ISU KALIMAH ALLAH : WACANA LAGI
PERTAMA:
Haji Ahmad Fitri berkata;
walau pun Islam tidak larang penggunaan kalimah Allah oleh bukan ISlam, Islam juga tidak larang pemerintah membuat sekatan bagi mengelakkan mudharat. Pertimbangannya, sama ada membiarkan atau menyekat: mana yang lebih besar manfaat @ mudharatnya
JAWAPAN:
Diterima pendapat yang mengatakan Islam tidak melarang pengunaan kalimah Allah bagi non muslim, tetapi dalam dalam masa yang sama, islam juga tidak melarang membuat sekatan bagi mengelakkan mudharat.
Pun begitu, mengelak kemudharatan tersebut, jangan sampai melahirkan mudharat yang lebih besar. Dalam kaedah fiqh, apabila bertembung mudharat besar dengan mudharat yang kecil, maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak mudharat yang besar.
Juga perlu difikirkan juga kaedah, apabila bertembung mudharat yang pasti dengan mudharat yang zan (sangkaan), maka hendaklah didahulukan mudharat yang yakin berbanding mudharat yang zan.
Bermakna, dalam isu kalimah Allah bagi non Muslim, jangan disebabkan zan kita mengatakan keizinan itu boleh membawa kesan buruk kepada umat Islam seperti ditimpa gejala murtad dan sebagainya, menyebabkan kita lalai dari ingat kepada mudharat yang pasti, iaitu apabila non Muslim mengatakan Islam adalah agama yang tidak adil ekoran larangan penggunaan kalimah Allah itu.
Justeru, dicadangkan keizinan pengunaan kalimah Allah hendaklah diletakkan syarat-syarat yang ketat, seperti keizinan itu hanya diberikan kepada non Muslim didalam kitab-kitab suci mereka sahaja, tanpa dibenarkan ditulis di saindbord bangunan gereja. Juga, hendaklah mensyaratkan larangan kepada mereka dari menjadikannya sebagai barang edaran dalam dakyah kristian.
Malahan, jika dibaca dalam perlembagaan Malaysia pun, sudah wujud undang-undang larangan kepada Non Muslim menembangkan agama mereka dalam Malaysia, iaitu dalam perkara 11 (5) menyatakan;
“undang-undang negeri dan mengenai wilayah-wilayah persekutuan Kuala Lumpur, labuan dan putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti Ugama Islam ”
Cumanya, mungkin ada mendakwa bahawa mereka juga ada agenda. Sudah pasti, mereka ada agenda. Terlalu bohong jika kita kata mereka tidak ada agenda. Justeru, agenda perlu dilawan dengan agenda. Kita ada IKIM, JAKIM dan sebagainya, perkasakan badan-badan dakwah ini demi melawan agenda mereka.
Di malaysia, mereka tidak boleh melakukan agenda mereka secara terbuka, justeru kita perlu berani melawan agenda mereka, kerana agenda kita tidak menjadi kesalahan dilakukan secara terbuka.
KEDUA:
Al-Munir berkata;
Zalim itu ialah bila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya... Bila kita membenarkan orang kristian meletakkan maksud yang menyeleweng pada nama Allah yang suci, bukankah itu satu bentuk kezaliman yang amat besar...
Tuan salah konteks dalam berhujah bahawa nas-nas celaan terhadap i'tiqad salah non-muslim tidak boleh menjadi dalil utk kita melarang mereka menggunakan nama Allah... Isu sekarang bukan hanya mereka ingin menggunakan nama Allah dalam ibadah2 khusus mereka sahaja tetapi menetapkan satu makna lain pada pengistilahan nama Allah yang tidak pernah ada dalam fahaman bahasa dan budaya orang Melayu..
JAWAPAN:
Persoalannya sekarang, sejak bila pemahaman Yahudi dan nasrani terhadap kalimah Allah itu serupa dengan pemahaman kalimah Allah disisi Islam?
Jika dilihat pada bible bahasa arab, tertulis kalimah Allah, apakah kalimah Allah dalam bible mereka itu mengikut maksud yang sebenar?
Apa beda pemahaman kalimah Allah disisi yahudi dan nasrani dari sudut bahasa melayu dengan berbahasa arab?
