Selasa, 3 Mac 2009

PERPADUAN DENGAN UMNO???

PERPADUAN DENGAN UMNO???

Seorang bertanya;

“Apa pandangan ustaz pasal cadnagan Presiden minta buat kerajaan Perpaduan??”

Aku jawab;

”pada padangan ana, bagus la.. Allah suruh cari titik persamaan kan??

Kan Allah sebut;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
”Katakanlah wahai Muhammad, wahai ahli kitab, marilah kita cari titik persamaan antara kami dan antara kamu”

(Surah Al-Imran : 64)

Dia berkata lagi;

”tapi kan ustaz. Boleh percaya ke dengan UMNO ni???”

Aku jawab;

”dengan Yahudi pun, Allah nabi suruh cari titik persamaan”

Dia berkata lagi;

”bukankah UMNO lagi jahat dari yahudi???”

Aku senyap, tapi masih lagi tersenyum... sebenarnya aku blurrr.....

Dalam perjalanan pulang, sambil memandu aku berfikir sendirian tentang soalan-soalan ahli jemaah surau Al-Azhar itu. sebenarnya, memang aku nak jawab, UMNO memang jahat dari yahudi. Tapi tak tersanggup pula nak sebut depan dia tadi.

Pandangan dan cadangan Tok Guru Haji Abdul Hadi itu adalah amat relevan di kala ekonomi negara sedang tenat. Jangan disebabkan perbalahan politik, kita melupakan ekonomi negara yang sedang menuju kearah ”lingkup”.

Pun begitu, apabila aku renung balik ayat Al-Quran yang aku bacakan depan ahli jemaah Surau Al-Azhar itu, aku terfikir balik.

Ini kerana, jika dilihat sambungan ayat ini, Allah menyebut;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
”Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah." Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

(Surah Al-Imran : 64)

Ayat ini, Allah meletakkan asas ”titik persamaan” itu dalam beberapa keadaan, iaitu;

(a) tidak sembah selain Allah.
(b) Tidak syirikkan Allah.
(c) Tidak ambil setengah yang lain sebagai tuhan.

Sedangkan, setahu kita, Ahli kitab (baca : yahudi dan nasrani) adalah golongan yang hanya mendakwa menyembah Allah, tetapi dalam masa yang sama, Allah yang disembah oleh mereka itu tidak sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Bermakna, asas titik persamaan berdasarkan kepada ayat Al-Quran ini bukanlah bermaksud kita perlu bergabung, tetapi perlu meletakkan satu pendirian yang berpaksikan kebenaran.

Ekoran dari itulah, Allah menyambung ayat;

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

PERPADUAN???

Kalau nak mencari titik persamaan dengan UMNO di kala ini, hanyalah dari sudut “bimbang dengan keadaan ekonomi” sekarang sahaja. Adapun selain itu, tidak ada persamaan dengan UMNO.

Pun begitu, jika mahu cari titik persamaan ini, kita perlu bertindak mengikut step-step berikut;

(a) Minta UMNO selesaikan masalah rasuah, masalah ekonomi kroni mereka terlebih dahulu; jika tidak
(b) UMNO wajib dilupuskan dari muka bumi Allah SWT.

Kita dan UMNO berbeza dari sudut ideologi perjuangan, disamping UMNO adalah parti jijik yang jahat; menjarah harta rakyat, mengamalkan sistem ekonomi kapitalis; yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

Dalam hal ini, apakah kita boleh mencari titik persamaan dengan UMNO dari sudut ekonomi???

Apa yang kita tahu, sama ada melalui harakahdaily, atau suara keadilan atau mana-mana massa selain massa kerajaan, kita dapati pembahagian projek kerajaan, lebih bersifat kroni. Ekoran dari itulah, rasuah berleluasa.

UMNO dan Rasuah adalah dua unsur yang sudah tidak boleh dipisahkan. Apabila disebut UMNO, maka terbayang Rasuah. Apabila disebut rasuah, maka terbayang UMNO. UMNO kini dan Rasuah umpama kita menyebut ”melihat” dan ”menengok”, yang kedua-duanya adalah kalimah yang berbeza, tetapi mempunyai maksud yang sama.

Rasuah dalam UMNO, bermula dari peringkat cawangan, hinggakan ke peringkat Malaysia.

