Ahad, 31 Januari 2010

PAS BUNUH DIRI?


PAS BUNUH DIRI?

Dikhabarkan bulan Mac tahun depan, Pilihanraya umum ke 13 akan berkunjung tiba. Apakah PAS bersedia untuk berhadapan dengan PRU itu? Susah untuk memberikan jawapan.

Yang kelihatan, PAS seperti sering membawa masalah. Bermula dari isu Muzakarah (Muqabalah), sehingga keputusan jawatankuasa Disiplin. Semua isu-isu ini, merupakan luka parah yang sukar untuk diubati. Ia menjadi igauan mimpi di siang dan di malam hari,

“PAS bunuh diri” seorang kawan melontarkan satu ayat yang menarik untuk difikirkan.

Seorang anak gadis yang terlalu mencintai seorang jejaka, lalu sanggup melakukan semua perkara demi jejaka yang dicintainya itu. Ketika terbukti bahawa jejaka itu tidak membalas cintanya, dia “frust” sehingga dia sanggup melakukan perkara di luar dari dugaan manusiawi, iaitu bunuh diri.

Pemikiran rasionalnya sudah tertutup, menyebabkan dia mula melakukan sesuatu tindakan yang di luar dari kawalan akal yang sihat. Lalu, diambilnya tali gantung untuk mengantungkan dirinya sendiri.

Mungkin inilah bandingan bagi segala luka-luka yang terjadi pada PAS ketika berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat selepas 8 mac 2008 yang lalu. Sejak itu, banyak luka-luka yang dilakukan adalah dari pihak PAS, berbanding PKR dan DAP.

Tidak dinafikan, PKR dan DAP juga ada masalah, tetapi ia berjaya diredakan dengan segera dan cepat. Tetapi, keadaan ini berbeda dengan PAS dalam banyak isu.

Kini, PAS mengeluarkan satu keputusan Jawatankuasa Disiplin berkenaan dengan dua tokoh dalam PAS; Hasan Ali dan Khalid Samad. Ternyata, ramai yang tidak menerima keputusan tersebut, bahkan tidak kurang mereka yang mengatakan “terkejut”.

Tidak-menerima keputusan itu, bukan sekadar dari ahli-ahli bawahan, malahan dari kalangan pimpinan tertinggi PAS sendiri. Mereka yang tertelan ‘racun Wala’ dan Siqah’, pasti akan mengecilkan diri dalam isu ini, tetapi mereka yang sudah menelan ‘pil penawar’, pasti akan bersuara menyatakan ‘tidak bersetuju’.

Jika ada pihak yang menerima keputusan jawatankuasa disiplin itu, dilihat mereka seperti tidak berani hendak ‘mengangkat-kepala’ ketika berbicara tentang isu ini. Ruangan komen blog dengan ber’nickname’kan ‘tanpa nama’ sahaja berani mereka gunakan. Jika mereka mahu mempertahankan juga keputusan tersebut, mereka terpaksa memberi sokongan dengan mengangkat tangan, tetapi muka mereka terpaksa ditutup dengan ‘kain buruk yang bau busuknya tidak terhingga’.

Yang pastinya, keputusan yang dibuat menyebabkan ramai rakyat semakin hari semakin meluat dengan PAS. Sudah pasti, keputusan itu sama seperti tindakan seorang anak gadis yang sanggup membunuh diri dengan sebab cintanya yang tidak berbalas.

PAS mungkin pening dengan sebilangan ahli-ahlinya yang dilihat agak lantang dalam isu-isu sebegini. Ahli-ahli yang dilihat lantang itu pun, bukan dari kalangan mereka yang duduk dikampung dan diceruk rantau pulau jerejak, tetapi mereka adalah golongan yang mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan tertinggi PAS sendiri.

Mungkin PAS sudah tersilap dengan doktrin “UMNO kafir”, “segala kejahatan datang dari UMNO” dan banyak lagi. Doktrin sebegini menyebabkan sebarang hubungan yang PAS mahu lakukan dengan UMNO, akan terbantut. Lebih-lebih lagi, apabila hubungan itu dilakukan secara “sulit” dan “dibelakang tabir”.

