Selasa, 7 April 2009

TAFSIRAN “ABU” DALAM “BAHASA ISLAM”

TAFSIRAN “ABU” DALAM “BAHASA ISLAM”

Kalimah “abu” dalam bahasa Arab bermaksud “bapa”. Bapa yang merujuk kepada kalimah abu ini, tidak dikhususkan kepada bapa sebenar sahaja, bahkan ada beberapa keadaan, kalimah abu itu merujuk kepada “bapa saudara”, juga kepada “datuk”.

Antara bukti nas kalimah Abu digunakan selain bapa sebenar adalah;

(a) Firman Allah;

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“Adakah kamu hadir ketika Ya'qub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apa yang kamu sembah sepeninggalku?" Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan NENEK MOYANGmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya"

(Surah Al-Baqarah : 133)

Dalam ayat ini, kalimah “aba I ka” diterjemah sebagai “nenek moyang kamu”. Maksud nenek moyang adalah merujuk kepada Ibrahim yang merupakan Datuk kepada Nabi Ya’qub. Nabi Ismail merujuk sebagai bapa saudara Nabi Ya’qub. Nabi Ishaq merujuk sebagai bapa nabi Ya’qub.

Justeru, pada kalimah “aba i” (plural : abu) tidak sekadar digunakan kepada bapa sahaja, bahkan digunakan juga kepada bapa saudara, juga atuk.

(b) Hadis Nabi SAW;

Diceritakan semasa hampir berlaku pembukaan kota Makkah, Abu Sufyan telah datang berjumpa dengan Nabi SAW di Madinah dengan dibawa oleh bapa saudara Nabi yang bernama Abbas. Abu Sufyan telah memeluk islam dihadapan Nabi SAW.

Setelah Islamnya Abu Sufyan, beliau kembali semula ke Makkah. Abbas yang merupakan Bapa saudara Nabi telah meminta dari Nabi agar diizinkan beliau pergi ke makkah bersama Abu Sufyan bagi menyeru rakyat Makkah dengan islam.

Permintaan itu menyebabkan Nabi SAW bimbang tentang keselamatan bapa saudaranya itu. ini kerana, dibimbangi beliau dibunuh oleh rakyat Makkah yang masih belum lagi memeluk islam.

Pun begitu, setelah didesak, nabi SAW mengizinkan juga Abbas pergi ke Makkah dengan Abu Sufyan dengan menaiki kenderaan yang dihadiahkan oleh nabi SAW.

Setelah Abbas tinggal di Makkah beberapa ketika, tidak kedengaran berita Abbas. Menyebabkan Nabi SAW merasa terlalu bimbang. Kebimbangan Nabi SAW itu diungkapkan dengan kata baginda;

ردوا علي أبي ، ردوا على أبي

Maksudnya;
“Kembalikan balik kepadaku BAPAKU, kembalikan balik kepadaku BAPAKU
[1]

Dari hadis ini, amat nyata Nabi SAW menggunakan kalimah “Abi” yang diterjemah sebaga bapa itu tidak digunakan kepada bapa baginda yang bernama Abdullah. Malah, penggunaan itu merujuk kepada bapa saudara baginda SAW yang bernama Abbas.

Justeru, penggunaan “abi” dalam bahasa Islam tidak sekadar kepada bapa sahaja, bahkan dalam beberapa keadaan kalimah “abi” itu merujuk kepada bapa saudara.

HADIS BAPA NABI

Ekoran dari itulah, berlaku sedikit perdebatan tentang bapa Nabi SAW yang bernama Abdullah. Apakah beliau ahli neraka atau tidak??

Golongan yang mengatakan Abdullah bin Abdul Muttalib, bapa nabi SAW sebagai ahli neraka, mereka merujuk kepada hadis yang menyebut;

عن أنس أن رجلا قال : يا رسول الله! أين أبي؟ قال إن أبي وأباك في النار

Maksudnya;
“Daripada Anas, sesungguhnya seorang lelaki berkata : “Wahai rasulullah ! di mana bapaku??” bersabda : “sesungguhnya bapaku dan bapamu dalam neraka
[2]

Pun begitu, bagi ulama lain, mereka berpendapat hadis ini bukanlah merujuk kepada Abdullah, tetapi merujuk kepada Abu Talib yang merupakan bapa saudara Nabi SAW. asas hujjah mereka dalah, dirujuk kepada penggunaan kalimah “Abu” dalam bahasa Islam yang telah diulas lepas.

Disamping itu juga, mereka beralasan dengan firman Allah;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
“Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul”

(Surah Al-Isra’ : 15)

Pada mereka, bapa Nabi SAW hidup di fatrah ketiadaan Nabi. Justeru, bapa nabi SAW itu adalah ahli syurga.

Walaubagaimanapun, perkara ini adalah perkara khilaf dalam urusan memahami nas. Justeru, tidak dinafikan ulama-ulama muktabar berbeza pendapat dalam menentukan bapa Nabi SAW yang bernama Abdullah, apakah ahli syurga atau ahli neraka.

Jika dilihat kepada pendapat ulama yang lain, mereka menyatakan bahawa pada zaman bapa Nabi itu, tidak boleh disebut sebagai ahli fatrah. Ini kerana, ahli fatrah adalah golongan yang tidak sampai dakwah kepada mereka, sedangkan zaman bapa Nabi SaW sudah sampai dakwah, iaitu dakwah nabi ibrahim A.S.

Dengan demikian, pada mereka, bapa Nabi SAW adalah ahli neraka kerana merujuk kepada hujjah ini, disamping dikuatkan dengan hujjah yang lain, iaitu hadis yang menyebut;

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: زار النبي صلى الله عليه وسلم قبر أمه فبكى وأبكى من حوله ، فقال: ((استأذنت ربي في أن أستغفر لها فلم يؤذن لي ، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي ، فزوروا القبور فإنها تذكر الموت))

Maksudnya;
“daripada Abi Hurairah R.h berkata; Nabi SAW telah menziarahi kubur ibunya (Aminah). Baginda SAW menangis di kubur ibunya itu, menyebabkan sahabat-sahabat yang lain pun turut menangis. Lalu baginda berkata; “Aku minta izin dari Tuhanku untuk mengucapkan istighfar untuk ibuku, tetapi aku tidak diizinkan berbuat demikian. Aku minta izin untuk menziarahi kuburnya, aku diizinkan melakukan demikian. Maka hendaklah kamu semua menziarahi kubur, kerana ia bisa mengingatkan kepada mati
[3]

Mereka menyatakan, hadis ini menyebut tentang permintaan Nabi untuk mendoakan kepada ibu baginda yang meninggal dunia sebelum Baginda dilantik menjadi Nabi. Bapa nabi juga meninggal sebelum baginda dilantik jadi Nabi, bermakna, ibu dan bapa Nabi SAW mempunyai status yang sama.