Teruknya UMNO ditimpa penyakit kanser rasuah ini, sehingga sampai satu tahap, “orang tua” mereka sendiri pernah mencadangkan pembubaran beberapa sayap parti UMNO. Umpama, orang yang kena kencing manis, yang kakinya kena potong. Kalau tak potong, nanti akan membawa mati.

Ternyata, penyakit kencing manis UMNO dah semakin parah. Lihatlah berita dua orang ahli UMNO yang mencadangkan pemilihan ditangguhkan ekoran rasuah dalam UMNO.

Oleh itu, cadangan kerajaan perpaduan dalam menyelamatkan ekonomi Malaysia kini tidak selesai dengan ”duduk semeja” dengan UMNO, tetapi perpaduan yang perlu kita lakukan adalah, kita bersatu hati dengan segala parti-parti pakatan Rakyat untuk menghapuskan UMNO dari wujud lagi di atas muka bumi Allah SWT ini.

Ini kerana, Allah menyebut;

فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Maksudnya’
”Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”

Kalau UMNO berjaya dihapuskan, kita sebenarnya sudah berjaya menghapuskan penyakit kanser ”kencing manis” dalam negara. UMNO dalam negara kini, diumpamakan kaki yang perlu dipotong ekoran kencing manis yang sudah terlalu teruk. Jika dibiarkan juga, dibimbangi negara kita akan hancur. Kehancuran dari sudut ekonominya, sosialnya, agamanya dan semuanya akan hancur.

Ini semuanya kerana, UMNO adalah jijik dan kotor. !!!!!

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mac 2009 * 3:39 petang









13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalu kita bergabaung dengan UMNO kerana ekonomi,,bila ekonmi pulihm,,kita palkk ken atendaang..ekonmi jadi begini UMNO lah jadi PUNCANYA,,lantik menteri ke2 tak pandai URUS ekonomi,,tanya PTD dekat menteri kewngan mcm mana diorg ni,,

memmang JIJIK lagi menjijikkkan

dinlove berkata...

salam ustaz

Ummo satu parti yang banyak menzalimi sampai sekarang,

tapi ana kurang setuju kalo mereka lebih jahat dari yahudi,

dalam Al-Q surah 2:120 ada mengambarkan sifat mereka(yahudi) dan banyak lagi,

adapun peranan kita thdp yahudi adalah musuh sampai mati kecuali mereka beriman,tapi unmno adalah objek dakwah kita .apa pendapat ustaz

Tanpa Nama berkata...

Yahudi menanam semangat kebangsaan bani israel. mereka membela bangsa mereka, dan menghentam dan menjahanamkan bangsa orang lain..

UMNO pula, menjahanamkan bangsa sendiri dan bangsa orang lain.. yang berlaku, mereka pentingkan poket dan kroni-kroni mereka sendiri...

antara dua keadaan ini, sapa yang lebih jahat???

sekian

Al-Bakistani

Want to Be muslim berkata...

Subhanalah ustaz,

ana tidak mahu jawab jawapan ustaz,

cuma nak tambah soalan,

antara hujah Al-Quran dan pendapat manusia(tak kira lah dia ulamak,imam dan apatah lagi kita),mana yang lebih didahulukan,?

sedangkan AlQuran jelas mengambarkan sifat dan sikap yahudi yang lebih kejam?antara ayat yang kemuncak surah 2:120.

kalo ummo,depa juga muslim bukan,atau ada yg nak nafi keislaman mereka?cuma mereka tak dapat hidayah,kejam,dan amat jahil tentang islam,jadi adalh baik jika kita pikir macam mana nak dakwah mereka.

ate ke kalo dah musuh pun janganlah sampai kata mereka lebih buruk dari yahudi,ana malas nak dengar hujah pendapat,sedang Alquran hujah yang lagi benar.

atau ana kilaf,ada hujah Al-Quran yang mengatakan bila muslim itu jadi macam Umno maka dia lebih jahat dari yahudi?

ustaz yang belajar agama juga lebih arif dari saya,

ana lebih setuju dengan dinlove.

afuan

Tanpa Nama berkata...

ana juga tidak mahu berdebat dengan anta dalam isu ini..

cumanya, ana minta anta fikir soalan-soalan ini.

a) mungkin anta kena kaji beza antara "yahudi" dan "bani israel"???