Lebih parah lagi, apabila hubungan sulit dan dibelakang tabir itu dinafikan diperingkat awal, lalu terpaksa diakui berlaku selepas itu. Menyebabkan, rata-rata rakyat akan berkata wujudnya unsur “menipu” dalam mengadakan hubungan tersebut.

PAS mungkin tersilap dengan doktrin sebelum 8 Mac, yang menanam kebencian terhadap kezaliman. Justeru, melawan kezaliman merupakan kebiasaan bagi ahli-ahli PAS. mereka membenci UMNO kerana kezaliman yang dilakukan oleh UMNO, justeru tidak hairan mereka boleh menyerang PAS apabila sifat yang sama dilakukan oleh PAS.

“adusss.. pening kepala dengan blogger-blogger ni” keluh seorang pimpinan tertinggi PAS, sambil membuka kopiah putihnya dan diletakkan di meja.

“Kalau PAS berpendirian seperti sebelum 8 Mac 2008, mesti Ustaz tidak pening macam hari ini” seorang membalas keluhan pimpinan PAS itu.

“kalau pimpinan PAS tak buat perangai, takkan blogger-blogger ini akan hentam?” salah seorang menyampuk sambil menghirup teh tarik dari sebuah kedai mamak.

Yang pastinya, ramai Ahli PAS benci kezaliman. Kerana kezaliman, mereka menyerang, tidak kira siapa gerangan yang diserang itu. Jika UMNO boleh buat zalim, mereka boleh menyerang UMNO, tidak hairan keadaan yang sama juga boleh mereka lakukan terhadap PAS.

Benci kezaliman ini, bukan perkara yang dicipta, tetapi ia merupakan fitrah manusia. Justeru, tidak hairan Allah SWT ada menyatakan bahawa golongan yang zalim pasti akan binasa (lihat surah Ibrahim, ayat 13)

Harapannya, PAS jangan bunuh diri. Segeralah mencari ubat-ubat, untuk memastikan luka-luka yang ada segera sembuh, agar PAS kuat dalam berhadapan UMNO dan sekutu-sekutunya dalam PRU akan datang.

Adakah PAS bersedia ?

Jika Islam dilihat buruk kerana orangnya, apakah PAS boleh buruk kerana dasarnya ? justeru, untuk baik pulih PAS, bukan dasar yang perlu dirobah.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Febuari 2010 * 2 :12 petang




10 ulasan:

Mohd Saifuddin Bin Mohamad berkata...

Wahai pemimpin PAS kembalilah keperjuang asal dan bertindaklah sebelum terlambat.
Bila tiba saat kehancuran PAS percayalah untuk kembali kekemuncak sudah tidak berpeluang lagi.
Insaflah wahai pemimpin PAS muhasabah diri betulkan niat dan bertindak atas landasan Islam. Masa masih ada.
Anggaplah ini teguran ikhlas dari ahli PAS yang tidak punya apa-apa jawatan yang hanya inginkan Islam berada dipuncak.
Ingaklah perjuangan kita bukan untuk melihat PAS berjaya tetapi untuk memartabatkan Islam dibumi ini.
Jangan terkejut jika ada kumpulan lain yang bersungguh dan ikhlas memperjuanhkan agama Allah maka PAS akan dipinggirkan.
Muhasabah diri sebelum terlambat dan kepada pemimpin PAS yang lari dari perinsip perjuangan letaklah jawatan atau kembali kepangkal jalan.

jamal berkata...

very well said ustaz.

saya kagumi ilmu dan pendirian ustaz.

ahli pas kajang

Tanpa Nama berkata...

Blogger macam kau yang merosakkan PAS!!!duk tulis ikut nafsu dan akal semata-mata...bla la weii!!!!!!

FZY berkata...

Salam. Ust. dah jadi perosak PAS, bukannya memperbaiki PAS sebenarnya. Ust. banyak bersangka jahat terhadap sesama jamaah. Ust. terlalu lemah dlm seni/ilmu politik. Tidak bijak cara mcm ini.

Ilmu bab berjemaah sebenarnya Ust. x habis baca lg kot. Teori ok la, tapi praktikal hancur. Elok Ust. sendiri yg keluar PAS, lepas tu buat parti sendiri, atau masuk PKR.