Pun begitu, apabila Nabi minta izin dari Allah untuk mendoakan keampunan dosa untuk ibunya, itu dilarang oleh Allah. Maka dengan demikian, difahami bahawa Ibu bapa Nabi SAW adalah ahli neraka.

KHILAF PERKARA AQIDAH

Isu berkenaan dengan ibu bapa Nabi SAW adalah ahli neraka merupakan perkara aqidah. Ini kerana, ia melibatkan perkara ”ghaibiyyat”.

Apa yang pasti, khilaf juga berlaku dalam perkara aqidah. Ini kerana, perkara aqidah dalam islam ini terbahagi kepada dua, iaitu (a) bersifat Dharuri, dan (b) bersifat Nazari.

Perkara aqidah yang bersifat Dharuri adalah, perkara aqidah yang jika tidak didebatkan secara nas pun, manusia sudah memahami. Seperti kewujudan Allah, keesaan Allah, kekuasaan Allah dan sebagainya. perkara aqidah bersifat Dharuri ini, tidak akan berlaku khilaf padanya.

Adapun satu lagi adalah perkara aqidah bersifat nazari. Iaitu, perkara aqidah yang didebatkan berdasarkan berbeza pemahaman Nas. Perkara aqidah yang bersifat Nazari ini, boleh diterima khilaf.

Antara perkara aqidah bersifat Nazari adalah, penentuan ibu bapa Nabi SaW, apakah ahli syurga ataupun neraka.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 april 2009 * 1:04 pagi


[1] Musannaf Ibni Abi Syaibah : 8/532.
[2] Sunan Abi Daud : 4718
[3] Sunan An-Nasai : 2032

Isnin, 6 April 2009

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

MEMANG UMNO LEBIH BODOH DARI DAP TENTANG AL-QURAN

Apabila mendengar petikan ceramah YB DAP yang mengutip surah An-Nahl ayat 90, aku tidak merasakan tindakan YB tersebut sebagai salah. Ini kerana, beliau membaca ayat Al-Quran tersebut dengan lahjah cinanya. Lahjah yang agak sukar untuk sama seperti orang arab membaca Al-Quran.

Jika kita berjalan ke mesir, sebilangan badwi di sana membaca Al-Quran dengan menyebut huruf ”jim” dengan hurum ”Ga”, sedangkan dalam bahasa arab, tidak wujud langsung huruf ”ga”. Jika mereka membaca ”iza JA a nas rullah”, mereka membacanya dengan ”iza GA a nas rullah”

Lahjah arab mesir ini, tidak sekadar dikalangan orang badwinya sahaja, bahkan ada sebilangan profesor yang mengajar di Universiti Al-Azhar pun membacanya sedemikian. Persoalannya, apakah membaca dengan lahjah tersebut adalah tindakan mempersendakan Islam??? lebih-lebih lagi, jika dibacanya itu disebabkan memang agak sukar lidah menyebut dengan sebutan yang betul.

Apabila aku mendengar YB DAP tersebut menyebut surah An-Nahl Ayat 90, aku agak kagum. Ini kerana, aku sendiri pun tidak ingat ayat yang sering dibacakan dalam khutbah jumaat itu adalah surah an-nahl ayat 90. dan aku yakin, kalau tanya sebilangan Orang islam beragama UMNO pun, masakan mereka tahu itu adalah surah an-nahl ayat 90, bahkan membaca ayat itu pun pasti mereka tidak mampu.

Cumanya, dalam mengulas isu ini, datang mufti Harussani yang mangkuk hayun ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

”orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran sebagai alasan dalam kempen mereka. pada saya, kalau orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran dalam kempen, seolah-olah orang melayu, orang islam sudah terlalu bodoh. Sehingga dia sendiri tidak tahu lagi tentang kitab suci Al-Quran. Apakah kita boleh percaya terhadap tafsiran yang dibuat oleh orang kafir. Jadi saya harap mudah-mudahan, perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Merupakan satu penghinaan kepada ugama kita. Maka dengan itu, harus dihentikan. Satu lagi hal, orang-orang kafir selalunya menyelewenkan benda-benda yang telah wujud dalam kitab, kerana mereka tidak percaya dengan yang wujud dalam kitab itu”

Membaca kenyataan Mufti perak ini. ingin dinyatakan seperti berikut;

(a) sekarang memang ada orang melayu lebih bodoh dari orang bukan Islam tentang Al-Quran. Orang melayu itu adalah, orang UMNO. sama ada mereka itu agamawan, mahupun tidak. Termasuk yang berjawatan mufti.


(b) Jika wujud unsur penyelewenan Al-Quran yang dilakukan oleh YB DAP itu. dimanakah unsur penyelewengan itu??? takkan semata-mata baca sudah cukup untuk dikatakan sebagai menyelewengkan Al-Quran.????

(c) Sejak bila si YB ini menafsirkan Al-Quran. Dia hanya sekadar mengungkapkan sesuatu yang benar berdasarkan kepada ayat Al-Quran yang menyuruh melakukan keadilan dan melakukan kebaikan. Apakah menyelewengkan kandungan Al-Quran, jika beliau menyeru kepada keadilan dan kebaikan seperti seruan surah An-Nahl ayat 90???

Nampaknya, di Malaysia, kita mempunyai seorang lagi tokoh mangkuk hayun berjawatan mufti.