b) anta tau tak ada orang yahudi masuk islam, lalu jadi sahabat yang hebat sehingga menjadi salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga????

c) kenapa Allah sebut dalam surah Al-Fatihah : ghair Al-Maghdub 'alaihim wa la ad-dholin. Adi bin Hatim riwayat hadis, nabi maksudkan dengan Al-Maghdub 'Alaihim itu adalah Yahudi. dan Ad-Dolin adalah Nasrani. persoalannya, kenapa Allah tak terus sebut Ghairul Yahud Wa An-Nasara, tetapi Allah sebut Al-Maghdub dan Ad-Dholin sedangkan maksudnya adalah yahudi dan nasrani????

cuba anta fikir soalan2 ini, kemudian anta kaji kitab tafsir tentang tafsiran ayat ini, juga kaji sebab dinamakan surah Al-baqarah. mungkin anta akan jumpa jawapannya...

ana tak paksa anta terima pandangan ana. tapi ana harap, anta tak tolak tafsiran ulama tentang ayat Al-Quran.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

antara UMNO, Yahudi ngan Bakisetan..
ko la lagi jahat bakisetan..
zalim ngan anak murid ko..
dahla ade anak yatim..
ko tak didik ngan bimbing dorang..
ape nak jadi ngan ko ni..
blaja agama..
dari kelantan, pakistan sampai mesir..
rupanya jadi setan..haram jadah nyer ustaz...
ape ko ingat ko dah buat perkara bayik ke?
jaga la anak murid ko..perangai semua dah jadi tak semenggah..
ko dah liwat kepercayaan mak bapak
anak² murid ko..sial nyer ustaz!
ko rasa ko nak hebat dakwah bebudak jalanan sampai sisihkan
anak murid ko tu dah kira ulamak sohor la????!!!
ko memang celaka sial nyer bakisetan!!!
aku cabar sesapa yang nak pertahan ustaz korang ni..
jom berdebat ngan aku..
korang jangan sokong membabi buta..
sampai tak tau sapa sebenarnyer dia!!
dahla ngan orang kampong ko tak tunjuk respect concious langsung..
ko mudah maki orang..
beruk nyer ustaz..ko lebih jahat dari yahudi!!
ko kena ingat, jangan ko nak blagak pandai..
ayat ko kat atas..nak blaja kehidupan orang lain..
ngan org yahudi la ko blaja..
maki hamun pemimpin, org islam,
tak hormat orang tua, tindas anak yatim yang blaja kat pondok ko..
ko ni, kalu ade depan ata aku penerajang dah atas dahi ko tu..
memang panas perut mak ko lahirkan ko..
kesian bapak ko..hari² org cemuh perangai ko..
ade ko amik tau??
jaga sekolah ko dahla bai pakistan..
aku rasa ko ni dah hilang identiti diri..
hilang jatidiri..sebab tu ko ni perangai macam binatang dalam jumanji..haaaa elok la.. nama pon
dah nak sama.. molek sungguh!!!
mana khadam² wanjing sekalian???
mana dia ape kesss brooo pemuda kota??? mana si budah ulu klang?
mana si sunan betul??
ke semua ni ko gak??
ko tak yah nak temberang aku la..
aku tau la..
tindakan desperado bai pakistan memang selalu aku hidu..
pergi mampos la ko..
woi..macam mane ngan budak cina yang dah nak murtad tu???
kalo murtad..tanggung la ko kat akhirat nanti..
ape niat ko nak cerita yang ko islamkan orang bukan muslim???
nak menunjuk kat makhluk bumi ke???
pastu ko gi tembak plak zakat..
ko ni btol la teruk..
aku ada banyak lagi hal nak cerita pasal bai pakistan ni..
untuk semua anak² usrah si bakisetan..
seruan aku..korang kaji balik!!
kaji balik nak lantik si bakisetan ni sebagai naqib..
mengarut..
kerana ko sedang berketuakan orang yang tidak ikhlas dalam setiap ape yang dia buat..orang yang takda jati diri, tak da sifat yang boleh dicontohi.. dan jugak bebudak U yang selalu jemput bai ni bagi tazkirah / ceramah, mulai hari ni
korang kena hentikan.. sebab dia akan cerita kat semua masjid yang dia ni konon nyer orang yang bagus..piirah!!!
dah la penipu.. pembohong..pengkhianat..
sebabtu ko takda kawan..
ko ni tak ikhla dalam berkawan..
ko pergi jahanam la bai!!
haram jadah nyer bakisetan!!

