Khamis, 14 Januari 2010

ISU KALIMAH ALLAH : JANGAN BUAT ZALIM KEPADA NON MUSLIM.


ISU KALIMAH ALLAH : JANGAN BUAT ZALIM KEPADA NON MUSLIM.

Islam agama yang adil. Keadilan islam itu, wujud dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Sesuatu Ijtihad ulama, mesti berasaskan kepada keadilan Islam. tidak ada gunanya ulama berijtihad, jika ijtihad mereka tidak membawa kepada keadilan islam.

Islam akan berkembang dengan keadilan. Tetapi, Islam akan ditolak sekiranya kezaliman didokong oleh pejuang-pejuang islam. Sejarah telah membuktikan, dengan keadilan, islam berkembang. Inilah perjuangan nabi Muhammad SAW.

Tidak ada satu agama, pemikiran dan idealogi pun yang berkembang, sekiranya asas perjuangan mereka kezaliman. Bahkan, sejarah telah membuktikan juga, betapa pembawa bendera kezaliman ditolak sedemikian rupa.

Apakah kita lupa, mengapa rakyat semakin hari semakin menolak UMNO/BN? Semuanya kerana, mereka adalah pembawa bendera-bendera kezaliman.

Keadilan islam ini, tidak sekadar diberikan kepada sesama muslim, bahkan terhadap binatang wajib diberikan keadilan. Ekoran itu, sembelihan yang hendak dilakukan terhadap binatang, tidak dapat tidak perlu menggunakan pisau yang tajam.

Jika terhadap binatang pun, perlu dilakukan keadilan, bagaimana pula terhadap manusia yang tidak beragama islam? Sudah pasti, keadilan terhadap mereka terlebih utama dilakukan.

Ciri utama bagi keadilan Islam adalah, memberikan hak kepada mereka yang berhak. Bermakna, jika menafikan hak mereka yang berhak, sudah pasti ia adalah kezaliman.

Penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim adalah hak mereka. Ekoran itu, tidak ada satu ayat pun dalam Al-Quran dan satu hadis Nabi SAW pun yang melarang dari mereka menggunakan kalimah Allah.

Nas yang menggambarkan bahawa yahudi dan nasrani itu memahami Allah tidak seperti muslim faham, ia sudah termaktub dalam Al-Quran. Yahudi dan nasrani meletakkan satu kefahaman yang salah, iaitu mengatakan Allah itu ada anak.

Memang wujud nas-nas celaan terhadap Non Muslim yang beriktiqad sedemikian rupa, pun begitu, apakah nas itu boleh menjadi dalil untuk kita melarang non Muslim menggunakan kalimah Allah?

Arak yang haram, sudah termaktub dalam Al-Quran. Pun begitu, apakah nas pengharaman arak itu boleh menjadi dalil untuk kerajaan islam melarang non Muslim minum arak?

Sembahan berhala sudah pasti dikira sebagai syirik. Pun begitu, apakah nas yang sama juga digunakan untuk kita menjadikan dalil untuk mengharamkan pembinaan rumah-rumah ibadat non Muslim?

Jika ini kita fahami, dimanakah hak non Muslim yang perlu ditunaikan oleh Islam? bukankah islam itu agama yang adil kepada semua, tidak kira terhadap mereka yang muslim, mahupun yang tidak Muslim?

Tidak dinafikan, pemberian hak terhadap non Muslim menggunakan kalimah Allah, menyebabkan kita bimbang dengan kerosakan aqidah umat Islam. Pun begitu, ia bukan lesen untuk kita menafikan hak mereka. jika hak mereka dinafikan, sudah pasti ia dikenali sebagai kezaliman. Ingat, dengan kezaliman, sesuatu golongan ditolak. Tidak mustahil, gerakan Islam juga akan ditolak, jika mereka melakukan kezaliman.

Justeru, keputusan yang paling baik adalah, kita memberikan keizinan kepada non Muslim menggunakan kalimah Allah ini, tetapi hendaklah dikenakan syarat-syarat yang terlalu ketat, agar ia tidak melahirkan mudharat terhadap umat Islam itu sendiri; iaitu seperti kita memberikan hak itu hanya dalam tulisan-tulisan dalam bible mereka dan majalah-majalah mereka, tanpa mengizinkan kalimah Allah ini ditulis pada saindbord gereja, salib, dinding dan sebagainya.

Apabila kita memberi keizinan dengan syarat yang ketat, sudah pasti kita telah melakukan keadilan, disamping kita berhati-hati daripada terpedayanya umat Islam dengan agama mereka.

Tetapi, jika kita mengharamkan terus penggunaan tersebut, sudah pasti kita telah melakukan kezaliman, disamping mata-mata non Muslim akan melihat keburukan yang kononnya wujud pada agama islam itu sendiri, walhal ia tidak begitu.

Apakah kezaliman ini merupakan ajaran Islam? apakah pandangan buruk non Muslim terhadap Islam itu tidak wajib dijaga?

Menggunakan asas uruf untuk menafikan hak non Muslim menggunakan kalimah Allah, merupakan satu cara menggunakan kaedah yang salah. Ini kerana, kaedah uruf digunakan untuk menjadi ‘tangga’ dalam menuju kepada keadilan Islam.

Hudud tidak dilaksanakan, kerana ia tidak difahami oleh rakyat. Uruf rakyat agak tidak menerima hudud lagi, justeru atas kaedah uruf, hudud tidak dilaksanakan lagi. Pun begitu, uruf tersebut tidak boleh dibiarkan, bahkan hendaklah dilakukan dakwah yang bijaksana dan berstrategi untuk memahamkan rakyat tentang hudud, seterusnya hudud itu dilaksanakan dalam sesebuah kerajaan.

Adapun dalam isu kalimah Allah ini, kaedah uruf digunakan untuk menafikan hak non Muslim. Dengan kata lain, kaedah uruf digunakan untuk melakukan kezaliman. Sudah pasti, ia sangat bercanggah dengan maksud syariah.

Secara kesimpulan yang ingin dinyatakan adalah, hak non Muslim wajib diberikan. Tanpa memberikan itu, bermakna kita telah melakukan kezaliman. Pun begitu, disebabkan wujud kebimbangan terhadap umat Islam sendiri, seperti bimbang dengan gejala murtad dan sebagainya, maka hendaklah diwujudkan syarat-syarat yang ketat disebalik keizinan penggunaan tersebut. barulah, tindakan kita itu tidak mengandungi unsure kezaliman, disamping berjaya memberi imej keadilan islam kepada non Muslim itu sendiri.

Sifir dalam hidupku, Islam diterima kerana ia Adil. Ia akan ditolak, apabila pendokong Islam gagal kemukakan keadilan Islam. Jika mahu Islam menang, kemukakan keadilan Islam. Tetapi, jika mahu Islam kalah, lakukankan kezaliman atas nama Islam. - Perjuanganku adalah, Islam adil Untuk Semua.


Sekian

p/s : sepatutnya, pihak NGO Islam tidak perlu mendesak majlis raja-raja agar tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah terhadap Non Muslim, tetapi yang lebih penting perlu dilakukan oleh NGO-NGO Islam adalah, mendesak agar badan agama di seluruh Negara perlu diperhebatkan dakwah mereka, terutama dalam menghuraikan kalimah Allah dalam maksud yang sebenar, seperti yang terkandung dalam surah Al-Ikhlas. Mendesak juga, agar pihak gereja membenarkan badan-badan dakwah dalam Negara berkunjung di gereja-gereja mereka, dengan melakukan dialog terbuka dan tertutup, dengan paderi-paderi, juga penganut-penganut agama krisitian.

Jika ini berjaya dilakukan, hakikatnya kita telah berjaya melakukan keadilan, disamping kita sudah berjaya menerapkan Islam kepada non Muslim. Inilah sebenarnya perjuangan Nabi Muhammad SAW.


Sekian

”Allah SWT For All * Muhammad SAW For All * Islam For All”

“Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ‘alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Januari 2010 * 3:32 pagi


5 ulasan:

Hj Ahmad Fitri Yusof berkata...

ustaz, walau pun Islam tidak larang penggunaan kalimah Allah oleh bukan ISlam, Islam juga tidak larang pemerintah membuat sekatan bagi mengelakkan mudharat. Pertimbangannya, sama ada membiarkan atau menyekat: mana yang lebih besar manfaat @ mudharatnya.

Pendapat saya dalam:
http://isukalimahallah.blogspot.com/

al Munir berkata...

Salam...

