Selasa, 12 Januari 2010

PENJELASAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK JELAS


PENJELASAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK JELAS

PERTAMA;

Kenapa takleh debat dari segi teologi? adakah kita nak membenarkan Allah kristian (triniti)sama ngan Allah Islam? kalau tak maka penggunaan Allah oleh mereka adalah penyalahgunaan.

JAWAPAN;

Sejak bila pemahaman Allah dari sudut yahudi dan nasrani itu betul?

Apa yang pasti, penyelewengan terhadap Nama Allah bukan berlaku pada zaman kini, bahkan sudah berlaku sejak sekian lama. Perkara ini, diakui sendiri oleh Allah menerusi firman-Nya;

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ

Maksudnya;
“telah kafir, mereka yang mengatakan Allah itu ketiga daripada tiga (trinity)

(Surah Al-Maidah : 73)

Begitujuga, Allah sendiri mengakui bahawa aqidah yahudi dan nasrani terhadap Allah adalah, tuhan yang mempunyai anak.

Firman Allah;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ

Maksudnya;
“Berkata Yahudi, Uzair adalah anak Allah, dan berkata Nasrani, Isa anak Allah”

(Surah At-Taubah : 30)

Secara teologinya, penyelewengan terhadap nama Allah SWT ini sudah berlaku sejak sekian lama, bahkan ia berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Persoalannya, apakah dengan sebab penyelewengan terhadap nama Allah itu, menyebabkan kita juga terpaksa mengharamkan penggunaan nama Allah terhadap orang-orang yahudi dan nasrani?

Jika salah, apakah dalilnya? Bahkan, di Negara arab, boleh dikatakan semua kristian di sana memakai bible dalam bahasa arab, bahkan ulama di sana tidak pernah menghalang penggunaan tersebut.

Bukan sekadar itu sahaja, malahan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri mengizinkan pengunaan kalimah Allah bagi yahudi dan Nasrani dengan alasan, “persaudaraan agama samawiyat”.

Tidak tahu pula, kalau di Malaysia ini ada ulama yang lebih alim dan lebih luas pengalaman mereka berbandin dua tokoh ulama ini?

KEDUA:

isu bukan orang non muslim sebut Allah. tu takde sapa larang, tapi isunye adalah peletakkan nama Allah sebagai tuhan mereka yang berbilang. sama macam kita terjemahkan siva (hindu) sebagai Allah.boleh?

JAWAPAN:

Keizinan pengunaan Nama Allah kepada non Muslim adalah isu hak dalam agama mereka. sekiranya agama mereka memang menggunakan kalimah Allah yang merujuk kepada god, mengapa kita perlu menghalang hak mereka?

Dalam Islam, hak manusia wajib diberi, waima terhadap non Muslim sekalipun. Tidak memberikan merupakan kezaliman, yang diserang dalam islam.

Sabda Nabi SAW;

أَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
“Berikan kepada setiap orang yang ada hak, akan haknya ”

Dalam hadis ini, dilihat Nabi SAW menyuruh manusia memberikan hak kepada mereka yang berhak, tidak kira mereka beragama selain Islam.

Memang hak itu perlu diberi. Tapi, hak yang dimaksudkan adalah hak yang smemeangnya wujud dalam agama mereka. Bukannya hak yang direka cipta.

Contohnya, semasa PAS mula-mula mengambil kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak terus menghalang penjualan arak dan menutup kedai-kedai judi, hasil peninggalan parti jahiliyyah, UMNO. tetapi, tindakan awal Tuan Guru adalah, mengadakan dialog dengan agamawan-agamawan dari agama lain, berbincang tentang isu arak dan judi.

Dalam dialog tersebut, didapati arak dibenarkan dalam agama mereka. tetapi, judi sememangnya terlarang sama sekali. Ekoran itu, di Kelantan kedai-kedai non Muslim dibenarkan menjual arak, tetapi dengan syarat bahawa penjualan itu dilakukan secara tertutup. Tetapi, diharamkan secara mutlak kedai judi di kelantan.

