Khamis, 31 Disember 2009

JAMBAN MENGADAP QIBLAT

JAMBAN MENGADAP QIBLAT

Telefon bimbitku berbunyi. Termaktub nama “Haji Osman”. Beliau seorang yang amat dikenali seorang dermawan. Jika ada sebarang kutipan derma di masjid, derma yang dikeluarkan, kebiasaannya adalah Rm 50. Kalau derma yang melibatkan pembinaan masjid, atau maahad tahfiz, atau orang nak belajar agama, mesti dia akan minta nombor akaun Bank, dan dibank-Innkan wang.

”Assalamualaikum..” aku memberi salam sejurus menyambut talian telefon Haji osman.

”waalaikumsalam ustaz.. apa Khabar?” balas Haji Osman mesra.

”sihat.. Haji apa khabar?.. lama tak dengar berita?” tanyaku.

”tu yang telefon ustaz ni.. kebelakangan ni, sebuk sikit la ustaz.. tu yang saya jarang sangat telefon ustaz tu” ujar Haji Osman yang amat terkenal dengan peramah dalam perbualan.

Dalam masyarakat kampung Paya Jaras, Haji Osman amat dikenali sebagai seorang yang mudah berkawan, disamping mudah memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang berhajat. ekoran itu, tidak hairan apabila dia berbual, dapat dirasakan betapa beliau seorang yang agak sesuai untuk dijadikan kawan rapat.

”eh ustaz.. saya nak tanya sesuatu ni?” kata Haji Osman.

”nak tanya apa? Haji nak kawin lagi ker?” aku bergurau.

”eh ustaz ni.. jangan gurau macam tu ustaz.. bimbang jadi jer” balas Haji Osman dalam nada gurauan juga, sambil dia ketawa besar.

Aku ketawa dengan gurauannya itu.

”sebenarnya ustaz.. saya ada buat sebuah rumah baru” Haji Osman mulakan bicaranya.

”eh haji.. diam diam, dah nak buat rumah dah.. ooo. Lama tak dengar berita, rupa-rupanya dah kawin lagi, sampai tak bagitau?” aku bergurau lagi.

”kah kah kah.. bukanlah ustaz.. ini rumah untuk saya.. rumah lama tu, cadang nak bagi kat anak sulung”

”ooo yer ker... ingat buat rumah untuk isteri kedua tadi” kataku sambil ketawa kecil. ”ok.. pastu, apa masalahnya sekarang?” soalku menyambung bicara.

”macam ni, ikut plan rumah yang saya nak buat ni. Jamban tu, seakan-akan membelakangkan qiblat. Soalnya, boleh ke buat jamban macam tu?” Haji Osman bertanya.

”emm.. kalau ikut kitab fiqh, qada’ hajat dalam keadaan mengadap qiblat dan membelakangkan qiblat, bukan perkara haram” jawabku ringkas.

”kalau macam tu, macam mana pula yang saya dengar ada ustaz-ustaz yang mengajar kat surau. Mereka baca hadis yang Nabi SAW larang dari qada’ hajat dalam keadaan mengadap dan membelakangkan qiblat?” Haji Osman kekeliruan, mahu kepastian.

”memang ada hadis pun. Hadis tu berbunyi;

إِذَا جَلَسَ أَحَدُكُمْ عَلَى حَاجَتِهِ فَلَا يَسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ وَلَا يَسْتَدْبِرْهَا

Yang bermaksud, ‘apabila seseorang kamu duduk untuk qada hajat, maka jangan dia mengadap qiblat atau membelakangkannya’
[1]. Tetapi, larang dalam hadis ini, bukan larangan yang mengandungi maksud haram, tetapi membawa maksud makruh’’ aku memberi penjelasan terperinci sedikit.

‘’ooo yer ker… baru saya faham’’ ringkas haji Osman.

‘’Pun begitu, larangan dalam hadis yang jadi makruh tu, kena ingat, ketika qada’ hajat di tengah padang lapang. Kalau qada’ hajat dalam bangunan, seperti jamban, tandas atau apa-apa nama sekalipun, maka ia tidak jadi makruh’’ sambung penjelasanku lagi.

‘’macam mana tu ustaz ?’’ soal haji Osman yang nampak seperti keliru

‘’macam ni haji. Zaman nabi SAW dulu, Abdullah bin Omar pergi ziarah rumah kakak dia. Nama kakak dia tu, Hafsah. Hafsah ni pula, salah seorang isteri Nabi” aku memulakan pencerahan terhadap kekeliruan Haji Osman.

”masa Abdullah Bin Omar pergi rumah Hafsah, nabi SAW ada kat rumah. Masa tu, Nabi SAW nak qada’ hajat. Abdullah bin Omar perasan Nabi SAW qada’ hajat dalam keadaan mengadap syam, dan membelakangkan qiblat
[2].

Jadinya, ulama-ulama fiqh terus debat tentang maksud hadis ini. majoriti ulama fiqh kata, hadis ini menjadi dalil bahawa tidak haram qada’ hajat dalam keadaan membelakangkan qiblat ketika qada’ hajat dalam bangunan, seperti jamban dan sebagainya” penjelasan yang agak terperinci aku berikan.

Kedengaran suara Haji Osman merespon ulasanku. Cumanya, dia tidak bercakap, malahan sekadar menyebut, ”ye ye”.

”ini dikuatkan lagi dengan satu kisah yang disebut oleh Imam ibnu hajar Al-Asqalani dalam kitab Fath Al-Bari, bahawa berlaku pada Abdullah bin Omar sendiri, iaitu dalam satu permusafiran, Abdullah bin Omar qada’ hajat dalam keadaan mengadap qiblat.

Kawan Abdullah bernama Safwan bertanya, “bukankah tindakan itu ditegah?”. lalu Abdullah menjawab, "sememangnya ia ditegah, tetapi tegahan itu dikala qada hajat di tengah padang lapang. Adapun jika ada di antara kamu dan antara qiblat itu sesuatu penghalang, maka itu tidak ada apa-apa
[3]" aku mengakhiri penjelasanku.

”emm.. baru saya faham.. jadinya ustaz.. macam mana pula dengan jamban yang saya nak buat kat rumah saya ni?” soal Haji Osman untuk kepastian dengan masalah yang menimpa dirinya.

”macam ni la haji. Lebih baik, buat tidak mengadap ke arah qiblat, atau membelakangkannya. Tetapi, kalau dah terbuat, nak buat macam mana. Lagipun, ia bukan haram” aku memberi jawapan kesimpulan.

”emm.. betul juga.. terima kasih ustaz, sebab bagi penjelasan tadi”

”tak ada apa haji.. biasa sahaja. Memang tugas ana bagi jawapan kepada orang yang bertanya.. kalau tidak, baik tak payah jadi ustaz” jawabku.

“hehehehe.. ok la ustaz.. terima kasih sekali lagi” nampak seperti Haji Osman mahu mengakhiri perbualan.
”sama-sama haji.. Assalamualaikum”

”waalaikumsalam” jawab Haji Osman.

”eh eh.. jangan lupa tau jemput, kalau haji nak kawin lagi” gurauku sebelum meletak telefon.

”heheh.. pandai la ustaz ni” haji Osman membalas gurauan..

Aku terus mematikan telefon bimbitku, dan meletakkan di sebelah laptop di meja yang selalu aku menulis.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 januari 2010 * 4:02 pagi














[1] Muslim : 389.
[2] At-tarmizi : 11.
[3] Fatawa min Ahsan Al-Kalam : 464.

Rabu, 30 Disember 2009

HUSAM WAJIB DIJATUHKAN

HUSAM WAJIB DIJATUHKAN

Aku cukup tidak puas hati dengan Husam. Semasa aku memegang jawatan dalam parti, sebarang agenda yang aku mahu lakukan tidak mendapat tempat. Rakyat lebih suka melihat husam, berbanding melihat aku.

Aku melihat, banyak khazanah ada pada kelantan. terutama, bila minyak sudah diketemui di kelantan. cuba bayangkan, jika aku yang mengelolakannya. Sudah pasti, aku akan menjadi ‘tuan besar’.

“dunia ini, bagai ana yang punya” bak kata tokoh pemikir pembikinan filem, P.Ramli.

Agak susah hendak menjadi pengelola, kalau ada manusia yang bernama Husam Musa ini. Dia amat licik dalam permainan politik, disamping bijak dalam bidang ekonomi. Ini ditambahi lagi, beliau bersih dari sebarang kotoran dalam perkara yang melibatkan wang.

Jadi, apa yang perlu aku lakukan? Aku perlu menyerang. Aku terpaksa membuka blog. Tapi, itu memberi kesan buruk pada nama burukku sendiri. Lebih baik aku membuka blog atas nama isteriku. Lagipun, kalau orang menyerang, sudah pasti orang menyerang itu akan berfikir dua tiga empat kali. Maklumlah, dia seorang wanita.

Disamping itu juga, aku perlu mempengaruhi ipar-iparku. Agar, mereka bersama denganku untuk lakukan serangan terhadap Husam. Inilah masanya, aku perlu bertindak.

Cumanya, aku bimbang dengan keberadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Apakah beliau akan bersamaku, atau bersama dengan husam? Ahhh.. itu tidak penting. Kalau hari-hari aku menyerang husam, takkan Tuan Guru tak termakan hasutanku?

Yang penting, lawan tetap lawan. Lawan sampai jatuh. Husam perlu dijatuhkan. Jika tidak, aku bimbang kebijaksanaan politikku akan tenggelam dengan kebijaksaan politik husam. Tanpa jatuhnya husam, Susah aku hendak menjadi orang nombor dua dalam kelantan, sepertimana Big Mama dalam kerajaan 1 Malaysia.

Yang penting bagiku, ipar-iparku dan kawan-kawan kelilingku, Husam wajib dijatuhkan….

Sekian


SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI


SATU HARI KRISIS RUMAH TANGGA NABI

Jabir bin Abdillah ada bercerita bahawa, satu hari Abu Bakar as-Siddiq datang ke rumah nabi SAW. sesampai di rumah itu, Abu Bakar melihat ramai orang duduk di hadapan pintu rumah Nabi.

Abu bakar menjengok ke dalam rumah nabi, kelihatan di dalam rumah, bahawa Nabi SAW duduk ditengah, dan dikelilingi oleh semua isteri-isterinya. Melihat demikian, Abu Bakar meminta izin dari nabi untuk masuk, tetapi tidak diizinkan oleh Nabi SAW.

Tidak lama kemudian, Omar bin Al-Khattab pula tiba. Pada peringkat awalnya, Omar juga meminta izin untuk masuk, juga tidak diizin oleh Nabi SAW.

Sejenak kemudian, Nabi SAW memberitahu kepada Abu bakar dan Omar, bahawa Nabi SAW telah mengizinkan mereka berdua masuk ke dalam rumah.

Abu Bakar dan Omar pun masuk, dan mereka melihat ketika itu Nabi SAW masih lagi dikelilingi oleh isteri-isterinya. Di kala itu, nabi SAW diam tidak berkata apa-apa pun.

”aku akan bercakap sesuatu kepada Nabi, agar baginda boleh tersenyum” bisik hati omar.

”Wahai Rasulullah, jika anak perempuan zaid – merujuk kepada isterinya – meminta sesuatu nafkah luar dari kemampuanku, sudah pasti aku akan memukul tengkoknya” tiba-tiba Umar bersuara.