Zalim itu ialah bila kita meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya... Bila kita membenarkan orang kristian meletakkan maksud yang menyeleweng pada nama Allah yang suci, bukankah itu satu bentuk kezaliman yang amat besar...
Tuan salah konteks dalam berhujah bahawa nas-nas celaan terhadap i'tiqad salah non-muslim tidak boleh menjadi dalil utk kita melarang mereka menggunakan nama Allah... Isu sekarang bukan hanya mereka ingin menggunakan nama Allah dalam ibadah2 khusus mereka sahaja tetapi menetapkan satu makna lain pada pengistilahan nama Allah yang tidak pernah ada dalam fahaman bahasa dan budaya orang Melayu... Bukankah ketetapan Mahkamah yang secara langsung memaksa bahasa Melayu menerima makna seleweng Allah dari segi nilai agama dan budaya itu juga adalah satu bentuk kezaliman dalam Islam...
Apabila arak itu Allah kata haram mmg ini bukannya dalil untuk kita melarang Non Muslim minum arak... Tapi ini juga bukan bermakna mereka boleh menjual hatta membuat promosi yang salah tentang arak kepada orang Islam... Nasihat ana jangan terlampau naif dalam berhujah dalam hal2 pegangan Aqidah terpenting umat Islam... Sila rujuk kenyataan TGHH yang ana rasa lebih berhati2 dan tidak semberono spt anta...
http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=230:penggunaan-kalimah-allah&catid=20:bicara-presiden&Itemid=107

Unknown berkata...

Begini lah wahai ustaz(yolah tu):

Nak sembah berhala, pokok, matahari, binatang, busut, bulan, bintang...lantaklah...huruf T kecik pun takper...itu hak mereka termaktub dlm Islam. Hak kebebasan masing2. Tak boleh di tentang tanpa hak. Tetapi utk membiarkan mereka mengata itupun Allah, ini pun Allah juga, tang tu pun Allah, situ...sini... semua ini Allah juga pada mengikut fahaman kami...itu satu fitnah besar yg wajib atas org Islam yg berkemampuan utk melawan dan menyucikan Allah. Tidakkah Quran dan Muhammad itu diturunkan utk membebaskan manusia dari percaya kepada Allah yg telah disalahertikan atau Tuhan2 yg diada2kan tanpa bukti yg kukuh??? Allah sendiri melepas tgn menyuci diriNya dari apa yg mereka sifatkan. Tidakkah begitu!!! Memelihara nama Allah dari celaan2 dan tanggapan2 salah...itu bkn berdakwah ke? Tidakkah itu menunjukkan kpd org2 bkn Islam (takleh panggil kafir walaupun arabic)bahwa kitelah pendokong monotheisma (tauhid) yg sebenar2nya!!!!

Satu lagi (ustaz) ckp Allah tak larang. Org lain semua nampak larangan tu...tp takperlah...husnul zon. Tapi adakah itu bermaksud Allah membenarkan??? Itu satu logical fallacy. An absent of evidence is not evidence of absent. Takder larangan tidak bermaksud tidak dilarang. Berapa byk tempat tidak diletak papan tanda jgn buang sampah disini. Adakah itu bermaksud boleh buang sampah. Cuba pulak cari satu ayat melarang org2 kristian berdakwah kpd org2 Islam? Mana jikalau tiada yg jelas adakah bermaksud kite harus benarkan juga krn itupun hak mereka???

Kemudian (ustaz)bwk pulak cerita2 zaman dulu mcmana mereka (org nasrani dan yahudi) ni bersumpah dgn nama Allah. Phuwaaa....see...see...sape buta ilmu? Jawab saya...Buka balik kitab2 yg (ustaz) dok rujuk tu dan tgk betul2...ada tak waktu dia bersumpah tu...dia kata aku bersumpah atas nama Allah bapak, Allah anak dan Allah ruh atau Allah Berhala ke? Adakah semua tu atau hanya Allah sendirian Tunggal!!!!! Tak boleh jadi lawyer (ustaz) ni.

Kalau mereka nak guna Allah semata2 tanpa ada sekutuNya...maka seharusnya kite umat Islam di Malaysia buat sujud syukur ramai2. Tapi nak samakan Allah dgn "aghyar" mana mungkin ya (ustaz). Apa perasaan (ustaz) klu ada org namakan anjing atau babi peliharaan mereka dgn nama (ustaz) sendiri. Ikhlas...sedih tak? Bila komplen dgn majlis perbandaran yg mengisukan lesen...mereka jwb...tiada dalam undang2 tubuh negeri melarang menamakan binatang2 peliharaan. Dibenarkan dan bantahan ditolak. Apa perasaan (ustaz)? Hina tak maruah? Memuliakan nama pada haknya amatlah penting sehingga pernah Umar menempelak seorg bapak yg menamakan anaknya "lipas"!!!!!