Saya x nk sentuh hal PKR kerana mereka ada mekanisma tersendiri. Tapi kalau sudah buta mata hati, nk buat mcm mana.

Ust. bukan menyumbang, tetapi menumbangkan PAS. Ust. bukan meleraikan kekusutan, tapi menambahkan kesangsian. Bagus buat kerja mcm ni.

Ada org bayar ka?? lain mcm je gaya tulisan.

Wallahu'alam.

SearchForHeaven berkata...

sekiranya fenomena PAS sekarang membangkitkan Puak lain yang akan mempertahan ISLAM. Biarkan.!!!
PAS adalah satu wadah perjuangan untuk memertabatkan ISLAM.

Rasanya semua orang takkan Lupa kata2 TGNA.
" Kalau UMNO bawa ISLAM dan melakukan apa Yang ISLAM suruh, dengan sendirinya, PAS rela dibubarkan".

Kenapa berjuang Dlm PAS??
bukankah untuk tegakkan syiar ISLAM?
Kalau Kesilapan PAS membolehkan rakyat sedar dan bangkit untuk mewujudkan semangat cintakan Keindahan ISLAM.. silakan??

tetapi.. Buat masa ini, adakah harus kita halakan semua peluru kepada Jemaah sendiri??
Konon puak yang lain menggunakan Pil Wala dan thiqah??

puak yang ini menggunakan pil apa??
pil mari buka membuka pekung supaya kredibiliti PAS dihumban terus ke lubang tahi!!!

Strategi apa yang menampakkan bijaknya si penegur??

Kita tidak memahamikah konsep jemaah??
Kita tiada proses pemilihankah??

kenapa stigma lama masih melekat kat ahli2 PAS?

takkan nak ubah dengan menghentam melenihi musuh Politik sendiri??

kita tak kajikah kenapa PAS jadi begini??
Sistem tarbiyah cacat atau tak berjalan??
tarbiyah ada atau tiada??

Kita tak nak gerakkan Tarbiyah ke ? untuk mengubah fenomena ini??
atau kita hanya tau cari punca dan tuduh puak itu dan ini tapi tiada sumbang untuk memperbaiki.

Perbuatan begini seperti hanya menambah beban pada pohon yang hendak tumbang!!
sepatutnya kita ikat supaya tidak tumbang..
kemudian mencari baja atau ubat2 apa yang sesuai supaya PArti Kukuh semula..

jujurlaa..

Apa sebenarnya perjuangan Kita ini??
kita mengomel ni.. betul ke??

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Kelarah Gila Sorang ni menyalak dan menyodok lagi. Bila nak mampus. Celaka sungguh menatang sekor ni.

Tanpa Nama berkata...

ustaz tolong ulas tulisan ustaz asri ni... saya suruh ustaz ulas sebab saya tengok gi meraikan majlis kahwin aduka teruna ni... mungkin usatz kawan baik beliau..

"Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W
Disiarkan pada Feb 01, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan |
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin



Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:



1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Jika hendak memberi amaran kepada yang zalim, sebutlah kepada mereka ketika hayat masih di badan. Mungkin ada perkara yang boleh dibaiki, atau sekurang-kurangnya mereka diingatkan.

2. Menghina seorang sultan atau raja dan menghina seorang rakyat sama sahaja nilaiannya. Islam tidak pernah membuat kasta-kasta seperti ini. Seperti mana sultan tidak boleh dihina tanpa alasan yang benar, demikian juga seorang rakyat bawahan tidak boleh diperlakukan demikian.

3. Malanglah kita jika ada pihak yang hanya marah apabila golongan atasan dihina atau dipersendakan, tetapi tidak punya marah apabila rakyat bawahan menerima nasib yang sama. Jika ada pihak atau individu atau ulama yang demikian, mereka itu memang pengampu yang berat sebelah.