Jika kita mengatakan, adaptasi pengunaan kalimah Allah tidak boleh dijadikan hujjah dengan merujuk kepada arab, bagaimana pula kisah Nabi SAW mendengar sumpah dua kristian dengan Nama Allah ekoran mereka tidak mengaku mencuri bekas perak dari emas kepunyaan seorang pemuda Islam bernama Budail? (sila Klik)
Apakah ketika dua kristian menyebut kalimah Allah itu, mereka menyebutnya dengan merujuk kepada maksud kalimah Allah yang sebenar? Mungkin pada tanggapan kita, yahudi dan nasrani menyebut kalimah Allah di negara arab, ataupun yahudi dan Nasrani di zaman Nabi SAW menyebut kalimah Allah dalam maksud keesaan tuhan?
Jika itu kefahaman kita, bagaimana pula firman Allah SAW yang mengatakan;
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ
Maksudnya;
”telah kafirlah mereka yang mengatakan, sesungguhnya Allah adalah Isa bin Maryam”
(Surah Al-maidah : 17)
Yang pastinya, dari ayat ini, sejak zaman Nabi SAW lagi, nasrani sudah tidak faham maksud kalimah Allah dalam maksud yang sebenar.
Begitujuga, firman Allah;
وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَئِنْ جَاءَتْهُمْ آَيَةٌ لَيُؤْمِنُنَّ بِهَا
Maksudnya;
” Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahwa sungguh jika datang kepada mereka sesuatu mu jizat, pastilah mereka beriman kepada-Nya”
(Surah Al-Anaam : 109)
Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Fakruddin Ar-Razi menyatakan;
أقسم المشركون بالله لئن جاءتهم آية ليؤمنن بها فنزلت هذه الآية
Maksudnya;
“telah bersumpah orang-orang Musyrik dengan “Allah”. sekiranya datang kepada mereka tanda (mukjizat), pasti mereka akan beriman dengan Allah, lalu turun ayat ini ”
Mungkin musyrik, yahudi dan nasrani menyebut kalimah Allah pada zaman nabi itu mengesakan Allah? Tapi persoalannya, kenapa nabi tetap menyeru mereka kepada tauhid? Kenapa Allah turunkan surah Al-Ikhlas?
Meletakkan sesuatu pada tempatnya didefinisikan sebagai keadilan. Justeru, kristian telah melakukan kezaliman kerana tidak meletakkan makna Allah pada tempatnya yang sebenar.
Persoalannya, sejak bila kristian meletakkan kalimah Allah pada maksudnya yang sebenar?
Bukankah, kristian meletakkan maksud kalimah Allah tidak pada tempat yang sebenar itu, sudah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW. justeru, mengapa Nabi SAW boleh lagi membenarkan dua kristian bersumpah dengan nama Allah, walhal Nabi SAW sudah maklum bahawa kristian tidak mengesakan Allah?
Kenapa kita bahas kristian yang melakukan kezaliman, walhal kita sendiri perlu melakukan kezaliman dgn menafikan hak mereka.
Jika kita yakin kristian melakukan kezaliman dengan menggunakan nama Allah tidak pada tempatnya, tunggulah kebinasaan yang akan menimpa mereka. ini kerana, Allah SWT telah menyatakan;
لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ
Maksudnya;
”Pasti kami akan binasakan orang-orang zalim”
(Surah Ibrahim : 13)
Apakah dikatakan sebagai keadilan (meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya) jika agama mereka membenarkan penggunaan kalimah Allah, tetapi kita menghalangnya?
KETIGA:
Al-Munir berkata;
Apabila arak itu Allah kata haram mmg ini bukannya dalil untuk kita melarang Non Muslim minum arak... Tapi ini juga bukan bermakna mereka boleh menjual hatta membuat promosi yang salah tentang arak kepada orang Islam...
JAWAPAN:
Memang memberi non muslim hak minum arak, bukan bermakna kita memberi izin kepada mereka menjual arak kepada muslim. Pun begitu, jika kita bimbang melarang non Muslim menjual arak kepada muslim, bukanlah ia merupakan lesen besar untuk kita melarang non muslim dari minum arak secara mutlak.
