SIAPA RAMPAS KUASA RAJA MELAYU???
Malaysiakini melaporkan;
”Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu[1]”
KOMEN;
PKDK meminta majlis raja-raja melayu supaya menuntu semula imuniti raja??? Persoalannya, siapa yang telah manarik kuasa raja-raja sampai raja-raja melayu sudah tidak ada imuniti lagi???
Mungkin kita kena baca balik buku-buku lama untuk mendapatkan jawapannya....
UMNO DAN MALAYAN UNION
Dalam buku ”UMNO dan Malayan Union” tulisan Dato’ Onn Jaafar, beliau menyebut bahawa antara sebab lahirnya Malayan Union adalah untuk ”menghapuskan kuasa raja-raja melayu[2]”
Pun begitu, Dato’ Onn telah berjuang untuk memansukhkan Malayan Union sehingga berjaya. Ianya bermula dengan kejayaan Dato’ Onn memujuk raja-raja melayu agar memulau majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union yang berlangsung pada 1 april 1946[3].
Bermulanya kejayaan memulaukan majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union itu, menyebabkan Malayan Union akhirnya berjaya dimansukhkan.
pun begitu, setelah Malayan Union di hapuskan, diwujudkan pula Persekutuan tanah melayu. pihak British bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa kerja untuk menggubal dan merangka perlembagaan persekutuan Tanah Melayu dan perjanjian-perjanjian negeri. Jawatankuasa itu diwakili oleh (a) kerajaan British; (b) raja-raja melayu, dan (c) UMNO.
Menariknya dari fakta ini, didapati British terlibat sama dalam merangka perlembagaan persekutuan tanah melayu ketika itu. bermakna, di sini pun sudah nyata bahawa raja-raja melayu sudah tidak ada kuasa multak, bahkan terpaksa terikat dengan kuasa luar. Walaupun raja-raja melayu diberikan balik kuasa mereka, tetapi pemberian itu tidak secara mutlak, tetapi masih lagi terikat dengan kuasa British.
DILEMA MELAYU
Dalam buku Dilema Melayu, Tun Dr Mahathir ada mengulas tentang penyelesaian segala dilema-dilema yang dihadapi oleh orang melayu. dalam buku tersebut ada menyebut bahawa perlu adanya perubahan yang perlu dilakukan. Perubahan yang disebut, sama ada dengan Revolusi atau evolusi.
Beliau juga menyebut, revolusi adalah perkataan yang menakutkan yang tidak sewajarnya di Malaysia. Ini kerana, apabila disebut revolusi, biasanya akan tergambar pembunuhan dan anarki.
Pun begitu, Dr Mahathir menyebut;
”revolusi juga ada yang kreatif dan berperaturan jika sekira cara-caranya difahami oleh orang yang paling layak untuk menjalankannya”
Memahami dari ayat ini, nampaknya Mahathir mahu melakukan satu revolusi secara kreatif dan berperaturan dalam melakukan perubahan. Mungkin yang dimaksudkan dengan orang yang layak menjalankan revolusi secara kreatif itu adalah dengan beliau menjadi Perdana Menteri????
Persoalannya, revolusi apa yang mahu dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir dalam buku ”Dilema melayu” itu????
Didapati, dalam perenggan buku selanjutnya, Tun Dr Mahathir menyebut;
”perkara yang mula-mula sekali terlintas di fikiran kita ialah kebanyakkan orang melayu adalah berfahaman feudal dan mereka mahu terus berfahaman demikian. Revolusi yang dimulakan dengan mengajar permusuhan institusi kesultanan yang sudah termaktub akan gagal”
Dan lagi, Tun Dr Mahathir menyebut;
”kesultanan itu tidak membawa apa-apa kerugian terhadap orang melayu atau sesiapa juga. Pemeliharaan sistem yang begini tidak dapat dinafikan memang tinggi biayanya, tetapi oleh sebab raja-raja dipisahkan daripada kuasa, maka ia tidak merupakan penindasan”
Yang lebih sinis, Tun Dr Mahathir menyebut;
”pada masa yang lampau, raja-rajalah yang telah memberi dan meneruskan ciri-cri melayu di Tanah melayu. Jika mereka disingkirkan, ini bermakna peninggalan akhir tanah melayu tradisional akan hilang. Inilah sebabnya orang melayu masih lagi bersifat feudal, walaupun mereka telah menerima pendidikan moden dan mempunyai sofistikasi dalam politik[4]”
Apabila kita membaca buku Melayu Dilema karangan Dr Mahathir inilah, tidak pelik jika kita perhatikan selepas Dr Mahathir jadi Perdana Menteri, pada tahun 1983 Tun Dr Mahathir ada menyebut berkenaan raja-raja melayu seperti berikut;
”Oleh itu, lahirlah pendapat bahawa raja perlu diletak dibawah satu perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan raja. Dengan cara ini, raja tidak boleh lagi bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa raja akan ditentukan dalam perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun, ada raja yang sanggup menyerah negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan perlembagaan”
Ekoran itulah, kedengaran penghinaan UMNO terhadap raja-raja melayu yang berlaku pada tahun 1983 dan awal tahun 90an, merekalah dalang yang telah mereka-reka cerita menghentam istana dan raja-raja.
Sehingga sampai satu tahap, Krisis Perlembagaan memuncak pada tahun 1991 apabila Berita Harian pada tanggal 10 November, menyiarkan kenyataan Gaffar Baba, yang pada dasarnya mengatakan, Raja-Raja boleh dicabar/kritik (yang bermaksud adalah BUKAN hasutan jika mencabar Raja-Raja)
"Kalau rakyat yakin dan tahu apa yang diperkatakan, mereka wajar berbuat demikian tanpa rasa bimbang dan takut. Apa yang dilarang Perlembagaan (under the sedition Act) ialah jika seseorang cuba menghapuskan Sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan di negara ini[5]".
PENUTUP
Bila kita membaca dua buah buku ini, kita akan dapati bahawa golongan yang membuang kuasa raja melayu adalah (a) British, dan (b) UMNO.
Walaupun pada peringkat awalnya, dilihat SEAKAN-AKAN UMNO mempertahankan raja melayu, tetapi tidak dinafikan, disana wujud juga beberapa tindakan Dato’ Onn yang berkrisis dengan raja melayu pada 24 julai 1946.
Juga krisis Dato’ Onn dengan Sultan Kedah, lalu nampaknya Sultan Kedah itu di sokong Sultan johor, iaitu Sultan Ibrahim sehingga menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatannya sebagai Menteri besar johor pada 17 Jun 1949.
Menariknya dari fakta ini, didapati ketika itu UMNO menyokong Dato’ Onn bukannya menyokong raja yang kononnya mereka mahu daulatkan itu[6].
Oleh itu, perlu dipersoalkan balik, siapa sebenarnya yang mempertikai raja melayu. Siapa sebenarnya ”guru” dalam mempertikai raja melayu. Siapa sebenarnya yang menghilangkan kuasa raja-raja melayu sehingga raja-raja melayu tidak ada imuniti lagi????
Sekian
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 mac 2009 * 12:20 pagi.
[1] http://www.malaysiakini.com/news/99723
[2] UMNO dan Malayan Union : m/s : 2.
[3] UMNO dan Malayan Union : M.s ; 43.
[4] Dilema Melayu : 123-125.
[5] http://rahimkassim.blogspot.com/2009/02/media-arus-perdana-yang-bermuka-muka.html
[6] Dato’ Onn Jaafar : pengasas kemerdekaan : m.s 150-151.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan