Ahad, 7 Mac 2010

PERJUANGAN UMNO SESAT - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

sumber : klik sini

QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Beliau adalah ulama, ahli politik dan pemikir Islam yang mempunyai paradigma


QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Qunut Subuh adalah perkara yang diperselisihkan oleh ulama-ulama fiqh; ada dari kalangan mereka memandang ia sebagai sunnah, dan ada sebahagian yang lain tidak mengatakan sedemikian.

Jika dirujuk pada hadis, didapati nabi SAW ada melakukan amalan qunut pada solat subuh. Namun begitu, ketika nabi SAW membaca qunut subuh itu, baginda memohon dari Allah agar mendatangkan tekanan terhadap orang-orang musyrikin yang melakukan penindasan terhadap orang Islam; baginda berdoa agar memberikan bantuan terhadap golongan lemah dari kalangan orang islam. Qunut tersebut disebut oleh kebanyakkan fuqaha' sebagai Qunut Nazilah.

Dalam mazhab As-Syafie, qunut subuh adalah sunat, dan digalakan melakukannya dalam bentuk sentiasa. Namun, didapati dalam riwayat mengatakan bahawa Imam As-Syafie telah pergi ke Baghdad, dan di sana beliau tidak membaca qunut dalam solat subuh kerana memberi penghormatan dan meraikan pengikut-pengikut orang yang bermazhab hanafi. Ini menandakan, bahawa qunut subuh dalam mazhab As-Syafie, bukanlah sesuatu yang perkara yang ketat, bahkan ia merupakan gambaran betapa fleksiblenya fatwa As-Syafie tentang Qunut subuh.

Sekian

Baca sama:
القنوت في صلاة الفجر

Wallahu 'Alam


- Pantai Tujuh, Tumpat
22 Rabiul Awal 1431 - 8 Mac 2010 * 8:00 pagi

BAIK SAMPAI IZIN ORANG 'ROGOL'

BAIK SAMPAI IZIN ORANG 'ROGOL'

ZulKulim telah banyak buat masalah kepada Pakatan Rakyat, bukan sekadar PKR. Lantaran, tidak hairan PKR terus pecat ZulKulim. Pemikiran melayunya, kadangkala menolak kebenaran Al-Quran dan As-sunnah. Buktinya, dalam isu kalimah Allah.

Isu Kalimah Allah, telah diperjelaskan dengan begitu ilmiah, bahkan hujjah dari pihak yang mengatakan "tidak boleh" digunakan kalimah Allah kepada non Muslim adalah hujjah yang cukup lemah, malahan penghujahan mereka tidak menggunakan penghujahan yang betul; dengan tidak merujuk kepada manhaj istidlal yang dii'tiraf dalam islam.

Pun begitu, insan yang bernama ZulKulim tetap berkeras kepala, bahkan terus menerus menjadikan isu ini sebagai modal untuk membuat onar sehingga melahirkan perbincangan di kalangan rakyat. Makanya, PKR membuat keputusan agar dia dipecat.

Namun setelah PKR mengambil sikap memecat ZulKulim ini, tidak semena-mena salah seorang naib presiden PAS telah menjemput ZulKulim untuk menyertai PAS. Persoalannya, atas alasan apa sang naib Presiden mengatakan sedemikian?

Mungkin alasannya adalah dakwah, memandangkan Ustaz Tuan Ibrahim mempunyai master dalam bidang dakwah, lebih-lebih lagi dimaklumkan tajuk masternya adalah "dakwah di Pulau tioman".

Jika alasan dakwah yang diguna pakai, mungkin ia betul dari satu sudut, tetapi ia tidak tepat pada sudut yang lain.

Tidak dinafikan, keberadaan politik islam adalah untuk menarik manusia kepada islam, dan berusaha sekeras mungkin agar manusia tidak terjebak dengan kekufuran. Namun begitu, sekali-kali tidak boleh diabaikan konsep 'menolak kemudharatan lebih didahulukan berbanding menarik maslahah'.

Dari sudut demokrasi berpilihanraya, lebih-lebih lagi apabila PAS berkawan dengan PKR dan DAP, tidak dapat tidak konsep setia kawan perlu dijaga, waima mendatangkan mudharat yang kecil pada PAS. inilah yang dilakukan oleh nabi SAW dalam Sulh Al-hudaibiyyah, sekembalinya Nabi SAW dari Isra' dan mi'raj dan sebagainya.