Keadaan yang sama juga dalam isu kalimah Allah. Jangan disebabkan bimbang non muslim melakukan dakyah kristian, menyebabkan kita menghalang terus mereka daripada menggunakan kalimah Allah.
Justeru, Kita benarkan kepada mereka berdasarkan kepada hak mereka, tetapi hendaklah keizinan itu tidak bersifat mutlak, tetapi dengan syarat-syarat yang ketat.
KEEMPAT:
Al-Munir berkata;
Bukankah perkara yang paling asas dalam maqasid itu adalah menjaga agama terlebih dahulu...
JAWAPAN:
memang Maqasid Islam adalah menjaga agama terlebih dahulu. Tetapi, dalam kita menjaga aqidah umat Islam, jangan sampai kita menafikan hak non Muslim.
Memang Kita wajib jaga aqidah umat Islam, tetapi ia bukan lesen untuk melakukan kezaliman dengan menafikan hak non Muslim.
Jika mahu dilihat dari sudut timbangan maqasid pula, Apabila bertembung maslahah dan mudharat, maka dahulukan mudharat. Pun begitu, Apabila berhimpun antara maslahah yang besar dengan mudharat yang kecil, maka hendaklah didahulukan maslahah yang besar. Bila berhimpun antara maslahah yang yakin, dengan mudharat yang zan (sangkaan), maka hendaklah mengambil maslahah yang yakin.
Tidak memberi non Muslim guna kalimah Allah, melahirkan gambaran di mata-mata non muslim bahwa islam tidak adil. Ia adalah satu mudharat yang yakin. Adapun bimbang kerosakan aqidah umat Islam, ia merupakan mudarat yang zan. Justeru, kaedah yang tepat adalah dahulukan mudharat yg yakin berbanding mudharat yang zan.
Pun begitu, bagi meraikan daripada berlaku mudharat zan tersebut, makanya diberi keizinan kepada non muslim menggunakan kalimah Allah, tetapi hendaklah dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat sekali.
Masalah jaga Aqidah umat Islam boleh diselesaikan, tanpa kita menafikan hak non Muslim menggunakan kalimah Allah; iaitu kita perlu perhebatkan gerakan dakwah kita, sama ada dalam kerajaan seperti IKIM, JAKIM dan jabatan-jabatan agama Islam, ataupun di luar kerajaan, seperti parti politik, NGO-NGO dan sebagainya.
Sebab itu, adalah lebih baik mendesak kerajaan perhebatkan gerakan dakwah dalam badan-badan dakwah dalam penjelasan makna tauhid berbanding mendesak kerajaan menarik balik keputusan mahkamah tersebut. Ini kerana, ia boleh melahirkan gambaran buruk terhadap ajaran Islam yang maha Adil.
KESIMPULAN;
Sayogianya, agamawan-agamawan Islam perlu memberi semangat kepada pendokong-pendokong islam agar mengagresifkan dakwah kepada non Muslim, bukannya menaikkan sentimen kebencian kepada non Muslim tanpa hak, sehingga bimbang boleh – walaupun tidak banyak – melahirkan titik berjauhan antara muslim dan non Muslim.
Adalah satu rahmat ilahi yang cukup besar, apabila Muslim dan Non Muslim sudah dapat berdamai dan duduk berbincang bersama-sama. Ini kerana, apabila berdamai antara muslim dan non Muslim, sudah pasti dakwah islam akan dapat dilaksanakan dengan begitu hebat sekali.
Justeru, wujudkan dialog, bukannya mengambil sikap menafikan hak mereka. Kalau kita yakin bahawa agama islam adalah agama yang benar, mengapa perlu takut hendak berhadapan dengan Kristian untuk dialog dan menerangkan maksud Allah dalam maksud yang sebenar?
Sebab itu, aku berpendapat bahawa keizinan kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah adalah perlu, tetapi hendaklah dikenakan syarat-syarat yang ketat, seperti izin itu hanya pada tulisan dalam bible-bible, dalam majalah-majalah mereka, disamping dikenakan denda dan siksaan yg berat kepada mereka yang menyebarkan majalah dan bible itu kepada orang islam.