Inilah yang aku maksudkan dengan hak non Muslim yang perlu dibenarkan. Terutama dalam isu yang sedang diperkatakan sekarang, iaitu melibatkan kalimah ”Allah”. (sila baca ulasan Qaradhawi tentang hak non Muslim disini)

KETIGA:

penggunaan Allah sebagai ganti terjemah tuhan dalam bible adalah usaha lama dakwah kristian di tanah melayu dan sabah sarawak. memang diorang dah lama guna tapi tu tak bermaksud diorang benar. bukan isu "dah lama" guna tapi isu "salah guna"

JAWAPAN:

Semua manusia mempunyai agenda. Mana mungkin manusia melakukan sesuatu tindakan, tanpa agenda. Pemuda PAS mengedar risalah dakwah malam tahun baru kepada anak-anak muda, mempunyai agenda juga. Begitujuga Kristian yang menerbitkan majalah agama mereka. Sudah pasti, tindakan mereka adalah untuk menyebar-luaskan dakyah kristian mereka.

Apabila mereka menerbitkan majalah kristian dengan menggunakan kalimah ”Allah”, sudah pasti mereka mempunyai agenda. Terlalu bohong, kalau kita kata mereka tidak mempunyai agenda.

Cumanya, yang kita perlu fikir, bagaimana kita hendak berhadapan dengan agenda mereka?

Kita perlu berhadapan dengan agenda mereka dengan bijaksana. Kita boleh sekali-kali merasa lemah semangat dengan agedan mereka. Sebaliknya, ia perlu dianggapan sebagai cabaran dalam mengkuatkan usaha dakwah kepada non Muslim.

Jangan disebabkan kita menganggap ia sebagai agenda, lalu kita bertindak satu tindakan yang boleh menyebabkan pandangan umum terhadap Islam semakin buruk, seperti ia boleh melahirkan pandangan bahawa Islam adalah agama yang mengongkong, tidak berfikiran terbuka, penakut, pengecut dan sebagainya. Jika ini berlaku, sedikit sebanyak kita telah berjaya diagendakan oleh mereka.

Justeru, kita perlu bertindak sesuai dengan apa yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Iaitu, bersungguh-sungguh dalam menerangkan maksud ”Allah” kepada non Muslim dengan maksud yang sebenar. Ketika itu, kita akan dapat melihat perubahan yang besar akan berlaku dalam masyarakat Malaysia, sepertimana perubahan besar yang telah dilakukan oleh Nabi SAW.

Inilah sunnah nabi SAW, yang ia sangat bercanggah dengan cara sunnah agamawan melayu di malaysia.

Jika bimbang dengan agenda kristian, maka perlu dikuatkan akidah umat Islam, bukannya menghalang hak mereka yang wajib diberikan. Jika kita berzina, jangan sekali-kali marahkan syaitan, tetapi marahkan diri yang mengikut syaitan.

KEEMPAT:

Kalau kita menyokong tindakan mereka memperjuangkankan usaha "dakwah" mereka. dan sokong lak keputusan mahkamah yang membenarkan "usaha dakwah" mereka bukan ke beerti kita menyokong kekufuran? redha bilkufr=kuf

JAWAPAN:

Apabila non Muslim meminta hak minum arak dalam sesebuah kerajaan Islam, sebagai muslim, hak mereka wajib diberikan. Memberi izin non Muslim minum arak yang merupakan hak mereka, apakah itu sudah dikira sebagai menghalalkan perkara yang haram?

Jika ia dibawah maksud menghalalkan perkara yang haram, bagaimana pula tindakan Umar bin Al-Khattab yang pernah menulis surat kepada Ahl Al-Quds yang mana isi suratnya adalah seperti berikut;

هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم

Maksudnya;
“Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka ”

Dalam surat ini, Umar al-Khattab menberikan hak non Muslim beribadat secara aman. Lalu, Apakah Umar sudah dikira sebagai kufur kerana menjaga keamanan terhadap geraja-geraja yang merupakan rumah ibadat mereka?

Dalam kitab sejarah ada buktikan bahawa Umar pernah menziarahi sebuah geraja di Baitul Muqaddis, iaitu sejurus Umar berjaya menguasai Baitul Muqaddis.