Dalam sulh Al-Hudaibiyyah, seorang sahabat bernama Abu basher yang berasal dari makkah telah memeluk islam dan bersembunyi dibawah kerajaan madinah. Jika dirujuk kepada kandungan perjanjian antara Nabi dengan Quraish, keberadaan Abu basher dalam madinah adalah satu sikap melanggar perjanjian. Lantaran, apabila Al-Azhar dan Al-Akhnas telah meminta dari nabi SAW agar Abu Basher dihantar balik ke makkah, Nabi SAW menyuruh Abu Basher pergi, waima mendapat tentangan hebat dari para sahabat dengan dakwaan kemungkinan Abu basher di bunuh, atau dimurtadkan.

Ya.. nabi SAW menyerahkan Abu Basher kepada Makkah adalah mudharat pada diri Abu basher, tetapi memandangkan nabi SAW mempunyai minda dakwah yang terkandung seribu satu minda politik, menyebabkan nabi SAW menyuruhnya pergi juga, kerana demi menjaga imej Islam; sebagai sebuah agama yang menghormati perjanjian.

Jika melihat kepada kisah Abu Basher ini, kita akan dapat jawapan bahawa jemputan tuan Ibrahim terhadap ZulKulim itu, mungkin betul, tetapi ia tidak tepat kerana ia tidak sealiran dengan cara berfikir Nabi SAW.

"orang baik ni, bukan orang yang selalu angguk. Sampai orang nak pukul kepala pun dia angguk juga, itu bukan baik, tapi tak pandai guna kebaikan" bisik hatiku.

"Sudah terbukti orang 'rogol' parti dia, tiba-tiba kita nak bagi pula orang sama 'rogol' parti kita" sambung bisikan hatiku lagi

Sekian

p/s : agak-agaklah, jika Tuan Ibrahim mengambil Kes ZulKulim berdasarkan Jawatankuasa Disiplin PAS, apakah ZulKulim senasib Khalid Samad atau senasib Hasan Ali?

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- pantai Tujuh, Tumpat, Kelantan
22 rabiul Awal 1431 – 8 Mac 2010 * 2:24 pagi



KOMEN TOK GURU NIK ABDUL AZIZ TERHADAP HARUSSANI

Dua tokoh politik yang terbukti berjaya mengegarkan politik Malaysia


Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Jumaat, 5 Mac 2010

OBAMA & HARUSSANI

Obama bersama Blackberrynya.



Harussani bersama Blackberrynya.

“DARA ANGKUH, SEBAB TAK NAK TERIMA CALON AKU”

“DARA ANGKUH, SEBAB TAK NAK TERIMA CALON AKU”

Dara amat berkenan dengan seorang anak teruna yang amat dikenali sebagai budak baik. Tidak pernah menipu, malahan keadilan merupakan asas bagi kehidupan anak teruna terbabit.

Disebabkan kebaikan yang wujud pada si teruna, menyebabkan si dara berkenan dan sentiasa menyimpan hasrat untuk mempersuamikan sang teruna. Akhirnya, sang teruna telah meminang, ternyata memberi kegembiraan tidak terhingga oleh dara.

Babak cinta bercinta antara teruna dan dara semakin panas, sehingga membawa ke jinjang pernikahan. Ternyata, ibu kepada si dara tidak dapat menerima si teruna ekoran teruna bukan manusia yang berduit dan berharta. Makanya, teruna ditolak mentah.

Ibu si dara mempunyai calon pilihan hatinya untuk dipersuamikan kepada si dara, tetapi dara menolak kerana “buruk kelaku” calon pilihan ibunya itu. calon pilihan ibunya itu disukai ibu kerana faktor ”wang banyak”, bahkan calon pilihan ibunya itu sudah banyak dihabiskan duit untuk diberikan kepada ibu si dara. Justeru tidak hairan si ibu nampak bersungguh untuk persuamikan si dara kepada calon pilihannya, dan menolak pinangan teruna.

Walau bagaimana pun, wali bukan di bawah kuasa ibu, bahkan dibawah kuasa bapa, makanya bapa telah memperkahwinkan dara dengan pilihan dara sendiri, iaitu teruna.

