kadang-kadang merasa pelik, apabila membaca dan mendengar pendapat yang mengatakan tidak boleh non muslim menggunakan kalimah Allah ini dengan dakwaan bahawa kalimah Allah di sisi agama mereka tidak sama dengan pemahaman kalimah Allah dalam agama islam.
persoalanya, sejak bila pemahamahan yahudi dan nasrani terhadap nama Allah ini sama dengan pemahaman Allah dari sisi umat Islam?
apa yang kita dapat tahu, pemahaman yahudi dan nasrani bahawa Allah ada anak sudah diceritakan dalam Al-Quran. Justeru itulah, kedatangan nabi Muhammad SAW menerangkan tentang maksud Allah SWT dalam bentuk yang sebenar, iaitu dengan merujuk kepada surah Al-Ikhlas. Adapun Isu yang ingin dibincangkan kini adalah, apakah Islam membenarkan penggunaan kalimah Allah ini kepada non Muslim?
Jika tidak izin, apakah dalil-dalilnya? Dan jika membenarkan, apakah dalil-dalilnya?
yang pastinya, didapati nas yang mengizinkan itu wujud, dalam keadaan nas yang melarang itu tidak wujud sama sekali. Jika ada nas yang mahu dijadikan hujjah pun, ternyata tidak tepat untuk menjadi hujjah terhadap larangan tersebut.
Ekoran itu, terdengarlah beberapa kalimah-kalimah Qawaid Fiqhiyyah, seperti Uruf, Sad Az-Zarai', Maslahah dan Mudharat, bagi tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah itu terhadap non Muslim.
Yang pastinya, penggunaan kaedah Uruf, Sad Az-Zarai', mengambil maslahah dan menolak mudharat, ia digunakan demi untuk mencapai keadilan, tanpa menafikan hak sehingga berlaku kezaliman. Tetapi keadaan yang berlaku sekarang adalah sebaliknya, yang mana kaedah-kaedah yang diguna sepatutnya menjadi "tangga" dalam menuju kepada puncak keadilan, tetapi menjadi penyebabkan untuk menafikan hak.
apabila ini berlaku, sudah pasti kaedah-kaedah yang digunakan tersasar dari maksud yang sebenar.
sekian
Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Danau kota
14 Januari 2010 * 11:41 malam

2 ulasan:
Berat fitnah yg menimpa umat Islam di Malaysia sekarang ini. Mudah2an aku dimasukkan bersama mereka2 yg mensucikan Engkau Ya Allah.
Allah larang sesiapa pun yg berkata Allah itu Al Masih (Al Maidah: 17) maupun mengatakan Allah itu salah satu dari yang tiga (AL Maidah: 73). Tak layak Dia mempunyai anak (Maryam:35)Maha suci Allah dari apa yg mereka persekutukan (Taubah: 31). Allah benci bila org2 Nasrani berkata begitu sehingga di laknatNya (Taubah:30).
Sepatutnya sebagai ustaz kamu patut pergi kpd Pakiam tu dan baca (Imran:64)...kita sembah Allah..tidak sekutui Dia dgn apa2 pun dan tiada sebahagian sebahagian yg lain sebagai Tuhan. Bayangkan besok org2 Hindu bertempik bahwa mereka pun menyembah Tuhan yang Satu...Ganesh. Maka mereka pun ingin memanggil Ganesh Allah...adakah kite pun akan mendiam diri dan menerima another version of Allah the Elephant pulak??
Walaupun pemahaman mereka berbeza dgn kite ttg Allah...Tidakkah itu memadai utk kite membenci jikalau org2 bkn Islam mengaitkan nama Allah sedemikian rupa. Bkn kah tanggungjwb ustaz2 yg ada pemahaman membersihkan nama Allah dari celaan dan hinaan mcm tu. Tidakkah nabi di utuskan utk membersih ketauhidan Allah bknnya utk live in parallel? Ini tak...nak endorse lagi!!! OMA.
Kedua...guna akal yg diberi...kenapa tetiba menggatal nak menggunakan perkataan Allah sehingga menimbulkan kemudaratan dan menyusahkan kita (Imran: 118). Hello!!!! Baru smpi ke bumi Malaysia ke? Satu dunia Kristian ke nak pakai nama Allah? Dan kita tanya balik apa masalah dgn menggunakan nama Tuhan sekarang ni.
Dari masa ke semasa kita dikejutkan dgn risalah2 dakyah gerakan misionari Kristian menggunakan nama Allah utk mengelirukan umat Islam di Malaysia. Oh yea...your solution...blame UMNO. Arghhhhh!!! Grow up...blame won't solve the standing problem.
Lepas ni Bible pulak ditranslate sebagai Kitab Allah...nah kau. Abraham jadi Ibrahim. David jadi Daud. Isaac jadi Ishak. Serbu pub...tgk IC...semua nama serupa..arabic. Agama tak tau...keturunan tak tau...nah kau. Opsss...blame UMNO lagi. Ini susah dpt ustaz pengetahuan agama melangit tetapi pengetahuan dunia....lebih teruk dari bdk darjah enam.
jgn tgk PRu13 ustaz....silap2 come pRU20...Islam dan bkn agama rasmi lagi.
Sekali lagi ana cadang anta mengkaji kenyataan TGHH di http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=230:penggunaan-kalimah-allah&catid=20:bicara-presiden&Itemid=107
Penggunaan dan penerimaan nama Allah dalam budaya dan bahasa Arab tidak semestinya dijadikan hujah total utk diadaptasikan dalam masyarakat Islam kita... Bukankah Maqasid Syariah adalah paksi penting dalam pengeluaran hukum... Bukankah perkara yang paling asas dalam maqasid itu adalah menjaga agama terlebih dahulu... Dan bukankah kedudukan nama ALLAH adalah pokok terpenting dalam pengibadatan kita kepadaNya... Dan hal ini mesti kaji dgn teliti dari kedudukan uruf setempat... Bukan pakai hujah secara pukal...
Catat Ulasan