KOMEN WACANA ISU KALIMAH ALLAH
Free Public Forum menganjurkan wacana isu kalimah Allah di Dewan Cina semalam. Aku sampai lambat, kerana terpaksa hadir di program yang lain. Dalam keadaan sedemikian pun, dilihat Wacana kalimah Allah di Dewan Cina semalam agak menarik. Cumanya, ada beberapa perkara yang dirasakan agak kurang mendapat keputusan yang jitu.
Antaranya seperti berikut;
PERTAMA : beda antara fiqh dan teologi
Penentuan maksud sebenar kalimah Allah dari sisi orang Islam, yahudi dan nasrani merupakan perdebatan dari sudut teologi. Di rasakan, perdebatan teologi antara agama-agama tentang maksud Allah itu sudah jelas. Tidak perlu didatang orang yang mahu debatkannya dengan sebegitu dalam, ini kerana, Al-Quran sendiri pernah menyatakan apakah kefahaman kalimah “Allah” dari sudut yahudi dan nasrani.
Firman Allah;
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ
Maksudnya;
“Berkata yahudi, Izair anak Allah. berkata Nasrani, Nasrani anak Allah”
(Surah At-taubah : 30)
Pun begitu, isu pemberian izin kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia tidak didebatkan dalam ilmu teologi, bahkan ia perlu didebatkan dalam ilmu Fiqh.
Dalam fiqh, terdapat satu perbincangan yang disebut sebagai “Fiqh Adaptasi”. Iaitu, fiqh yang membincangkan bagaimana hendak mengadaptasikan sesuatu keputusan hukum kepada sesuatu masyarakat, tanpa melahirkan mudharat, disamping melahirkan maslahah.
Justeru, dalam membenarkan non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia memerlukan fiqh adabtasi. Tidak perlu lagi merujuk kepada perdebatan teologi. Jika dirujuk juga, sampai bila pun, ia tidak akan selesai.
KEDUA : salah istidlal
Ada golongan mengatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh diizinkan kepada non Muslim dengan merujuk kepada firman Allah;
وَقَالُوا اتَّخَذَ الرَّحْمَنُ وَلَدًا * لَقَدْ جِئْتُمْ شَيْئًا إِدًّا * تَكَادُ السَّمَوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ وَتَنْشَقُّ الْأَرْضُ وَتَخِرُّ الْجِبَالُ هَدًّا* أَنْ دَعَوْا لِلرَّحْمَنِ وَلَدًا
Maksudnya;
“Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." * Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, * hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, * karena mereka menda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak”
(Surah Maryam : 88-91)
JAWAPAN:
Ayat ini amat jelas tentang kebatilan ajaran nasrani dan yahudi yang mengatakan Allah adalah tuhan yang mempunyai anak. Pun begitu, ayat ini tidak boleh menjadi dalil atas larangan non Muslim dari menggunakan kalimah Allah.
Keadaan ini sama seperti kita membaca firman Allah yang mengharamkan arak. Tetapi, ia tidak boleh menjadi dalil atas larangan kepada kita untuk melarang Non Muslim dari minum arak dalam sesebuah kerajaan.
Justeru, dengan membaca firman Allah ini melarang non Muslim dari menyebut kalimah Allah, adalah salah dari sudut istidlal.
KETIGA : kebimbangan tersasar
Ada dakwaan mengatakan bahawa membenarkan penggunaan kalimah Allah membimbangkan usaha kristianisasi.
JAWAPAN:
Gerakan kristian dan yahudi dalam usaha menyahudi dan menkristiankan, ia bukan sekadar berlaku di zaman kini, bahkan ia berlaku semenjak zaman nabi Muhammad SAW.
Jika kita baca dalam kitab-kitab tafsir, kita akan berjumpa banyak kisah-kisah yang menunjukkan bahawa orang yahudi dan nasrani melakukan dakyah mereka.
Antaranya adalah;
Pertama :
Selepas berlaku peperangan uhud, memperlihatkan yahudi mengambil ruang yang terbaik dalam menyampaikan dakyah mereka terhadap orang islam. ini kerana, dengan kekalahan umat Islam dalam peperangan uhud, dilihat oleh orang yahudi bahawa umat Islam berada dalam keadaan lemah semangat.
