Rabu, 13 Januari 2010

PENJELASAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK JELAS (2)


PENJELASAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK JELAS (2)

PERTAMA:

“telah kafir, mereka yang mengatakan Allah itu ketiga daripada tiga (trinity):- ada perkataan "telah Kafir"* ayat surah Taubah lak ada perkataan قـتلهم الله
nampak tak mcm membenarkan pun. mengecam adalah. maksudnya Allah swt mengecam tindakan mereka yang menggunakan nama Allah dengan sifat yang tak sepatutnya bukan menyokong

JAWAPAN:

Firman Allah;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al Masih itu putera Allah." Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Memerangi Allah terhadap mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?”

(Surah At-Taubah : 30)

Dalam ayat ini, tidak dinafikan Allah menggunakan kalimah “قاتلهم الله” bagi yahudi dan nasrani yang mengatakan Allah itu mempunyai anak.

Pun begitu, perlu dijelaskan bahawa penggunaan Allah dalam ayat ini bukan “قتلهم الله”. Tetapi, yang diguna oleh Allah adalah “قاتلهم الله”. Justeru, sudah pasti ia mempunyai maksud yang tidak sama.

Kalimah “قتل” memberi maksud bunuh. Adapun kalimah “قاتل” diterjemah sebagai memerangi.

Apabila Allah menggabungkan antara kalimah “serangan” dengan kalimah “Allah”, sudah pasti ia mempunyai tafsiran yang pelbagai. Mengikut terjemahan harfiyahnya adalah, “Allah menyerang mereka”.

Persoalannya, bagaimana serangan Allah terhadap mereka?

Ekoran itu, jika dilihat kepada kitab-kitab tafsir, ada ulama menafsirkan “Allah menyerang mereka” itu sebagai “mereka mendapat laknat dari Allah”. Tafsiran ini didokong oleh Imam Ibnu Abbas
[1].

Adapun jika kita mahu menafsirkan serangan juga, ia tidak menjadi dalil atas larangan penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim. Ini kerana, dalam islam, sesuatu serangan yang hendak dilakukan, hendaklah berlandaskan kepada firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“barangsiapa menyerang kamu, maka hendaklah kamu serang atasnya sepertimana serangannya ke atas kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Apa yang kita dapati dari kisah Nabi Muhammad SAW sendiri, tidak terdapat satu nas pun yang menunjukkan bahawa Nabi SAW melarang yahudi dan Nasrani menggunakan kalimah “Allah”, waima Nabi Muhammad sedar penggunaan Allah dari kalangan yahudi dan nasrani itu bercanggah dari maksud yang sebenar.

Tetapi, yang nyatanya Nabi SAW menyerang mereka dengan cara dakwah yang berkesan. Dengan menggunakan segala kebijaksanaan yang ada, dalam membetulkan kefahaman mereka terhadap makna Allah dalam bentuk yang sebenar, seperti berdebat, berwacana dan sebagainya.

Firman Allah;

وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka”

(Surah Al-Ankabut : 46)

KEDUA:

bab penggunaan Allah oleh orang kristian arab rase banyak dah ustaz2 respon kenapa mereka tak sama dengan kristian khatolik malaysia, guna buka muqaranah adyan bukan Wiki

JAWAPAN:

Kita bukan bicara tentang “muqaranah Adyan”. Perbincangan itu, hendaklah diserahkan dalam perbincangan orang yang berkeahlian dalam bidang teologi.

Tetapi, yang kita bincangkan adalah, pengunaan kalimah “Allah” bagi non Muslim, apakah hak itu perlu diberikan kepada mereka ataupu tidak. sekiranya perkara itu sememangnya wujud dalam agama mereka, mengapa perlu kita halang?

KETIGA:

penggunaan Allah sebagai terjemah tuhan bukan Hak. tak leh nak samakan hak orang bukan islam minum arak or bukak aurat. ni pun dah banyak orang terang Allah buka terjemahan lord. rujuk DBP orang orang pakar bahasa melayu.so isunya orang kristian menyalahguna dan "tidak berhak" dan bukan menafikan hak

JAWAPAN:

Melarang penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim dengan merujuk kepada firman Allah dari surah maryam, ayat 88-91, merupakan kaedah yang salah.

Ini kerana, ayat itu menceritakan tentang bagaimana celaan Allah terhadap golongan yang mengatakan Allah mempunyai anak. Tetapi, ia bukan satu nas yang melarang dari kita memberi izin non Muslim menggunakan kalimah Allah.

Ia sama seperti pengharaman arak menerusi ayat Al-Quran. Pengharaman tersebut, bukan bermakna sebuah kerajaan islam boleh melarang hak non Muslim yang minum arak.

Kaedah melarang penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim dengan merujuk surah Maryam ayat 88-91 merupakan kaedah istidlal yang salah.

Isu hak, sudah didebatkan dalam artikle yang lepas. Sila rujuk dan nilai dengan hati yang terbuka, tanpa sentimen.