Alhamdulillah, perkahwinan berjalan seperti biasa. Sungguh harmoni hidup berkeluarga antara dara dan teruna. Mereka bahagia, waima tidak mendapat kemewahan dan wang ringgit yang banyak.

Cumanya, langit tidak sentiasa cerah, bahkan gelap pasti akan berkunjung tiba. Makanya, teruna ditimpa masalah kewangan yang cukup meruncing. Keadaan itu berlaku, dikala dara sedang sarat untuk mengandung anak pertama.

Kedoifan dan kesusahan yang dihadapi oleh teruna dan dara itu, sampai kepada pengetahui si ibu. Ekoran itu, Ibu tidak pasal-pasal buat satu kenyataan akhbar dalam utusan Malaysia.

”Dara angkuh, sebab tidak mahu terima calon pilihanku sebagai suami.. kalau dara ikut cakap aku, pasti dia tidak berhadapan kesusahan sedemikian teruk sekali.. tu la, sapa suruh pilih teruna.. sekarang, baru padan muka” ujar ibu dara yang bernama HARAMSANI BINTI HARAMJADAH.

* akhir jalan cerita ini, sebijik seperti dalam filem ”Ibu mertuaku”.

Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 Rabiul Awal 1431 – 6 Mac 2010 * 2:05 petang

Khamis, 4 Mac 2010

ENT NAJUA, MUSH NAGUA

permandangan di tengah-tengah bandar Damanhur


ENT NAJUA, MUSH NAGUA

Orang tua-tua dulu ada menyebut, “zaman belajar adalah zaman seronok”. Di zaman belajar, aku tidak dapat menghayati pepatah itu. tetapi, setelah habis belajar, aku dapat merasakan betapa benarnya pepatah tersebut.

Seperti yang diketahui umum, Aku mempunyai nama yang cukup pelik. Aku merasakan, mungkin di dunia ini, aku seorang sahaja yang mempunyai nama “Wan Ji”.

Sering juga orang bertanya tentang makna dan maksud namaku. Tetapi, aku tidak dapat memberi jawapan.

”soalan ini, relevan dilontarkan kepada ibu dan bapa ana” jawabku sambil tersenyum kepada orang yang bertanya.

Di awal aku masuk kelas di Jamiah Farooqiyyah, Karachi Pakistan, guruku, Maulana Ataillah ada bertanya tentang namaku.

”Ismi Wan Ji” jawabku ringkas dalam bahasa arab yang memberi maksud, Nama saya adalah wan ji.

”aish haza? (apa ni?)” soal Maulana Ataillah sambil mengisyaratkan dengan tangan yang sungguh menyakitkan hati jika melihatnya.

”baddil Ismak (tukarlah namamu)”, Pesan Maulana Ataillah.

”Insya Allah” jawabku ringkas sambil melontarkan senyuman.

Aku berfikir untuk menukar namaku untuk kegunaan Maulana Ataillah sahaja. Akhirnya, aku menggunakan nama ”Salahuddin Al-Ayyubi”. Nama itu, aku gunakan juga kepada kawan-kawanku yang berbangsa arab semasa belajar di Mesir, tetapi di kalangan pelajar Malaysia, nama ”Wan Ji” tetap diguna pakai.

SIBER KAFIR

Semasa belajar di Mesir, Aku ditempatkan di Damanhur, Cawangan Univerisiti Al-Azhar. Ketika itu, tidak pernah terfikir wujudnya broadband, justeru untuk melayari internet, terpaksa pergi di Siber Kafe.

Semasa belajar, Aku tidak menyebut Siber Kafe, tetapi aku menyebut “Siber Kafir”. Di Damanhur terdapat banyak Siber Kafir ini. Kalau tidak silap aku, sudah ada 5 buah Siber Kafir, itupun baru di sekitar kawasan rumah yang aku menyewa sahaja, tidak termasuk di tempat-temapt yang lain lagi.

Di Damanhur, hanya sebuah Siber Kafir yang aku cukup minat pergi, iaitu berhampiran dengan kedai Malokhiyyah, iaitu kedai makanan ringan. Aku amat jarang makan dirumah, mungkin kerana faktor malas memasak. Makanya, kedai malokhiyyah itu merupakan kedai kunjungan harianku untuk menyantap dan memuaskan nafsu makanku.