4. Saya mendapat maklumat bahawa Aduka Taruna sebelum ini dalam blognya pernah menghina isteri Nabi s.a.w yang mulia iaitu ‘Aishah r.ha. Setelah saya sendiri baca, amatlah buruknya budi dan bahasa beliau. Dia menyatakan kepada isteri Nabi yang mulia itu ‘bangang’, ‘dua ekor mangkuk’, ‘bangang tukil’ dan berbagai lagi perkataan-perkataan yang amat biadap terhadap seorang wanita yang dibela oleh al-Quran dan al-Sunnah. Amat menyedihkan. Sila lihat lampiran.

5. Tuduhan-tuduhan beliau kepada Aishah dan Muawiyah tidak berasaskan fakta sejarah yang sebenar. Saya cadangkan beliau dan sesiapa yang terpengaruh dengannya membaca apa yang telah saya tulis dalam buku PERTELINGKAHAN PARA SAHABAT NABI SAW : ANTARA KETULENAN FAKTA DAN PEMBOHONGAN SEJARAH.

6. Malang sekali, ketika beliau menghina isteri Nabi s.a.w, tiada pula bantahan, campurtangan menteri, desakan agar diambil tindakan dan berbagai lagi. Siapakah yang lebih mulia antara dua insan yang dihina itu?

7. Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri Nabi s.a.w, mereka yang melayari blognya tidak bertindak, bila dia menghina sultan mereka bantah ‘sakan’dan naik angin. Jiwa melayu kitakah yang lebih tebal, atau jiwa islami kita yang telah nipis?

"

hussin berkata...

cukup hebat komen2 hangpa sehingga sanggup "membinatangkan" ustaz. what is there ustaz, keep on writing.

FMZ, ko ada lagi. cabaran saya bagaimana2, dah lepas edah pun...

pas tak akan berubah melalui stopa ali, caya laa. aku tunggi dia bersumpah tak terima apa2 $aguhati dari pihak ketiga yang mengaturkan petemuan presiden, nasya dan stopa dengan umno dalam gelap yang diikuti dengan siri2 pertemuan lain.

selagi depa tak bersumpah, sori laa, sampai bila pun aku tak caya. sebab cara tindakan depa macam sudah diikat tangan. sudah tentu ada sebabnya. depa tak nak bersumpah? Allah Maha Mengetahui...

hussin berkata...

maaf, bukan FMZ, FZY. FMZ tu hebat mendedahkan pasal rasuah di blog mind no evil.

FZY, apa khabar? orang macam hang ni terlebih telan pil wala'. aku menyampah dengan penjelasan nasya bab ug, ko tau tak? kalau dia masih bertanding di kelantan, aku akan pasti dia kalah, insya' Allah. he is not fit to be timbalan presiden, macam mano drebar stopa ali boleh jadi timbalan presiden?

satu lagi, ko tak terlintas apa2 ke dengan wan nik, su jpr pas pusat dilantik jadi setpol tgna? jpr pas pusat masa itu di bawah stopa ali. ketika tgna memerlukan khidmat setpolnya, dia sibuk di sungai congkak menghadiri pertemuan pgs. nampak sangat tak tahu priority. ko nasihatkan wan nik supaya dia letak jawatan sebagai su jpr pas pusat tu.

kalu aku kata pas dah jadi macam dap tentu ko tak suka. tapi itulah yang berlaku hari ini. dalam dap, sec gen is the most powerful person. hang tengok pas, sapa agaknya powerfull? presiden buat press conference pun berkali2 tunggu stopa? tak nampak? pas tu ko tengok pulak bab disiplin ni, sapa menapis segala laporan?

caya la pas tak ke mana selagi sistem yang ada ni tak diubah! dah kena air serbat "pelincir" tak dak jalan dah nak berubah, buat lembu kenyang je laa.

jangan ingat tiada yang tahu.

wallahu'alam

al-bakulstani berkata...

Hussin bodoh piang,
kau tuduh orang, kau lah buktikan...kau lah sumpah. Bukan orang yang kau tuduh tu perlu bersumpah. Apsal mak kau tak bunuh kau masa kau lahir dulu...taklah menyusahkan orang lain sekarang ni...

Dah lah bodoh, bengap pulak tu...Mak bapak tak baca Bismillah masa bersama sebelum @#%$#. agaknya...tu pasal anak lahir bangang macam ni...