-Sunan

Al-Bakistani berkata...

ada lagi si sunan ni... ana ingat dah mati dah... bila ulas pasal UMNO je, dia mesti marah.. ana pun pelik... ada apa2 hal ke anta ngan UMNO ni???

nak pukul ana. nak hentam ana. tapi anta tak nak muncul. orang memang rasa hebat, kalau dia bersilat sorang-sorang. itulah cara UMNO bersilat.

pasal budak cina mamat tu. ana dah usaha pegi jumpa Lembaga Zakat. baru-baru ni ada pegi jumpa ngan salah seorang ustaz di Lembaga zakat Selangor. ana dah bagi kat dia no telefon mamat cina. dan ana pun dah suruh mamat cina tu telefon ustaz tu. ana pegi ngan eddieputra. ana cerita masalah mamat cina ni kat ustaz tu.

dia nak belajar kat KTAR. yuran RM6000. ana mana ada duit banyak tu. dalam bank pun ada RM2000 je.. anta kalau banyak duit. tolonglah budak cina tu. dia nak duit la.. anta banyak duit. gaji sampai RM6000 sebulan. tolong la...

zakat tak dapat, bukan salah ana. salah orang yang ada kuasa la...

budak tu pegi gereja. ana pegi ambil hari tu kat Subang jaya. ana pegi ngan Abang Ali mayan ngan Eddieputra.

ni dia pegi pulak. ana pun tak tahu asalnya dia pegi. bila dah duduk sana. baru sms kat ana..

ana tengah dok fikir, cari jalan nak selesai masalah budak ni. dia tak bagitau, dia duduk kat gereja mana. takkan nak pegi gereja mana-mana kot. pakai hentam je masuk.

sekarang ni, ana duk selalu sms kat dia. sebut ketidak benaran Kristian. ana bagi hujjah bible dan Al-Quran.

anta ada fikir tak benda ni. kalau anta ikhlas, datang jumpa ana, bantu ana. ana pun perlu bantuan nak tolong budak ni. ana kurang kewangan. sebelum ni, budak ni tak ada duit. sampai g curi-curi makan lagi.

yang anta pertahankan sangat UMNO ni apasal??? bila hentam UMNO je, anta mesti datang. ke anta ada buat hubungan sulit dengan UMNO.. berapa najib bagi kat kau???

kalau ada lebih, duit tu bantulah budak cina yang nak belajar KTAR tu.... takkan makan sorang kot????

sekian

p/s : aku rasa, anta kena baca hadis nabi SAW yang menyebut; barangsiapa yang melakukan satu amalan baik, lalu ditiru oleh orang lain, maka baginya pahala tentang amalan baik dia tu dan orang tiru pun dia dapat pahala.

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

satu lagi nak bagitau kat anta.. anta jgn bimbang. semua jawatan dalam PAS ana akan terima dalam pemilihan ini, hatta jawatan YDP PAS Subang sekalipun..

ana pun tak pegi semua meeting PAS buat masa ni. ana tak nak semua jawatan itu, selagi masalah orang dalam khemah dan orang kg bukit lagong tak selesai....

memang ada orang paksa ana terima. tapi ana tak akan terima semua jawatan tu.

anta tak perlu bimbang wahai sunan....

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

sunan,

ana nak tanya sikit.. anta ada kebel ngan Hasan Ali kan???

anta boleh tolong maklumkan tak kepada dia masalah budak cina yang nak murtad ni. kalau boleh, suruh dia uruskan duit zakat untuk bagi budak ni belajar boleh tak.. borang zakat tu, dah diserah kat Lembaga Zakat sebanyak 3 kali dah.. minta tolong dia cek kat sana.

kalau dia tak leh buat apa dengan lembaga zakat, minta tolonglah dia sponsor budak tu nak belajar.

cakap kat dia, gaji exco tu banyak, mesti cukup untuk menampung belajar budak cina tu...

tolong yer... please !!!

sekian

Al-Bakistani

Want to Be muslim berkata...

ada pulak si sunan yang tahu dari mana?