Lalu, datang beberapa orang yahudi, termasuk dua orang yahudi yang terkenal bernama Finhas bin ’Azura’ dan Zaid bin Qais kepada dua orang sahabat, iaitu Huzaifah bin Al-Yaman dan Ammar bin yasir. Mereka berjumpa dengan dua sahabat besar ini, dengan kata mereka;
ألم تروا ما أصابكم ، ولو كنتم على الحق ما هزمتم ، فارجعوا إلى ديننا فهو خير لكم وأفضل ونحن أهدى منكم سبيلاً
Maksudnya;
”apakah kamu tidak melihat apa yang menimpa kamu. Jika kamu atas kebenaran, sudah pasti kamu tidak akan kalah. Maka rujuklah agama kami, kerana ia adalah sebaik-baik dan seafdhal-afdhal agama untuk kamu. Kami lebih berada dalam hidayah daripada kamu”
Mendengar kata-kata yahudi itu, menyebabkan kedua-dua sahabat ini berkata;
وأما نحن قد رضينا بالله رباً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين إخواناً
Maksudnya;
“adapun kami, sesungguhnya kami redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai agama, Quran sebagai pimpinan, kaabah sebagai kiblat dan orang mukmin sebagai saudara”
Berita itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan nabi SAW menyatakan kepada mereka berdua;
أصبتما خيراً وأفلحتما
Maksudnya;
“Kamu berdua telah mendapat kebaikan dan telah berjaya[1]”
Dari kisah ini, kita dapat melihat bahawa dakyah yahudi ini bukan sekadar berlaku di zaman kini, bahkan ia berlaku juga di zaman nabi SAW.
Kedua;
Nabi SAW pergi ke madsarah orang-orang yahudi. Semasa di sana, Nabi SAW menyeru mereka kepada Islam. Lalu, dua orang yahudi; An-Nu’man bin Amru dan Al-Hars bin Zaid bertanya, “atas agama apa kamu wahai muhammad?”
Jawab nabi, “agamaku adalah agama Ibrahim”
Mendengar jawapan Nabi SAW itu, menyebabkan yahudi melakukan dakyah mereka kepada Nabi SAW dengan berkata, “Ibrahim beragama yahudi[2]”
Ketiga;
Nabi SAW berjumpa dengan orang-orang yahudi. Semasa berjumpa, mereka berkata kepada Nabi SAW;
نحن أحق بالهدى منك ، وما أرسل الله نبياً إلا من بين إسرائيل
Maksudnya;
“dari sudut hidayah, kami lebih berhak berbanding kamu (wahai Muhammad). Allah tidak akan mengutuskan nabi melainkan daripada kalangan Bani Israel”
Mendengar kata mereka itu, menyebabkan Nabi SAW menyeru mereka agak mereka tidak merujuk kepada taurat. Mereka bertanya, mengapa nabi mengatakan sedemikian. Jawab Nabi SAW, bahawa dalam kitab taurat terdapat cerita tentang Nabi Akhir zaman, iaitu Nabi Muhammad SAW[3].
Dari kisah-kisah yang dikemukakan ini, adalah tidak patut kita menyatakan bahawa dakyah ahli kitab ini hanya berlaku pada zaman kini sahaja, malahan ia telah terbukti bahawa ia berlaku juga di zaman Nabi Muhammad SAW.
Justeru, apa yang dapat kita lihat, gerakan itu tetap berlaku, tetapi Nabi SAW tidak pernah menghalang yahudi dan nasrani ketika itu daripada menggunakan kalimah Allah. Bahkan, yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, memperkasakan lagi gerakan dakwah nabi SAW bagi menjelaskan kepada mereka tentang islam itu sendiri, sehingga menyebabkan ramai dari kalangan Ahli Kitab yang memeluk Islam, seperti Isteri nabi SAW yang bernama Sufayyah binti Huyay bin Al-Akhtab, Abdullah bin Salam, Adi bin Hatim dan sebagainya.
KEEMPAT : salah hitung siyasah syariiyah
Ada pihak mengatakan, dengan konsep siyasah syariiyyah, maka hendaklah tidak dibenarkan kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah.
JAWAPAN:
Konsep siyasah syariiyyah adalah berasaskan kepada mendapatkan maslahah islam dalam pentadbiran, dengan menolak mudharat kepada ajaran islam itu sendiri.
Dalam isu kalimah Allah, dilihat semua sepakat bahawa non Muslim boleh menggunakannya. Tetapi, ia dihalang dengan alasan siyasah syariyyah.
Hakikatnya, menghalang terus dari non Muslim menggunakan kalimah Allah, sebenarnya boleh melahirkan mudharat yang lebih besar. Iaitu, Islam akan gagal dilihat sebagai agama yang adil di mata-mata non Muslim, kerana melarang hak mereka hidup sebagai rakyat dalam sesebuah negara.
Apabila ini berlaku, sudah pasti imej Islam akan dilihat buruk, walhal ia sama sekali tidak terkandung dalam konsep siyasah syariiyyah.
Baca sama:
Isu Kalimah Allah : menjawab ulasan Dr Siddiq dan Dr Khalif Muammar
Bertauhid bukan lesen buat zalim
Haram Syirikkan Allah, haram nafikan hak.