Sekian
”ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Januari 2010 * 5:36 petang
14 ulasan:
Teruskan usaha tuan utk menjawab persoalan mereka-mereka yang menentang "Allah" for All. Tahniah semoga usaha Tuan diberkati Allah hendaknya. Amin.
salam,
jika penggunaa Allah tidak dibenarkan keatas penganut agama langit, bagaimana kita hendak aplikasi ayat " kepada kalimat yang satu" ?
(AL- Bakistani) wal (PASUK)
1. Kalau org Kristian niat jahat...takperlah tunggulah...nanti Allah binasa mereka. Otak letak kt kepala lutut ke? Tapi sekurang2nya jelas lah pd aku sekarang kenapa Allah tak letakkan Tanah Melayu sebelah Baitul Muqaddis. Sebab kalau Allah letak Tanah Melayu sebelah sana...org2 macam kau lah yg akan berkata... cukuplah...takperlah... beri lah tanah ni ke Yahudo sekalipun klu nak sgt... mari kite pakat2 pack brg2 kite...bkn kah bumi Allah ini luas? Jgn risau...esok lusa Allah binasa mereka.
2. Mereka bersumpah dgn nama Allah...mmg betul tetapi waktu itu tidak mereka bersumpah dgn nama Allah sebagai Allah Bapak, Allah Anak atau Allah Kudus!!! Hanya dgn nama Allah. Sebab tu nabi terima!!!! Kalau lah nabi terima sumpah mereka dgn nama Allah dikaitkan dgn karut marut...nabi tidak akan diperangi oleh kaum musyrikun. Apa? Org Quraish tak percaya kpd Allah! Bkn kah bapak nabi bernama Abdullah. Tapi nabi cuba dirasuahi dgn harta, kuasa, perempuan kerana apa? Supaya berhenti dari mengatakan Allah itu Ahad. Bkn kah Bilal diseksa krn Ahad? Bkn isnain atau selasa?
3. Samada org yahudi atau nasrani bahkan hindu sekalipun...tanyalah mereka...buka kitab mereka dan mereka akan berkata bahwa Tuhan itu Satu. Itu kuasa Dia dan tiada sesuatu pun yg dpt menidakkan Keesaab Allah. Sebab itu diterima persaksian mereka krn diwaktu itu sumpah mereka atas Tuhan yg Satu.
4. Ikut nahu bahasa GOD itu satu title bkn nama sedangkan Allah itu nama dan title. So macamana?
5. Nama asal Allah dalam Injil adalah Allah...tapi selepas beratus2 tahun nama tu didlm Bible ditukar2 dari Aramaic ke Hebrew...ke Latin...ke Greek. Sebab apa Allah hapuskan nama asal Dia disana? Sebab Allah nak pelihara lah nama Dia dari dinista.
6. Tanya geng2 Krsitian yg awak lebih sayangi...dimana perkataan "trinity" itu boleh dijumpai dalam Bible?
Letih dah aku berbahas dgn kau...berpisahlah kite dgn pemahaman masing.
mcmn tak letih. org berdebat guna hujah kita berdebat guna emosi.. letih ler jwbnye..
sudahkan anda memikirkan uruf, waqi' dan marhalah di Malaysia. Satu saja nasihat saya untuk kamu.
Belajar dulu cara melihat sesuatu hukum secara menyeluruh berdasarkan uruf dan waqi'.
Jangan main hentam tulis saja. Petik ayat itu, ayat ini, kemudian hentam keromo bentangkan hujah.
Apabila saya terdengar dakwaan bahawa orang Kristian lebih berhak menggunakan kalimah 'Allah' lebih daripada orang Islam, saya menjadi pelik dan bila difikir-fikirkan mendalam, seperti tidak percaya. Mereka mendakwa bahawa mereka, yang berkitabkan Injil yang turun dalam Bahasa Ibrani/Hebrew/Ibriah lebih layak menggunakan kalimah 'Allah' lebih daripada orang Islam yang berkitabkan al-Quran yang turun dalam bahasa Arab.
Adalah penting untuk memahami bahasa kalimah 'Allah' bukan bahasa Melayu. Tetapi diimport masuk ke dalam bahasa Melayu, atau sebenarnya, kalimah ini adalah kalimah agama yang tidak dimelayukan, tidak diinggeriskan, tidak dijawakan atau dibahasa-apa-apa-kan sekalipun. Atau ia adalah nama khas yang tak diubah-ubah. Bagaimana mereka yang mendakwa mereka menggunakan Injil lebih layak menggunakan kalimah 'Allah' lebih daripada orang Islam yang berkitabkan al-Quran yang turun dalam bahasa Arab?