Kebiasaannya, selepas makan aku akan berkunjung Siber Kafir tersebut. Itulah tabiat burukku semasa belajar dahulu, disamping aku seorang yang ’kaki tidur’. Siber kafir itu kepunyaan satu keluarga arab Mesir di Damanhur yang agak berpengaruh juga. Makanya, adik beradik keluarga tersebut yang menjaga Siber Kafir itu.

NAGUA

Pada lahjah arab mesir, mereka amat berat menyebut huruf ”Jim”. Apabila ingin menyebut ”jim”, pasti akan jadi huruf ”Ga”.

Lantaran itu, satu hari, ketika aku masuk ke Siber Kafir itu, terdapat seorang minah arab yang merupakan anak kepada tuan punya siber Kafir tersebut.

”ismak Aih? (kamu nama Apa?)” soalnya.

Semasa belajar di Mesir, aku amat dikenali dikalangan kawan-kawan berbangsa arab seorang suka bergurau dan melawak. Mereka tidak menganggap segala tindakanku sebagai serius.

Ekoran itu, apabila di tanya oleh minah arab itu tentang namaku, sudah pasti Aku terfikir, nama apakah yang wajar aku berikan kepada minah arab itu sebagai gurauan.

”ismi Sayang (namaku sayang)” ujarku.

”aish Ism? (nama apa ini?)” soalnya dengan dahi berkerut.

”dah Ism Malizi (ini nama orang malaysia)” jawabku senyum.

Minah arab itu pun cuba menyebut namaku. Aku tersenyum sahaja apabila melihat seorang anak gadis arab memanggilku ’sayang’.

Aku pun bertanya kepadanya, ”Ismak Aih? (apa nama kamu?).

”Nagua ..” jawabnya ringkas.

”laaa.. Ismak mush Nagua..(tidak.. nama kamu bukan Nagua)” kataku sambil mengelengkan kepala dan mengisyaratkan dengan jari telunjukku seperti menafikan.

”lieah la’ Kidah? (kenapa pula tidak?)” soalnya.

”Ismak Najua, lissa Nagua” aku lontarkan senyuman.

”isy ent Malizi..hahaha (apa la awak wahai orang malaysia.. hahaha). Dia ketawa.

Aku pun turut ketawa.

’SAYANG’

Aku diberikan satu PC, dan aku terus ke PC tersebut untuk melayari internet. Ketika itu, lamanweb yang paling aku minati adalah Islamonline.net.

Sedang aku layari internet, seorang kawanku yang berasal dari Johor juga hadir untuk melayari internet. Namanya Misbah Munir.

Apabila minah arab itu bertanya namanya, sudah pasti dia menjawab ”ismi Misbah Al-Munir”.

Dalam bahasa arab, ”misbah Al-munir” bermakna ”lampu yang bersinar”, sudah pasti Nagua tidak percaya itu adalah nama kawannya.

”ent Kaddab.. ent Kaddab.. (awak tipu..awak tipu), kata Nagua sambil mengelengkan kepalanya.

Aku melihat kelaku Nagua dan Misbah munir itu. aku tidak melayannya. Aku terus dengan dunia mayaku.

Tiba-tiba, aku terdengar Misbah munir menyuruh nagua bertanya kepadaku untuk memastikan bahawa dia tidak menipu.

Lalu...

”Sayang... Sayang...” panggil Nagua.

”Aiwah Ya Nagua Ya Habib... li eh?? (Ya Wahai Nagua, wahai kekasih, kenapa?)” sahutku.

Tidak sempat nagua bertanya, kawanku misbah munir terus pergi rapat kepadaku dan berkata, ”celaka kau.. kau perdajal awek arab ni”

”isy... diam.. dia bukan tau pun” ujarku sambil aku mengisyaratkan jari telunjuk ke mulutku.

Sejak dari itu, aku mula dikenali sebagai ”sayang” oleh nagua sehingga aku meninggalkan mesir. Ha ha ha... =))

Sekian

p/s : pelajar di mesir, diminta jangan tiru kelaku buruk ini..

