Ahad, 10 Januari 2010

SALAH STRATEGI !!!??


SALAH STRATEGI ??

13 Disember 2209

Parti kerajaan Pakistan semakin terdesak. Sokongan rakyat terhadap parti pembangkang, semakin hari semakin menjadi-jadi. Sebarang tindakan dalam usaha membersihkan imej perdana menteri telah dibuat, tetapi masih tidak berjaya dibersihkan lagi.

“apa pandangan u all?” soal Presiden kerajaan Pakistan merangkap presiden parti perkauman dalam satu meeting tergempar.

Soalan yang dilontarkan oleh presiden parti perkauman itu menyebabkan semua ahli mesyuarat kelihatan berfikir. Ada yang mengerutkan dahi, ada yang menggarukan kepala dan sebagainya. ketua wanita parti perkauman itu kelihatan mengigit kuku.

“Bum…” bunyi hentakan meja.

“Nampaknya Presiden mengamuk..” bisik setiap hati ahli mesyuarat

“takkan korang tak ada idea kot?.. korang tau tak, kita dah teruk sekarang ni. Kalau kita tak baiki imej kita sekarang, alamatnya pilihanraya akan datang, korang pun tak dapat jadi menteri tau” marah Presiden dengan suara yang agak tinggi.

”macam ni la Dato presiden” tiba-tiba Naib Presiden angkat tangan, ”apa kata, kalau kita berpakat dengan pihak mahkamah” ujar Naib Presiden.

Semua ahli mesyuarat mengambil perhatian. Wajah presiden kelihatan tertarik dengan cadangan yang bakal dikeluarkan oleh Naib Presiden.

”kita terpaksa mencipta isu perkauman. Ia sama macam bapa dato’ presiden semasa jadi Perdana Menteri Dahulu” kata Naib Presiden itu.

Apabila disebut nama bapa Presiden, menyebabkan presiden teringat zaman silam, iaitu tentang sejarah hitam, iaitu kejadian pemunuhan beramai-ramai dalam isu perkauman yang dikenali tragedi 37 Mei 2110.

Pada tahun itu, pihak parti perkauman berjaya membina imej baru setelah kalah teruk dalam PRU yang memperlihatkan parti demokrasi banyak mendapat kerusi.

Modus Operandi ketika itu adalah, cipta isu perkauman, kemudian apabila berlaku bunuh membunuh, baru parti agama bersama dengan parti Perkauman. Makanya, terbentuklah kerajaan campuran. Kemudian, dalam PRU akan datang, parti agama disepak keluar yang menyebabkan Parti Perkauman menjadi kuat semula.

”emm.. bijak Dato’ Naib Presiden memberi cadangan..” Presiden bersuara. “tapi, apa caranya?” sambung Presiden bertanya.

“saya cadangkan macam ni Dato’ Presiden” tiba-tiba Timbalan presiden bermuka sembab bersuara. Muka sembabnya itu disebabkan rusuhan yang dicipta bekas Presiden yang lalu, menyebabkan ramai rakyat yang marah. Dalam keadaan terlalu marah, ada seorang rakyat telah baling botol, lalu terkena muka timbalan Presiden itu sehingga meninggalkan kesan sembab sehingga hari itu.

“silakan wahai Timbalan presiden..” Presiden memberi laluan.

“dalam data kes mahkamah yang ada, ada satu kes yang nampaknya boleh kita ciptakan isu perkauman” timbalan Presiden memberi penjelasan.

“kes apa itu wahai dato’ Timbalan?” tanya Ketua Pemuda parti perkauman

“kes kalimah tuhan” jawab Timbalan Presiden ringkas.

“pastu, kita nak buat macam mana dengan kes itu?” soal Presiden.

”macam ni.. kita suruh hakim sahkan penggunaan kalimah Allah. Masa tu, mesti parti agama akan marah. Isu agama akan menyebabkan gabungan antara parti demokrasi dan parti agama akan berpecah. Bila dorang berpecah, kita ajak parti agama gabung dengan kita” jelas Naib presiden.

“bila mereka sudah pecah, bermakna parti mereka akan jadi lemah. Di situ, kita sudah boleh dapat melawan pembangkang dengan mudah” tiba-tiba ketua wanita menyampuk.

“betul tu... bila dekat Pilihanraya umum nanti, kita buat pembahagian kerusi dengan parti agama, kita majoritikan kerusi kita. Pula tu, kita bagi kerusi yang payah menang kepada parti agama” Naib Presiden 2 pula bersuara.

“kah kah kah kah” gelak semua ahli mesyuarat parti perkauman gembira. Gelak mereka, tidak ubah seperti sekumpulan penyamun yang gembira sejurus berjaya lakukan rompakan di sebuah kem kapal terbang yang mengakibatkan dua buah enjin kapal terbang hilang.

PERLAKSANAAN

2 Januari 2210.

Hakim telah mengesahkan penggunaan kalimah tuhan. Ketika itu, semua ahli-ahli mesyuarat parti perkauman sedang melihat reaksi parti demokrasi dan parti agama.

”kita yang sama bangsa dan agama wajib bersatu untuk pertahankan kalimah tuhan”, tiba-tiba kenyataan salah seorang pimpinan tertinggi parti agama bergema dalam satu ceramah, sambil disambut dengan laungan takbir oleh sebilangan kecil yang hadir. ”barangsiapa tidak bersama dengan kita, maka dia terkeluar dari agama kita” sambung pimpinan tertinggi parti agama itu.