Sekian

P/s : (1) UMNO lawan islam. mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti lawan islam. (2) UMNO parti perkauman, mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti sokong perkauman. (3) UMNO adalah assobiyyah, Assobiyyah adalah haram, mufti sokong UMNO. Maknanya, Mufti buat kerja haram.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Http://g-82.blogspot.com

Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 april 2009 * 8:19 pagi




TADABBUR AL-QURAN : SIRI 15 : IMAN ROSAK SEBAB RIBA

IMAN ROSAK SEBAB RIBA

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman * Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”

(Surah Al-Baqarah : 278-278)

HURAIAN

Dalam ayat lepas, Allah SWT menjelaskan kepada kita tentang celaan Allah terhadap riba dan memberikan pujian terhadap sedekah. Disamping itu pula, Allah menjelaskan tentang cirri-ciri orang yang beriman. Iaitu, tidak sekadar meletakkan kepercayaan, bahkan perlu ada unsur hablullah (baca : pertalian manusia dengan Allah) dan Hablunnas (baca : pertalian manusia sesama manusia).

Disamping itu juga, Allah menjelaskan bahawa sesiapa yang telah memakan riba sebelum turunnya ayat pengharaman riba, maka semua itu dimaafkan oleh Allah SWT.

Adapun dalam ayat ini pula, Allah menjelaskan agar setelah diharamkan riba, sebarang perjanjian riba hendaklah di lupuskan.

***

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman”

Dalam ayat ini, Allah sebut “orang-orang beriman”. Menunjukkan, ayat ini dikhitabkan kepada orang-orang yang beriman sahaja. Adapun kepada orang kafir, apakah perlu mereka meninggalkan riba atau tidak, maka itu terserah kepada mereka.

Jika diperhatikan kepada sirah, ketika Nabi SAW mula-mula masuk ke Madinah, didapati ekonomi Madinah dikuasai oleh puak-puak yahudi. Orang-orang yahudi mengamalkan riba. Nabi SAW tidak melarang mereka mengamalkan riba dalam perniagaan. Pun begitu, nabi SAW menggarap Abdur Rahman bin Auf supaya menggunakan segala kepakaran berniaga yang ada untuk menandingi ekonomi yahudi. Abdur Rahman dibimbing oleh Nabi SAW dalam berniaga dengan berasaskan kepada sistem ekonomi islam. akhirnya, ekonomi Islam mendapat tempat dihati-hati rakyat Madinah yang menyebabkan ekonomi yahudi gugur di Madinah.

***

Firman Allah;

اتَّقُوا اللَّهَ

Maksudnya;
“bertakwalah kepada Allah”

Dalam ayat ini, Allah menyuruh orang-orang beriman agar takut kepada Allah. Persoalannya, apakah orang beriman itu belum taqwa lagi??

Sesungguhnya orang yang beriman itu tidak cukup sekadar hati mereka sahaja meletakkan kepercayaan terhadap Allah, bahkan hendaklah mereka meletakkan kepercayaan itu disertai dengan amalan. Tanpa amal, orang itu tidak boleh dikatakan sebagai mukmin sebenar; iman mereka mempunyai masalah besar disisi Allah SWT.

Menunjukkan, suruhan Allah SWT kepada orang beriman menerusi ayat ini adalah, mendesak agar orang beriman tidak sekadar meletakkan kepercayaan mereka terhadap Allah semata-mata, bahkan hendaklah mereka buktikan dengan amalan mereka; iaitu dengan meninggalkan amalan riba.

***

Firman Allah;

وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا

Maksudnya;
“dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut)”

Jika dirujuk kepada sebab turun ayat ini, kita akan dapati ianya diturunkan kepada Ahli Makkah yang sebelum berlaku pembukaan kota mekah, mereka adalah golongan yang sering memberi hutang dengan mengharapkan bayaran balik dengan penambahan (baca : riba).

Justeru, ayat ini Allah menjelaskan kepada Ahli Makkah tersebut agar mereka dibayar hutang mengikut kadar hutang yang diberikan sahaja; tanpa mempunyai penambahan.

Mengikut riwayat lain, ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua kabilah arab; Bani Amri bin Amir daripada As-Saqif dan Bani Mughirah. Kedua-dua kabilah ini ada berlaku hutang berhutang sesame mereka semenjak mereka belum masuk islam lagi. dengan kedatangan Nabi, menyebabakn mereka masuk islam. apabila sudah masuk islam, amalan itu mahu diteruskan juga, tetapi mendapat tentangan dari Nabi SAW.

Ekoran dari itu, Nabi SAW telah menulis surat rasmi kepada kedua-dua kabilah arab itu. antara kandungan surat Nabi SAW adalah baginda SAW menulis dua ayat dari surah Al-Baqarah, iaitu ayat 278 dan 279.

Memahami dari kisah penurunan ayat ini, difahami, setelah turunnya ayat pengharaman riba, maka segala baki-baki riba hendaklah dihindarkan. Jika ada sebilangan yang pernah memberikan hutang kepada sesiapa sahaja, lalu jika mahu dibayar, maka hendaklah diambil kadar hutang yang diberikan sahaja, tidak ada penambahan.

***

Firman Allah;

إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
“jika kamu orang-orang yang beriman”

Dengan ayat ini, amat nyata bahawa dengan dosa besar yang dilakukan oleh seseorang mukmin itu sebenarnya memberi kesan terhadap imannya. Justeru, mukmin sebenar adalah orang yang tidak akan redha dengan dosa besar yang dilakukan; sentiasa berhati-hati dari melakukan dosa-dosa besar.

Adapun orang yang menghalalkan riba, maka orang itu sudah diketagorikan sebagai kafir. Kerana, tindakan itu sebenarnya telah mencabar Allah SWT yang merupakan pensyariat kepada hukum.

***

Firman Allah;

فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ

Maksudnya;
”Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu”

Sekiranya mereka masih lagi mengamalkan riba, Allah telah mengisytihar perang terhadap mereka.

Mengapa Allah mahu menyerang mereka yang mengamalkan riba??

Allah mahu menyerang orang yang mengamalkan riba setelah diharam adalah kerana, mereka pada hakikatnya sedang mencabar Allah. Mereka sebenarnya telah meletakkan kepentingan diri mereka melebihi kepentingan masyarakat.

bagaimana Allah menyerang mereka???