Sedang ziarah, masuk waktu asar. Umar bin Al-Khattab meminta izin dari paderi untuk menunaikan solat di luar gereja. Lalu, paderi itu mencadangkan agar beliau menunaikan solat dalam gereja, bahkan pihak paderi bersedia menyediakan sejadah dan sebagainya. lalu, ketika itu Umar bin Al-Khattab berkata, “Aku seorang Khalifah islam yang kedua, sudah pasti sejarah aku dicatit. Jika aku solat dalam gereja ini, sudah pasti orang akan datang akan berusaha untuk menjadikan gereja ini sebagai masjid. Justeru, aku menghormati agama kamu, maka aku mahu solat di luar gereja ini” lebih kurang begitu yang disebut oleh umar.

Jika diperhatikan pada perkataan umar ini, apakah tindakan tersebut dikira sebagai meredha dengan kekufuran?

Makanya, ia adalah sama dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim. Pemberian hak adalah kewajipan. Apakah ia mahu dijadikan agenda mahu mengkristiankan umat Islam, itu adalah perkara kedua.

Memang kita perlu bimbang, tetapi bagaimana kita mengurus kebimbangan?

Apakah dengan mengurus kebimbangan, sehingga sampai satu tahap kita sanggup mengharamkan perkara yang telah Allah halalkan?

Allah izinkan kepada non Musli menggunakan kalimah Allah, tiba-tiba kita mengharamkan. Apakah itu sudah menukar hukum Allah?

Justeru, bagi menghilangkan kebimbangan, pemberian keizinan tersebut, perlu menyediakan syarat-syarat yang ketat, seperti keizinan itu hendaklah dalam kitab bible mereka sahaja, tanpa dibenarkan ditulis di salib, di dinding dan sebagainya.

Apa yang perlu diingat, meredha dan memberi hak adalah dua isu yang berbeda. Meredhai dengan kufur, bermakna kita sendiri mengakui kesyirikan yang dilakukan oleh mereka. adapun memberikan hak, kita memberi hak mereka beragama, tetapi dalam masa yang sama, kita tidak pernah merestui akidah syirik yang diamalkan oleh mereka.

Ingatlah !!. Kaedah yang betul, akan menjadi tersasar apabila kaedah itu tidak diletak pada tempatnya. Ia sama seperti kita kata, orang yang sakit perut akan sembuh jika diberi ubat sakit perut. Tetapi, jika orang yang sakit perut, diberikan ubat pening kepala, sudah pasti sakit perut tak akan selesai.

Sekian

P/s : cadangan kepada mereka yang boleh menguasai kitab arab, agar membaca kitab ”Munazarat Fi Usul As-Syariah Al-Islamiyyah Bain Ibni Hazm wa Al-Baji” karangan Dr Abdul Majid Turki. Jangan mudah mengkafirkan orang dalam perkara yang tidak jelas, kerana akibatnya sangat dahsyat disisi Allah SWT. Dalam Isu ini, Ana bersedia berhadapan dengan sesiapa sahaja, waima mereka yang dilihat ulama besar sekalipun. Yang paling penting bagi ana, Islam Adil kepada semua. Ana akan pertahan keadilan islam.



Di sini, diperturunkan satu komentar menarik;

Kalaupun kristian ada agenda tersembunyi untuk mengelirukan umat Islam dengan isu kalimah Allah, apa masalahnya dengan kita?

Mengapa lemah sangat iman dan akidah kita sehingga takut boleh terpengaruh dengan akidah kristian yang mengatakan Allah itu dua tiga dan sebagainya.

Masalahnya bukan dengan kristian tapi masalahnya adalah kelemahan dan kejahilan kita sendiri. Musuh kita bukan kristian atau yahudi dsbgnya. Musuh sebenar kita adalah diri kita sendiri.

Bagi saya ini merupakan peluang terbaik utk kita umat islam menyampaikan dakwah mengenai akidah sebenar terhadap kristian. Mengapa kita selalu saja mengambil sikap defensif lalu menggambarkan betapa lemahnya kita.

Kita umat islam majoriti di negara ini. Kita memiliki saluran tv, radio dsbgnya. Buatlah counter attack semula dengan ceramah2 di tv contohnya dengan menjelaskan bahawa akidah sebenar kristian sendiri adalah mentauhidkan Allah. Trinity dsbgnya hanyalah doktrin yang diadaptasi dari ideologi paganisme.

Yang saya lihat dengan jelas siapa yang ada agenda tersembunyi sebenarnya ialah mereka yang beria2 mempertahankan kalimah Allah ini tapi tak pulak sibuk mempertahankan syariat Allah spt hukum hudud dsbgnya.