Nabi SAW berpaling ke arah Umar, sambil melemparkan senyuman sehingga kelihatan gigi baginda yang putih.

”isteri-isteriku ini berada dikelilingku. Mereka meminta kepadaku nafkah yang aku tidak mampu” kata Nabi SAW.

Mendengar kata-kata Nabi SAW itu, menyebabkan Abu Bakar As-Siddiq bangun berjalan menuju kepada Aisyah. Kelaku Abu Bakar itu, seperti hendak memukul Aisyah.

Tidak sempat Abu Bakar melakukan sesuatu, tiba-tiba Umar juga bangun menuju kepada anaknya, Hafsah.

“apakah kamu meminta kepada Nabi SAW sesuatu yang nabi Saw tidak mempunyainya?” begitulah soalan Abu Bakar kepada Aisyah, dan soalan Omar kepada Hafsah.

Melihat soalan bernada marah dari kedua-dua tokoh sahabat yang bertanya kepada anak masing-masing, menyebabkan Nabi Saw menyuruh kedua-dua sahabat besar itu bersabar, dan tidak marah kepada anak mereka masing-masing.

Ketika itu juga, turun firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا * وَإِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالدَّارَ الْآَخِرَةَ فَإِنَّ اللَّهَ أَعَدَّ لِلْمُحْسِنَاتِ مِنْكُنَّ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut'ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik * Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar”

(Surah Al-Ahzab : 28-29)

Dengan turunnya ayat ini, setiap isteri-isteri Nabi SAW ketika itu bersuara, “demi Allah, selepas daripada hari ini, kami tidak akan meminta sesuatu lagi kepada Nabi SAW sesuatu yang Nabi SAW tidak mampu berikan
[1]


sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Disember 2009 * 5:37 petang


[1] Tafsir Ibni Kathir : 6/406.

Selasa, 29 Disember 2009

AL-KISAH CEO BERTAQWA

AL-KISAH CEO BERTAQWA

Abdul Samad (bukan nama sebenar) seorang CEO di Menara Maybank. Waima berjawatan besar, tetapi dia amat merendah diri dengan ilmu. Di rumahnya, penuh dengan keset dan CD ceramah Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Padanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah idola dalam merentasi dunia ketaqwaan.

Di surau pejabatnya, dia sendiri yang menyusun jadual kuliah. Boleh dikatakan, setiap hari ada sahaja ustaz-ustaz di sekitar Kuala Lumpur yang menyampaikan ceramah dan kuliah zohor di surau Pejabat di Menara Maybank itu.

Suatu hari, salah seorang ustaz telah menyampaikan ceramah di surau Menara Maybank. Tidak semena-mena, tajuk ceramah ustaz itu lebih berkisar kepada tajuk riba.

“kalau kita adalah CEO Bank Ribawi, bermakna kita adalah CEO Riba..apabila kita CEO riba, bermakna kita antara orang yang terawal masuk ke neraka” begitulah ulasan dalam ceramah ustaz yang mempunyai badan yang agak besar.

Tersentak Abdul Samad apabila mendengar ayat ustaz tersebut. Dia sedar, ayat itu amat tepat kena pada kepalanya. Tidak dirasakan sebagai sindiran, tetapi dirasakan sebagai ”sound tepat”.

Usai ceramah, solat zohor ditunaikan. Selesai solat, Abdul Samad berjumpa dengan ustaz tersebut, lalu berlaku perbualan antara mereka.

”Ustaz !.. tadi ustaz menyebut, kalau kita CEO Bank Ribawi, maka kita adalah CEO Riba.. sebenarnya, saya ni CEO Maybank, apakah saya ini CEO Ribawi?” soal Abdul Samad.

Ustaz terbabit melihat mukanya. Tanpa rasa bersalah, ustaz terus berkata, ”Kalau Maybank ini adalah bank Ribawi, lalu awak adalah CEOnya, maka awak adalah CEO ribawi la..”

Abdul Samad berfikir panjang. Dalam kepalanya, banyak perkara yang dia fikirkan. Terfikir tentang bayaran bulanan kereta, rumah, sekolah anak-anak dan banyak lagi.

”ustaz,, kalau saya berhenti dari jadi CEO, saya nak makan apa?”

”saya tak jadi CEO, tetapi alhamdulillah, tubuh saya lebih gemuk dari awak” jawab ustaz itu ringkas.

Jawapan ringkas dari ustaz itu, betul-betul tepat menusuk ke kalbu Abdul Samad. Menyebabkan, malamnya Abdul Samad tidak dapat melelapkan matanya.

Keesokkannya dia pergi kerja, dia mengemukakan surat perletakkan jawatan. Dia meninggalkan lima angka gajinya sebulan, semata-mata takut menjadi CEO Ribawi.

KULIAH AGAMA

Abdul Samad mula berniaga kecil-kecilan. Disamping, ia tidak pernah lalai dari menyusun jadual kuliah di seluruh surau di sekitar taman yang dia tinggal di situ.

Boleh dikatakan, semua surau-surau di sekitar tamannya itu, kuliah disusun oleh Abdul Samad. Sesiapa sahaja ingin mengetahui surau-surau yang menjemput ustaz-ustaz tertentu, cukup sekadar menelefon Abdul Samad.

Dato’ Hasan seorang korporat yang berjaya dalam perniagaannya. Beliau baru sahaja pulang dari Mekah. Sebelum itu, Dato’ Hasan juga bukanlah seorang yang baik, tetapi setelah pulang dari menunaikan haji, ternyata ia memberi kesan kepada dirinya untuk berubah.

Setelah kembali dari Mekah, boleh dikatakan di mana sahaja ada kuliah maghrib, maka di situ pasti akan ada Dato’ Hasan. Dan rujukan utama Dato’ hasan untuk mengetahui jadual kuliah maghrib itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Abdul Samad.

Suara hari, selepas menunaikan solat isyak di salah sebuah surau di taman tempat tinggal Abdul Samad, Dato’ Hasan telah mengajak Abdul Samad makan di salah sebuah restoran mamak. Di restoran tersebut, banyak perkara yang mereka bincangkan.

”Anta dah pergi Mekah ke belum lagi?” soal Dato’ hasan kepada Abdul Samad.

Sambil tersenyum, Abdul Samad menjawab, ”belum lagi Dato’.. dah tak ada rezeki lagi”

”pergila ke Mekkah tahun ni” cadang Dato’ hasan.

”ala Dato’.. tak ada duit.. kalau ada duit pun, fikir nak bayar hutang, bukan nak pergi ke Makah pun” jawab Abdul Samad, “Dato’ doakanlah, biar rezeki saya lebih sikit.. saya pun ada rasa nak pergi juga ke Mekah ni” sambung Abdul Samad lagi.

“macam ni la Abdul Samad.. tahun ni, anta pergi mekkah.. ana sponsor anta”

Ungkapan sponsor Dato’ Hasan itu menyebabkan Abdul Samad terperanjat.

“jangan melawak dato’.. pergi ke Mekah ni, bukan sikit duit..” kata Abdul Samad.

“tak per.. esok pagi, kita jumpa kat tabung Haji..” kata Dato’ hasan

“isy Dato’ ni.. serius ke ni?” Soal Abdul Samad seakan-akan tidak percaya dengan tawaran itu.

“betul.. esok kita pergi sama-sama pun tak per” pesan Dato’ hasan.

“insya Allah..” jawab Abdul Samad.

TABUNG HAJI

Selesai menunaikan solat subuh di surau Al-Muttaqin, kebiasaan Abdul Samad akan bubuh sebanyak dua ringgit ke dalam tabung surau tersebut. Setelah pulang, dia terus mengambil mashaf. Tidak sempat memulakan bacaan Al-Quran, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Dilihat di screen telefon, termaktub nama “Dato’ Hasan”.

“Assalamualaikum Dato’”

“waalaikumsalam.,, pukul 7:30 nanti, Ana pergi rumah anta. Kita pergi Tabung Haji sama-sama”

”baiklah dato’.. insya Allah”

Setelah membaca al-Quran, Abdul Samad terus bersiap-siap. Sebelum pukul 7:30 pagi, Abdul Samad sudah menunggu di depan rumahnya.

Lagi dua minit pukul 7:30, Dato’ hasan sudah sampai di hadapan rumahnya. Kelihatan, Dato’ Hasan tidak memandu sendiri, tetapi keretanya dipandu oleh seorang Driver.

PAKEJ

Sesampai di Tabung haji, Dato’ Hasan berbicara sendiri dengan Counter untuk melihat pakej haji.

”Dato’, Pakej 16 ribu sudah habis” kata Counter perempuan di Tabung Haji.

”tak pe la Dato’, Pakej dah habis.. tak pe la, dah tak ada rezeki” tiba-tiba Abdul Samad bersuara.

‘’Cuba tengok pakej 20 ribu, ada kosong lagi tak ?’’ Tanya Dato’ Hasan kepada Counter.

‘’kalau Pakej 20 Ribu, ada kosong lagi ‘’ jawab Counter perempuan itu.

‘’kalau macam tu, ambil pakej tu’’ pinta Dato’ Hasan.

Abdul Samad berdiam sahaja di sebelah Dato’ Hasan. Tidak dapat berkata apa-apa, melainkan melihat sahaja apa yang dilakukan oleh Dato’ Hasan.

Ketika semua dokumen telah diisi. Dato’ hasan terus mengajak Abdul Samad ke bank. Di sana, Dato’ Hasan telah transfer wang sebanyak RM 20 ribu kepada akaun Tabung Haji Abdul Samad.

Semua yang berlaku, dilihat oleh Abdul Samad. Dia seakan-akan tidak percaya seperti yang berlaku.

BERTOLAK KE MEKAH

Tarikh para jemaah haji bertolak ke Mekah sudah tiba. Makanya, Abdul Samad pun bersiap-siap untuk bertolak.

Di tapak berkumpul semua jemaah Haji, di Kelana Jaya. Dato Hasan juga hadir. Sebelum Dato’ Hasan pulang, dia telah menghulur satu sampul surat yang berisi wang kepada Abdul Samad.

”duit apa ni dato’?” soal Abdul Samad.

‘’tak ada apa.. tolong belikan minyak wangi. Harganya dalam RM 2 ratus sahaja. Yang berbaki tu, buat belanja makan minum di sana” pesan Dato’ Hasan.

“terima kasih banyak-banyak dato’” ucap Abdul Samad. Dia tidak tahu, berapa bilangan duit dalam sampul surat tersebut.

Setelah Dato’ hasan pulang, Abdul Samad membuka sampul surat yang mengandungi duit itu. Dia terkejut, kerana duit dalam sampul surat itu sebanyak RM 9 Ribu, walhal minyak wangi yang dikirim oleh Dato’ Hasan hanya berharga RM 2 ratus sahaja. Bermakna, lebih RM 8 ribu merupakan duit untuk perbelanjaannya di Mekah telah diberikan oleh Dato’ hasan kepadanya.

“subhanallah.. kuasa Allah melebihi kuasaku” itu sahaja yang dapat Abdul Samad sebut.

PULANG

Setelah pulang, Abdul Samad tidak sabar-sabar hendak berjumpa denganku. Pertemuan diatur di salah sebuah restoran di sekitar taman tempat tinggal Abdul Samad.