KETIGA:

bagi saya usaha amar ma'ruf kena denga nahi mungkar. kalau berpandangan isu usaha dakyah kristianisasi dibendung hanya dengan pemantapan akidah tanpa ada usaha menghalang sama la ngan pandangan tak payah bantah konsert, tak payah bantaj 7-E jual arak, tak payah bantah penjualan cd lucah. kita cuma perlu beri pendidikan yang lebih kat anak-anak muda.

JAWAPAN:

Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar mempunyai dhawabitnya tersendiri. Perlaksanaan amar ma’ruf dan nahi Mungkar hendaklah tidak sampai melahirkan tindakan menafikan hak non Muslim. Bahkan, menafikan hak non Muslim itu merupakan satu kemungkaran yang perlu dicegah.

Amar ma’ruf dan Nahi Mungkar perlu dilaksanakan dengan kebijaksanaan. Bukannya sehingga melahirkan mudharat yang lebih besar daripada itu.

Dalam islam, ada diajar kaedah fiqh yang bermaksud, ”tidak boleh menghapuskan mudharat dengan melakukan mudharat yang lebih besar”. Justeru, dalam isu kalimah Allah, menghalang non Muslim daripada menggunakannya dapat melahirkan mudharat yang lebih besar, iaitu apabila non Muslim mula beranggapan bahawa Islam adalah agama yang zalim; agama yang menafikan hak mereka, walhal ia tidak begitu sama sekali.

KELIMA:

ingat denga k'jaan yang tak leh pakai ni kita mampu ke nak mantapkan aqidah dalam masa singkat? tengok sendiri la berapa ramai anak2 muda yang ulas pasal ni, ada seramai yang tengok AJL?

JAWAPAN:

Sebab itu, tindakan yang paling baik dalam menyelesaikan masalah ini, bukannya menghalang non Muslim dari menggunakan kalimah Allah, tetapi hendaklah dilakukan desakan terhadap badan dakwah kerajaan, seperti JAKIM, IKIM, Jabatan agama Islam seluruh negara, agar memantapkan gerakan dakwah supaya bertindak dengan lebih berkesan, tanpa dikenakan syarat-syarat mengarut seperti Tauliah dan sebagainya dalam memantapkan aqidah umat Islam, disamping dapat menyebar luaskan Islam kepada kristian, juga rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam yang lain.

Setakat ini, mana desakan agar dikuatkan gerakan dakwah pada badan dakwah dalam kerajaan?

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Januari 2010 * 4:09 Petang


[1] Ibnu Kathir : 4/134.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita betul2 ikhlas marah & bimbang yg non-muslim akan menyalahgunakan kalimah Allah untuk menyesatkan umat Islam saya masih boleh terima (walaupun sebenarnya dibenarkan oleh Islam)..

Masalahnya puak yang bersuara lantang inilah juga yang menyesatkan umatnya sendiri dengan menganjurkan berbagai program maksiat...contohnya Anugerah Juara Lagu yg baru tamat..tak lama lagi nak start balik Akademi Fantasia...

Artis2 juga diberi peluang memberi pendapat berkaitan agama..seperti isu pemakaian tudung...kononnya nak pakai tudung bila hati sudah betul2 ikhlas(?)..yg terbaru seorang artis membuka tudung kerana tuntutan skrip(?)..maknanya penulis skrip lebih berkuasa dari Allah?

orang2 inilah yg menyesatkan masyarakat Islam kerana memberi gambaran yg salah mengenai suruhan Allah...bila ditegur..kita pula dituduh tidak berfikiran terbuka & kolot...pandai pula bagi ayat "Tiada Paksaan Dalam Agama"..walhal ayat itu dituju kpd non-muslim...

sebenarnya mereka ini lebih merbahaya dari pendakwah kristian itu sendiri..

Wallahualam

saye berkata...

syukran ustaz. cuma mungkin saya belum dapat nak membenarkan kalimah Allah diguna sebagai terjemahan kepada Lord atau GOD, pasal tu bukan maksud dia. macam yang ustaz cakap:

" yang kita bincangkan adalah, pengunaan kalimah “Allah” bagi non Muslim, apakah hak itu perlu diberikan kepada mereka ataupu tidak. SEKIRANYA perkara itu sememangnya wujud dalam agama mereka, mengapa perlu kita halang?

bagi saya benda ni tak wujud dalam agama diorang. yang ada eloh / elohim. Allah hanya helah mereka. lepas ni ada lak kitab Allah, rumah Allah dll.

bagi saya walaupun nampak macam Umno yang lebih2 dan nampak sangat mereka berpolitik dan mencampurkan agama dengan maksiat, bukan alasan untuk kita membuat pendirian berbeza dalam isu mempertahankan aqidah. anggap la mereka ni mcm Hdith nabi "walaubagaimanapu Allah akan menolong agama ini dengan orang2 yang fajir"

Tanpa Nama berkata...

nama saya Tan Lay kian. saya beragama kristian berbangsa cina.

bila saya baca tulisan ini blog. saya nampak penulis ini blog banyak terbuka.

hati saya semakin hari semakin nampak Islam itu adil.

hati saya sudah goncang sama kristian.

From Ipoh