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 Rabiul Awal 1431 – 5 Mac 2010 * 3:12 pagi



Rabu, 3 Mac 2010

BAHAYA TAASSUB DAN ASSOBIYYAH

BAHAYA TAASSUB DAN ASSOBIYYAH

Ramai manusia yang tidak dapat menerima kebenaran disebabkan factor taassub dan assobiyyah. Orang yahudi dan nasrani tidak dapat menerima Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman adalah berfaktorkan taassub dan assobiyyah perkauman Bani Israel; iaitu mereka mendakwa bahawa nabi akhir zaman hendaklah dari kalangan Bani Israel sendiri.

Firman Allah;

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

Maksudnya;
“Ramai dari kalangan ahli Kitab bercita-cita hendak memurtadkan kamu selepas keimanankan, dengan menjadikan kamu sebagai kafir. Ia kerana dengki yang wujud dalam diri mereka sendiri selepas nyata kepada mereka kebenaran”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Dalam membahaskan maksud “hasad”, atau “dengki” dalam ayat ini, Ibnu Abbas mengatakan;

كانت اليهود قبل مبعث النبي عليه السلام إذا قاتلوا قوماً قالوا : نسألك بالنبي الذي وعدتنا أن ترسله وبالكتاب الذي تنزله إلا تنصرنا ، فكانوا ينصرون ، فلما جاء النبي عليه السلام من ولد إسماعيل عرفوه وكفروا به بعد معرفتهم إياه

Maksudnya;
“Yahudi terdahulu, iaitu sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW, apabila mereka berperang dengan sesuatu kaum, pasti mereka akan berdoa, “Kami minta dari kamu dengan kenabian yang Kamu janjikan kepada kami bahawa Kamu akan utuskan, juga terhadap kitab yang kamu bakal turunkannya, bahawa berilah pertolongan terhadap kamu”. Maka mereka mendapat pertolongan. Tetapi, tatkala datang Nabi Muhammad SAW dari keturunan Ismail, lalu mereka kenal, menyebabkan mereka kufur setelah mengetahui Nabi Muhammad (bukan dari bangsa Bani Israel)
[1]

Jelas bahawa kesesatan Yahudi dan nasrani terdahulu bersebab factor Taassub dan Assobiyyah terhadap keturunan mereka, sehingga mereka menolak kebenaran atas factor tersebut. ekoran itu, mereka menjadi bangsa yang dikutuk keras oleh Allah SWT menerusi Al-Quran dan As-Sunnah.

TAASSUB

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi, antara sebab manusia tidak dapat menerima kebenaran adalah kerana beberapa factor, iaitu, (1) tidak membebaskan cara berfikir, (2) terkongkong dengan taqlid, dan (3) tergari dengan assobiyyah terhadap sesuatu puak, mazhab dan individu-individu tertentu
[2].

Dengan kata lain, manusia susah hendak menerima kebenaran disebabkan kesayangan melampau mereka terhadap puak, mazhab dan individu-individu tertentu, sehingga tidak dapat menafikan kebatilan yang dibawa oleh orang yang ditaassubkannya.

Dalam kitab Talbis Al-Iblis, Ibnu Al-Jauzi ada menyatakan;

واعلم أن عموم أصحاب المذاهب يعظم في قلوبهم الشخص , فيتبعون قوله من غير تدبر بما قال , وهذا عين الضلال : لأن النظر ينبغي أن يكون إلى القول لا الى قائله

Maksudnya;
“Ketahuilah, sesungguhnya umum pemegang mazhab-mazhab membesarkan individu-individu tertentu dalam hati-hati mereka. mereka mengikut perkataannya tanpa tadabbur dan perhatikan secara mendalam terhadap apa yang diperkatakannya. Ini merupakan punca kesesatan. Ini kerana, melihat itu hendaklah terhadap perkataannya, bukan kepada siapa yang berkata
[3]

Kemudian, beliau menukilkan pesanan Ali bin Abi Talib kepada Al-Haris bin Haut dengan katanya;

يا حارث , إنه ملبوس عليك . إن الحق لا يعرف بالرجال . أعرف الحق تعرف أهله

Maksudnya;
“Wahai Haris, sesungguhnya ia sangat mengelirukan. Sesungguhnya kebenaran itu tidak diketahui daripada orang. Justeru, ketahuilah kebenaran, pasti kamu kenali pembawa bendera kebenaran
[4]

Seorang sahabat bernama Muaz bin Jabal ada berpesan dengan katanya;