“ustaz.. ana rasa, betul-betul Allah tunjuk kekuasaan-Nya kepada ana” kata Abdul Samad yang kini sudah bergelar “Tuan Haji”.

“emm. Macam mana tu haji? Storylah sikit” pintaku.

Lalu diceritakan semua kejadian yang berlaku, bermula dari dia berhenti dari jawatan CEO hingga dia pulang dari Mekah ini. cerita yang menarik itu, didengar dengan penuh kagum.

”apa amalan haji yang haji tak pernah tinggal?” soalku kepada Abdul samad.

”ana dok fikir. Selama ini, ana pegang dengan maksud firman Allah yang Allah sebut, barangsiapa yang infaq harta mereka, perumpamaannya seperti satu bijiran yang melahirkan tujuh tangkai.. ana pegang ayat tu betul-betul, sehingga setiap hari, ana tidak pernah tinggal derma dalam tabung surau kat taman ana tu.” kata Abdul Samad.

”Masya Allah.. ana rasa, inilah faktor Allah tunjuk karamah-Nya kepada haji” kataku kagum.

”ye ustaz.. ana yakin dengan janji Allah ini”

Kami berbual agak panjang malam itu. secara peribadi, aku amat mengkagumi Tuan Haji Abdul Samad itu. waima dia tidak berkelulusan agama, dan bermertuakan seorang Ulama, tetapi keyakinannya terhadap agama melebihi berbanding orang-orang yang belajar agama.

Inilah seorang yang kurang dikenali dikalangan masyarakat, tetapi hatinya merupakan kepunyaan Allah SWT. Justeru, waima dengan berat hati, dia terpaksa menolak jawatan CEO. Pun begitu, ketakutannya kepada Allah benar-benar telah Allah buktikan dengan anugerah Allah untuk menerima kunjungannya dalam menunaikan haji dengan rezeki yang dia sendiri tidak sangkakan.

Sekian


Wallahu ’Alam

P/S : jika dahulu, PAS antara parti yang paling kuat menentang Kronisma dan Nepotisma, tetapi mungkin tidak dikala PAS memerintah. Jika dahulu, PAS antara parti yang kuat menentang UMNO, tetapi tidak ketika PAS memerintah. Justeru, jika PAS kuat menentang ISA di kala tidak menjadi kerajaan Pusat, makanya tidak hairan jika PAS mempertahankannya ketika sudah mendapat tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat. Aku lebih percayakan Islam berbanding PAS.


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
30 Disember 2009 * 8:37 pagi

NASIB BAIK AKU BUKAN ORANG BESAR


NASIB BAIK AKU BUKAN ORANG BESAR

Satu hari, seorang gembala kambing pergi di kawasan padang ragut. Kali ini, dia tawar hati untuk menempatkan kambingnya di padang ragut itu, kerana padang ragut itu dipenuhi dengan kambing kepunyaan seseorang yang tidak dikenali.

Pengembala kambing tersebut tidak berpuas hati, menyebabkan dia siasat kepunyaan siapakah kambing yang memenuhi padang ragut kepunyaan kerajaan pimpinan omar.

Dia amat terkejut, apabila dia dapati bahawa kambing-kambing itu kepunyaan Abdullah, salah seorang anak lelaki Omar. Mengetahui itu, menyebabkan pengembala itu terus melaporkan kepada Khalifah Omar bin Al-Khattab.

"aku tidak mengetahui bahawa Abdullah mengembala kambing" kata omar lembut kepada pengembala kambing tersebut.

Lalu, Omar pun memanggil Abdullah dan bertanya, "wahai anakku, Abdullah. Benarkah aku dimaklumi bahawa kamu ada mengembala kambing?"

"benar wahai bapaku"

"benarkah, kambing-kambing kamu itu ditempatkan di penempatan padang ragut kerajaan?" soal Omar lagi.

Sambil menundukkan kepala, Abdullah menjawab, "benar wahai bapaku"

Omar merenung muka Abdullah.

"wahai anakku, aku adalah khalifah. Tetapi dalam masa yang sama, aku adalah bapamu. Justeru, aku arahkan sebagai khalifah agar kamu menjual segala kambing-kambing kamu itu. Kamu wang modalnya, dan keuntungan jualan itu hendaklah disimpan ke dalam baitul mal" Omar memberi arahan tidak tertangguh kepada Abdullah.

***

Alangkah susahnya menjadi orang besar. Sebarang tindakan, memang tidak salah dari sudut syarak, tetapi jika ia salah dari sudut persepsi, ia tetap dikira sebagai sesuatu yang wajib dijaga.

Kadang-kadang aku berkhayal sendirian, betapa susahnya aku mengatakan "tidak" kepada anak-anakku, apabila diminta sesuatu. Jika memberanikan juga diri ini mengatakan "tidak", sudah pasti dari sudut hati kecil, terasa kasih dan sayang terhadap anak seakan-akan terganggu.

Aku membayangkan jika aku seorang yang mempunyai jawatan dalam kerajaan. Apabila aku telah memberi sesuatu jawatan kerajaan kepada anak-anak, lalu dia menyeleweng, apakah aku boleh menghentamnya sepertimana aku menghentam kawan-kawan, juga musuh-musuhku yang melakukan penyewengan.

Sungguh ia susah. Sebab itu, tidak dapat tidak, kita terpaksa akui dengan firman Allah dari surah Al-Imran ayat 14 yang menyatakan, "manusia itu dihiaskan dengan kehendak syahwat; perempuan, anak pinak... " Hingga akhir ayat

"Lebih baik jadi rakyat yang menentu hala tuju kerajaan, berbanding jadi pemimpin" itulah keputusan yang hati kecilku buat.

Sekian

Wallahu Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- taman melewar
30 Disember 2009 * 12:04 pagi

Isnin, 28 Disember 2009

NASIB BAIK AKU BUKAN ANAK, ATAU MENANTU ORANG BESAR


NASIB BAIK AKU BUKAN ANAK, ATAU MENANTU ORANG BESAR

Dulunya, Bapaku bermazhab sesat UMNO. Telahku usahakan. Akhirnya, dia meninggalkan ajaran sesat UMNO, dan kini masuk PAS. ketika itu, aku baru berumur 14 tahun, iaitu dikala sedang berkain palaikat, berjubah dan berserban bersama menuntut di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas Kelantan.

Bapaku bukan orang besar. Dia sekadar orang kampung yang terlalu biasa. Tidak mempunyai pendidikan, sehingga membaca pun tidak termampu. Pun begitu, dia amat mengkagumi Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Aku kagum, kini bapaku boleh kagum dengan Menteri Besar Kelantan itu, waima semasa dia UMNO dulu, dia sering kutuk tok guru didepanku.

Aku berkahwin dengan seorang muslimat yang sama-sama menuntut di Mesir berasal dari Negeri terengganu. Bapa mertuaku seorang yang berkerja sebagai security guard di salah sebuah sekolah Menengah di Jertih.

Dia juga orang biasa sahaja. Tidak mempunyai pendidikan tinggi. Membaca surat tulisannya, sudah cukup untuk aku mengatakan bapa mertuaku bukan orang besar.

Mujur aku tidak mempunyai seorang bapa atau bapa mertua yang terkenal dalam masyarakat. Sama ada berjawatan Perdana Menteri, atau Menteri Besar, atau Presiden mana-mana parti dan sebagainya. Jauh sekali, aku merupakan seorang anak atau menantu kepada seorang yang mempunyai nama dari sudut dunia keagamaan. Cukup sekadar anak dan menantu kepada bapa atau mertua yang menjaga agamanya sepertimana wajib menjaga agama oleh orang biasa.

Jika aku adalah anak atau menantu kepada seorang orang besar dari sudut politik, atau sudut dunia keagamaan, sudah pasti factor aku merupakan penyumbang dalam menentu imej bapa atau mertuaku buruk atau tidak.

Lebih aku bersyukur, apabila aku tidak menjadi factor penyebab keburukan imej Islam, dengan sebab aku tidak menjadi menantu kepada mana-mana tokoh agama yang memberi kesan kepada Islam itu sendiri.

Mungkin kalau aku seorang anak atau menantu kepada orang-orang politik, mungkin aku adalah penyebab kejatuhan imej politik bapa atau mertuaku. Mana tau, aku bergantung dengan baju bapa atau mertuaku untuk mencari kekayaan?

Pun mungkin, jika aku seorang anak atau menantu kepada tokoh agama, mungkin aku adalah penyebab kejatuhan imej ketokohan bapa atau mertuaku. Mana tau, sebarang dosa yang aku lakukan, sudah pasti dilihat halal disebabkan aku anak atau menantu tokoh agama?

“Fuh… nasib baik, bapa dan mertuaku bukan orang besar” bentak hatiku.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Disember 2009 * 3:14 petang

JANGAN MEMBAZIR, WAIMA BERWUDU


JANGAN MEMBAZIR, WAIMA BERWUDU

Azan Zohor kedengaran. Muazzin yang sedang melaungkan azan itu seorang lelaki yang berbangsa Pakistan. Sudah pasti sebutan lafaz-lafaz azan, tidak sama dengan lafaz-lafaz azan sebutan orang Malaysia.

Orang melayu Malaysia, apabila mereka menyebut lafaz arab, kadang-kala orang berbangsa arab sendiri pun merasa kagum. Ini terbukti, setiap kali berlaku musabaqah al-Quran, juaranya boleh dikatakan setiap tahun disandang oleh orang Malaysia.

Masjid Al-Faruqi, sebuah masjid yang berada di Gulshan – E – Iqbal, Karachi, Pakistan. Setiap kali solat berjemaah lima waktu, sekurang-kurang safnya adalah 7 saf. Di waktu solat subuh, jemaahnya kadang-kala mencecah 15 Saf. Lebih hebat, dikala solat Maghrib dan Isyak ditunaikan. Inilah hakikat pengamalan solat jemaah di Pakistan, yang amat jauh jika mahu dibandingkan solat jemaah di Malaysia.

Aku pergi ke masjid dalam keadaan tiada wudu’. Sudah pasti, sesampai di Masjid, aku ke tempat wudu’ terlebih dahulu. Sedang berwudu’, kelihatan seorang anak muda yang mempunyai wajah yang agak berseri. Tenang hatiku, dikala melihat wajahnya.

“dia ni mesti budak soleh.. tidak, takkan macam ni punya berseri muka” cetus hatiku.

Aku perhatikan dia berwudu’. Ternyata, dia membuka pili paip air dengan besar sekali.

“ini pembaziran..” hatiku berkata-kata. ”isy.. kalau ikut apa yang aku belajar, membazir air ketika berwudu’ adalah haram, jika air itu air waqaf.. kalau air itu, air sendiri, membazir air ketika berwudu’ adalah makruh
[1]

Rupa-rupanya, pemuda itu terperasan dengan tindakanku yang sedang memerhatikannya.

”Assalamualaikum..” dia memberi salam kepadaku.

”waalaikumsalam.. ” aku membalas salamnya. Aku melemparkan senyuman kepadanya, dan dia juga membalas senyumanku itu.

”Kiya Hal Hai?” (apa Khabar?) Dia menegur.

”Tik Thak Hoo” balasku ringkas. ”tum yaha, parta hai?” (kamu di sini belajar?) soalku.

“nehi.. yaha kam karta hoo” (tidak.. saya bekerja di sini) jawabnya.