”nampaknya, kita sudah hampir berjaya” bisik hati Presiden Parti Perkauman.

”selagi tidak ada nas yang menghalang, saya tetap mempertahankan keizinan menggunakan kalimah tuhan” satu kenyataan akhbar yang dibuat oleh seorang ahli parlimen dari parti agama. Kenyataan itu, amat berlainan dengan ucapan pimpinan tertinggi parti agama dalam ceramah tadi.

”aduh.... susah la dia ni sorang’’ ketua Pemuda parti perkauman bercakap dengan sebilangan para propagandis parti perkauman.

‘’sekarang macam mana tuan ?’’ soal salah seorang propagandis.

‘’aku panggil hampa semua ni, minta bagi idea la.. bukannya tanya aku.. bodoh !!’’ ketua pemuda Parti perkauman sudah kelihatan marah. Mukanya merah padam. Waima matanya kuyu ketika marah, tetapi kelihatan merah menyala-nyala.

Semua diam apabila dimarahi sedemikian rupa. Mereka pun cepat-cepat membuka laptop masing-masing, dan mencari beberapa maklumat yang perlu dicipta isu.

“tuan !!” tiba-tiba salah seorang dari kalangan para propagandis parti perkauman bersuara.

“ha.. kenapa?” sambut Ketua Pemuda, “kau ada idea ke?” soalnya.

”apa kata, kalau kita suruh budak-budak kita bakar kuil.. masa tu, mesti akan berlaku rusuhan agama” cadang propagandis muda.

”lepas tu, kita bayar kat agamawan-agamawan kita supaya ajak kepada penyatuan umat atas satu agama dan bangsa. Sudah pasti, parti agama akan bergabung dengan kita dalam isu ini. lepas tu, mesti parti demokrasi bersendirian.” Sambungnya lagi.

“emm.,.. bagus kau punya idea.. kalau ia berhasil, aku up gaji kau sebanyak 25 rupiah..” janji Ketua Pemuda.

Kelihatan cemburu terserlah pada muka-muka para propagandis lain.

KUIL TERBAKAR

4 januari 2210

Riuh senegara, kedengaran berita sebuah kuil dibakar di Karachi.

“kita tidak mahu kekacauan kaum menimpa negara kita” ujar Perdana Menteri, merangkap presiden parti perkauman.

Di kala presiden berkata demikian, terdengar pula berita, sebuah kuil lagi meletup di Lahore.

“jangan bimbang, kita akan bagi pembiayaan kepada kuil yang telah dibakar oleh pengkhianat-pengkhianat negara” satu lagi ucapan berapi dari Presiden parti perkauman.

Dalam tanggapan rata-rata pimpinan parti perkauman, kemungkinan isu ini akan menyebabkan golongan kuil akan menuding jari kepada pihak ekstremis agama. Yang sudah pasti, golongan ekstrimis agama itu banyak terdapat dalam parti agama.

Tidak semena-mena, presiden parti agama telah menziarahi salah sebuah kuil yang terbakar. Di sana, beliau mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan mereka yang membakar kuil.

“aduss.. macam mana pula jadi macam ni” bisik hati Ketua Pemuda parti perkauman.

Kehulu kehilir ketua pemuda. Macam-macam strategi difikirkan, tapi tetap tidak menjadi.

”pembangkang jangan menuding jari kepada parti perkauman dalam isu ini” salah satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh ketua pemuda perkauman.

Tiba-tiba, kedengaran berita bahawa pimpinan spritual parti agama menziarahi Kuil, dan memberikan bantuan kewangan peribadi kepada Kuil.

”agama mengajar kita buat baik, tidak boleh mengkhianati agama selain kita” ucapan pimpinan spritual parti agama yang disambut dengan laungan takbir dan tepukan tangan yang gemuruh.

Maka bertambah kelam kabut lagi keadaan parti perkauman.

”habis kita kali ni.. habis...” keluh presiden parti perkauman, ”nampaknya, kita akan lingkup dalam PRU akan datang” Ujar beliau dalam satu pertemuan tertutup sesama pimpinan parti perkauman.

Sekian

p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kaitan dengan mereka yang hidup dan yang telah mati.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
11 Januari 2010 * 6:32 pagi


6 ulasan:

Unknown berkata...

skrip ceritera ni macam pernah ku dengar je...tapi dimama ye.
Mr Piem, lu orang ada tahu tak ini cerekarama mungkin bertajuk 'Peristiwa Mahatirmali'.

Qubezo berkata...

Hahaha! Bagus sangat cerita ni.

HajjarHassan berkata...

huhuhuhu...cerita rekaan yang hebat!!mesti ust dok khoya2 nk tulis cerita nie ek.. nk copy entry...boleh???saya pulak tak la sampai khoya kes 13 mei..
cuma agak2 isu pembangkang sebagai agen yahudi, nak musnahkan melayu-islam dll naik balik adalah...
tp, suprb..boleh wat cerite sebelum anak2 tido..

Redz da Tsar berkata...

Hehe... Terbaik la cerita nie...
Cerpen yang sangat sinis... Wahaha...

Tanpa Nama berkata...

orang pas semua bodoh.
jadi kafiq orang yang sokong orang kafiq guna kalimah Allah.
harun din tu lagi alim dari nik aziz.
ulama umno korang kata sesat.
korang pun tak ikut ulama.

arifomar.blogspot.com

Sang Harima berkata...

ustaz, ana save page ni nak buat baca masa2 akan datang.. boleh kan?