Rabu, 13 Januari 2010

APABILA KRISTIAN DI ZAMAN NABI BERKATA “DEMI ALLAH !!!”


APABILA KRISTIAN DI ZAMAN NABI BERKATA “DEMI ALLAH !!!”

Ada dua beradik yang beragama kristian, iaitu Tamim Ad-Dari dan Adi bin Bada’ telah keluar bermusafir. Bersama-sama mereka, seorang pemuda Islam yang merupakan bekas hamba kepada Amru bin Al-As, namanya Budail bin Abi Maryam.

Ketiga-tiga mereka bermusafir menuju ke Syam untuk berniaga. Sesampai sahaja di Syam, Budail telah ditimpa sakit.

Sakit budail semakin hari semakin teruk. Badil menjangka, bahawa itu adalah saat hampir dengan kematiannya. Ekoran itu, dia telah menulis surat wasiat dan diberikan amanah kepada kedua-dua adik beranik yang beragama kristian itu, agar segala harta-hartanya itu diserahkan kepada keluarganya apabila pulang nanti.

Setelah kematian Budail, kedua-dua adik beradik kristian tersebut telah mencuri satu bekas kepunyaan Budail yang diperbuat dari perak, dan tertulis dengan tulisan daripada emas. Setelah pulang, mereka memberikan segala harta-harta kepunyaan budail kepada ahli keluarganya, tetapi bekas perak tulisan emas itu diambilnya.

Ahli keluarga Budail terjumpa surat wasiat Budail yang diberikan kepada kedua adik beradik kristian tersebut, menyebabkan mereka berjumpa dengan kedua-duanya dan bertanya tentang bekas perak yang tertulis dengan tulisan emas itu.

Kedua-duanya mengatakan, ”Kami tidak tahu. Tuduhan yang kamu lakukan terhadap kami, kami nafikan sekeras-kerasnya”

Kejadian ini sampai kepada pengetahuan nabi SAW, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya yang berbunyi;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ حِينَ الْوَصِيَّةِ اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ أَوْ آَخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ تَحْبِسُونَهُمَا مِنْ بَعْدِ الصَّلَاةِ فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ إِنِ ارْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَى وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ إِنَّا إِذًا لَمِنَ الْآَثِمِينَ

Maksudnya;
”Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan dimuka bumi lalu kamu ditimpa bahaya kematian. Kamu tahan kedua saksi itu sesudah sembahyang (untuk bersumpah), lalu mereka keduanya bersumpah dengan nama Allah, jika kamu ragu-ragu: "(Demi Allah) kami tidak akan membeli dengan sumpah ini harga yang sedikit (untuk kepentingan seseorang), walaupun dia karib kerabat, dan tidak (pula) kami menyembunyikan persaksian Allah; sesungguhnya kami kalau demikian tentulah termasuk orang-orang yang berdosa."

(Surah Al-Maidah : 106)

Dari kisah ini, diperlihatkan bagaimana berlaku di zaman Nabi SAW kisah dua orang lelaki kristian yang bersumpah dengan nama Allah, ketika mereka menafikan bahawa mereka tidak mencuri harta kepunyaan Budail.

Dalam mengupas ayat ini, Imam Fakhruddin Ar-Razi ada menukilkan bahawa di zaman Abu Musa Al-Asyari, beliau pernah berhukum dengan penyaksian yahudi setelah mereka bersumpah, tanpa ditegur dan diingkarkan oleh seorang pun sahabat
[1].

Justeru, dalam membahaskan ayat ini, Abu Musa Al-Asyaari berkata bahawa sumpah tersebut berlaku selepas solat asar, iaitu mereka disuruh bersumpah seperti berikut;

"بالله ما خانا ولا كذبا ولا بدلا ولا كتما ولا غيرا وإنها لوصية الرجل وتركته"

Maksudnya;
“Demi Allah, tidak ada pengianatan, penipuan, pertukaran, penyembunyian dan sebagainya. sesungguhnya ia adalah wasiat seorang lelaki dan peninggalannya
[2]

apabila keadaan ini berlaku, sudah pasti ia benar-benar sesuai dengan hadis Nabi SAW, bahawa Baginda SAW ada bersabda;


Dalam islam, sumpah hendaklah dengan Nama Allah. sabda Nabi SAW;

من كان حالفا فليحلف بالله أو ليصمت

Maksudnya;
“Barangsiapa yang bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan (nama) Allah ataupun dia diam”

Sekian

p/s : Ada beberapa hadis dan kisah-kisah dalam kitab tafsir berkaitan sebut kalimah Allah bagi orang yahudi, nasrani dan Majusi yang akan dinukilkan dalam article mendatang - Insya Allah.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
14 Januari 2010 * 2:30 petang


[1] At-Tafsir Al-Kabir : 6/183.
[2] Tafsir Al-Qurtubi : 6/356.

5 ulasan:

Bah Lontok berkata...

Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.

Mudah-mudahan orang melayu pun banyak ikut sama masuk katolik yang mudah dan senang ini.

Sekarang kita sudah tidak ada apa bezanya, kita juga sama2 sembah ALLAH yang maha esa. Ameeeen!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

nabi kata boleh.
sahabat nabi kata boleh.
harun din kata tak boleh.

siapa yang betul ni???

- ahli PAS -

Tanpa Nama berkata...

Elok la tu bah....org asli pun dah pakai bin atau binti...tunggulah lepas ni org cina dan india pakai bin dan binti pulak....tak salah dah kan?