Kami tidak bercakap panjang. Cukup sekadar bertegur-sapa sahaja. Kerana, solat sudah hampir hendak ditunaikan.

SOLAT JEMAAH

Setelah selesai solat jemaah, pemuda itu dilihat bersandar di salah sebuah tiang di masjid Al-Farooqi itu. usai berzikir dan berwirid, aku terus menuju kepadanya.

Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku memperkenalkan diriku. Begitujuga dia, memperkenalkan dirinya sebagai Fadhlurrahman. Dia berbangsa Afghanistan, tetapi bekerja di Pakistan.

”kamu bukan orang pakistan kan?” soalnya.

Aku tersenyum dengan soalan itu. maklumlah, wajahku tidak sedikitpun iras orang yang berbangsa Pakistan. Tiba-tiba soalan sebegini boleh terpancul dari mulutnya.

”yap.. saya bukan orang Pakistan.. saya orang Malaysia” jawabku ringkas.

”di Pakistan, kamu buat apa?”

”saya belajar di sini”

”emmm... di mana kamu belajar?”

”Jamiah Farooqiyyah, Shah Faisal Caloni”

“kamu ni, bakal jadi Maulana la ni” dia berseloroh.

“eh.. tidak la.. biasa-biasa sahaja” jawabku sambil tersenyum.

BERBUAL-BUAL

Sedang kami berbual mesra, aku berfikir, bagaimana hendak keluarkan tajuk tentang pembaziran ketika berwudu’. Sengaja aku mahu membuka tajuk itu, kerana melihat dia berwudu’ tadi dengan membuka pili air dengan besar sekali.

Tidak semena-mena, aku sengaja bercakap tentang ibadat. Kelihatan dia agak tertarik dengan tajuk yang aku buka itu. perbualan kami tentang tajuk ibadat tersebut, seperti berlaku satu wacana yang tidak rasmi.

“kadang-kadang, ketika kita berwudu’ pun, kita boleh lakukan sesuatu yang boleh rugi pahala” aku membuka cerita

“emm.. “ dia kelihatan berfikir. “bagaimana tu?” soalnya.

“ye la.. berwudu’, hukumnya sunat. Kalau nak solat, berwudu’ jadi wajib. Kira-kiranya, dapat pahala la. Tetapi, ketika kita berwudu’, kita tidak sedar bahawa kita sudah lakukan pembaziran. Kalau kita membazir, syaitan cukup suka. Ia boleh jadi makruh.. silap haribulan, haram pun boleh jadi” aku memberi penerangan.

Dia kelihatan termenung sekejap.

”di zaman Nabi SAW dulu, Nabi SAW ada bersabda, ’jangan membazirkan air, waima kamu di sungai yang mengalir’
salah seorang sahabat bertanya, ’Wahai Rasulullah, apakah membazir pun boleh berlaku pada wudu?"
"ya.. Pada semua perkara boleh berlaku pembaziran" jawab Nabi SAW

Aku memberi ulasan dengan membaca satu hadis Nabi SAW riwayat Ibnu Majah
[2].

“Astaghfirullah.. tadi saya berwudu’ dalam keadaan membazir la.. Ya Allah, ampunkanlah saya” tiba-tiba Fadhlurrahman berdoa.

Aku tersenyum apabila mendengar doa Fadhlurrahman itu.

”dia ni mesti orang baik-baik.. ” hatiku berkata.

”kenapa wahai Fahlurrahman?” soalku pura-pura tidak tahu.

”tadi saya berwudu, saya buka pili air besar sangat. Saya tak perasan bahawa saya sudah melakukan dosa.” jelas Fadhlurrahman.

Aku tersenyum melihat reaksi Fadhlurrahman itu.

”bukan sekadar itu sahaja. kalau kita berwudu’ basuh lebih dari 3 kali basuh. Itupun sudah cukup disebut sebagai membazir tau” aku memberi penjelasan lagi.

”dahulu, Nabi SAW didatangi seorang badwi tengok nabi SAW berwudu” aku menyambung ulasanku. ”pada masa tu, nabi SAW berwudu’ dengan basuh pada setiap anggota tiga kali.. badwi itu perhatikan sahaja perbuatan Nabi SAW. masa tu, Badwi itu tanya Nabi SAW tentang basuh tiga kali pada setiap Anggota wudu’. Nabi SAW menjawab,

هَكَذَا الْوُضُوءُ فَمَنْ زَادَ عَلَى هَذَا فَقَدْ أَسَاءَ وَتَعَدَّى وَظَلَمَ

”inilah cara wudu yang sebenar. Barangsiapa lebih daripada ini, maka sesungguhnya dia telah melakukan kesalahan, melampaui batas dan melakukan kezaliman
[3]

Dia mengangguk mendengar penjelasan aku itu.

”ada pula manusia boleh jadi membazir ketika berwudu’, sebab dia ditimpa penyakit was was. Semua perkara dia buat, mesti was was. Solat was-was, wudu’ was was.. tapi yang pelik tu, masa makan dia tak was-was langsung” sambungku, sambil melawak.

Dia gelak dengan lawakku itu.

“tapi apa kan daya. Nabi SAW sendiri ada sebut bahawa ada sejenis syaitan yang tugasnya bagi was-was kepada orang yang berwudu’” aku menyambung syarahanku itu

“Acca.. ada juga yer syaitan yang tugas kacau orang berwudu’?” Soal Fadhlurrahman serius.

“yap.. nama syaitan tu, Wilhan
[4]” jawabku ringkas.

“sebab itu, kalau kita was-was masa berwudu’. Jangan layan. Itu semua kerja syaitan wilhan” jelasku lagi.

Dia mengangguk. Dilihat seperti menarik dengan celotehku itu.

Sedang asyik kami berbual-bual. tiba-tiba, dia nampak seperti tergesa-gesa. Dia melihat jam tangannya.

”aree bhai.. maafi maghta hoo” (alamak, Saya minta maaf)” katanya.

”kiyuuu?” (kenapa) soalku.

”Saya sudah terlewat. Saya minta maaf. Saya terpaksa minta diri dulu”

”mehrabani.. kuch nehi” (ok tak per). Jawabku ringkas.

”tetapi, Saya suka berbual dengan kamu” ujarnya.

Aku hanya tersenyum.

”insya Allah, Pir Mulaqat karengge” (dengan izin Allah,, kita jumpa lain kali). Aku mengakhiri perbualan kami.

Sambil membalas senyumanku, dia menjawab, ”Insya Allah”.

Kami pun keluar masjid bersama-sama. Sebelum berpisah, kami bersalam-salaman. Rupa-rupanya, itulah pertemuan kali pertama dan kali terakhir aku dengannya. Sehingga kini, aku tidak berjumpa dengan dia lagi.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Disember 2009 * 3:34 pagi









[1] Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam : 1/458.
[2] hadis nombor : 419
[3] An-Nasai : 140.
[4] Sunan Ibni Majah : 415

إِنَّ لِلْوُضُوءِ شَيْطَانًا يُقَالُ لَهُ وَلَهَانُ فَاتَّقُوا وَسْوَاسَ الْمَاءِ

Ahad, 27 Disember 2009

SOLAT JENAZAH TANPA WUDU'

SOLAT JENAZAH TANPA WUDU'

Solat jenazah baru sahaja selesai ditunaikan. Solat diimamkan Ustaz Harun, seorang imam kampong yang tidak asing lagi di Kampung Melayu. Semasa berdoa, kelihatan seorang lelaki berjalan-jalan dicelah-celah jemaah. Di bubuh pada setiap seorang satu sampul surat ke dalam poket masing-masing.

Aku memahami, itu hadiah saguhati dari keluarga si mati kepada mereka yang menghadiri solat jenazah. Mengenangkan kesusahan dan kesedihan yang menimpa si mati, aku tidak menerima wang saguhati tersebut. Dibubuh kedalam poketku, diberikan balik kepada pemberi tersebut. Dia tersenyum melihatku menolak wang saguhati tersebut, aku pula sekadar membalas senyumannya sahaja.

Nabi SAW berpesan, agar tidak menyusahkan kepada keluarga si mati. Tetapi, budaya melayu menjangkaui kehendak nabi, menyebabkan budaya menyusahkan si mati menjadi amalan kebiasaan bagi masyarakat melayu yang beragama islam.

Sabda nabi SAW;

اصْنَعُوا لِآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ شَغَلَهُمْ

Maksudnya;
"buatlah makanan untuk keluarga Jaafar. Ini kerana, keluarnya telah ditimpa sesuatu yang menyibukkan hati mereka" (sunan abi Daud : 2725)

Budaya Islam ini, tidak berlaku dalam budaya orang melayu. Pada orang melayu, buat kenduri – menyediakan makan dan minum – terbeban di kepala keluarga si mati, walhal Islam meletakkan suruhan agar sahabat handai yang bukan dari ahli keluarga si mati yang perlu menyediakan makanan.

Jika merujuk kepada kitab "Aun Al-Ma'bud", dinyatakan bahawa menyediakan makanan itu, bukanlah untuk dimakan oleh mereka yang hadir, tetapi disediakan untuk keluarga si mati. Ia dengan tujuan, meredakan kesdihan keluarga tersebut dari musibah yang sedang menimpa
[1].

SOLAT JENAZAH

"apa hokum solat jenazah dalam keadaan tidak berwudu', ustaz?" tiba-tiba satu suara kedengaran, menyebabkan lamunanku termati.

"ohh.. Pak chik Hamzah.. ingat sapa tadi" aku menyahut, "apa Pak Chik tanya tadi?" aku menyoal dia balik.

Pak Cik hamzah tersenyum bila aku bertanya begitu. Mungkin dia perasan, bahawa tadi aku sedang dalam lamunan.

"saya tanya tadi, boleh ke kita solat jenazah tanpa berwudu'?"

Aku tersenyum mendengar soalan itu.

"setiap solat perlu ada wudu'. Termasuklah solat jenazah" jawabku. "apa hokum bagi semua solat, begitujuga hokum bagi solat jenazah" sambungku lagi.

"tapikan ustaz.. ada saya dengar satu ceramah. Ada seorang ustaz tu sebut, bahawa solat jenazah tidak perlu berwudu" balas Pak Chik Hamzah yang amat terkenal dengan ketekunannya menunaikan solat berjemaah, juga menghadiri kuliah-kuliah agama.

Aku tersenyum melihat cara pak cik hamzah bertanya. Ditambahi dengan raut wajahnya yang serius ketika bertanya.

"memang ada ulasan macam yang pak Cik sebut tu. Kalau kita baca satu kitab tu, nama kitab tu Az-Zawajir, karangan Imam Ibnu Hajar Al-Haitami
[2]. Dia ada sebut bahawa harus menunaikan solat jenazah tanpa wudu'. Tapi, pendapat itu dipertikaikan" aku memberi penjelasan panjang sedikit.

"tapi… kalau kita buka kitab Mazhab hanafi. Memang boleh solat jenazah tanpa wudu'. Tetapi dengan syarat, perlu bertayammum. Walau berada di tepi sungai sekalipun" sambungku lagi.

Pak Cik Hamzah mengangguk dengan ulasanku. Kelihatan dia amat berminat dengan ulasanku.

"em.. baru saya faham. Maknanya, kalau ada orang dok sebut boleh solat jenazah tanpa wudu', itu bukan pendapat Imam Syafie la kan". Pak Cik Hamzah nak kepastian.