tak be akhlak lagi tu.kasihan dia.

ok ustaz biar je dia.

ana cuma nak ajak ke persefahamn mudah yang dianjurkan dalam islam,

ilmu yahudi dan bani isreal ni tak la banyak sangat,tahu la juga yang isteri nabi juga ada yg yahudi,dan yg mudah mereka ni jika beriman diterima iman mereka.

dan ana tidak minat kalo berjumpa orang yg kelar dari persoalan yang sebenar timbulkan.

yang di tanya adalah

ada ke hujah yang orang muslim yang zalim lebih jahat daripada yahudi.?seperti yang ustaz tulis:

....sebenarnya, memang aku nak jawab, ( UMNO memang jahat dari yahudi ).

hujah disini adalah seperti dalan surah 12 ayat 108,atas hujah yang nyata atau jelas dan lagi kuat iaitu Al-Quran dan Al-sunah.Dan kurang minat la pula pendapat
manusia sebab manusia tetap manusia.walaupun dia imam,

seperti kisah mahsur imam bukhori yang pernah dicemburi gurunya.dll.

ana harap persoalan dia atas dijawab dengan jelas,ana ulang lagi:

ada ke hujah (al-Q dan hadis)yang orang muslim yang zalim(perompak,perampas,jijik,dayus,penipu,penfitnah dan macam-macam kejahatan lagi tentanam dalam dirinya) lebih jahat daripada yahudi.?

soalan simpel.

ana secar jujur melihat tazkirah ustaz bagi memaang cukup baik,ayat Al-Q yang diterangkan dalam artikel ni juga tepat,dan keadah mencari titik persamaan seperti dianjurkan iman asyahid hasan albana juga seperti ustaz paham...

tapi yang lack nya dekat text.Umno,
UMNO adalah jijik dan kotor. !!!!!

ya Allah ya rabana,ana lihat text ini amatlah salah jika ditulis dan diucapkan para duat,apatah lagi bagi muslim yang ada ilmu agama

Adakah text yang ustaz tulis tu seperti diajar nabi ,para sahabat,dan salafussalihin.?

adakah itu lambang akhlak kita bila kita dizalimi,dicaci dan difitnah?kalo umno buat perangai caci maki orang memangl awajar..tapi kalo kita ucap balas kat mereka !!apa la beza kita dan mereka(umno)

sedang nabi dalam dakwah dicaci,dihina,dikatakan gila,dibaling najis,dibuat perangkap,dipukul,dibaling batu,disihir,diusir dan dibuat macam2 lagi kezaliman tidak pula dicatat oleh ahli sejarah dan tikoh sirah,nabi membalas dengan keadah maki yang sama dan seumpamanya.(atau mungkin tokoh sirah silap?mungkin nabi pernah buat?)

ana sedih dengan ramai pendakwah,ustaz,mereka lebih suka bicara politik dari dakwah,sampai masuk ke dalam suasana kampus,ana bukanlah orang yang banyak ilmu agama

ana baru gred dari uitm,juga benci denga Umno yang telah banyak melangar hukum Allah.

tapi ana nak cuba paham satu kata-kata ulamak dakwah,kita paham maksud,cuma payah nak amal.

kata2 tu adalah:KITA SEBAGAI PENDAKWAH BUKAN PENGHAKIM.

wallahwalam.

Al-Bakistani berkata...

mungkin anta kena beza antara UMNO dan orang UMNO...

dulu ana ada tulis artikle yang bertajuk "UMNO adalah musuh, orang UMNO adalah Mad'u" lebih kurang macam tu la tajuknya..

tak pe, nanti ana posnting sekali lagi. sebab artikle tu dalam 2 tahun yang lalu..

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

artikle lama.. kalau tak silap, dalam 2 tahun dulu...

UMNO ADALAH MUSUH, ORANG UMNO ADALAH MADUU

Dalam satu pertemuan dengan beberapa orang pelajar di sekitar lembah klang, seorang pelajar bangun bertanya;

“apakah sikap kita terhadap orang UMNO yang lawan islam itu, adalah dia adalah musuh, atau dia adalah maduu kita?”.

Aku menjawab ringkas,

“UMNO adalah musuh, Orang UMNO adalah maduu”.

Mendengar jawapanku, pelajar tersebut mengangguk (faham agaknya).

