Ahad, 10 Januari 2010

"AKU BERFIKIR DENGAN INI"

"AKU BERFIKIR DENGAN INI"

Setiap bulan, tanjung rambutan mengadakan sesi rawatan terhadap pesakit-pesakit jiwa. Bentuk rawatan yang dibuat adalah, berbentuk temuduga. Jika ia diliht normal, pesakit jiwa terbabit akan dilepaskan keluar bebas.

Seorang doktor telah menemu-duga seorang pesakit jiwa yang bernama najib. Temuduga itu dilakukan, untuk memastikan bena-benar najib sudah normal, kerana sebelum itu, kelihatan banyak pergerakan dan tindakan najib sudah seperti orang kebiasaan.

"apa khabar najib?" soal doktor.

"khabar baik doktor" jawab najib ceria.

"awak kelihatan sihat sekarang?" ujar doktor sambil melihat mesra ke wajah najib.

"alhamdulillah.. Semua ini hasil usaha doktor yang merawat saya" senyum najib.

"mungkin awak boleh keluar dari hospital dalam minggu ini. Tapi sebelum tu, saya mahu bertanya kepada awak beberapa soalan. Adakah awak sudah bersedia?" tanya doktor, sambil tangannya menulis sesuatu pada sehelai kertas.

"no problem.. Saya sudah bersedia" balas najib.

Cara najib membalas jawapan, tidak ada sebarang tanda dia sebenarnya sedang sakit jiwa. Itu yang sedang difikirkan oleh Doktor yang menemu-duga najib.

"baiklah.. Jika awak bubuh air dalam satu gayung yang bocor, lalu awak bawa air itu untuk dibubuh kedalam baldi yang jarak antara perjalanan awak itu dalam 100 meter perjalanan. Apakah awak akan berjaya bubuh air itu ke dalam baldi itu?" soal doktor menguji.

"tidak boleh la doktor" jawab Najib ringkas.

Sambil tersenyum, doktor bertanya, "kenapa tak boleh pulak?"

"mana boleh doktor. Kan gayung tu bocor. Mestlah air itu akan tiris" jawab najib cerdik.

"emm.. Nampaknya awak cukup bijak.. Macam mana awak berfikir jawapan itu" soal doktor lagi.

"saya berfikir menggunakan ini" sambil mengisyaratkan jarinya ke kepalanya.

"nampaknya awak sudah sihat. Saya akan tulis surat kepada pihak atasan untuk melayakkan awak keluar dari hospital ini" bilang doktor, yang menyebabkan najib gembira.

Dia pun bersalaman dengan doktor dengan gembira sekali, sambil dimulutnya tidak henti-henti menyebut, "terima kasih doktor! Terima kasih doktor!"

"sama-sama" jawab doktor dengan melemparkan senyuman.

Sebelum najib keluar dari bilik rawatan, doktor terfikir sesuatu, menyebabkan doktor memanggil najib dan bertanya, "tadi awak cakap, awak berfikir dengan ini" sambil doktor itu mengisyaratkan jarinya ke kepalanya, seperti yang dilakukan oleh najib tadi. "betul kan?" soal doktor.

"ya betul doktor" jawab najib ringkas.

"saya nak tanya satu soalan. Apa kebenda benda ni?" soal doktor sambil mengisyaratkan jari telunjuknya ke kepalanya.

"takkan itu pun doktor tak tau. Itulah namanya BUAH PINGGANG" jawab najib ringkas.

Sekian


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Bulatan Pahang
10 januari 2010 * 8:10 malam.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dok mengkafiqkan orang ni jenis macam najib jugak ni.