"yap.. betul tu pak cik" jawabku.

"ustaz ada dalil tak yang boleh saya jawab, kalau ada orang tanya saya nanti?" Pinta Pak Cik hamzah.

"ada.. iaitu hadis Abdullah bin Omar yang berkata;

لَا يُصَلِّي الرَّجُلُ عَلَى الْجَنَازَةِ إِلَّا وَهُوَ طَاهِرٌ

Yang bermaksud, "tidak boleh seseorang lelaki itu menunaikan solat jenazah, melainkan dia bersuci terlebih dahulu" (Muwatta' : 487)

"terima kasih ustaz sebab bagi jawapan" kata pak Cik hamzah.

"sama-sama… lain kali, kena bayar ni" aku bergurau..

Pak Cik Hamzah tergelak kuat dengan gurauanku.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Kota damansara
28 Disember 2009 * 2:07 pagi



[1] Aun Al-Ma'bud : 7/199
[2] Az-Zawajir : 2/361.

Sabtu, 26 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (16)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (16)

Ika melihat wajahku. Seakan-akan memberi satu isyarat kepadaku untuk berkata sesuatu. Aku pun pergi ke satu sudut, diekori oleh Ika.

”sebelum ni, Aini ada cerita yang dia pernah kena duduk dalam rumah kebajikan.” ika bercerita, tapi ringkas. Matanya menunduk kebawah.

”oh yer ker.. maknanya, si Aini pernah kena tangkap dengan polis kan?” aku meneka.

”ya.. dia ada cerita kat ana, dia cakap dia pernah kena tangkap dengan polis. Sebab tu, dia takut sangat bila kita nak buat report polis” ika memberi penjelasan.

Aku memegang daguku. Kepalaku berfikir tindakan yang perlu dilakukan.

“em.. kalau macam tu, tak per.. nanti ana bincang dengan zul dulu”

“ok ustaz”. Balas ika senyum, sambil terus pergi kepada Aini balik.

BERBINCANG

“zul !!, mai kita tengok TV kat depan ni ha” aku memanggil zul. Sengaja ajak tengok TV, supaya tidak terperasan oleh Aini.

Di ruang tamu, aku nyatakan apa yang Ika maklumkan kepadaku. Kelihatan Zul seperti berfikir.

”hang nampak, kita kena buat macam mana?” Zul bertanya.

“aku pun blur ni..” jawabku, sambil mataku melihat ke TV.

Diam beberapa ketika, tiba-tiba Ika datang berjumpa kami.

”ustaz.. Aini batuk keluar darah la” Ika memaklumkan berita.

”alamak.. mati anak orang nanti, lagi berat” balasku, ”Ika kan doktor, takkan tak ada cara kot” sambungku lagi.

”memang la ustaz.. tapi kat Hospital ada alat, kat sini mana ada alat” kata ika, sambil menunjukkan memek muka seperti ”boring”.

”haa... aku cadangkan, kita hantar dia kat hospital. Bila di hospital nanti, mesti hospital akan buat laporan polis” tiba-tiba zul bersuara. Idea baru datang.

“betul tu.. aku setuju..” aku membalas menyatakan persetujuan.

Aku terus pergi jumpa dengan Aini, ”Aini batuk keluar darah ni. Ini bahaya. Aini kena pergi hospital ni” kataku kepada Aini.

Aini tidak menjawab. Dia senyap seribu bahasa.

Aku melihat Ika, Murni dan beberapa orang muslimat yang menempatkan Aini dirumah mereka. Mereka juga diam.

“ok Aini kan?” Aku bertanya untuk nak kepastian.

”kira dia setuju la tu” Zul bersuara disebelahku.

MAKAN

Kami terus menaiki keretaku menuju ke Hospital Kuala Lumpur. Yang bersama adalah, Zul, Aini, Ika dan Murni. Muslimat yang menempatkan aini dirumah mereka tidak ikut bersama.

Dalam perjalanan, perut pula terasa lapar.

“hampa tak lapaq ka hoi?” aku bertanya dalam loghat utara.

“lapaq la ni” zul balas.

”dah tu, mana kita nak rembat nasi ni ?” soalku

”hang rasa, tempat mana yang paling sedap kat KL ni?” tanya zul.

”ok.. ada satu tempat tu. Kedai ni memang sedap gile... tapi, selera kelantan la..hampa makan ke makanan kelantan ni?”

”aku rembat je” balas zul.

Aku melihat ke cermin keretaku. Kelihatan wajah Ika.

”ika ok ke? Murni pula macam mana?” aku bertanya ika dan murni.

”kami tak kisah ustaz. Boleh belaka” jawab Ika.

”Aini macam mana pula?” soalku kepada Aini.

Aini tidak membalas. Diam sahaja.

”dah majoriti bersetuju, kira demokrasi kita dah menang la” aku berseloroh.

”hahaha. Pandai hang” zul membalas.

Aku pun terus menuju kearah masjid Pakistan. Berhampiran dengan masjid pakistan, ada sebuah kedai makan, selera kelantan. Di sana, Aku makan agak banyak juga. Al-maklumlah, selera kelantan yang merupakan seleraku. Begitujuga zul. Ika dan Murni juga makan, waima tidak banyak. Cumanya, Aini tidak menyentuh makanan sedikit pun.

“makan la Aini..” suruhku.

Aini tidak menjawab. Dia melihat muka zul, kemudian kepada mukaku.

”waduh.. apa hal pula minah ni gi tengok macam tu” hatiku tertanya-tanya.

”hang makan je la.. nanti kalau hang sakit, kami tak susah. Hang la susah” pesan zul kepada Aini.

Aku tersenyum mendengar zul bercakap macam tu. Lebih-lebih lagi, zul memang cukup terkenal di kalangan teman-teman, orang yang suka buat saraf sesama bercakap.

”Aini tak ada selera la” kata Aini ringkas.

”dah tu, nasi yang zul bubuh kat Aini ni, sapa nak makan?” aku bersuara, ”jangan membazir, tak baik. Adik beradik setan tu.. quran kata ah.. bukan ana kata” sambungku lagi.

Ika dan Murni tersenyum melihat aku dan zul menyuruh Aini makan. Akhirnya, Aini makan juga, walau terlalu sedikit.

HOSPITAL

Setelah makan, kami terus pergi ke hospital Kuala Lumpur. Sesampai di sana, aku menyerahkan semua urusan Aini kepada Ika dan Murni. Mereka lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan, kerana mereka adalah doktor.

”ika ngan Murni selesaikan masalah Aini ni.. ana ngan zul nak gi solat kat masjid” pesanku kepada Ika.

”ok ustaz.. apa-apa hal nanti, kami telefon ustaz” ika membalas.

Aku terus ke masjid bersama Zul. Setelah selesai menunaikan solat zohor, aku dan zul berbual-bual. Perbualan kami, lebih banyak tertumpu kepada isu politik semasa.

Sedang asyik berbual, tiba-tiba Hpku berbunyi. Aku melihat hpku, tercatit nama ”ika”.

Aku terus angkat telefon.

”hello ustaz..” suara ika agak cemas.

Bersambung...

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
27 Disember 2009 * 2:37 petang






“SUMPAH ABANG TAK RABA”


“SUMPAH ABANG TAK RABA”

Azman (bukan nama sebenar) masuk ke dalam lif bersama isterinya. Masuk bersama dalam lif itu, beberapa orang termasuk seorang perempuan yang agak cantik dan memakai pakaian seksi. perempuan itu berdiri, betul-betul dihadapan antara Azman dan isterinya. Mata Azman tidak habis-habis memerhatikan perempuan seksi tersebut.

Dalam tidak disangka-sangka, tiba- tiba perempuan itu berpaling kepada azman.

“kenapa awak raba punggung saya?” kata perempuan itu. tidak sempat azman berkata apa-apa, perempuan itu menampar mukanya.

Azman tergamam, dicampur perasaan malu. Semua orang dalam lif itu melihat kepadanya. Setelah keluar dari lif, azman memberitahu kepada isteri, bahawa dia tidak raba pun perempuan tersebut.

“sumpah,, abang tidak raba perempuan tadi” kata Azman.

sambil tersenyum sinis, isteri azman berkata, “Saya percaya abang memang tidak raba perempuan tadi”

Mendengar jawapan isterinya itu, azman menarik nafas lega. Cumanya, dia kepelikkan, kenapa dia kena tampar dengan perempuan tadi.

”abang pelik betul, kenapa abang kena tampar dengan perempuan tadi?” kata Azman.

Dengan slumbernya isterinya berkata, “sebab yang raba perempuan itu adalah saya”

Sekian



KENCING BERDIRI


KENCING BERDIRI

Berhenti di R&R untuk menunaikan qada’ hajat. Masuk sahaja di Tandas awam, kelihatan sebilangan manusia yang kencing berdiri. Tindakan itu, bukan dilakukan oleh orang bukan Islam sahaja, bahkan banyak yang melakukannya adalah orang Islam.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan didapati memang sudah disediakan di tandas-tandas awam, bahawa tempat khusus untuk kencing dalam keadaan berdiri.

Apa yang dibimbangi, apabila lakukan kencing berdiri, ia mempunyai banyak kemungkinan. Seperti, terpercik air kencing pada pakaian. Lalu, jika pakaian itu terkena percikan air kencing, kemudian tidak dibasuh, dan terus digunakan untuk menunaikan solat, sudah pasti solat tersebut tidak sah.

Melihat kepada kebimbangan ini, kadang-kala terfikir tentang hukumnya kencing berdiri ini. Apakah, ia dibenarkan dalam syarak, ataupun ia adalah dilarang? Jika haram, apakah dalilnya dan hujjah-hujjahnya. Dan jika ia harus, di manakah sandaran yang diguna pakai.

NABI KENCING DUDUK?

Jika dirujuk kepada kitab "Zad al-Maad" karangan Ibnu Qayyim. Beliau menyatakan bahawa kebanyakkan masa ketika Nabi SAW kencing adalah dalam keadaan duduk. Kenyataan Ibnu Qayyim ini disandarkan kepada hadis Aisyah yang berkata;

مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوهُ مَا كَانَ يَبُولُ إِلَّا قَاعِدًا
Maksudnya; "barangsiapa yang bercerita bahawa Nabi SAW kencing berdiri, maka jangan kamu benarkan ceritanya itu. Ini kerana, nabi SAW tidak pernah kencing melainkan dalam keadaan duduk" (At-Tarmizi : 12)
jika dilihat pada hadis ini, kita akan dapati bahawa Aisyah yang merupakan isteri Nabi, menafikan sebarang dakwaan bahawa Nabi SAW itu pernah kencing dalam keadaan berdiri.

Pun begitu, apabila dilihat kepada hadis ini, bukan bermakna perbuatan kencing berdiri itu adalah haram. Ini kerana, sebarang tindakan yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, bukan bermakna perbuatan adalah terlarang sama sekali.

Ekoran itu, ada ulama berpendapat bahawa, hukum kencing berdiri adalah makruh. Ini dikuatkan lagi kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim, daripada hadis huzaifah yang menyatakan beliau kencing berdiri. Memandangkan Huzaifah bin Al-Yaman merupakan sahabat Nabi, sudah pasti tindakan Huzaifah yang kencing berdiri itu bukanlah perkara yang terlarang. Makanya, ramai dari kalangan ulama hadis menyatakan, tindakan kencing berdiri bukanlah perkara haram.

Walau kencing berdiri itu bukanlah perkara yang haram, bahkan sekadar makruh sahaja, adalah lebih baik bahawa setiap kali hendak kencing bahawa tidak lakukan dalam keadaan berdiri. Ini kerana, maksud makruh adalah, melakukan sesuatu amalan itu tidak menghasilkan dosa, tetapi jika tidak melakukannya akan menghasilkan pahala. Bermaksud, seseorang yang kencing berdiri, maka ia tidak mendapat sebarang dosa, tetapi jika dia tidak kencing berdiri – kencing dalam keadaan duduk – sudah pasti dia akan mendapat pahala dari Allah SWT.

Tindakan melakukan kencing duduk ini, dikuatkan lagi dengan hadis dalam musnad al Bazzar, daripada Abdullah bin Buraidah, daripada bapanya bahawa Nabi SAW bersabda;

ثلاث من الجفاء : مسح الرجل التراب عن وجهه قبل فراغه من صلاته ، ونفخه في الصلاة التراب لموضع وجهه ، وأن يبول وهو قائم
Maksudnya: "tiga perkara dibawah ketagori “al-jafa'”; (1) sapu debu di dahinya sebelum selesai solat, (2) meniup debu di tempat sujud semasa sedang solat, dan (3) kencing berdiri" (Al-Mukjam Al-Awsat : 6175)

Dalam syarah hadis, ”jafa’” diterjemah sebagai ”buruk kelaku”. Bermakna, tindakan buruk kelaku ini ada tiga perkara yang disebut oleh Nabi SAW. salah satunya adalah, kencing dalam keadaan berdiri.
Begitujuga satu hadis omar yang dilihat lemah oleh Imam At-Tarmizi, bahawa Omar berkata, "Nabi SAW ternampak aku kencing dalam keadaan berdiri, lalu Nabi SAW berkata kepadaku;

يَا عُمَرُ لَا تَبُلْ قَائِمًا
Maksudnya; "Wahai Omar, jangan kamu kencing berdiri"

”Semenjak dari itu, aku tidak lagi kencing berdiri” kata Omar bin Al-Khattab. (At-Tarmizi : 12)

KEUZURAN

Ada sebilangan manusia yang kencing berdiri, bukan disengajakan. Sebaliknya, kencing berdiri itu disebabkan penyakit yang menimpa. Ada juga manusia yang kencing berdiri kerana bimbang sakitnya akan lambat sembuh dan sebagainya.

Justeru, apabila keadaan sebegini berlaku, hukum kencing berdiri tidak lagi jadi makruh, bahkan ia dibenarkan dalam syarak. Ini disandarkan kepada kaedah Islam yang menyatakan bahawa islam adalah agama yang senang, dan tidak menyusahkan manusia.

Firman Allah;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya;
”Allah SWT tidak akan memberatkan seseorang itu melainkan kadar kemampuannya sahaja”

(Surah Al-Baqarah : 286)

Jika dalam perkara haram pun boleh diringankan dikala wujud mudharat dan keperluan, seperti dibenarkan makan babi mengikut kadar menjaga nyawa ketika ketiadaan makanan yang mengakibatkan lapar yang boleh membawa kepada mati, maka teramat dimudahkan dalam Islam, jika perkara itu hanya melibatkan kepada perkara makruh.

Makanya disini, hukum asal bagi kencing berdiri adalah makruh. Adapun jika wujud sebarang keperluan dan dharurat, maka ketika itu, kencing berdiri tidak lagi menjadi makruh.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Disember 2009 * 4:04 pagi

BAGI HADIAH ARAK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM?


BAGI HADIAH ARAK KEPADA ORANG BUKAN ISLAM?

Di Malaysia, rakyatnya berbilang-bilang bangsa dan agama. Hendak dinafikan persahabatan dengan mereka yang berbeda agama, merupakan tindakan yang salah dari sudut Islam. justeru, tidak dapat tidak, bergaul dengan mereka merupakan satu perkara yang terpaksa dilakukan, waima kita tidak menyukainya.

Firman Allah SWT;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
"Allah tidak pernah halang kamu daripada berlaku kebaikan dan keadilan terhadap orang yang – non Muslim – yang tidak pernah menyerang dan mengeluarkan kamu dari negara kamu. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melakukan keadilan"

(Surah Al-Mumtahanah : 8)

Makanya pula, dalam kita hidup bermasyarakat dengan non Muslim, kita akan melihat banyak perkara yang diamalkan oleh mereka, tetapi ia adalah amat terlarang bagi agama Islam. Keadaan ini, kadang-kala berlaku pada diri kita sendiri.

Antara perkara yang berlaku itu adalah, tentang arak yang haram di sisi islam; menjadi satu amalan keras dari Allah terhadap orang islam dari melibatkan diri dengan arak. Bermula daripada memerah anggur untuk dijadikan arak, sehingga menjadi pelayan untuk menghidangkan arak.

Pun begitu, agama islam mengharamkan orang-orang islam dari mengganggu perkara yang diizinkan didalam agama mereka. Ekoran itu, jika mereka mahu minum arak, maka itu adalah hak mereka. Dan satu tindakan yang salah, jika orang islam melarang dari mereka minum arak.

Tindakan sebilangan pihak yang bertindak menyerang keizinan dalam agama non muslim, merupakan tindakan ekstreme yang tidak selayaknya wujud dalam jiwa orang yang beragama islam. Sekadar memberi cadangan agar mereka tidak minum arak, maka itu adalah tindakan yang paling bijak.

Cuba kita bayangkan, jika kita berada di sebuah negara yang mengamalkan agama selain islam. Lalu, kita sebagai orang islam dilarang dari melakukan perbuatan-perbuatan yang dibenarkan dalam agama kita. Sudah pasti, tindakan tersebut, akan mengakibatkan kita marah.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada mereka yang beragama selain islam. Apabila kita yang beragama islam mendesak, atau bertindak menyerang agama mereka, sudah pasti akan wujud kemarahan pada diri mereka, sepertimana kemarahan kita terhadap non Muslim yang menghalang kita dari melakukan amalan-amalan islam.

Jelasnya, islam tidak menghalang pihak agama selain islam untuk mengamalkan amalan-amalan kebiasaan mereka, yang amalan itu dilihat haram untuk orang islam. Begitujuga, diharamkan kepada orang islam mengganggu keizinan yang dibenarkan dalam agama mereka.

Pun begitu, timbul beberapa persoalan. Iaitu, apabila sesuatu itu adalah haram diamalkan untuk orang islam, bagaimana pula jika orang islam menjadi sebagai perntara untuk membolehkan orang bukan islam melakukan perbuatan yang dibenarkan dalam agama mereka. Seperti, arak yang diminum orang bukan islam, lalu orang islam memberikan arak yang haram itu kepada mereka.

Atau dalam contoh lain, seperti seseorang islam itu diberikan hadiah arak, lalu dia tidak minum, sebaliknya diberikan arak itu kepada kawannya yang tidak beragama Islam?

Ramai ulama mengupas isu ini. Tetapi, apa yang pasti, kaedah fiqh ada menyebut, "sesuatu yang haram digunakan, maka haram diberikannya kepada orang lain"

Kaedah ini disandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa seorang lelaki membawa arak telah berjumpa dengan nabi SAW. Arak itu dihulurkan kepada Nabi SAW.

Melihat kelaku lelaki tersebut, Nabi SAW bertanya, "apakah kamu tidak mengetahui, bahawa arak ini adalah minuman yang diharamkan oleh Allah?"

Jawab lelaki itu, "aku diminta untuk dijualnya"

Mendengar jawapan lelaki tersebut, nabi SAW terus bersabda;

إِنَّ الَّذِي حَرَّمَ شُرْبَهَا حَرَّمَ بَيْعَهَا

Maksudnya;
"Sesungguhnya perkara yang haram diminum, maka ia haram dijual" (Muslim : 1334)

Makanya disini, tidak harus bagi muslim bahawa dia menerima hadiah yang merupakan sesuatu yang haram, seperti arak. Dan jika diberikan juga hadiah tersebut, dan diterima, maka arak itu tidak menjadi hak milik. Apabila ia haram – sehingga tidak menjadi hak milik – maka, memberikan kepada orang lain juga adalah haram.

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Danau Kota
26 Disember 2009 * 2:19 pagi


Jumaat, 25 Disember 2009

SENI DEBAT DARI AL-QURAN

SENI DEBAT DARI AL-QURAN

Dalam article ini, dikemukakan dua teori, iaitu;

PERTAMA : Dahulukan serangan umpan berbanding serangan “smackdown”.

Sebelum sesuatu tindakan mahu dilakukan, tidak selayaknya serangan terus dilakukan. Sebaliknya, mulakan usaha untuk memahami terlebih dahulu bentuk dan kadar pemikiran musuh serangan. Bagi mengetahui tersebut, hendaklah dimulakan dengan serangan umpan, berbanding serangan “maut” dilakukan.

Ini kerana, jika dimulakan dengan serangan maut, dibimbangi serangan itu tidak kena pada tempatnya. Ia sama seperti seseorang yang mempunyai sebutir peluru, lalu mahu ditembak pada seorang burung, dalam keadaan dia tidak berkeyakinan, apakah tembakan itu akan kena pada sasaran atau tidak. apabila dilakukan juga tembakan dalam keadaan dia tidak yakin dengan sasaran yang dilakukan itu benar-benar kena, menyebabkan wujud kerugian dalam serangan.

Begitujuga dalam berdebat dan berhujjah. Jangan terus dilakukan serangan ”smackdown”, kerana jika tidak mengetahui kadar pemikiran musuh, kemungkinan serangan itu akan menyebabkan kita kalah dalam berdebatan tersebut. Justeru, perhatikan dahulu bentuk dan kadar pemikiran musuh dengan mengemukakan serangan umpan. Apabila sudah tahu, barulah dilakukan serangan ”smackdown”.

Ini dapat dilihat cara Nabi Ibrahim A.S berdebat dengan Namrud yang mempunyai kerajaan besar. Iaitu, diceritakan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 258
[1].

Dalam debat tersebut, Ibrahim AS mengemukakan hujjah terlebih dahulu, iaitu kata Ibrahim kepada Namrud, “Sesungguhnya tuhanku dapat menghidupkan mereka yang mati”

Lalu, Namrud menjawab, “Aku pun dapat menghidupkan, dan aku juga dapat mematikan”

Dalam kitab tafsir dinyatakan, tindakan Namrud untuk membuktikan bahawa dia juga mampu menghidupkan dan mematikan adalah dengan cara mengambil dua orang pegawai istana. Kemudian, di bunuh salah seorang daripadanya, dan dibiarkan hidup seorang lagi.

Apabila dia melakukan sedemikian, ketika itu, Namrud berkata, “aku juga boleh menghidupkan dan boleh mematikan”

Apabila mendengar hujjah dan tindakan dari Namrud itu, Ibrahim dapat memahami bahawa Namrud bukan seorang yang cerdik. Justeru, Ibrahim terus memberikan hujjah “smackdown” dengan menyatakan, “sesungguhnya Allah mendatangkan matahari dari sebelah timur, maka datangkanlah matahari dari sebelah barat”

Apabila hujjah ini dikemukakan, menyebabkan Namrud terus terdiam dan tidak berjaya membalas lagi hujjah yang telah dikemukakan oleh Nabi Ibrahim AS.

