Khamis, 5 Mac 2009

SALAHKAH KITA LEBELKAN UMNO MACAM YAHUDI??

SALAHKAH KITA LEBELKAN UMNO MACAM YAHUDI??

Dalam tulisan lepas, aku ada menyebut bahawa UMNO lebih jahat dari yahudi. Ada orang yang bersetuju, tetapi tidak dinafikan disana wujud mereka yang tidak bersetuju.

Sebilangan mereka mendakwa, apabila aku menyatakan demikian, bermakna aku sudah mengambil sikap mengkafirkan UMNO.

Ingin dinyatakan, meyahudikan UMNO bukan bererti mengkafirkan mereka. Ulasan ini, kita perlu melihat dari sudut sastera arab.

Jika dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat telah di hentam pemimpin dan ulama-ulama UMNO disebabkan dengan terjemahan samseng terhadap kalimah “Al-jabbar” dan “Al-Mutakabbir”.

Aku masih ingat, dikala itu aku sedang menunggu keberangkatanku untuk menyambung pengajian ke Mesir. Aku telah di jemput oleh polis dari Bukit Aman untuk di soal siasat atas tuduhan KMM atau JI. Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang diutarakan kepadaku, tetapi semuanya adalah tuduhan liar semata-mata.

Disebabkan ketiadaan modal untuk di soal, aku telah ditanya berkenaan dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkenaan terjemahan samseng pada nama Allah “Al-Jabbar” dan “Al-Mutakkabir”.

Mendengar persoalan itu, aku dapat merasakan bagaimana sempitnya daya keilmuan pegawai polis yang bertanya tersebut. apabila aku menjawab, mengapa dibisingkan kalimah “samseng”, sedangkan Allah sendiri menamakan dirinya sebagai “penipu”, iaitu dari firman-Nya;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula melakukan tipu daya terhadap mereka”

(Surah An-Nisa’ : 142)

Pegawai polis berkenaan menunjukkan reaksi dirinya agak menarik dengan hujjahku itu. Aku menyatakan lagi, didalam pengajian sastera arab, ada perbincangan yang di sebut sebagai “musyakalah”.

Menurut ahli ilmu balaghah, “Musyakalah” memberi maksud;

الإتفاق فى اللفظ و الإختلاف فى المعنى

Maksudnya;
“Bersamaan pada lafaz dan berbeza pada sudut makna
[1]

Walaupun lafaz samseng, kandungannya mempunyai unsure zalim, tetapi disebalik maknanya pula, ianya mengandungi tafsiran yang berbeza dari maksud asalnya.

Mendengar “syarahanku”, pegawai polis berkenaan akur dengan hujjah, tetapi tetap mempertahankan pandangan bodoh dari ulama-ulama UMNO dalam isu samseng itu.

UMNO ADALAH YAHUDI??

Adakah salah menjenamakan UMNO sebagai Yahudi?

Apa yang perlu difahami, dalam ilmu Balaghah, perkara yang mula-mula sekali diketemui adalah berkenaan dengan “Fasahah” dalam percakapan.

Apa yang pasti, lahirnya perbincangan tentang “fasahah” dalam ilmu balaghah yang merupakan salah satu dari ilmu sastera arab adalah antara tujuannya untuk menilai penutur, adakah ianya sebagai orang yang bijak menuturkan kata-kata atau tidak.

Perbincangan sastera arab tidak terhenti disekadar itu, tetapi ianya akan merebak kepada perbincangan yang dinamakan sebagai “ilmu ma’ani” yang antara kandungan perbincaraaannya akan terjumpa perbincangan tentang “kalam Ijaz” dan “kalam Itnab”.

Seorang yang memahami sastera, memadai bagi penutur mengungkapkan kalam Ijaz, yang nampaknya ringkas tetapi terus difahaminya. Adapun bagi mereka yang kurang memahami sastera, mereka memerlukan kepada “kalam Itnab” yang terpaksa di lebarkan perbicaraan agar tidak disalah tafsirkan sesuatu kata-kata.

Antara “kalam Ijaz” yang tidak perlu di perincikan dengan kata-kata yang panjang adalah dalam perkara yang disebut sebagai ‘Tasybih”, yang ianya terkandung dalam perbincangan “Ilmu Bayan”.

“Tasybih” terbahagi kepada beberapa peringkat. Antaranya adalah tasybih yang tidak muakkad dan tasybih yang muakkad.

Tasybih yang tidak muakkad adalah tasybih yang memerlukan alat-alat tasybih. Seperti kalimah “ك” yang bermaksud “seperti” atau kalimah “مثل” yang mempunyai maksud yang sama juga.

Antara misalnya adalah seperti kata;

هو كالبحر فى الجود

Maksudnya;
“dia seperti laut pada kemurahannya”

Tasybih bentuk ini dinamakan juga sebagai Tasybih Mursal.