UMNO ADALAH MUSUH ISLAM

UMNO adalah sebuah parti Kebangsaan Melayu di Negara ini yang telah menjadikan bangsa sebagai dasar perjuangannya. Maka dengan demikian, segala usaha mereka menuju kearah kemajuan bangsa, bukan agama.

Mungkin disebabkan Melayu didefinisikan didalam perlembagaan sebagai bangsa yang beragama Islam , maka dengan itu, UMNO meletakan juga perjuangan agama sebagai perjuangan sampingannya selepas bangsa, tetapi apa yang penting perjuangan UMNO bukan perjuangan agama, tetapi perjuangan bangsa.

Agama didalam UMNO sebagai satu bahan sampingan semata-mata, maka dengan sebab itulah, tidak hairan mereka sanggup melihat agama di ketepikan berbanding bangsa.

Pun begitu, walaupun perjuangan bangsa itu menjadi dasar perjuangan mereka, tetapi bangsa melayu yang didokong oleh UMNO semenjak Merdeka lagi tidak menjadikan melayu sebagai bangsa yang mulia, tetapi melayu sudah menjadi bangsa yang semakin di tindas di mata-mata bangsa lain.

Lihatlah bagaimana golongan-golongan kaya di Negara di kuasai oleh bangsa-bangsa yang bukan berbangsa melayu. Yang ada pada melayu hanyalah “balaci-balaci” kepada bangsa-bangsa yang tidak melayu. Semua ini hasil perjuangan jahat UMNO yang merupakan penyambung perjuangan penjajah British barat yang lebih sesat dari barat yang sediakala sesat.

Bangsa melayu semakin hari semakin dihina, dajal-dajal rempit (mengikut istilah Mufti Perlis), bohsia, bohjan, bosdesh dan berbagai-bagai lagi semuanya dijuarai oleh bangsa melayu dibawah kepimpinan UMNO Laknatullah. Ini adalah kerana, perjuangan bangsa tidak dapat memberi kebahagian kepada sesuatu bangsa, tetapi bangsa boleh dimajukan sekiranya mereka berpegang kuat dengan Islam.

Saidina Omar bin Al-Khattab pernah berkata di atas mimbar masjid Al-Aqsa semasa menguasai kota Bait Al-Muqaddis dari kekuasaan Nasrani dengan katanya;

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

Maksudnya;
“Sesungguhnya kita dahulu adalah bangsa yang paling hina, lalu Allah muliakan kita dengan Islam, sekiranyanya kita mencari kemuliaan dengan cara yang lain Allah muliakan, nescaya Allah akan hinakan kita”

Kata-kata keramat ini merupakan bukti yang paling kukuh untuk menyatakan bahawa, jika bangsa melayu mahu dijadikan bangsa yang mulia, maka hendak bangsa melayu berpegang kuat dengan islam. Jika tidak, kehinaan demi kehinaan akan menimpa kepada bangsa melayu.

Bukan sekadar itu sahaja, UMNO telah membuka ruang kepada non muslim untuk mempertikaikan Islam dari segala sudut, sehinggakan sebilangan dari pemimpin-pemimpin Negara yang tidak Islam sudah berani untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri untuk dimansukhkan kalimah islam didalam perlembagaan.

Semua ini berpunca dari UMNO yang mengambil sikap untuk tidak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka. Maka dengan demikian, UMNO telah memusuhi Islam dari sudut dasar perjuangan.

FAHAMAN BANGSA DAN ISLAM

Satu perkara yang mustahil boleh berlaku apabila fahaman kebangsaan itu hendak digabungkan didalam agama Islam. Perjuangan Islam dan kebangsaan melayu adalah dua perjuangan yang berbeza, ini kerana, bangsa adalah sesuatu yang asing dengan agama.

Banyak perkara-perkara yang bercanggah antara bangsa Melayu dengan Islam. Antaranya adalah seperti semangat “adat pepatih” yang masih subur di Negeri Sembilan yang tidak memberikan hak faraidh kepada anak lelaki. Hal ini bercanggah dengan Islam yang memberi hak kepada anak lelaki berbanding anak perempuan dalam faraidh.