Persoalannya, adakah Injil itu turun dalam bahasa Arab? Tentu tidak. Adakah dalam Injil yang berbahasa Ibrani itu mengunakan lafaz Allah apabila menyebut mengenai Tuhan? Oleh kerana saya tidak pernah membaca Injil (bukan Bible) dan tidak tahu bahasa Ibrani, maka lebih selamat saya kata tidak tahu. Tetapi sejauh yang saya pernah dengar, ia tidaklah dibunyikan dengan lafaz Allah, tetapi Alohem. Itu yang saya dapat capai dalam penjelasan beberapa orang mengenai bahasa Ibrani yang saya tidak ketahui ini.
Bhg 1
Tetapi apa yang menariknya, adakah perkataan Allah itu bahasa Arab? Ia adalah perbahasan yang panjang. Apa yang jelas, ia memang kedapatan seperti mana lafaznya dalam al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab, dan layak kita gelarkan adalah sabit bahasa Arab. Memang terdapat perbahasan mengenai kalimah ini, adakah ia daripada bahasa Arab, atau ia berasal daripada bahasa lain.
Apabila merujuk kepada permasalahan bahasa, saya bentangkan sedikit. Pertama, alif lam dipangkal kalimah Allah, adalah salah satu tanda yang membolehkan kita kenal bahawa kalimah yang berpangkalkan alif lam, adalah kata nama, kerana alif lam tidak boleh berada di pangkal kata kerja, kecuali alif lam mausul yang bermaksud allazi. Kedua, ada ulamak mengatakan bahawa kalimah Allah berasal daripada ilaah, kemudian ditambah alif lam jadilah al-ilaah, kemudian dibuangkan i lalu dibaca sebagai Allah.
Mengambil pendapat ini, kita dapati bahawa ilaah itu membawa maksud "yang layak disembah sebenar-benarnya". Saya tidak pelik kalau mereka mendakwa bahawa layak menggunakan kalimah ilaah, sebelum ditambahkan alif lam. Atau kalau mereka mendakwa lebih layak menggunakan kalimah iil yang bermaksud Tuhan dalam bahasa mereka. Tetapi apa yang saya pelik apabila mereka mendakwa lebih layak menggunakan alif lam ini sekaligus merupakan salah satu ciri bahasa Arab.
Bhg 2
Ketiga, ada ulamak mengatakan bahawa kalimah Allah berasal daripada kalimah Laah (lam alif ha) dan apabila ditambah alif lam, maka jadilah Al-Laah (Allah). Namun, adakah Laah ini berasal dari laaha yaliihu yang bererti tinggi, atau berasal dari laaha yaluuhu yang bererti terhijab atau terselindung. Sekali lagi, tidak pelik kalau mereka mendakwa bahawa mereka layak menggunakan laah (kalaulah ia ada dalam bahasa mereka),
Apa yang paling menarik mengenai perbahasan bahasa Arab dan Hebrew/Ibrani/Ibriah ini, apabila kita meneliti hakikat bahawa bahasa Arab dan bahasa Ibrani ini adik beradik yang digolongkan dalam kelompok yang sama. Bererti, berasal daripada rumpun yang sama. Atau dalam bahasa yang mudah, bahasa Arab ini adik beradik dengan bahasa Ibriah, berkongsi bapa dan ibu, tetapi tidak dapat dipastikan siapakah bahasa bapa dan ibu ini.
Apabila direnungkan, kalimah "Arab" berasal daripada huruf 'ain-ro-ba, dan begitu juga Ibriah, berasal daripada 'ain-ba-ro" (membentuk ibr) dan ditambah ya dan ta menjadi ibriah, seperti mana bahasa Arab ditambah ya dan ta menjadi Arabiah. Apatah lagi kalimah 'ain-ba-ro ini di dalam bahasa Arab bererti melintas, menyeberangi, sesuai dengan tabiat orang Arab yang ketika di zaman permulaannya suka berhijrah dan hidup berpindah-randah.