Lepas tu pakat ramai2 guna nama berunsur arabic pula...salleh ke...roslan ke...anuar ke..tak salah gak kan? Itu arabic b4 islam lagi kan?

Kemudian...gasak BN pulak utk gugurkan "agama" dan "keturunan" dari borang2 dan dokumen penting. Maka complete lah.

Yang pastinya...PAS dan UMNO...dua2 dah kene main dgn gerakan dakwah Kristian dunia. Org lain dok tgk PRU20...depa dok tgk PRU13 jer.

nabi mkn kibas...
sahabat nabi mkn kibas...
kite mungkin xleh mkn kibas...sbb klu ada penyakit...bahaya. Ada nampak? Mendatangkan penyakit dan musibah.

Unknown berkata...

1. Org Kristian yg mintak guna nama Allah...org Islam pulak yg mengkafir@mengengkar sesama sendiri.Tak ke bangang kite ni semua.

2. Baca surah Ikhlas pelan2...Tuhan itu Satu. Terang benderang tiada khilaf. Satu...satu...satu...jadi Tiga. So kalau Tuhan itu Tiga...itu bkn Allah. Sebab Tuhan dah kata dlm Quran...Aku bukan Tiga. Aku Satu.So macamana nak kata Allah tu Tiga? Kan Tuhan dah larang kata Aku ni Tiga? Tak reti bahasa ke? Mana lebih tinggi...firman Allah atau kehendak manusia?

3. Org Kristian tak boleh kata dia sembah Allah kepada org Islam, tetapi org Islam boleh pergi kepada org Kristian dan berkata...Tuhan yg kamu sangka2 dan dok sembah2 tu adalah asal-usulnyanya sama dgn Tuhan yg kami dok sembah yakni Allah. Tapi lama kelamaan kamu dah sekutukan Allah dgn ciptaan2Nya (Isa dan Jibrail)...maka kamu dah tak sembah Allah lagi. Kamu dah menghina kesucian dan kemuliaan Allah. Kamu mensyirikkan Allah. Maka kami tidak dapat membenarkan kamu memanggilNya Allah kerana penghinaan2 tertentu kepada Tuan Punya Nama. Sebagai Muslim...apakah kamu redho Allah diperlakukan begitu? Dan apakah Allah redho dipersekutukan begitu sedangkan Allah sendiri menafikan itu AKU!!!! Allah sendiri pun tak nak dan benci mengaku Dia ni Tiga!!!!

4. Memang tak dinafikan di dalam ajaran Kristian...Allah itu masih ada tetapi Allah sudah tidak suci lagi. Oleh itu...itu bukan Allah tetapi menyerupai Allah yg pernah disembah dahulu kala pada asalnya. Sama macam kes Bible....ulamak2 Islam yakin bahwa di dalam Bible2 tu masih lagi ada unsur2 kitab suci asal yg diturunkan kepada Nabi Isa tetapi ada kah itu membenarkan org2 Kristian mengisytiharkan bahwa ini pun Kitab Allah?

5. Perkataan Bible tu asalnya Latin...rasanya Biblios...membawa erti...Book...buku...Kitab. Yup...dalam Quran byk tempat disebut...ahli Kitab. Bkn Ahli Kitab Allah tau. Sebab apa? Sebab mereka merubah kandungan2 dan ayat2 didalam kitab mereka.

Fikirkan lah ke depan dan jgn terjerat dgn gula2 yg diselaputi racun. Dan ini bkn soal politik.

PENA vs PEDANG berkata...

Benar apa yang saudara katakan itu.Tetapi kefahaman berkaitan maksud hakikat penggunaan nama Allah itu perlu diperjelaskan secara umum.Kerana penggunaan nama Allah bagi agama Islam berbeza dengan agama lain.Pendakwah agama Islam juga perlu bergiat lebih aktif dalam menarik lebih ramai masyarakat mengenali maksud hakikat penggunaan nama Allah.Kerana peranan nama Allah di dalam Islam berbeza dengan agama lain.

"Lailahaillah" : Tiada Tuhan Melainkan Allah.Ini bermaksud hanya ada satu Tuhan,dan Allah adalah Tuhan.Allah adalah Tuhan bagi sekalian makhluk.Maka menjadi kewajipan kita untuk berpegang pada agama Allah iaitu Islam.
"Tidak Aku redha pada suatu agama pun melainkan Islam.".Ini bermaksud hanya agama Islam yang diredhai Allah.Orang bukan Islam dibenarkan menggunakan nama Islam TETAPI WAJIB MENGIKUT CARA-CARA YANG TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH BERDASARKAN AL-QURAN & AL-HADIS.Contohnya perjanjian sumpah berdasarkan dalil yang saudara nyatakan tadi.
JIKA BENAR2 INGINKAN REDHA ALLAH,MAKA ISLAMLAH JALANNYA.Dan tanggungjawab pendakwahlah Islam lah menerangkan perkara yang hak & batil.

Maaf.Kaji dan selidikilah surah al-Ikhlas tersebut.Allah itu ESA.Bukanlah satu.Jika satu,maka akan timbul dua dan tiga.Di dalam bidang usuludin telah menyatakan maksud sebenar surah al-ikhlas.Surah itu tidak menyatakan Allah itu satu TETAPI MENYATAKAN " ALLAH ITU ESA " .
Kaji dan selidikilah mengapa ayat di dalam surah al-Ikhlas itu menyatakan " ALLAH ITU ESA "

Maaf...Harap saudara diperjelaskan lagi penyataan itu supaya tidak ada salah faham atau pun dimanipulasikan oleh pihak tertentu.