuan guru Nik abdul Aziz, menyebabkan aku lebih tertarik ke pakistan, berbanding memilih negara lain untuk menyambung pengajian selepas Pondok lubuk Tapah pasir Mas.

POLITIK UNIK

Bukan disebabkan keunikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengupas ayat-ayat al-Quran sahaja menyebabkan aku tertarik untuk menyambung pengajian ke Pakistan, bahkan kebijaksaaan Tuan Guru dalam berpolitik juga merupakan minatku untuk belajar di pakistan.

Pakistan dan india, dua buah negara yang asalnya berada dalam satu benua, tetapi terpisah ekoran perbalahan dua agama; hindu dan islam. Disebabkan itulah, negara india dikenali sebagai hindustan yang bermaksud ’tanah hindu’, dan negara disebelah islam diberi-nama Pakistan yang bermaksud ’tanah suci’. Kalimah suci itu, merujuk kepada Islam yang merupakan agama yang suci.

Kedua-dua negara ini, amat sinonim dengan susah dan kemiskinan. Justeru, apabila kesana, sudah pasti banyak perkara yang kita boleh pelajari, terutama dari sudut kehidupan.

Memandangkan pengalaman Tuan Guru menuntut ilmu di India, aku memilih untuk sebenua dengan beliau, iaitu Pakistan untuk menuntut ilmu. Tenyata, kehidupan di sana mengajar kita erti kehidupan, berbanding kita berada di negara kita sendiri, malaysia.

Menurut Tuan Guru sendiri, beliau mendalami ilmu dengan beberapa tokoh ulama-ulama india yang terlibat dengan politik, seperti Maulana Husain Ahmad Madani yang terkenal dengan ’Asir Malta’, atau terjemahan melayunya disebut ’tawanan malta’ kerana tertangkap ekoran melawan penjajah.

Di Pakistan pula, Tuan Guru pernah bercerita bahawa beliau menuntut dengan seorang ulama tafsir yang mempunyai janggut yang panjang sehinga sampai ke ribanya apabila dia duduk bersila. Tujuan dia membiarkan janggutnya panjang kerana mahu menunjuk protes, dan menunjuk anti-penjajah, kerana penjajah ketika itu amat benci dengan orang yang berjanggut.

Pengalaman-pengalaman sebegini, menyebabkan Tuan Guru terlibat dengan politik, dan seterusnya dapat dilihat bahawa beliau terlalu serius berusaha dalam memenangkan islam di Malaysia.

Bersambung lagi.....

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 oktober 2009 * 3:17 pagi



[1] Dalam ayat ini, Allah sebut kalimah “misaq” (perjanjian). Kenapa Allah guna kalimah itu? kenapa tidak digunakan kalimah yang lain?

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

takde uniknye..asik terima salh maklumat dari juak juak parasit macam kau ni.. akibatnye TGNA jugak yang kene maki hamun kaw kaw korang plak dok depan komputer goyang telor..yang UNIKnye TGNA ni tak sedar sedar lagi dia dah jadi alatt pemuAS nafsu syaitan syaitan dalam PAS..kasihan TGNA....

Nizam Mahmud berkata...

Membaca berkenaan dengan cara pengajian Tok Guru Nik Aziz amat menarik hati saya.

Seolah-olah membaca pula tentang pengajian-pengajian ramai ulama Islam di zaman kegemilangan Islam.

Pernah saya membaca bahawa di zaman itu, perbahasan ilmu, kebebasan berhujah hampir-hampir merupakan satu 'makanan' harian bagi mereka.

Maka tidak hairan lah maka hasil-hasil ilmu di zaman-zaman itu begitu segar sehingga hari ini dan dari timur ke barat.

Bercakap mengenai Wahabi ini, saya sungguh merasakan ianya tidak sesuai dengan keadaan setempat.

Makin banyak pula yang saya dengari tentang pergaduhan di surau-surau di tempat-tempat saya, bermasam muka, apabila hadirnya mereka yang berfahaman wahabi ini membidaahkan apa saja amalan orang-orang di tempat saya.

Kalau membidaahkan dengan perbahasan ilmu tak apa la jugak. Yang ini gunakan taktik kekasaran dan pemusuhan.

Kadangkala saya rasa teringin untuk menjawab golongan 'salaf' ini, bukankah ulama Salaf inilah yang menyokong kuat pembentukan rejim Saud di Arab Saudi?

Dan bukankah negara Islam wahabi ini telah secara terus terang diisytiharkan sebagai sekutu rapat Amerika dan boleh pulak ada pengkalan tentera Amerika di negara ini?

Dan bukankah negara Islam wahabi ini juga puluhan tahun lamanya menyokong industri-industri Amerika dengan bekalan minyak dan juga pelaburan-pelaburan yang amat besar?

Dan bukankah juga setelah negara Islam wahabi ini merupakan tulang belakang Amerika, banyak tindakan-tindakan Wahabi ini digunakan oleh media barat sebagai propaganda Islam itu ganas?

Kadang-kadang rasa nak tergelak melihat wahabi-wahabi ini.Oooppsss.. maaf, mereka tidak suka digelarkan sebagai wahabi. Gelarkan saja sebagai 'salafi', baru mereka tersenyum!

Dan satu soalan, bukankah dahulunya Hj Hadi menuntut di Universiti Madinah yang terkenal dengan guru-guru wahabi?

Kalau benar, mungkin atas sebab itulah kita dapat melihat perbezaan yang jelas dalam pendekatan Tok Guru Nik Aziz dan Hj Hadi.