Bhg 3
Itu membuktikan ke-adik-beradik-annya dua bahasa ini. Tetapi ia tetap bahasa yang berlainan. Belum lagi apabila kita memandang pendapat ulamak yang keempat, yang mengatakan bahawa kalimah Allah itu bukanlah berasal daripada Laah, dan bukan berasal daripada ilaah, tetapi memang ia asal dan tidak boleh diceraikan. Pendapat ini merujuk kepada sifat alif lam yang boleh ditambah dipangkal kata nama, dan boleh juga dibuangkan. Seperti contoh madrasah, apabila ditambahkan alif lam jadikan almadrasah, dan apabila dibuangkan jadilah madrasah.
Oleh kerana itu, alif lam ini boleh ditambah dan boleh dibuang, tetapi adakah kita mendapati walaupun sekali kalimah Allah ini diceraikan daripada alif dan lam-nya? Tidak pernah. Maka, alif lam ini bukanlah tambahan, bahkan ia adalah huruf asal yang tidak boleh diceraikan, dan andai diceraikan, maka ia bukan lagi nama Allah.
Pandangan saya secara peribadi, kalau merujuk kepada lafaz iil yang bererti tuhan dalam bahasa mereka, maka kita mendapati tidak wujud ha di akhirnya, dan kalaulah ditambahkan maka jadilah iilah, dan ilah dalam bahasa Arab bukanlah Allah. Kalaupun ditambahkan ha di akhirnya, maka apakah sebabnya dan apakah maknanya? Atau lebih penting lagi, adakah ia wujud dalam kitab Injil? Ini belum campur persoalan, adakah kitab Injil itu masih wujud sampai sekarang kerana dalam pemahaman kita orang Islam, pihak Kristian telah membuang, menambah, menyelewengkan isi asal kitab Injil, atau mengarang semula dan mendakwanya adalah kitab Tuhan.
Bhg 4
Namun, sekiranya kita mengabaikan persoalan ini pun, masih belum membuktikan bahawa kalimah Allah itu lebih layak bagi mereka, tetapi sabit ia adalah kalimah milik kita orang Islam. Atau sekurang-kurangnya lebih layak bagi orang Arab itu sendiri. Memang, di dalam bahasa Arab, alif dipangkal kalimah Allah itu tidak mempunyai baris. Atau apa yang kita gelarkan sebagai hamzah wasol. Ia bermaksud, sekiranya ada kalimah lain sebelum kalimah Allah, contohnya kalimah fi, maka kita membaca fi-llaah, dengan hilangnya huruf alif, atau didahului kalimah ismu, maka kita membaca ismullaah, juga tiadanya bunyi a dipangkalnya, atau didahului kalimah haqqa, maka kita membaca haqqallah. Namun, semua ini jelas membuktikan lafaz Allah tidak sama dengan ill dalam bahasa mereka.
Perlu saya jelaskan, tulisan panjang ini adalah membicarakan tentang lafaz dan bukan maahiyah. Contohnya, seorang budak bernama Ali, maka kalimah Ali itu adalah lafaz yang menjadi namanya. Adapun jasad si Ali itu, adalah orangnya yang kita panggil. Maka, lafaz Ali kita gelar sebagai nama, atau lafaz yang menjadi nama, adapun batang tubuh si Ali itu kita gelar maahiyah. Perbahasan saya sepanjang ini adalah mengenai nama/lafaz, dan bukan mengenai mahiyah.
Allah itu, Zat yang kita sembah itu, sekalipun kita tidak memanggilnya dengan nama Allah sebaliknya dengan nama ar-Rohmaan, atau ar-Rohiim, zat-Nya itu adalah tuhan kita, dan tuhan kepada semua makhluk tak kira apa agamanya. Zat yang Maha Suci itu, adalah Zat yang bukanlah jisim, dan bukanlah berada pada sesuatu tempat, dan bukanlah berada pada sesuatu masa. Allah itu adalah Zat yang Maha Suci dan tidak layak disamakan dengan kita sebagai makhluk.