Kene faham gerakan dakwah mereka lebih licik, lebih licin, lebih halus dan lebih efisien dari kita. Itu kelemahan yg harus kite terima. Lepas ni dtg pulak kitab Allah dan firman Allah...apa kite nak jwb? Silap2 paderi pun juga tukar nama (ustaz). Hahahahahaha. Berbeza konsep mencari titk persamaan dan menunjukkan banyak persamaan. Mencari titik persamaan adalah mencari apa yg kite boleh bersetuju dgn mereka dan apa yg kite boleh tidak bersetuju dgn mereka. Mencari banyak persamaan adalah utk menimbul kekeliruan.

Akhir sekali....Apa ke jadah dok nak samakan penggunaan Allah dgn arak dan dgn berhala...aduhai ustaz. Jgnlah terlalu ke bwh membandingkan Allah. Betul ke ustaz ni?

Mulia bangsa Melayu krn Islam.

Tanpa Nama berkata...

to musalman;

klo ko duduk kat negara kapiq.
ko dilarang sebut kalimah Allah.
klo ko nak sembahyang. diharamkan baca Quran.kena sebut nama tuhan dorang.

Silap-silap. dorang pun suroh ko tukar nama Islam ko daripada musalman kepada Batman. tak leh guna nama Islam. kena guna nama kapiq.

mungkin masa tu ko akan kata ' INI TIDAK ADIL'.

masa tu. ko baru nak cari kitab tafsir. baru ko cari blog bakistani nak bagitau kat orang kapiq. yang muhammad itu adil. yang islam itu adil. yang quran itu adil. tidak zalim macam kapiq tu. bagi kebebasan kepada rakyat & blablabla.

memang melayu mulia sebab Islam. tapi bukan islam ala-UMNO.

klo ko nak jawab. bagi la hujjah ko. bukannya bagi fallacy Ignoratio elenchi & fallacy ad hominem.

ko ingat islam ni mak bapak ko punya??? ko boleh cakap itu halal. itu haram. pastu tak ada kitab.

hoi.. islam ni Allah punya. nak tau Islam macam mana. ko kena tengok nabi la oi. bukan kepala otak ko.

oi musalman. ko dah tak ada hujjah ko???? kenapa bagi hujjah penakut?? ko ekau dah tergugat. tak ada hujjah keeeee... :=))

- PAS UK -

Unknown berkata...

PAS UK,

Sape ckp ini psl UMNO atau PAS. Sempitnya modus pemikiran kau. Serban kau ketat sgt kot smpi oksigen tak mengalir ke otak. Pak Arab pun tak taut srban besar cam kau.

Aku pun belajar kt US dan juga kt UK.....takder plak org kafir sana marah aku sebut nama Allah dan baca Quran. Aku pun byk ikut membaca berita2 semasa. Takder plak dgr citer org kafir marah2 psl sebut nama Allah dan baca Quran. Lain lah klu aku cuba nak pakai speaker cam kt Msia. tapi itu soal lain. So sape yg hujah ngarut cicai cacai? Kau ke aku. Kau main ckp-ckp..tp ckp jer bkn fakta! Only God can speak...the rest is all data. So hujah kau pakai fakta apa? Ngutuk jer lebih tp isi tarak.

Gaya mcm byk ilmu....tapi wong wong wong wong mcm katak. Katak panggil gak hujan. Ini kosong. Siap bwk fitnah lagi kat negara kafir itu la ini la kt org Islam. Ini seditious. Kalau psl hijab dan menara tu ada la dgr. Unless kau tersilap dgr kes zaman Rusia Komunis dulu2 kot. Tapi apa motif kau bwk citer zaman lampau2. Tak releven dan menipu fakta.

UK kau ni Ulu Kelang ke Ulu Kelantan sbb klu kau nak tau di UK...siap ada mahkamah kecil utk org Islam lagi, mcm kt Sarawk (mahkamah adat), utk org2 Islam selesai masalah2 berkenaan kawin cerai dan harta pesaka ataupun arbitary kecil2.

So PASUK...no one is tergugat here...kau yg takleh nak menerima kenyataan.

-smpikan salam pada (USTAZ)-