Ada satu lagi tasybih, iaitu tasybih yang bersifat muakkad. Ianya dinamakan juga sebagai “tasybih baligh” atau “perumpamaan yang bersangatan”.

Tasybih bentuk ini tidak perlu didatangkan alat-alat tasybih dalam sesuatu perkataan. Antara misalnya seperti kita menyatakan;

“Muhammad adalah harimau”

Pada kata-kata ini, bukanlah difahami bahawa Muhammad itu adalah seekor harimau, tetapi disebabkan kegarangan dan kehebatan beliau seperti harimau, lalu dinyatakan Muhammad harimau.

Dengan keadaan inilah, aku menggambarkan UMNO ini umpama yahudi disebabkan kejahatan mereka dalam menghadapi Islam. kalau mengikut penggunaan “tasybih mursal”, kalimah yang layak digunakan adalah “UMNO macam yahudi”, tetapi disebabkan aku ingin menggambarkan betapa jahatnya UMNO ini, aku mengunakan “tasybih Baligh, dengan menyatakan “UMNO adalah Yahudi”.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 mac 2009 * 2:10 pagi.


[1] Sofwah At-Tafasir : 1/29.

2 ulasan:

Want to Be muslim berkata...

salam ustaz,saya datang lagi.

kenapa la aku ni dah takde keje ke?

ya sekarang memang tengah pree,sebab tu dan baca baca blog,tapi nanti la update,

Alhamdulilah saya lihat dah ada progres positif

kali ni persoal boleh tak sama dengan yahudi,?

kalo sebelum ni umno lebih jahat dari yahudi.

bagus ustaz,ini satu progres positif sebagai daie,

saya setuju ustaz kalo kita kata umno lebih jahat dari yahudi jika sama kita sebab kita memang orang ada fikrah islam...

tapi ustaz jika dilihat dalam skop dakwah yang luas.takan kita nak suara dakwah kita didengari orang pas je,?

taknak ke bagi orang ummno atau orang biasa yang tak sebelah mana2 pihak dengar suara kita?

kita kan pendakwah!

kalo kita maki objek dakwah kita macam mana depa nak dengar dakwah kita?

ana teringat kata murobi ana,beliau mengulas tentang rasul dahari,salafi dari singapura tu,

"alangkah tidak bijaknya rasul dahari dalam menyampaikan islam,beliau suka memilih pendekatan takfir,malah yang di istilahkan kapir adalah ulamak dakwah yang memang telah banyak berjasa kepada islam,sedangkan dia apa jasa dia?kerajaan singapura sendiri pon tak berani tegur?
kita memandang baik niat dia untuk sebar fikrah salafussalihin.tapi tak kena cara.Menjadikan objek dakwah sebagai musuh.memang tak bijak."

itu je ulasan ringkas dan padat tentang rasul dahari,

ana secara peribadi juga tak suka rasul dahari yang tak hikmah tu,

kalo borak ana ngan anta,boleh kot kita maki dia ustaz,

tapi ustaz,blog ustaz ni dilihat ramai orang,didengari dan disebarkan ramai orang.

tengok saja dalam isu yang kita chat dalam komen lepas,pasal ustaz kata ummo lebih jahat dari yahudi,tak pasal-pasal dari mana datang si sunan yang tak berakhlak tu.

Alangkah baiknya jika kita berhikmah dalam menegur seseorang atau satu jemmah itu.Kita ingin dakwah kita didengari semua orang bukan?takan orang pas je?

sebab tu ustaz bila ana tinjaw banyak bloger yang bincang pasal islam,ramai yang muda-muda,baru umur 17 dah buat blog politik,

bukan salah bicara politik,cuma bukan masa lagi,depa harus lengkap urusan dakwah dan tarbiah dulu,baru bila masuk gelangang politik mereka akan matang dan waras,

tak lah keluar tuduhan kepada mufti sebagai bapa syaitan dll.(afuan kalo ada terasa).

ingat kita harus lihat jauh...

kita bukan pendakwah ya keje bidah masyarakat je,juga bukan pendakwah yang bicara politik je tapi praktik dakwah dan ibadah hampeh.(afuan ni bukan tegur ustaz,ana tahu ibadah dan dakwah ustaz hebat)

ok teruskan perjuangan,

bagus ,,,dah ada progres positif dalam melebel ummno.

salam,ukhwah dan perjuangan

dinlove berkata...

salam ustaz

afuan ana dan Want to Be muslim adalah orang yang sama .

kalo ada masa gi blog ana.tapi masih baru lagi.

yang ana selalu upadate blog

http://addinlove.blogspot.com/

ya.sekarang baru ada masa nak cuba-cuba blog.

ye lah ,tengan wat keje jaga kedai computer,

sebab sebelum ni sibuk study dan dawkah je,dll.

salam ukhwah