Serangan yang dilancarkan oleh Allah SWT adalah, Allah akan memberikan keizinan kepada pemerintah islam untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang mengamalkan riba.

Jika dibaca dalam kitab fiqh, pihak kerajaan perlu meminta pengamal riba agar bertaubat terlebih dahulu. Jika mereka masih tetap juga tidak mahu bertaubat, Islam membenarkan kepada pihak kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka sehingga boleh dipancung.

Sayed Qutub menyatakan, serangan yang Allah lancarkan terhadap pengamal riba adalah, Allah menghilangkan keberkatan pada harta mereka, menghilangkan kebahagiaan dan keselesaan hidup mereka. Bahkan, Allah juga menjadikan hati mereka sentiasa dalam keadaan yang tidak tenang.

Adapun Imam Ibni Abbas pula menyatakan, di hari kiamat nanti, pengamal riba ini akan dicabar dengan disuruh mereka mengambil senjata mereka untuk berperang dengan Allah ekoran amalan riba yang diamalkan oleh mereka.

***

Firman Allah;

وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ

Maksudnya;
“Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu”

Bertaubat adalah bermaksud “kembali”. Maksud dengan kembali adalah, meninggalkan amalan jahat, amalan jahiliyyah. Amalan jahiliyyah tidak dibataskan sebelum zaman nabi SAW sahaja, bahkan jika manusia itu berada di mana-mana zaman pun, lalu diamalkan amalan jahat, maka itu sudah cukup disebut sebagai orang itu beramal dengan amalan jahiliyyah.

Antara amalan jahiliyyah adalah mengamalkan riba. Orang yang mengamalkan riba, adalah orang jahiliyyah, walaupun ia mendakwa beragama Islam sekalipun.

Justeru, sebagai orang yang beriman; orang yang tidak melakukan dosa besar, hendaklah bertindak berhenti dari riba. Caranya adalah, dengan tidak mengambil bayaran lebih disebalik hutang yang diberikan.

***
Firman Allah;

لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”

Zalim didefinisikan sebagai ”meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya”. Orang yang zalim, adalah orang yang melakukan sesuatu perkara dengan tidak dengan keadaan yang sebenar.

Orang yang mengamalkan riba adalah orang yang zalim. Ini kerana, mereka telah melakukan tindakan yang tidak sepatutnya, iaitu memberikan kesusahan kepada orang yang memerlukan. Justeru, apabila mereka berhenti dari riba, bermakna mereka telah memberhentikan daripada menindas manusia yang memerlukan.

Begitujuga, mereka tidak dizalimi. Ini kerana, hutang yang mereka berikan itu tidak dibayar balik dengan kadar yang tinggi dari kadar hutang yang diberi, bahkan diberi balik kepada mereka mengikut kadar yang diberikan dahulu sahaja. Justeru, mereka sebenarnya tidak rugi, bahkan mereka mendapat keuntungan juga, iaitu mendapat balasan pahala disisi Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 april 2009 * 7:06 pagi


PARA MUFTI PUN GILA MEROYAN JUGA

PARA MUFTI PUN GILA MEROYAN JUGA

Utusan Meroyan melaporkan
[1];

“KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu”

“Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,''

KOMEN:

Kalau aku mendengar non muslim membaca Al-Quran, aku akan berbangga dengan tindakannya. Berbangga kerana, walaupun mereka tidak beragama Islam, tetapi mereka sudah nampak keindahan Islam sehingga mereka merujuk kepada asas Al-Quran dalam menyampaikan sesuatu pendapat.

Kebanggaan aku itu, tidak dikhususkan kepada non muslim yang membaca Al-Quran itu dalam ceramah politik atau tidak. jika mereka membaca Al-Quran dalam ceramah politik, bermakna non muslim sudah faham bahawa dalam islam wujud politik.

Pun begitu, berita hari ini yang dilaporkan oleh utusan Meroyan amat jelas menampakkan mufti lebih jahil tentang politik Islam. mereka mendakwa, tindakan non muslim membaca ayat Al-Quran untuk tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian Al-Quran.

Amat pelik dengan kenyataan para mufti ini. Ini kerana, asas persenda Al-Quran mengikut para mufti adalah dengan non muslim membaca Al-Quran dalam ceramah politik.

Atas asas apakah yang digunakan oleh para mufti sehingga mengeluarkan kenyataan sebegini???

Apakah terlarang sama sekali terhadap non Muslim membaca Al-Quran?? Apakah terlarang sama sekali, membaca Al-Quran dalam ceramah politik??

Jika terlarang, dari mana dalil dan hujjah-hujjah yang dirujuk oleh para mufti??? Dalam islam, mana mungkin dinyatakan larangan tanpa merujuk kepada sandaran dalil-dalil yang muktabar.

Yang lebih memelikkan, Harussani mendakwa tindakan YB dari parti DAP yang membaca Al-Quran sebagai mempersendakan Islam. pun begitu, tidak dinyatakan dimanakah unsur mempersendakan Islam yang dimaksudkan. apakah dengan kalimah ”surah Al-’Araf” yang tersilap baca dengan ”Surah Al-’Aurah” menunjukkan itu adalah mempersendakan Al-Quran???

Jika tersilap juga sudah dikira sebagai mempersendakan Al-Quran, bagaimana pula dalam jangka tahun 1998 hingga 2004, yang mana ada seorang YB BN yang berbangsa melayu beragama Islam menyebut hukum ”uhud” dikala hendak menyebut hukum hudud. Apakah itu tidak dikatakan mempersendakan hukum yang terkandung dalam islam???

Apakah disebabkan orang daripada parti DAP yang ada pimpinan partinya mencabar mayatnya dilangkah jika Islam dilaksanakan membaca Al-Quran, maka sudah cukup untuk dinyatakan sebagai mempersendakan Al-Quran???

Jika begitu, orang dari Parti UMNO yang membaca Al-Quran juga sudah dikira sebagai mempersendakan Al-Quran. Ini kerana, UMNO adalah satu parti yang mempunyai presidennya yang beragama Islam, pernah menghina Islam dan perlaksanaan hukum islam dalam negara.