KEDUA : menyebut point musuh sebelum musuh lakukan serangan.

Apabila seseorang yang mahu berdebat, lalu disebut terlebih dahulu point musuh, sudah pasti musuh akan mendapat ganguan emosi dalam mengemukan hujjah. Justeru, sebelum perdebatan hendak dilakukan, lakukan kajian terlebih dahulu tentang beberapa point musuh, supaya menjadi senjata ampuh dalam mengganggu emosi musuh dalam perdebatan.

Kaedah ini, dirujuk kepada firman Allah dari surah Al-Imran, ayat 20
[2]. iaitu, dirujuk kepada ketika puak-puak ahli kitab mengajak Nabi SAW berdebat; kononnya mereka mahu menyatakan bahawa ajaran mereka lebih hebat berbanding ajaran Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT menyatakan kepada Nabi Muhammad SAW, bahawa hendaklah baginda Nabi SAW menyebut, “Aku telah menyerahkan wajahku kepada Allah. begitujuga, pengikut-pengikut aku menyebut perkara yang sama”

Tujuan Allah menyuruh Nabi SAW menyatakan sedemikian adalah, untuk menggangu emosi puak-puak ahli kitab yang masing-masing berebut dalam menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah nabi mereka; tidak kira mereka itu yahudi, mahupun nasrani.

Di zaman Nabi Ibrahim masih hidup, Ibrahim ada mengungkapkan, “aku telah menyerahkan wajahku kepada tuhan yang mencipta langit dan bumi” (surah Al-Anam : 79
[3])

Nabi Ibrahim menyebut ungkapan sedemikian, tetapi ungkapan ini tidak pernah diungkapkan, malahan tidak mahu diungkap oleh Yahudi dan nasrani. Justeru, apabila Nabi SAW menyebut kalimah yang sama dihadapan yahudi dan nasrani, sudah pasti mereka akan teragak-agak untuk mendatangkan hujjah balas.

Bukan sekadar itu sahaja, selepas Nabi SAW menyebut, “aku telah menyerahkan wajahku kepada Allah”, di suruh pula oleh Allah kepada Nabi SAW agar bertanya kepada mereka, “Apakah kamu menyerahkan diri kamu kepada Allah?”

Apabila soalan ini dikeluarkan dikala yahudi dan nasrani sudah tidak dapat lagi menjawab ucapan Nabi SAW yang pertama tadi, sudah pasti ia sudah cukup untuk mengalahkan yahudi dan nasrani dalam berdebatan tersebut.

Dari dua teori debat ini, ia tidak sekadar itu sahaja. Bahkan, dalam Al-Quran terdapat beberapa cara untuk counter balik hujjah-hujjah tadi. Ia akan dibincang dalam masa-masa yang lain – Insya Allah.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 Disember 2009 * 3:29 petang









[1] Surah Al-Baqarah : 258,
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَاجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رَبِّهِ أَنْ آَتَاهُ اللَّهُ الْمُلْكَ إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِي وَأُمِيتُ قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللَّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
[2] Surah Al-Imran : 20

فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ وَقُلْ لِلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
[3] Surah Al-Anam : 79

إِنّى وَجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السموات والأرض

SIAPA ULAMA SEBENAR?


SIAPA ULAMA SEBENAR?

Dari sudut bahasa, ulama diterjemahkan sebagai orang yang mengetahui. Adapun dari sudut istilah, tidak ada definisi yang jamik dan manik (konprehensif) bagi maksud ulama.

Jika dirujuk kepada kitab tafsir, seperti at-tafsir al-kabir, Imam fakhruddin Ar-razi mendefinisikan ulama sebagai orang yang mendalami ilmu tafsir. Jika dirujuk kepada kitab hadis pula, ulama didefinisikan sebagai Al-Mutaahhil bi ilmi Al-hadis (orang yang berkelayakkan dalam bidang ilmu hadis). Dibuka pula kitab-kitab fiqh, didefinisikan ulama sebagai orang yang berkemahiran dalam bidang fiqh.

Lebih parah lagi, jika merujuk kepada perlembagaan PAS; yang mana ulama didefinisikan sebagai orang yang mempunyai pendidikan agama, sekurang-kurangnya sanawi 4.

Apa yang dapat dilihat, definisi ulama dari sudut istilah syarak pun, tidak diketemui satu kesepakatan dari kalangan pendefinisi-pendefinisi. Yang wujudnya adalah, pendefinasian itu lebih kepada sentiment kepada pendidikan masing-masing. Jika mereka berkepakaran dalam bidang tafsir, mereka akan mendakwa ulama adalah orang yang berkemahiran dalam bidang tafsir. Begitulah bagi mereka yang mendalami hadis, fiqh, usul fiqh dan sebagianya.

Justeru, dalam pendefinisian ulama ini, perlu dikaji balik dan perlu mendapat satu ketetapan dan pendefinisian yang bersifat jamik dan manik, dengan merujuk kepada kandungan Al-quran dan As-Sunnah sendiri, agar ia tidak dicandukan oleh golongan-golongan tertentu, terutama bagi mereka yang mencari "jawatan" dengan gelaran "ulama".

Baca sama:
Ulama?
Ulama PAS perlu ada jati diri
Kepimpinan ulama tercabar?
Kepimpinan ulama atau kepimpinan bertaqwa


Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Danau Kota
25 Disember 2009 * 11:16 malam.

Khamis, 24 Disember 2009

ADUH,.. KANTOI LA PULA

ADUH,.. KANTOI LA PULA

Sufian mempunyai problem besar, iaitu dia sukar untuk menahan kentutnya. Apabila rasa nak terkentut, mesti dia akan lepas sahaja angin kentutnya, waima di hadapan khalayak ramai.

Dia dijadual berkahwin dengan seorang anak gadis pilihan ibunya. dia tidak mempersoalkan pilihan ibunya. padanya, pilihan ibu adalah pilihan yang terbaik bagi dirinya.

Cumanya, kebimbangan yang bersarang dalam dirinya adalah, tentang problem sukar menahan kentut. Dia bimbang, pada malam pertama perkahwinan, dia terkentut yang akan didengari oleh isterinya.

MALAM PERTAMA

Pada malam perkahwinan, Sufian agak sukar untuk tidur. Dia menjeling kepada isterinya, didapati isterinya sudah melelapkan mata.

Perutnya tidak selesa. Dirasakan mahu dilepaskan angin kentut. Dijeling kepada isterinya, kelihatan isterinya sudah tidur. Makanya, dia melepaskan kentutnya.

”mesti bini aku tak dengar punya” bisik hati Sufian

Tidak lama kemudian, dia terasa hendak kentut lagi. Dia menjengok kepada isterinya, didapati sedang tidur nyenyak. Lalu, dia pun melepaskan angin kentutnya lagi. Jadinya, pada malam itu, sebanyak dua kali Sufian melepaskan angin kentutnya.

Keesokkan paginya, ketika Sufian bersama isterinya sarapan pagi. Sufian bertanya kepada isterinya.

”malam tadi, U ada dengar apa-apa tak?” soal Sufian

”tak ada la... Dua kali I tak dengar” jawab Isteri Sufian ringkas.

Sekian

Rabu, 23 Disember 2009

ULAMA PERLU MEMBAWA INSPIRASI RAKYAT


ULAMA PERLU MEMBAWA INSPIRASI RAKYAT

Perjuangan ulama-ulama terdahulu, cukup dikagumi oleh rakyat, sejak dahulu, sehingga kini. Siapa tidak kenal Tok Janggut, Maulana Abdullah Nuh India, Abu bakar Al-Baqir, Dr Burhanuddin Al-Helmi dan banyak lagi nama-nama ulama-ulama yang disayangi rakyat.

Rakyat menyayangi mereka, disebabkan mereka membawa inspirasi rakyat. Ketika itu, mereka inilah pencetus suara rakyat, iaitu mahukan kepada kemerdekaan dan terhindar dari penindasan dari penjajah.

Dalam keadaan kebencian rakyat terhadap penjajah, ketika itu datang ulama mengepalai usaha menjatuhkan penjajah disamping diambil peluang yang ada, diserapkan kefahaman islam kepada rakyat. Itulah kehebatan perjuangan ulama terdahulu.

UMNO

Di Malaysia kini, semua mengiktiraf bahawa rakyat sedang dijajah oleh sebuah parti bangsa yang sesat lagi menyesatkan, bernama UMNO. Kezaliman terhadap rakyat atas nama undang-undang yang diciptakan mereka dijadikan amalan bagi parti UMNO. Justeru, Apabila ini berlaku, sudah pasti Perjuangan menjatuhkan UMNO akan mendapat sokongan dari rakyat.

Ulama-ulama yang kehadapan menjatuhkan UMNO, sudah pasti akan mendapat sokongan rakyat. Tetapi, jika ada ulama yang terlibat dengan UMNO, ataupun ulama yang dilihat seperti "sayangkan" UMNO, sudah pasti ulama itu akan dihina, dimaki dan dibenci.


Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg Buloh
24 Disember 2009 * 3:41 petang.

APAKAH INI KEHIDUPAN? (15)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (15)

Dalam perjalanan ke Kampung baru, aku menceritakan serba sedikit tentang Aini kepada Zul. Aini hanya mendengar sahaja. Sesekali di lihat menerusi cermin kereta, kelihatan matanya merenung tajam ke luar kereta. Apa yang sedang difikirkan, tidak diketahui.

"aku minta maaf la pasal tadi…" tiba-tiba zul bersuara. Ditujukan kata-katanya kepada Aini. Aini tidak menjawab. Dia diam seribu bahasa.

"aku tak tahu cerita sebenar tadi.." sekali lagi zul bersuara.

Aku tersenyum tengok gelagat zul yang selalunya suka buat show lawak gaban. Waima suka buat lawak, zul seorang yang berani dan kurang segan. Tiba-tiba hari tu, aku tengok zul minta maaf kepada seorang perempuan. Aku rasa, inilah show pelik yang Zul lakukan.

"ala… rilex la.. takkan kau ambil hati lagi kot ngan aku.. aku bukan tau pun pasal cerita kau tadi" Zul bersuara lagi.

"ye la.. ye la.. Aini tak pe" Aini membalas kata-kata Zul.

Aku tengok muka Zul. Dia senyum. Wajah lawaknya kelihatan. Aku hanya berdiam. Tidak ada modal untuk dibualkan lagi.

KAMPUNG BARU

Sesampai kami di Kampung baru, kami makan di salah sebuah kedai makan di situ. Aku dan Zul makan, sedangkan Aini tidak makan.

"makan la… tadi aini cakap, aini tak makan selama 3 hari" Aku meminta dia makan.

"tak pe.. aini tak ada selera.." ujar aini, sambil melihat hpnya.

"kau makan la sikit. Nanti kau sakit ke, hapa ke" Zul menyambung.

"tak pe la… tak ada apa-apa punya" jawab Aini.

"lantak je la.. kita makan dah la" aku memberitahu kepada Zul.

Sedang kami makan, kami berbincang tentang Aini. Pada mulanya, kami bercadang nak maklumkan tentang Aini ini kepada salah seorang Ahli parlimen.