Pak Bakaq, ana tak pernah belajar silat
Sekian
”Allah For All * Islam For All”
“Islam Adil Untuk Semua”
Wallahu ’Alam
p/s : di cadangkan kepada alim ulama agar membaca kitab ”Munazarat fi Usul As-Syariah Al-Islamiyyah Bain Ibn Hazm wa Al-Baji” karangan Dr Abdul Majid Turki. Terutama, ulama yang mengkafirkan mereka yang menyokong penggunaan kalimah Allah terhadap non Muslim.
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

6 ulasan:
Ustaz, adabtasi tue salah eja... Sepatutnya adaPtasi... hehe...
Artikel yang bagus~
1.kenapa takleh debat dari segi teologi? adakah kita nak membenarkan Allah kristian (triniti)sama ngan Allah Islam? kalau tak maka penggunaan Allah oleh mereka adalah penyalahgunaan.
2. isu bukan orang non muslim sebut Allah. tu takde sapa larang, tapi isunye adalah peletakkan nama Allah sebagai tuhan mereka yang berbilang. sama macam kita terjemahkan siva (hindu) sebagai Allah.boleh?
3.penggunaan Allah sebagai ganti terjemah tuhan dalam bible adalah usaha lama dakwah kristian di tanah melayu dan sabah sarawak. memang diorang dah lama guna tapi tu tak bermaksud diorang benar. bukan isu "dah lama" guna tapi isu "salah guna"
4. kalau kita menyokong tindakan mereka memperjuangkankan usaha "dakwah" mereka. dan sokong lak keputusan mahkamah yang membenarkan "usaha dakwah" mereka bukan ke beerti kita menyokong kekufuran? redha bilkufr=kufr
semuanya ada hujah wahai tuan saye berkata.
Sekadar mencadangkan kita sama2 merenung dan membaca fiqh sirah karangan dr said ramadhan al-buti.
Berkaitan hemah Baginda Nabi yang berpandangan jauh, dan bertindak secara holistik dan bukan memilih isu untuk menjadi responsif.
begitu banyak hujah...sampai lupa maksud tujuan puak2 kristian.
selepas proses memberi penggunaan selesai, tengok la pula natijah2 yang bakal muncul...
hang tak hormat orang tua. ilmu tinggi mana pun pada aku kalau begini akhlaknya sekadar layak dipanggil KEPALA BUTOH.
Kalau bapak mu org jentik mu marah, ini bapa kepada seseorang orang hang kata kepala lutut...lepas tu bagi syarat nak tarik kepala lutut kalau ditarik balik statement.
apa punya fikiran boleh meletakkan makian setaraf dgn hujah? nak tarik maki kena tarik hujah...ini kebodohan namanya.
bila khalid samad kata sokong, kau pun cari le dalil n hujah nak mmebenarkan kata2 khalid samad tu
kalau khalid tak datang program tu kau pon tak ke situ gak nya
org guna logik akal pon xleh nak terima orag bukan islam guna Allah.
disebabkan khalid samad org melayu makin lari dari pas kat selangor
kuil dipertahan, allah diperlekeh. agak2 la nak jaga undi pon
Kalaupun kristian ada agenda tersembunyi untuk mengelirukan umat Islam dengan isu kalimah Allah, apa masalahnya dengan kita?
Mengapa lemah sangat iman dan akidah kita sehingga takut boleh terpengaruh dengan akidah kristian yang mengatakan Allah itu dua tiga dan sebagainya.
Masalahnya bukan dengan kristian tapi masalahnya adalah kelemahan dan kejahilan kita sendiri. Musuh kita bukan kristian atau yahudi dsbgnya. Musuh sebenar kita adalah diri kita sendiri.
Bagi saya ini merupakan peluang terbaik utk kita umat islam menyampaikan dakwah mengenai akidah sebenar terhadap kristian. Mengapa kita selalu saja mengambil sikap defensif lalu menggambarkan betapa lemahnya kita.
Kita umat islam majoriti di negara ini. Kita memiliki saluran tv, radio dsbgnya. Buatlah counter attack semula dengan ceramah2 di tv contohnya dengan menjelaskan bahawa akidah sebenar kristian sendiri adalah mentauhidkan Allah. Trinity dsbgnya hanyalah doktrin yang diadaptasi dari ideologi paganisme.
Yang saya lihat dengan jelas siapa yang ada agenda tersembunyi sebenarnya ialah mereka yang beria2 mempertahankan kalimah Allah ini tapi tak pulak sibuk mempertahankan syariat Allah spt hukum hudud dsbgnya.
Catat Ulasan