Kenyataan para mufti hari ini mengingatkan aku kepada hadis Nabi SAW, daripada Katsir bin Abdillah, daripada bapanya, daripada datuknya berkata;

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:إِنِّي أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي مِنْ بَعْدِي مِنْ أَعْمَالٍ ثَلاثَةٍقَالُوا: مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: زَلَّةُ الْعَالِمِ، أَوْ حُكْمٌ جَائِرٌ، أَوْ هَوًى مُتَّبَعٌ.

Maksudnya;
”aku dengar Rasulullah SAW berkata; ”Aku bimbang tiga perkara berlaku terhadap umatku selepas kewafatanku”. Para sahabat bertanya; ”apa dia wahai rasulullah SAW?” Baginda SAW menjawab; ”(1) kegelinciran ulama, (2) pemerintah yang jahat dan (3) hawa nafsu yang dituruti
[2]

Nampaknya, ketiga-tiga perkara ini sudah berlaku selepas najib Tun Razak menjadi PM.

Sekian

p/s : Apakah Memusabaqahkan Al-Quran dalam keadaan tidak dijadikan Al-Quran sebagai pengamalan dalam pemerintahan, merupakan tindakan menghina Al-Quran???. Itu tidak perlu didebatkan, kerana itukan anjuran UMNO. Setiap yang datang dari UMNO, maka itu adalah benar mengikut fatwa para mufti. Bukankah begitu???

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 april 2009 * 4:06 pagi

[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
[2] Al-Mukjam Al-Kabir : 13491.

BUKIT GANTANG PUNYA HAL : SATU PANDANGAN SISI SEBELUM KEPUTUSAN

BUKIT GANTANG PUNYA HAL : SATU PANDANGAN SISI SEBELUM KEPUTUSAN

Seharian suntuk berada di bukit gantang. Macam-macam hal yang didengari. Dilihat undi cina dan India untuk diberikan kepada Pakatan Rakyat amat kuat. Tapi, agak kurang menarik dengan berita dengan undi melayu.

Dikhabarkan, semasa pilihanraya umum lalu. UMNO di sana bergolak, disamping masalah negara yang meruncing menyebabkan ramai orang melayu UMNO yang tidak keluar mengundi. Dengan itu juga, menyebabkan orang melayu atas pagar memilih PAS. Justeru itulah, Allahyarham Roslan Shahrum menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Di dapati, laungan ”reform” ketika najib naik menjadi PM memberikan kesan besar kepada pengundi-pengundi melayu. Lebih-lebih lagi dengan berita tindakan retorik Najib yang turun ke Petaling Street dan sebagainya. kononnya Najib adalah pemimpin rakyat, bukan pemimpin elit.

Nampaknya ramai orang-orang UMNO sudah mendapat semangat baru dengan kenaikan Najib Tun Razak, menyebabkan mereka pada pilihanraya kecil ini akan keluar mengundi untuk diberikan kepada calon BN.

Disamping itu juga, tempelan Nizar sebagai ”boneka DAP” amat kuat diminda-minda orang melayu di bukit gantang. Orang melayu atas pagar juga agak termakan dengan propaganda ini, lebih-lebih lagi OKU (Orang Kuat UMNO).

Oleh yang demikian, tindakan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut;

a- Perlu menggambarkan Nizar bukan boneka DAP, tetapi Nizar adalah seorang tokoh yang berjaya menyatu padukan antara bangsa-bangsa di Malaysia dengan menggunakan konsep siyasah Syariiyyah. Nizar adalah tokoh perpaduan bangsa yang mengkagumkan di malaysia.

b- Perlu diperjelaskan bahawa tindakan Najib yang dilihat sebagai ”Pemimpin rakyat” adalah retorik. Yakinkan kepada orang melayu bahawa UMNO adalah pengkhianat agama dan bangsa melayu. jika mahu didatangkan bukti, memang banyak. Bukti-bukti itu perlu dikemukakan kepada rakyat berbangsa melayu

c- perjelaskan bahawa kehadiran Najib sebagai PM akan menyusahkan kepada rakyat di masa akan datang. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Mahathir yang dilihat seperti ”penasihat peribadi” Najib sebagai PM. Adapun dilihat seperti ada ”keterbukaan”, itu merupakan retorik politik jahat. Ianya sama seperti seorang perompak yang berpakaian alim, lemah lembut dan sebagainya. tujuannya adalah untuk melahirkan andaian dikalangan masyarakat bahawa ia adalah orang baik, tidak pernah melakukan sebarang rompakan.
d- Dll

Dalam masa Cuma sehari lagi ini, tindakan yang lebih berkesan perlu dilakukan dalam menyelesaikan permasalahan ini. pun begitu, jangan dilupa berdoa dengan Allah SWT sebagai talian rapat kita dengan maha yang memberikan kejayaan dan kemenangan.

Sekian

p/s : kesimpulan ini dibuat berdasarkan pengalaman hidup di Bukit Gantang hanya sehari suntuk sahaja.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



-Sri Indah (B), Sg Buloh
6 april 2009 * 5:11 petang







Ahad, 5 April 2009

SOKONG UMNO/BN SUDAH CUKUP PERSENDA ISLAM

Dulu Mahathir pernah kata, Zaman Nabi tak ada pisau cukur, sebab tu nabi berjanggut. Tun tidak pernah minta maaf. justeru, Bila agaknya Presiden BBPM nak desak Mahathir minta maaf dengan umat Islam???
SOKONG UMNO/BN SUDAH CUKUP PERSENDA ISLAM

Malaysiakini melaporkan;

“Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang”

“Dalam laporannya itu, Osman mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada Surah Al-A' raf untuk tujuan kempen dan menyebutkan secara tidak betul”.

“Beliau mendakwa Nga - yang juga ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis - menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam satu ceramah dua hari lalu
[1]

KOMEN:

Ada beza antara persenda dengan tersilap??.

Kalau orang berbangsa cina yang terkenal dengan “telo” cina menyebut “al-aurah”, sedangkan sebenarnya “Al-‘Araf”, maka itu bukan persenda, tapi tersilap menyebut.