Bhg 5
Kita akui, bahawa Allah itu, Zat-Nya, adalah tuhan kepada semua makhluk, baik yang beragama Islam mahupun yang bukan, tetapi kalimah Allah itu, adalah kalimah Arab. Seperti mana nama Jibril itu dikenali oleh orang Arab, dan orang Nasrani sebelum itu mengenalinya dengan nama Gabriel. Dan kalaulah di bawa kepada bahasa Nabi-Nabi terdahulu barangkali sebutannya juga adalah lain, walaupun mahiyahnya adalah sama. Seperti nama Musa dibawa kepada Inggeris menjadi Moses atau nama Isa dibawa kepada bahasa Inggeris menjadi Jesus.
Itu semua adalah bukti bahawa nama berubah mengikut bangsa dan bahasa, walaupun mahiyah adalah sama. Kerana itu, nama Musa dan Isa berubah, walaupun orangnya masih sama. Tetapi nama Musa tidak boleh diinggeriskan, seperti mana nama Moses tidak boleh diarabkan. Nama Isa tidak boleh di-ibrani-kan seperti mana nama Jesus tidak boleh diarabkan. Kesimpulannya, kalimah Allah itu adalah lafaz yang merujuk kepada tuhan dalam bahasa Arab, bukan bahasa lain. Wallahu a'-lam.
Mohd Zaki Md Noor
Kuliah Bahasa Arab
U Al Azhar
Sumber: http://mohdzaki.blogspot.com/2010/01/jawapan-yang-sepatutnya-ringkas-tetapi.html
Assalamu'alaikum... sedikit perkongsian dari blog http://ridhuantee.blogspot.com/
Apa yang masih tinggal pada kita?
Tuan,
Ana pun sebenarnya dah agak penat berhujah dengan anta sebab nampak macam anta tak faham atau mungkin tak mahu faham apa yg ana maksudkan... Sekali lagi anta memahaminya dari konteks yang berbeza...
Ana rasa anta patut melihat perbincangan ini dalam dua konteks berbeza supaya ianya menjadi lebih jelas...
Konteks pertama ialah penggunaan Kalimah Allah dalam bahasa dan Bangsa Arab yang telah wujud sebelum kebangkitan RasuluLlah s.a.w. lagi… Namun dalam hal ini kita melihat kalimah Allah itu telah diislamisasikan secara menyeluruh tanpa menafikan kaum nasrani berbahasa Arab masih menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka… Oleh yang demikian nas-nas al-Quran yang merujuk kepada perbahasan ketuhanan dgn ahli al-Kitab sepatutnya dilihat dari asas membersihkan nama dan sifat Allah dari sebarang bentuk penyelewengan. Benar mereka menggunakan kalimah Allah dan al-Quran dan Hadith menyebut keadaan ini tetapi hakikatnya ini bukan perkara asas dan dasar di sini… Perkara asas yang sepatutnya menjadi isu yang lebih besar ialah fungsi al-Quran dan perjuangan RasuluLlah untuk membetulkan kefahaman Arab jahiliyyah terhadap nama dan sifat keEsaan Allah yang sebenar… Sebab itu bila tuan bermati-matian menjaja kepada semua manusia dengan mengambil dalil al-Quran ayat 25 Surah Luqman sebagi contoh atau al-'Ankabut: 61 dan al-Zumar:38 dulu, saya pernah komen bahawa hujah tersebut sangat naïf dan berbahaya. Bagaimana anta boleh mengambil dalil dari ayat ini bahawa Allah mengizinkan dan membenarkan golongan kristian menggunakan nama Allah pada makna menyeleweng (seperti yang anta akui dan sahkan dalam posting diatas). Bagi ana apa yang jelas ialah ayat-ayat tersebut adalah statement of facts oleh Allah SWT, bukan keizinanNya kerana di dalam banyak ayat-ayat lain, Allah menekankan supaya para hambaNya mengenali driNya secara sebenar, bukan seperti yang didakwa oleh golongan ahli Kitab. Mustahil Allah mengizinkan kerana ianya akan menimbulkan sgt byk contradiction di dalam al-Quran…
Namun sekali lagi kita tidak boleh melupakan hakikat bahawa Bangsa Arab telah lama menggunakan kalimah Allah. Memaksa mereka mencabut nama itu adalah tidak adil. Maka untuk kes bangsa Arab yang gunakan kalimah Allah, umat Islam biarkan kerana ia berlaku berzaman-zaman dan tidak ada urgency ulama bincang bab ini pada kurun ke sembilan Hijrah contohnya. Penggunaan kalimah Allah di kalangan Kristian Arab dibiarkan kerana realiti zhuruf (persekitaran) dan 'uruf (adat) tidak mengizinkan sesiapun pun menghalang.