Zul menelefon Ahli Parlimen terbabit. Tetapi, cadangan yang diberikan oleh Ahli parlimen terbabit adalah supaya kami menelefon individu-individu tertentu. Kami menelefon individu terbabit, kelihatan pengurusannya mengambil masa dua hingga tiga hari.

"malam ni, kita nak letak kat mana si Aini ni?" soalku kepada Zul.

"jap. Aku nak fikir ni.."

"kau ada kontek tak dengan muslimat-muslimat dari budak-budak UM ke?"

"ada.. pastu, nak buat macam mana?"

"kita letak Aini kat rumah dorang dulu. suruh dorang jaga la untuk malam ni"

"ok juga.. nanti aku call depa"

Zul terus telefon kepada salah seorang anak-anak usrahnya dari kalangan muslimat. Mereka minta bagi masa sedikit, untuk berbincang.

Tidak lama kemudian, mereka telefon balik dan memaklumkan bersedia menjaga Aini untuk malam ini. kami merasa lega. Kerana, urusan malam itu, sudah selesai.

Aku pun mendail nombor telefon Ika. Untuk maklumkan tentang urusan malam itu.

"Assalamualaikum Ustaz" ika mulakan bicaranya

"waalaikumsalam… kami dah berjaya selamatkan Aini. Dan kami cadang, nak hantar kat muslimat-muslimat UM. Dorang tu, anak-anak usrah Zul" Aku memberi penjelasan kepada Ika.

"ok la ustaz kalau macam tu.."

"Ika nak jumpa Aini tak?"

"boleh gak.."

"esok pagi.. kita jumpa kat masjid Ar-Rahman, UM. Pastu, ana akan hantar Ika kat rumah muslimat-muslimat tu. Ika ajakla dua tiga orang kawan sama"

"ok ustaz… terima kasih sebab bagitau"

"ok.. tak ada apa.. Assalamualaikum"

"waalaikumsalam"

Kami terus menghantar Aini kepada muslimat-muslimat yang merupakan pelajar di Universiti Malaya. Kami tinggalkan Aini di situ. Aini pula, tidak kelihatan seperti takut, bahkan kelihatan agak Happy berbanding tadi.

Setelah hantar, aku terus pulang bersama Zul. Aku menghantar Zul terlebih dahulu, kemudian baru aku pulang ke rumah. Ketika itu, jam sudah mencecahkan jarumnya yang menunjukkan sudah pukul 1:15 pagi.

Sesampai di rumah, aku terus tidur. Penat tidak terkata. Tidur nyenyak. Sedar-sedar dari tidur pun, ketika kedengaran azan subuh.

LAP0RAN POLIS

Pagi tu, aku pergi mengambil zul terlebih dahulu, kemudian menuju ke Masjid Ar-rahman, Universiti Malaya. Berjumpa dengan Ika dan Murni. Aku terus menghantar mereka ke rumah muslimat-muslimat, dimana ika ditempatkan.

Di situ, kami berbincang panjang tentang tindakan yang sepatutnya yang perlu kami lakukan. Perbincangan panjang kami, akhir memutuskan untuk lakukan laporan polis terlebih dahulu.

"aini tak nak buat laporan polis.. hantar Aini ke Stesen bas, pastu Aini nak pergi jumpa adik Aini kat pahang" jawab Aini pelik.

Kami rasa kepelikkan tentang Aini. Dia dirogol, tiba-tiba dia tidak mahu dilakukan laporan polis. mengapa Aini begitu pelik sekali?

Bersambung….


Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 Disember 2009 * 1:09 petang



ULAMA?


ULAMA?

Kalimah ulama, diterjemah sebagai orang yang berilmu. Tidak kira apa jenis ilmu sekalipun yang dimiliki, maka ia dikenali sebagai ulama, waima ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.

Dari sudut istilah Al-Quran, kalimah ulama disinonimkan dengan ketaqwaan. Jika seseorang yang mempunyai ilmu yang banyak sekalipun, tetapi tidak mempunyai ketaqwaan, maka ilmu yang banyak itu tidak melayakkan dia mendapat gelaran ulama.

Firman Allah;

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ

Maksudnya;
"hanyasanya, yang takut kepada Allah adalah ulama"

(Surah Fatir : 28)

Mempunyai sebarang ilmu, waima pengajian ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya, lalu dengan ilmu itu dapat menjadikannya semakin takut kepada Allah, maka orang tersebut sudah cukup digelar sebagai ulama.

PENGAJIAN AGAMA?

Ada pihak mendakwa, pengajian dalam bidang agama sahaja, sudah melayakkan seseorang itu menjadi ulama.

Pengajian agama merupakan tuntutan fardhu ain. Tetapi, mendalami secara mendalam, hukumnya adalah fardhu kifayah, sepertimana hukum pengajian ilmu kedoktoran, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya.

Jelas dari neraca ini, bahawa menentukan sekadar pengajian agama sahaja sebagai neraca dalam menentukan seseorang itu sebagai ulama adalah tidak tepat.

ILMU AGAMA

Orang yang mendalami dalam bidang hadis, disebut sebagai muhaddis; orang yang mendalami pengajian tafsir disebut sebagai mufassir; orang yang mendalami ilmu fiqh, disebut sebagai fuqaha'; orang yang mendalami ilmu usul fiqh, disebut sebagai usuli.

Seseorang yang mendalami banyak ilmu sehingga melayakkan dia berinstinbatkan terus dari Al-Quran dan as-Sunnah, disebut sebagai mujtahid.

Keadaan ini tidak ada beda dengan orang yang mendalami ilmu kedoktoran, disebut sebagai tabib; orang yang mendalami ilmu kejuruteraan disebut sebagai muhandis; orang yang mendalami ilmu ekonomi disebut sebagai iqtisadi; orang yang mendalami ilmu falsafah disebut sebagai filosofi.

Apa yang pasti, apakah semua kepakaran yang dikuasai itu boleh membawa kepada ketaqwaan atau tidak? Jika mampu membawa kepada ketaqwaan, ia sudah cukup untuk melayakkan seseorang itu digelar sebagai ulama, waima tidak berkepakaran dalam bidang yang disebut "bidang agama".

Sekian

p/s : jangan kritik ulama PAS, nanti dilebel najis mughallazah. maklumlah, maksum !!!


Wallahu Alam.

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Danau kota
24 disember 2009 * 2:26 pagi

JAWAPAN BALAS – ISU SUMPAH LAKNAT

JAWAPAN BALAS – ISU SUMPAH LAKNAT

Berikut adalah, e-mail yang aku dapat ekoran article desakan sumpah laknat terhadap MP PADANG TERAP;

"saudara bakistani,ana sentasa ikuti penulisan ustaz dlm blog...ana rasa pergeseran ustaz dan mp padang terap ustaz selesai secara peribadi...tak perlu ustaz letak dalam blog..lebih-lebih lagi melibatkan org tua kita kerana bagi ana org yg cerdik dia tidak akan dengar sebelah pihak...ana bimbang nanti terbongkar pula yg buruk disebelah ustaz...bagi saya KEMAAFAN ADALAH HADIAH YANG TIADA TERNILAI...kurangkan pergeseran dan musuh adalah strategi hebat seorang PENDAKWAH"

Makanya, aku ingin memberi penjelasan terhadap serangan itu secara terbuka, kerana tidak ada apa lagi yang hendak disembunyikan.

Perkara tersebut adalah seperti berikut;

1- MP Padang Terap sudah melampau dalam serangan. Bukan sekadar menyerang peribadiku, tetapi sudah sampai mengaibkan bapaku kepada beberapa orang, termasuk beberapa orang dari kalangan pelajar Universiti.
2- Aku dimaklumkan perkara ini, bukan seorang atau dua orang sahaja, tetapi aku menulis desakan sumpah laknat setelah aku dimaklumkan oleh orang yang ke 13.

Apa yang aku mahu;

AKU MENUNTUT MP PADANG TERAP MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA, KERANA DIA TELAH MELAKUKAN FITNAH TERHADAP AKU ITU DENGAN SEBARKANNYA KEPADA ORANG RAMAI !! – BERSIHKAN NAMA AKU DARI FITNAH YANG DILAKUKAN.

Sekian

P/s : Dikhabarkan, ada pertemuan MP PADANG TERAP dengan beberapa orang untuk "cover" dia setelah aku menulis tuntutan sumpah laknat. Mengapa perlu jumpa orang tertentu? Aku hanya tuntut, pemohonan maaf secara terbuka sahaja.

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Tropicana
23 Disember 2009 * 4:00 petang


Selasa, 22 Disember 2009

ULAMA PAS PERLU ADA JATI DIRI


Ramai membenci UMNO hasil tarbiah ulama PAS. Tanpa benci UMNO, mungkin ramai yang tidak masuk PAS.

Sebarang unsur-unsur yang membawa kepada UMNO, pasti akan didoktrinkan sebagai munafiq. Tidak kira, ia bernama munafiq agama, mahupun munafiq haraki.

Dahulu, JIM dan ABIM mendapat tempelan munafiq ekoran bawaan yang agak cenderung kepada UMNO. Semua doktrin ini, dilakukan oleh ulama-ulama dalam PAS.

"mereka duduk di Kelantan, mereka jadi PAS. Kalau mereka duduk di Kuala Lumpur, mereka jadi UMNO" pesan salah seorang ulama PAS yang sedang mendoktrinkan kebencian terhadap JIM dan ABIM dalam salah satu pertemuan.

PASCA 2008

Pilihanraya ke-12 menampakkan satu gelombang baru dalam dunia politik Malaysia. Kebencian rakyat kepada UMNO amat ketara kelihatan. Boleh dikatakan, kebencian ini - jika mahu disebut dari sudut peratus - amat tinggi peratusnya hasil doktrin yang ulama-ulama PAS lakukan.

"kita melawan UMNO bukan kerana namanya UMNO. Kita melawan UMNO kerana UMNO kekalkan sistem penjajah. Kalau kita mati, kita syahid" begitulah lebih kurang ucapan salah seorang pimpinan PAS dalam tahun 80 an yang silam.

Kesan ucapan sebegini, menyebabkan ramai yang membenci UMNO. Tidak salah dikatakan, ia memberi kesan besar kekalahan UMNO dalam PRU ke 12 baru-baru ini.

Keadaan ini tidak sama sejurus PRU pasca 2008. Ini kerana, apabila wujud usaha gabung dengan berlaku. Yang menyedihkan, usaha gabung itu dilakukan oleh mereka yang mempunyai title "ulama".

Waima wujud penafian beberapa kali dari sebilangan "ulama" terbabit, tetapi terpaksa diakui kebenaran disebalik penafian; iaitu apabila usaha "pertemuan secara sulit" yang membawa kepada usaha gabung itu dipecahkan oleh PM dari mazhab UMNO ketika itu.

Lebih parah lagi, apabila ada kata menyebut, "Perbedaan PAS - UMNO, bukan lawan, tetapi perbedaan pendapat sahaja" lebih kurang begitu ucapan salah seorang pimpinan PAS yang mempunyai title ulama.

Kalau ini berlaku, ulama PAS perlu ada jati dirinya balik dalam isu melawan UMNO. Jika tidak dilakukan, mungkin inilah terakhirnya kepimpinan ulama bertapak dalam PAS.

Sekian

p/s : menunggu kenyataan minta maaf MP Padang terap secara terbuka.

Wallahu Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Danau Kota
23 Disember 2009 * 12:10 pagi