Semasa aku belajar di Pakistan. Ramai dari kalangan imam-imam Pakistan yang tidak boleh sebut “waladdolin” ketika membaca surah Al-Fatihah. Tapi, mereka baca “walazzolin”. Iaitu huruf Dod, jadi Zo.

Jadi macam tu kerana lidah bangsa Pakistan ada masalah kefasihan dalam menyebut huruf “dod”. Tindakan mereka itu, bukanlah kerana persenda Al-Quran, tetapi ia adalah problem kefasihan.

Adapun persenda, mesti ada unsur niat dan kehendak untuk mempersenda Islam. Jika tidak ada unsur niat atau kehendak, maka itu tidak disebut sebagai persenda.

Kalau macam UMNO/BN dakwa undang-undang islam tidak layak dilaksanakan dalam pemerintahan. Itu adalah persenda Islam.

Juga boleh disebut sebagai persenda Islam, jika menyebut mahu melaksanakan islam, tetapi sekadar gimik, atau ilusi demi mencari pengaruh, sedangkan hakikatnya tidak mahu laksanakan islam.

Keadaan ini pernah berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab semasa jadi Khalifah. Beliau melarang orang islam membaca Surah “’abasa” bagi solat jahar; maghrib, isyak, Jumaat dan Subuh. Alasan larangan beliau adalah kerana, ramai orang munafiq yang membacanya dengan tujuan menghina Nabi SAW. Kerana, surah tersebut adalah teguran Allah terhadap kesilapan Nabi SAW yang agak kurang melayan seorang sahabat buta bernama Abdullah bin Ummi Al-Maktum ketika baginda sedang bersembang dengan beberapa tokoh kafir.

Jika dilihat dengan tindakan Omar bin Al-Khattab yang melarang itu, kita dapati Omar melarang membaca salah satu surah dari Al-Quran, sedangkan membaca Al-Quran adalah satu tuntutan. Pun begitu, dilarang membaca surah tersebut dalam solat jahar kerana melihat niat jahat orang-orang Munafiq yang mempersenda Nabi SAW.

Keadaan yang sama juga berlaku pada UMNO/BN jika mereka bercakap Islam. Mereka bercakap Islam, bukan kerana mahu melaksanakan Islam, tetapi semata-mata mahu mencari pengaruh politik sesat mereka. Jika mereka tidak sesat, sudah pasti Malaysia sudah jadi negara Islam. Sedangkan, walaupun sudah lebih 50 tahun memerintah, masakan negara Islam, orang Islam yang wujud pun semakin ramai yang keluar Islam dan semakin yang tidak memahami Islam.

Nyatalah, Sokong UMNO/BN pun sudah cukup untuk seseorang itu mempersenda Islam.

Sekian

p/s : bersyukurlah kalau sudah ada non muslim yang nak baca Al-Quran. Itu adalah permulaan mereka mengenali islam. Yang paling penting UMNO kena fikir, ramai ahli mereka yang bukan sekadar salah baca Al-Quran, malah amat ramai yang jahil murakkab tentang Al-Quran. Kalau tak percaya, Cuba suruh Tun Mahathir atau Najib Tun Razak baca Al-Quran.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 april 2009 * 1:19 petang

[1] http://www.malaysiakini.com/news/101738

Jumaat, 3 April 2009

PM KE 6 BUAT KEJUTAN???

Masa aku belajar di Pakistan, aku sempat di zaman pertukaran kerajaan dari Nawaz Syarif kepada Pervez Musyarraf. Nawaf Syarif diguling kerana rasuah. Pervez musyaraf yang menggulingkan pula, menggunakan kekuatan askar untuk menjatuhkan Nawaf Syarif.

Di awal pemerintahan Pervez Musyarraf, ramai ulama-ulama Pakistan diberikan sokongan. Mereka “dibelai” dan “dimanja” bagaikan menatang minyak yang penuh. Ketika itu,rata-rata mendakwa Pervez penyambung kepada perjuangan Diya Al-Haq, seorang pemimpin Pakistan yang mati di Bom ekoran memberikan ruang laluan kepada para mujahidin Arab masuk ke Afghanistan melalui Pakistan. Ketika itu, Diya Al-Haq berkawan rapat dengan As-Syahid Imam Mujahidin arab di Afghanistan, Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam.

Rupa-rupanya, belaian manja yang diberikan kepada para ulama di Pakistan hanya sebentar sahaja. Selepas “aura” nawaz Syarif dah habis; malahan mula dilupakan, maka bukan lagi menatang minyak yang penuh lagi, tetapi “membinatangkan ulama secara penuh” dilakukan.

Maka kedengaranlah, di sana sini bahawa ulama begian-begian ditangkap dan dipenjarakan. Dari situ, mula kedengaran kutukan benci dilemparkan kepada Pervez Musyarraf.

Nampaknya, keadaan yang sama juga berlaku pada hari pertabalan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ke 6. Mainan politik tidak pernah selesai, selagi politik sebagai ”bahan mainan”. Lebih-lebih lagi hampir dengan hari pengundian di tiga tempat; bukit gantang, bukit selembau dan Batang Ai.

Oleh itu, apakah berita pemberian balik permit harakah dan suara keadilan, juga terlepasnya mangsa ISA ini boleh memberikan kepercayaan anda terhadap Najib??? Sebelum mengatakan ”ya”, lebih baik kita berkata ”berhati-hatilah dengan suara tikus, kerana dibimbangi ia suara ular yang sedang memburu tikus”.

Sekian

p/s : Seorang tokoh perang China, Sam Kok ada berkata; ”Tempat yang paling aman adalah tempat yang paling berbahaya. Justeru, mengikut kebiasaannya rasuah yang paling kuat adalah ditempat yang selalu dilaungkan slogan anti rasuah”

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 mac 2009 * 4:54 pagi




DIA MEMANG MUFTI "CAP AYAM"

Harussani dan Syaikh Ismail sound Anwar kerana mendakwa isu penggunaan kalimah Allah boleh digunakan oleh non Muslim. Mereka sound Anwar, tapi lupa nak sound Tok Guru Nik Abdul Aziz yang mempunyai bidang pengajian yang sama dengan mereka.