وَأُحَذِّرُكُمْ زَيْغَةَ الْحَكِيمِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ يَقُولُ كَلِمَةَ الضَّلَالَةِ عَلَى لِسَانِ الْحَكِيمِ

Maksudnya;
“Berhati-hatilah kamu terhadap kegelinciran hakim, kerana sesungguhnya Syaitan itu kadangkala berkata dengan perkataan sesat melalui lidah hakim
[5]

Begitujuga, Ibnu Abbas ada berkata;

وَيْلٌ لِلْأَتْبَاعِ مِنْ عَثَرَاتِ الْعَالِمِ ، قِيلَ : وَكَيْفَ ذَاكَ يَا أَبَا الْعَبَّاسِ ؟ قَالَ : يَقُولُ الْعَالِمُ مِنْ قِبَلِ رَأْيِهِ ، ثُمَّ يَسْمَعُ الْحَدِيثَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَدَعُ مَا كَانَ عَلَيْهِ

Maksudnya;
“Kecelaakan bagi mereka yang mengikut kegelinciran orang alim”

Seorang bertanya, “bagaimana demikian itu wahai Abu Abbas?”

Berkata, “iaitu berkata seorang alim dengan pandangannya, kemudian dia mendengar hadis daripada Nabi SAW, lalu ditinggalkannya (hadis tersebut)
[6]

Justeru, hindarkan diri dari taassub yang melampau, kerana ia tidak menguntungkan bagi mereka yang mahu mencari kebenaran. Makanya, gunakan akal yang sihat yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita dalam menilai kebenaran yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

SekianWallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Rabiul Awal 1431 – 4 Mac 2010 * 2:32 petang


[1] At-Tafsir Al-Kabir : 2/277.
[2] Al-Marjaiyyatul Ulya : 162.
[3] Talbis Al-Iblis : 81-82.
[4] Talbis Al-Iblis : 81-82
[5] Abu Daud : 3995.
[6] ‘Ilam Al-Muwaqiin : 2/296.

TAHNIAH ULTRAMAN!!


Dari Kitab Fiqh Manhaji;

Apabila ada anak yang baru dilahirkan, maka sunat diucapkan kepada ibu dan bapa tersebut dengan ucapan, "Semoga Allah memberkati kamu dengan anak yang dikurniakan ini. Semoga kamu mensyukuri Tuhan yang mengurniakannya, juga semoa anak ini membesar dan kamu dikurniakan ketaatannya".

Apabila ucapan ini disampaikan, maka sunat kepada ibu dan bapa tersebut menjawab, "Semoga Allah memberkati kamu, juga ke atas kamu dan menambahkan pahala kamu"

TAHNIAH ULTRAMAN..

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Rabiul Awal 1431 - 4 Mac 2010 * 4:04 pagi

BERAMBUS KAMU WAHAI PERKAUMAN


BERAMBUS KAMU WAHAI PERKAUMAN

“kita jadi melayu bukan kerana kita nak jadi melayu; Orang Cina jadi cina bukan kerana dia nak jadi cina; Orang India jadi India, bukan kerana dia nak jadi India. Tetapi, kita jadi melayu sebab itu ketentuan Allah. serupa juga, cina, India, arab, amerika dan macam-macam lagi” begitulah lebih kurang ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang aku dengar sejak kecil, sehingga kini ungkapan ini masih lagi kedengaran dari mulut Tuan Guru.

Dalam satu ceramah di Rantau Panjang, ketika itu aku masih lagi belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada menyebut, “asal silah (asal punca) kita ini daripada tok adam (nabi adam). Daripada adam, lahirlah manusia yang pelbagai; cina, India, melayu, siam, amerika, arab dan macam-macam lagi. cumanya, kita berbeda geografi. Tapi, kira-kiranya kita ni asal adik beradik”.

Ucapan-ucapan sebegini meresap dalam diriku dan sehingga kini aku pegang dengan ucapan ini; ekoran itu, aku benci perkauman. lebih-lebih lagi, apabila terkenangkan dengan firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

Maksudnya;
“Wahai Manusia, kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan; kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu kenal satu dengan yang lain. sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling taqwa kepada Allah”

(Surah Al-Hujurat : 13)

Aku tidak boleh melihat perkauman. Aku meluat. Padaku, perkauman tidak akan memberi kemajuan, bahkan ia akan membawa kepada kemunduran.