Bhgn 1
Namun dalam konteks kedua iaitu penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Melayu oleh penganut Kristian, ianya sangat berbeza dengan isu konteks pertama... Dan perbincangan kita sepatutnya mengfokus pada konteks ini sebab inilah realiti isu yang kita hadapi sekarang. Kita tak boleh secara pukal dan tanpa kajian teliti mengadaptasikan suasana di tanah Arab dengan keadaan di Tanah Melayu... Hukum Imam Shafie antara Baghdad dan Mesir pun berbeza bila meneliti perbezaan ketara antara kedua-dua penduduk tanah Arab ini. Inikan pula dalam isu yang melibatkan Aqidah...
Dalam konteks ini pertamanya kita kena berpegang dengan asas pegangan yang dituntut oleh Islam dahulu... Al-Quran tidak membenarkan sebarang penyelewengan terhadap nama dan sifatNya seperti yang kita semua maklum... Nama Allah bukan bermaksud sepertimana yang diselewengkan golongan ahli Kitab...
Keduanya Bahasa Melayu tidak pernah memberi maksud lain bagi Allah selain dari nama Tuhan bagi orang Islam. Kita kena maklum bahawa bahasa Melayu berkembang seiring dgn perkembangan Islam di Tanah Melayu... Apa yang dituntut oleh mahkamah itu sebenar memaksa kita menerima maksud baru dalam bahasa Melayu yang tidak pernah diputuskan oleh mana2 ahli bahasa... Dan lebih bahaya lagi bila ianya melibatkan Aqidah kita umat Islam... Orang Melayu tak pernah pakai lafaz ini selain untuk Allah yg Esa. Apa hak mereka membuat tafsiran baru utk nama ALLAH... Apa hak mereka di kalangan ahli bahasa...
Ini kezaliman yang saya maksudkan dalam komen saya... Bukan sahaja dalam konteks bahasa Arab tapi lebih-lebih dalam bahasa Melayu... Ana bukan kata orang Kristian Zalim, tapi yang zalimnya ialah orang yang setuju meletakkan nama Allah bukan pada makna suciNya yang sebenar. Iaitu anta dan orang-orang sewaktu dengannya. Ini jauh lebih ringan dari kaedah yang disebut oleh Dr Harun Din, redho dgn Kufur kufur hukumnya... Ana masih dan sangat tidak faham kalau ada orang Islam kita yang rela menganugerahkan lafaz ALLAH utk diselewengkan oleh Kristian dalam bahasa Melayu... Semasa berhujah dgn anta kadang2 ana heran, anta mewakili siapa sebenarnya...
Tuan jangan jadi terlampau naif lantas lupa pada janji Allah yg golongan Yahudi dan Nasrani tak akan redho dgn kita sehingga kita ikut kepercayaan kita... Tuan ingat Allah main2 ke dgn ayat ini. Kita tidak akan halang mereka sekiranya mereka menggunakan nama Allah dlm ibadah mereka seperti mereka di tanah Arab.. Tapi sejak bila org Kristian di Malaysia sebut Allah dalam ibadah mereka? Sejak bila gereja di Malaysia bergema dengan nama Allah... Mengapa tiba nama Allah yang tidak pernah disebut dalam doa mereka tiba2 mahu dupaksa masukkan ke dalam bahasa kita? Gerakan Kristianisasi sudah lama aktif... Membenarkan mrk menggunakan kalimah Allah adalah advantage baru bagi mereka... Tuan nak bertanggungjawab atas advantage ini? Tuan yakin mereka akan begitu amanah utk tidak menyebarkannya bible dan majalah mereka dgn nama Allah kepada org Islam?
Masalah perkasakan dakwah mmg tugas kita umat Islam.. Amanah ini mesti sentiasa diperkuatkan dan tak perlu kita guna hujah ini utk menambahkan lagi bebanan dan tribulasi dgn memberi anugerah advantage percuma kepada musuh... Dangkal sgt komen anta...
Bhgn 2
Catat Ulasan