Pelik juga, bila dua orang agamawan ini menyatakan isu penggunaan kalimah Allah dikalangan non Muslim ini adalah isu aqidah. Aqidah siapa yang nak rosak??? Bukankah Aqidah non muslim itu sudah semulajadi lagi tidak betul???

Jika aqidah orang Islam yang dibimbangi rosak?? Bermakna, orang islam itu sendiri mempunyai aqidah yang terkeliru. Apabila aqidah mereka terkeliru, bermakna aqidah mereka “tidak jazam”. Apabila Aqidah mereka tidak jazam, menunjukkan mereka bukan orang islam lagi, tapi “kafir”. Kalau tak jelas, belajarlah kitab “matan Ummu Al-barahin” atau kitab “bakurah Al-amani” karangan Pak Da Ii. Kalau mufti tak tahu kitab-kitab tu, aku boleh tolong ajar. Sebab aku habis belajar kitab tu dengan tok guru Haji Abdullah Lubuk Tapah masa umur aku 15 tahun dulu.

Justeru, bukan penggunaan “kalimah Allah” yang dilarang, tetapi mantapkan aqidah umat Islam agar tidak terkeliru lagi; agar aqidah umat Islam jadi “jazam”.

Jika melarang juga penggunaan “kalimah Allah”, tindakan itu samalah seperti orang yang sakit jantung, tapi diberi ubat sakit kepala. Bukankah itu tindakan orang yang bodoh tahap gaban???

Apakah dua tokoh agamawan ”standart sardin cap ayam brand” ini tidak membaca Al-Quran yang menyebut;

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu MEREKA AKAN MENJAWAB “ALLAH,, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Juga firman Allah;

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu MEREKA AKAN MENJAWAB “ALLAH”, Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Juga firman Allah;

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" Tentu MEREKA AKAN MENJAWAB “ALLAH." Katakanlah : "Segala puji bagi Allah"; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”

(Surah Luqman : 25)

Nyata dari firman Allah ini menunjukkan, secara nas, Tidak ada larangan non Muslim menyebut kalimah “Allah”. Jika ada larangan, kemukakanlah dalil wahai mufti. Bukannya naikkan sentiment melayu yang berasaskan kepada assobiyyah.

Yang peliknya, mufti perak yang “cap ayam” ini menyebut;

"Kalimah Allah bukan untuk buat 'suka-suka,' inilah mereka tak faham sensitiviti Islam. Nama Allah untuk orang Islam saja”

Ini satu kesilapan besar. Bukankah Allah itu adalah tuhan seluruh manusia. tidak kira untuk muslim, mahupun non Muslim. Apabila Allah adalah tuhan kepada semua manusia, apa salahnya mereka menyebut nama tuhan mereka.

Jika menyebut kalimah Allah disebut sebagai ”sensitiviti Islam”. persoalannya, mengapa perlu dijadikan ”sensitive” dengan keizinan yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran????

”sensitive islam” ini hanya berlaku jika bercanggah dengan Islam secara qatii. Seperti pemerintahan tidak berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Para Isteri pemerintah yang tidak bertudung. Rasuah berlaku dikalangan ahli politik, malah berlaku juga kepada bukan ahli politik. Perjuangan assobiyyah melayu yang melampau. Dan banyak lagi perkara haram yang telah ”dibutakan” oleh mufti. Peliknya, itu tidak sensitive disisi mufti, walaupun ianya adalah sensitivie secara qatii disisi Allah SWT.

Lebih memelikkan lagi, apabila Harussani menyebut;

”Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu”

Juga Syaikh ismail berkata;

”sepatutnya isu sensitiviti agama tidak dibangkitkan sebaliknya agenda membangunkan kedudukan orang Melayu terutama dari sudut ekonomi mesti diberi keutamaan”

Nampaknya, kedua-dua tokoh agamawan ini amat terkeliru antara Islam dan melayu. Kalau Harussani menyebut, Islam adalah benteng terakhir orang melayu, seakan-akan beliau meletakkan kepentingan bangsa itu lebih utama berbanding agama. Bahkan, seakan-akan agama dicandukan demi pertahankan bangsa.

Adapun kenyataan Syaikh ismail yang menyebut agenda kedudukan orang melayu mesti dibangunkan, menampakkan kedangkalan tokoh agama ini terhadap hakikat Islam itu sendiri.

Mana mungkin orang melayu sahaja mesti dibangunkan, sedangkan tindakan sedemikian melambangkan assobiyyah yang diharamkan oleh Allah menerusi hadis Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
”Bukan dari kalangan kami mereka yang menyeru kepada Assobiyyah. Bukan dikalangan kami mereka yang berperang atas dasar assobiyyah. Bukan dari kalangan kami mereka yang mati atas dasar assobiyyah[1]

Dalam hadis yang lain, seorang perempuan bernama Fusailah berkata bahawa bapanya berkata;

سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنَ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُحِبَّ الرَّجُلُ قَوْمَهُ قَالَ لَا وَلَكِنْ مِنْ الْعَصَبِيَّةِ أَنْ يُعِينَ الرَّجُلُ قَوْمَهُ عَلَى الظُّلْمِ

Maksudnya;
”Aku bertanya kepada Nabi SAW. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW. Apakah dari Assobiyyah bagi seseorang menyayangi kaumnya? Menjawab Nabi : tidak, tetapi dari kalangan Assobiyyah adalah seseorang itu membantu kaumnya atas kezaliman[2]

Tindakan mempertahankan bangsa melayu, mengambarkan mengabaikan bangsa yang lain. Tindakan ini merupakan tindakan zalim. Inilah yang dimaksudkan Nabi SAW sebagai Assobiyyah. Sedangkan Islam bersifat sejagat. Ia adalah kepunyaan semua bangsa. Justeru, bukan kemajuan melayu yang perlu dibangunkan, tetapi kemajuan keadilan sejagat, tidak kira melayu atau tidak melayu perlu diperjuangkan.

Perhatikan perjuangan Nabi SAW, yang tidak diasaskan kepada bangsa. Islam dijadikan asas perjuangan, sehinggakan berjaya mempersaudarakan antara bangsa-bangsa; seperti Aus dan Khazraj. Persaudarakan antara arab dengan ’Ajam. Ekoran dari itulah, kedengaranlah sahabat-sahabat nabi yang bernama Salman Al-Farisi, Suhaib Ar-Rumi, Bilal Al-Habsyi dan banyak lagi.