Wallahu ’Alam




- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Januari 2010 * 4:02 pagi

8 ulasan:

Budak Tadika berkata...

Khalid Samad kata ...

"Isu ini hanya mudah, kita sembah Tuhan yang sama, Tuhan hanya satu, mana Tuhan ada banyak..."

Khalid Samad sembah tuhan yang sama dengan tuhan yang disembah orang hindu..orang cina...kristian... Kalau nak defend pendirian pun, janganlah sampai kata tuhan semua sama....Budak Tadika pun tahu Tuhan orang Islam lain dari tuhan orang hindu...tuhan orang cina.... Takkan MP tak tahu kot?

Apa lagi bakulstani, henjutlah dalil untuk defend Idola kau ni....

saye berkata...

salam ustaz. maaf saya masih kurang jelas
1.* “telah kafir, mereka yang mengatakan Allah itu ketiga daripada tiga (trinity):- ada perkataan "telah Kafir"
* ayat surah Taubah lak ada perkataan قـتلهم الله
nampak tak mcm membenarkan pun. mengecam adalah. maksudnya Allah swt mengecam tindakan mereka yang menggunakan nama Allah dengan sifat yang tak sepatutnya bukan menyokong

2. bab penggunaan Allah oleh orang kristian arab rase banyak dah ustaz2 respon kenapa mereka tak sama dengan kristian khatolik malaysia, guna buka muqaranah adyan bukan Wiki
3.penggunaan Allah sebagai terjemah tuhan bukan Hak. tak leh nak samakan hak orang bukan islam minum arak or bukak aurat. ni pun dah banyak orang terang Allah buka terjemahan lord. rujuk DBP orang orang pakar bahasa melayu.so isunya orang kristian menyalahguna dan "tidak berhak" dan bukan menafikan hak
4. bagi saya usaha amar ma'ruf kena denga nahi mungkar. kalau berpandangan isu usaha dakyah kristianisasi dibendung hanya dengan pemantapan akidah tanpa ada usaha menghalang sama la ngan pandangan tak payah bantah konsert, tak payah bantaj 7-E jual arak, tak payah bantah penjualan cd lucah. kita cuma perlu beri pendidikan yang lebih kat anak-anak muda.
5.ingat denga k'jaan yang tak leh pakai ni kita mampu ke nak mantapkan aqidah dalam masa singkat? tengok sendiri la berapa ramai anak2 muda yang ulas pasal ni, ada seramai yang tengok AJL?

Tanpa Nama berkata...

dia bawa hujah khalid sebab dia tak mampu nak lawan hujah al-bakistani..

pemerhati berkata...

Masya-Allah..
perkara yg Ust. nukilkan ini adalah perkara yg bermain2 di dalam minda saya tatkala tercetusnya isu nama Allah ni..
terima kasih di atas penerangan yang jelas dan detail...
namun, adalah suatu perkara yang amat tidak manis sangat jika Ustaz menampakkan perbalahan yang ketara khususnya terhadap pandangan dan hujah Ustaz Dr. Harun Din..
Maka, cadangan saya, sudilah kiranya Ustaz bersemuka dengan Ustaz Dr. Harun Din bermuzakarah, mebentangkan hujah masing2 secara anak beranak..
saya yakin, ustaz Dr. Harun Din pun sangat berbesar hati untuk bersemuka dan bermuzakarah dengan Ustaz..
semoga dakwah Islam kita selepas ini memasuki fasa yang lebih hebat dan efisien...

Tanpa Nama berkata...

HARUN DIN PENAKUT.
MESYUARAT LAJNAH POLITIK TAK DATANG.
KALAU DIA BERTANGGUNGJAWAB KENAPA DIA TAK DATANG MESYUARAT LAJNAH POLITIK?

- AHLI PAS -

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz ada datang??

IbnuQalil berkata...

Dr Harun Din bg statement tu sebelah pagi bang. Keputusan pd sebelah petang. Lgpun Dr Harun Din bukan AJK lujnah politik. Sengal la.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG HARUN DIN BUKAN AJK LAJNAH POLITIK.
TAPI HARUN DIN DIJEMPUT HADIR.
TAPI DIA TIDAK HADIR.
KENAPA TIDAK HADIR.

- AHLI PAS -