Di antara semangat kebangsaan lain ialah, tidak ada perbicaraan pahala dan dosa, ini kerana, kebangsaan adalah aliran pemerintahan yang diasaskan kepada Negara bangsa yang mahu melahirkan kesejahteraan kepada rakyat berasaskan kepada nilai-nilai murni setempat berpandukan lojik akal yang anjal dan pragmatik demi mencari cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerajaan yang di tegakkan atas fahaman kebangsaan tetap bersifat sekular walaupun dimana sahaja ia berada.

Hal ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan Islam Hadhari yang mengatakan bahawa tiada soal dosa dan pahala dalam urusan politik, dengan katanya pada sidang akhbar selepas melawat peti undi Kubang Gatal, Pasir Mas dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir yang lalu;
``Tidak ada mana-mana fatwa pun yang menyatakan bahawa undi Pas dapat pahala, undi Barisan Nasional (BN) dapat dosa ataupun undi Pas masuk syurga, undi BN masuk neraka.
``Ini semua adalah mainan politik karut marut yang sebenarnya tak masuk akal dan saya percaya pengundi Pengkalan Pasir tidak akan termakan dengan hujah-hujah seperti ini,''
Sekiranya unsur-unsur agama ada dalam kebangsaan, itu hanyalah secara kebetulan atau penyamaan atau pinjaman yang dilakukan dari Islam yang syumul.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang mencampur adukkan antara kebatilan dengan kebenaran, sedangkan perbuatan tersebut sangat-sangat dilarang dalam Islam.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Dan Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan hak itu sedang kamu mengetahuinya”

(surah al-Baqarah : 42)

MADUU KITA

Dari perbahasan lepas, permusuhan kita bukanlah kepada orang UMNO, tetapi permusuhan kita adalah kepada ajaran UMNO yang menyesatkan.

Orang UMNO atau Ahli UMNO, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Presiden UMNO sekalipun, bahkan orang UMNO selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam.

Islam adalah satu agama yang syumul. Kesyumulan Islam tidaklah dibataskan kepada ajarannya sahaja, bahkan kesyumulan islam menjangkau kepada penerima-penerima-Nya. Maka dengan sebab itulah, Islam menerima bangsa-bangsa yang lain untuk memeluk Islam, tidak kira ianya berbangsa melayu, India, cina dan sebagainya. Bahkan, sekiranya seorang yang berbangsa Israel pun yang hendak memeluk islam, Islam tetap menerimanya dengan berlapang dada.

Ini dibuktikan dengan penerimaan Rasulullah SAW terhadap Abdullah bin Salam atas kemasukannya kedalam Islam, walaupun beliau adalah seorang yang berbangsa Israel . Bukan sekadar itu sahaja, bahkan islam telah memuliakan beliau dengan dijanjikan oleh Rasulullah SAW sebagai salah seorang daripada sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga di masa hidupnya lagi .

Ini membuktikan bahawa, Islam tidak memusuhi manusia, tetapi islam memusuhi system, perangai, akhlak yang tidak sejajar dengan ajaran Islam.

PENUTUP

Menjahanamkan parti UMNO merupakan satu kewajipan. jika tidak, nescaya kesyirikan bangsa yang diperjuangkan oleh UMNO akan kekal dalam jiwa orang-orang melayu di negara ini.

Oleh itu, Apabila orang UMNO itu berpegang kuat dengan fahaman UMNOnya, maka orang itu merupakan musuh. Musuh itu bukan kepada orangnya, tetapi fahamannya.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

Want to Be muslim berkata...

jazakalah ustaz,

atas pandangan yang panjang lebar,dan baik tentang umno

tapi

....masih tidak menjawab persoalan

jadi tapke la ,ana taknak paksa jawab.

ana orang yg mudah,juga mahu paham islam dengan mudah.

dan ana bukan org bijak mana.kalo ana tanya dalam bab A,maka ana perlu jawapan dalam bab A,dan payah nak paham jawaban yang datang dari bab Bke,bab C ke atau lain-lain bab.

afuan.semoga ukhwah kita terus terpelihara.

dan ana doakan urusan keislaman kita diperbaiki oleh Allah.

ok teruskan perjuangan pemuda islam,kurangkan debat atau kosong,berbuatlah dakwah,sehingga kita berada di kandaq(parit) jihad qital(perang fizikal).

dan semoga Allah mengampuni kekilafan semua pejuang yang berakidah benar dan memasukan kita ke syurga.