Justeru, islam mengikut pandangan dua orang agamawan ini amatlah dangkal. Kenyataan mereka ini menampakkan kebodohan agamawan tersebut terhadap bidang mereka sendiri.

Oleh itu, lebih baik dua orang agamawan ini letak jawatan, dan berikan kepada mereka yang lebih layak untuk memperkatakan islam. Kerana, kehadiran mereka dalam memperkatakan Islam sebenarnya telah mengelirukan umat Islam terhadap agama islam itu sendiri.

Sekian

p/s : Semua perkara dalam agama mesti ada dalil dan hujjahnya. Kalau tak boleh, apa dalil dan hujjahnya. Kalau boleh, apa dalil dan hujjahnya. Kalau tidak ada dalil dan hujjah, itu cakap orang jahil, walaupun namanya mufti sekalipun.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 april 2009 * 3:29 pagi






[1] Sunan Abi Daud : 4456.
[2] Sunan Ibni majah : 3939.

Khamis, 2 April 2009

NAJIB SUDAH JADI PM

NAJIB SUDAH JADI PM

Pak Lah sekarang sekadar Ahli Parlimen biasa. Najib sudah jadi PM ke 6. cita-cita najib dan isteri untuk menjadi orang utama Negara sudah berjaya. Tidak diketahui, apa akan jadi pada Negara selepas ini.

Ramai mendakwa, naiknya najib, bermakna naiknya Mahathir. Mahathir dikenali tokoh dictator Malaysia. dan najib pula kelihatan agak sama.

Isu altantuya yang tidak dibenarkan jadi bahan isu dalam pilihanraya kecil menampakkan kebimbangan politik ala mahathir. Perampasan kuasa yang di ketuai oleh Najib secara tidak bermoral terhadap kerajaan negeri perak dari tangan Pakatan rakyat juga menampakkan keadaan yang sama.

Nisbah dalam Negara, naiknya najib sebagai PM agak memberikan kesan kepada Negara dan rakyat. Media perdana, media pembangkang mahupun blog dilihat mendapat nasib seperti zaman Mahathir. Tidak mustahil, ISA akan dipenuhi balik dengan tahanan politik, juga orang-orang yang dikambinghitamkan demi menutup kesalahan ahli-ahli politik tertentu.

Nisbah luar Negara pula, kemungkinan kes altantuya tidak akan selesai, bahkan mungkin ditutup terus. Bapa Altantuya, Sharibu mesti tidak berpuas hati. Justeru, bertindak akan meminta mahkamah antarabangsa mengadili kes ini.

Apabila kes ini dibacarakan di mahkamah antarabangsa, perdana Menteri Malaysia akan menjadi sasaran. Apabila orang no 1 Malaysia sendiri dijadikan sasaran dalam kes ini, pasti dunia akan mendakwa, Malaysia adalah Negara cowboy, kerana tidak mempunyai kedaulatan undang-undang. Apabila dunia melihat Malaysia sebagai Negara yang tidak ada kedaulatan undang-undang, pasti dunia tidak akan respek lagi dengan Malaysia.

Apa akan jadi pada Malaysia ketika itu?? Memang amat membimbangkan.

Yang penting kini adalah rakyat. Apakah rakyat bersama dengan PR atau dengan BN. Rakyat merupakan senjata utama dalam sistem demokrasi.

Jika suara rakyat berjaya menjadi suara pakatan rakyat, pilihanraya akan datang akan menbuktikan Najib adalah perdana Menteri yang terakhir dari BN.

Persoalannya, apa strategi kita pula???

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 april 2009 * 11:26 pagi



MEMANG UNDI PAS DAPAT PAHALA PUN !!

Dalam satu sesi kuliah maghrib, ada sedikit aku ulas tentang isu politik. Terang-terangan aku menyebut undi PAS masuk syurga. Rupa-rupanya, ada seorang pendengar tidak berpuas hati. Selepas kuliah, dia berjumpa denganku, menyerangku dengan beberapa persoalan.

Isi dialog kami seperti berikut;

A : ustaz.. mana boleh bercakap politik dalam masjid...

B : yer ke salah !! kalau salah kenapa???

A : ye la ustaz.. kalau tengok zaman Nabi, mereka berpolitik dalam masjid tak pe. Sebab dorang bukan guna demokrasi..

B : salah ke guna demokrasi???

A : salah lah ustaz.. sebab, mana ada nabi guna demokrasi...

B : emmmm... menarik idea abang tu... tapi saya nak tanya sikit.. abang rasa, demokrasi tu salah ker???

A : salahlah ustaz.. sebab mana ada nabi guna demokrasi.. kan demokrasi tu amalan kafirrr....

B : emmm. Apakah semua perkara yang datang dari kafir adalah haram???

A : haramla ustaz...

B : macam mana pula, masa nabi SAW guna kaedah gali parit dalam peperangan Ahzab, sedangkan kaedah tu kan bukan dari Islam, tapi kaedah orang farsi yang masa tu majusi yang sembah api.????

A : emmmm.. (senyapppp).... ok ustaz... saya tak setuju Ustaz Kata dalam kuliah tadi, undi PAS masuk syurga.....

B : emmmm.... ana nak tanya sikit.. apa hukum mendaulatkan Islam??

A : wajibla...

B : di Malaysia, banyak-banyak parti, parti mana yang usaha hendak mendaulatkan islam...

A : emmm... parti PAS....

B : ok... kalau tak undi PAS maka usaha mendaulatkan islam tidak berjaya.. maka hukum undi PAS macam mana??

A : (berfikir)..... wajiblah ustaz.......

B : emmm.. kalau abang kata undi PAS wajib.. macam mana pula hukum undi UMNO????

A : emmmmm...... (berfikir panjang)..

B : ana rasa abang dah faham kot???

A : ana agak bersetuju dengan ustaz...

Selepas itu, Abang tersebut senyap seribu bahasa... dan akhirnya mengucapkan terima kasih kepadaku dan berlalu pergi...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 april 2009 * 3:31 petang