Aku memahami perkauman, bukan kerana orang itu mempertahankan melayu, india, cina dan sebagaianya. Padaku, perkauman adalah assobiyyah; iaitu, ”kawan aku buat, maka dia adalah betul waima hakikatnya dia salah. Kawan kamu buat, maka dia salah waima hakikatnya dia betul”.

Asas dalam menyatakan salah itu, berasaskan kepada perkara yang diharamkan oleh Allah. Perbuatan seperti menipu, mengkhianati, melakukan kezaliman, berat sebelah merupakan perkara yang diharamkan oleh Allah. Justeru, haram memberi sokongan, waima yang melakukan itu adalah kawan kita, tok guru kita, ahli jemaah kita, pimpinan kita dan sebagainya.

Dalam hadis sahih, Nabi SAW ada bersabda;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
”Bukan dari kalangan kami, orang yang menyeru kepada assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang berperang atas dasar assobiyyah; bukan dari kalangan kami orang yang mati atas dasar assobiyyah
[1]

Dalam riwayat yang lain, di maklumkan abhawa ada sahabat bertanya, ”apakah assobiyyah itu wahai Rasulullah SAW?”

أَنْ تُعِينَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ
Maksudnya;
”Bahawa kamu membantu saudara kamu dalam melakukan kezaliman
[2]

Assobiyyah bukan apa yang dilafazkan dengan lidah, tetapi assobiyyah adalah tindakan yang dilakukan. Orang yang assobiyyah, dia akan melakukan tindakan yang memperlihatkan kebenaran terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh ”team”nya. Waima salah, tetapi tetap diusahakan agar dilihat seperti tidak bersalah.

Orang yang assobiyyah, tidak boleh duduk di kalangan masyarakat yang tidak assobiyyah. Keberadaan mereka dalam masyarakat yang tidak assobiyyah, akan melahirkan kerosakan, justeru, ia wajib dihalau keluar dari kawasan yang sudah terselamat dari penyakit assobiyyah.

Dalam satu hadis Qudsi, dinyatakan bahawa;

من لم يرض بقضائي ولم يصبر على بلايي فليخرج من تحت سمائي وليتخذ رباً سواي

Maksudnya;
”Barangsiapa yang tidak redha dengan ketentuan-Ku, tidak sabar terhadap ujian-Ku, maka hendaklah dia keluar daripada naungan langit-Ku dan hendaklah dia mencari tuhan selain-Ku
[3]

Assobiyyah adalah kezaliman. Kerana sifatnya adalah membenarkan sesuatu yang salah. Tindakan ini, jika berlaku kepada sesiapa sahaja, maka wajib ditentang, dan haram diberikan pertolongan, waima yang melakukan itu ”orang-orang besar” sekalipun.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّهُ سَتَكُونُ بَعْدِي أُمَرَاءُ مَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَلَيْسَ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ

Maksudnya;
”akan terdapat selepasku pemimpin; barangsiapa membenarkan terhadap penipuan mereka, dan membantu mereka terhadap kezaliman yang mereka lakukan, maka dia bukan dari kalanganku dan aku bukan dari kalangannya
[4]

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 Rabiul Awal 1431 – 4 Mac 2010 * 3:17 Pagi

[1] Abu Daud : 4456
[2] Abu Daud : 4454.
[3] http://al7ewar.net/forum/showthread.php?p=48903
[4] An-Nasai : 4136.

Isnin, 1 Mac 2010

"AKU PENCARI ILMU" : QARADHAWI & AA GYM

QARADHAWI



AA GYM



Hatiku tersentuh, apabila mendengar ucapan dua tokoh ini.

HENTIKAN SERANGAN SENJATA, TETAPI SERANGLAH SECARA DIALOG "KALIMAH SAWA'"

PERTAMA :



KEDUA :



KETIGA :



KEEMPAT :

MALAM NI : NAIB PRESIDEN PAS DI DAYA BUMI


SMS dari YB Salahuddin;

Malam ini operasi Duta Penyelamat di Bangunan Daya Bumi, Kuala Lumpur bersama YB Salahuddin Ayub jam 10 malam.